Tuesday, May 31, 2011

My Wishlist : Superbike Kawasaki Ninja Er-6f

Seperti dalam entri sebelum nih, aku selalu sebut bahawa aku sangat teruja dengan mesin dua roda a.k.a motor, especially bertaraf superbike atau dipanggil “moto besaq” oleh orang2 kampung cam aku. Ok la, takmau mukadimah panjang2..kali ni aku nak cerita pasal salah satu superbike idaman aku iaitu Kawasaki Ninja Er-6f. Sesapa saja yang minat motor kat luaq sana mesti kenal atau familiar dengan moto nih. Model yang bolehla dikatakan baru sebab motor ni wujud dalam setahun dua yang lepas. Tapi jangan tak tahu, manufacturer dia iaitu Kawasaki merupakan satu nama besar dalam dunia permotoran. Khabarnya, Modenas juga ada berkolaborasi dengan Kawasaki nih. First time aku nengok motor ni dalam internet, fuhhh, memang awesome! Smart gilerr..! Then, terjumpa la secara live banyak kali la jugak walaupun aku dok kat Perlis jerr. Memang real, memang smart..sebijik cam dalam gambaq...hahaha..! Suatu ari, masa tengah servis cubcai aku kat sebuah kedai motor, aku pun jalan2 la keliling kedai tu nak ushar motor2 yang dia jual. Mak aaiiii...sekali ternampak la pulak motor idaman aku nih..Kat handle tergantung tag price around 40k gitu..Oh, superbike nih memang mampu milik. Rupanya motor ni ada kembaq..! Namanya Kawasaki Ninja Er-6n.. Beza kat huruf hujung tu jerr. Jenis “F” yang aku minat nih maksudnya “full-fairing” dan kembaqnya dengan huruf “N” pulak bermaksud “naked” dan memang konsepnya berbentuk naked bike. Tapi aku lbey minat jenis full-fairing sebab nampak macam besaq dan tough..Untuk cc motor ni, taklah besaq sangat..around 650cc tapi still kena guna lesen B full sebab lebih 500cc.Owh..bilalah aku dapat mengambik lesen B full ni...Jom ushar gambaq motor nih then spec ringkas superbike ni :




1 comment:

  1. Nice to read your article! I am looking forward to sharing your adventures and experiences. indian motorcycle tours

    ReplyDelete