Saturday, January 31, 2015

Perjalanan ini…tiba jua ke penghujungnya…

** PESANAN PENAJA : untuk paparan lebih cun & tulisan tak lari sitisitusanasini, sila baca melalui comp. atau klik “view web version” kat bawaahhh skali jika anda baca menggunakan fon/tablet J


“ Jika terdapat mana2 KLAUSA atau FOTO berkaitan anda yang terlalu privasi dan kurang sesuai dipaparkan di sini dan mungkin boleh mengancam NYAWA anda & HARTA BENDA, sila pm admin via facebook menggunakan link di sebelah kanan page ini untuk tindakan lanjut… Sebarang kekurangan dan kesalahan, admin pohon sejuta kemaafan... thanks for approaching TintaMalam J


bye2 peeerrrlisss :'(
*Asalnya, plan nak post entri ni penghujung bulan Disember 2014, tapi sebab busy sangat2, so terpaksa delayed smpai tarikh kat atas tuu... ekk eleyy..busy kee? penganggur jee ponn~


Entri penutup tirai 2014.. penutup kepada suatu episod kehidupan bergelar pelajar ipg... penutup kisah kehidupan di sebuah negeri kecil aman sentosa bernama Perlis...

Masih lagi antara percaya dengan tidak, semalam 22 November 2014, aku meninggalkan bumi Perlis Darul Sunnah secara rasminya…saat tayar kereta bergolek masuk ke dalam kapal kargo RoRo yang akan membawaku ke Langkawi, airmata ini menitis perlahan tanpa dapat dikawal…refleks kepada rasa hati yang bercampur baur, antara terharu kegembiraan kerana menamatkan pengajian yang panjang, dengan rasa terkilan dan sedih terpisah dengan sahabat-sahabat yang sudah terasa seperti family sendiri dan juga rasa sayu meninggalkan pensyarah yang melayan kami seperti anak kandung mereka sendiri, juga rasa sebak meninggalkan bumi Perlis yang sudah sebati dalam diri…bumi yang begitu banyak menyimpan kenangan antara aku dan mereka….

Perlis adalah negeri kelahiranku yang aku tinggalkan sejak berusia 3 tahun kerana menetap dan membesar di Langkawi.. Hinggalah pada tahun 2008, aku berhijrah semula ke Perlis demi memenuhi tuntutan sebagai pelajar. 2008 berkelana di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) yang terletak di Pauh menemukanku dengan sahabat bernama Khairul & Aniq, antara member terawal yang aku kenali di Perlis nii..

Aniq (kiri) & Khairul (kanan)..dua2 orang Perlis.. Aniq lah yang bawa tunjuk direction IPG Perlis for the 1st time untuk aku pegi interview masa tu...Khairul plak expert comp... dia lah yg customkan PC yg aku guna smpai skrg nii..dia jugak selalu amek aku kat Jeti Kuala Perlis kalau aku sampai dari Lgk..thankzz :))
Tahun 2009, kembara sebenar pun bermula apabila aku mendapat tawaran pengajian di IPG Perlis… bermulalah episode menuntut ilmu mengutip pengalaman dan cebisan kenangan yang panjang dirasakan pada awalnya, namun hari ini semuanya terasa singkat..semuanya seakan belum puas terasa…


"...Di sini kita pernah bertemu mencari warna seindah pelangi... Ketika kau menghulurkan tanganmu membawaku ke daerah yang baru..." 

***KAU KAWAN, RAKAN, TEMAN, SAHABAT JUA ADIKKU***

gambar aku & Jat yang boleh dikira dengan jari..
tapi, Jat tetap tersimpan dalam memori :)
Melangkah kaki ke kampus IPG Perlis pada Julai 2009, orang pertama yang aku kenali tentulah roommate sendiri, Ijat Nasir yang secara kebetulan juga adalah classmateku…Cukup 5 tahun jugaklahh Ijat nii jadi roommate aku.. dari bilik aras 4 hinggalah berpindah bilik ke aras 2.. kenangan tu tak payah ceritalah, nanti sold out plak a4 paper kat first touch tu.. Cukuplah aku katakan selama 10 sem menjadi roommate dan 11 sem menjadi classmate, Ijat adalah antara top 10 orang yang aku anggap sahabat paling rapat di IPG niii..hehe..tapi satu ja ngan Ijat ni, aku segan segan malu malu sikit ngan dia nii..ntahlah, mungkin sebab roommate sama roommate kott :p  Bila mai sem sem last ni, baruu laa aku hilang sikit segan & malu dengan Jat ni.. dah boleh bergelak dan berlawak..apapun, time aku bengang, time aku tension, Jat niii laa paling setia jadi mangsa beletiaq aku, luah perasaan aku kat bilik... Even perangai dia macam budak-budak gila-gila sikit kadang-kadang, tapi dialah paling power bila bab bagi tazkirah atau ceramah.. Ex-KiSaS laa katakann... Minat kami ada la dua tiga benda yang sama.. fon, motor dan nasi ayam yahoo.. ohh, yasmeen arau dengan subway pon ya jugakk :p Jat memang tak berkira harta benda dengan aku itulah rahsia kebahagiaan kami sebagai roommate selama 5 tahun di Blok Sena 2 IPG Perlis....

kenangan hari viva...kenal amett ni dari 2004 smpailah skrg...
Makhluk kedua yang aku kenal bila masuk IPG Perlis ni ialah Sang Amett nii.. maunya tak kenal, dia nii junior aku masa kat SmKaK dulu.. mean, 4 tahun sebelum masuk ipg lagi dah aku kenal dia even x rapat sangat time sekolah dulu.. ye lahh, dia retiss, aku ni blogger jerk..tu pon update setahun sekali :p Masuk IpG ni, maybe sebab kelas sekali kot, kami dua jadi rapat la jugakk..selalu keluaq lunch & dinner sekali masa sama-sama jadi budak hostel blok Sena II tuuu..dengan Amett ni pon aku tak rasa segan segan malu malu...rasa selesa jaa..maybe sebab dah kenal lama sangat kot... Amett adalah antara makhluk yang aku selalu kacau selalu "ngorat" kat fb, kat whatsapp.. orang luar mungkin anggap dia ni macam ala ala lelaki melayu terakhir gitu, yang pijak taik kucing pon tak penyekk.., tapi hanya orang orang terdekat terapat ja tauu gila gila dia nii..ooopss.. jenis cover ayuu dia nii..puuuii..!! Memang jiran faveret aku time kuliah dalam kelas, sebab dia cepat mengantuk, so aku akan kaco dia supaya dia tak tiddow.. ada laa bebudak dalam kelas panggil kami abang & adik sebab rapat sangat kot..dan dia jugak suka ghocoh aku dan berani buat benda-benda yang dia tak buat pon kat orang lain... kerabat belakang laa, sepak pungkoq laa, tampaq dahii laa... buas memang buas, tapi buat apa pun, aku sayang jaa kat dia nii..huhu.., kenangan semua tuu.. yup, Amett adalah orang yang aku kenal paling lama kat IPG nii..(2004-2014)... huhu..

Bersama "khalifah" Taufiq d majlis khatam quran sk santan >_<
Taufiq Nasir, juga antara yang terawal aku kenal sejak mendaftar sebagai student di IPG Perlis… Tak sangka kita akan jadi partner assignment dan partner praktikum… Assignment tu kalo nak kira, mungkin boleh penuh lori Pak Teh yang dok angkut sampah kat hostel tu.. Apa dah jadi ehh dengan akademi kita? Siapa tak kenal Waladol Faqiir, best student dari akademi kita la tuuu..!!  Praktikum pulak semuanya 7 bulan termasok internship.. Ada waktu kita ramai kawan, ada waktu kita kawan berdua jaa.. Dari tak reti nak bercakap kat depan, berkat lawan bertolak hang aku, maka kita pun pandailah jadi ustaz ustaz yang cengey nak mampoih depan budak-budak..hehe.. Taufiiqq, praktikum takpalahh kita berdua..bila posting nanti sorang-sorang...uwaaa...camnaa nii?? Nanti kalo aku blur macam selalu, kalo tak tau nak buat itu ini kat sekolah tu camnerr?? huhu...

Aku pon tak taulah apa akan jadi kalau aku tak partner praktikum dengan si Taufiq nii.. memanglaa aku sangat sangat dependent dengan dia ni.. aku ni jenis tak reti sangat kerja kerja cikgu nii..almaklumlah, mak dan abah bukanlah seorang cikgu sekolah.. berlainan dengan Taufiq yang memang datang dari family cikgu, so, dia memang faham sangat dah kerja kerja cikgu ni lagu mana.. Alhamdulillah, bulih jugaklaa aku yang blur ni menumpang kemahiran dia tuu..hehehh.. Kalau nak dihitung kenangan tu, hmmm..memang “hang” kalkulator saintifik kot.. sebab banyakk sangat..!

Rumah nii menyimpan memori aku & Taufiq sebagai perantau di Felda Mata Air
Tapi antara yang kenangan yang paling aku ingat dan paling “touching” sekali ialah waktu kitorang tinggal berdua kat rumah sewa felda yang angker tu dengan kenangan waktu Taufiq nak di observe untuk rentas cemerlang.. waktu kat felda tu sebab memang rasa dependent sangat antara kami dua.. macam-macam benda yang jadi tapi kami hadap jugak tanpa bantuan rakan-rakan lain yang jauh terpisah di hostel ipg.. ingat lagi malam-malam tu, kalau takde pasar malam dekat dekat situ, kami akan pusing pusing pekan koboi Padang Besar Utara tu untuk cari kedai makan.. apa yang tak bestnya, bila nama outsiders ni, orang situ akan usyaa lain macam jerrkk.. macamlaa kita ni ada buat salah kat diorang.. bayangkan kalau kita sorang diri waktu tu tu.. nak telan nasik pon rasanya tak boleh kot sebab orang keliling dok tengok kita macam nampak alien..! Taufiq nii, even dia tak makan (diet/puasa sunat), dia akan teman jugakkk aku ni melahap..punyalah teman sejati tuu..! dan sebab tu lah saiz kami ni kontra..macam solstis dengan ekuinoks..! Ada sekali tu, mungkin penat terlebih kot, si Taufiq ni demam... so, malam tu lewat dah, aku bawa dia cari klinik.. pusing merata cari klinik dalam pekan Padang Besaq tu sampai tersesat ke kat khemah berkempen orang politik..cemas jugaklaa jadinya sebab tu khemah parti orang cina punya..! Last2 malam tu, ubat 7E jugak laa jadi penawar.. nak balik hospital kangar pon jauh sangat.. esok nak sekolah balik..!

Iftar Ramadhan di Secret Recipe Kangaq...
slh 1 faveret place Taufiq...
Satu lagi kenangan yang aku tak boleh lupa dengan Taufiq ni, ialah waktu nak observe rentas cemerlang praktikum.. dialah, bukan aku..! Lawak jugak bila ingatkan kelam kabutnya si Taufiq ni siapkan macam macam benda.. portfolionya, rph dan bbm yang akan digunakan time observe tu. fuhh, memang macam orang nak sambut anak sulong jaa gayanya.. bila hari nak observe tu, aku pun sama naik kalutnya.. ke sana sini naik turun untuk setting tempat dan alat.. time kalut2 tu, banyak kali jugaklaa Taufiq dok bisik bisik kat aku, minta aku ada situ teman dia sampai abes observe.. jangan tinggal dia sorang2 sebab dia “getaq”.. rasa macam penting pulak aku nii bila dia cakap macam tu :p ye lahh.. maunyaa tak getaq bila ada hampir 5 orang pensyarah dok kat belakang tengok dia mengajaq.. awal tu macam lawak bila Taufiq pesan macam tu, tapi bila dia dah start mengajaq, dan aku tengok dia dari pintu belakang kelas, rasa terharu dan bangga tu ada.. terkenang balik segala susah payah kami lalui sama2 dari praktikum satu, dua dan kali ni, yang ketiga sampailah meletakkan Taufiq di tahap nii..  yup, memang aku berdiri jaa kat luaq kelas tu sambil snap gambar2 Taufiq tengah mengajar.. tapi minda nii, melayang mengenang kembali segala kenangan2 praktikum 1 dan 2 yang membawa kepada kemuncak praktikum 3 nii.. jua petanda kami akan berpisah tak lama lagi... 

Cakkk..!! Selfie di Bukit Ayer
Taufiq mungkin antara orang yang terbanyak meluangkan masa denganku…antara  yang paling banyak menghabiskan harta keranaku dan juga tenaga.. Antara yang paling banyak tahu tentang aku…yang sediakala menerima baiknya aku, buruknya aku..banyak sangatt kenangan kita…banyakkk sangatt…!! Pusing keliling satu dunia ni pon, aku takkan jumpa dah sahabat yang macam hang Taufiiqq.. hmmm, taufiiiqq, beratnya jemari ni nak menekan keyboard bila mengenangkan terpisahnya kita pagi tu…di kedai makan tempat terakhir mungkin kita breakfast sekali  :’( 


posing dgn matbee di Cameron.. 2013..
Matbee...juga tersenarai antara makhluk terawal yang aku tegur, yang aku ajak sembang kat IPG nii.. ingat lagi waktu minggu orientasi, petang tu kat Pulako IPG, aku belum kenal semua budak kelas... so, aku mendekati Matbee dan bertanya “Hang umoq brapa?” mungkin sebab muka dia nampak matured walaupun orangnya haluuuihhh jaa... hahahaaa..bukan apa, aku nak tau kot kot ada lagi yang umoq sama dengan aku.. bolehlaa jugak buat geng veteran..ahakzz.. ye lahh, aku ni tua setahun (lahir 1990) berbanding kebanyakan budak kelas aku tu.. Matbee ni teman rapat aku jugaklahh.. selalu lepak2 sekali.. bergaduh bab politik tu biasa sangat dahh..! Even aku dah tak duduk dalam hostel waktu last sem, MatBee masih lagi selalu menyantuni aku kat umah sewa...chewahhh..! Kira tak lost contact laa.. Hang mesti takleh lupa kan mai dok ketuk pintu bilik aku pagi2 macam orang bodo.. dekat sejam jugaklaa hang buat keja tak berfaedah tuu..haha..padan mukaa..! MatBee ni selalu jugak jadi mangsa belasahan geng-geng bajet macam Amett, Jat, Ajoyy, Zack & paling terok, tuu, EiEi time malam nak interview spp yang dekat homestay di Jitra tuu..maybe sebab MatBee ni jenis diam, alim, cakap pon slow2 syahdu gitu, so selalu la jadi lauk..! Tapi aku salute hang Bee, sebab hang cool sediaa..macam koolfever daa..haha..!  Jangan tak tau, MatBee ni caring jugak kat aku.. best laa nanti sapa jadi bini dia..haha.. Kenangan kita kutip buah pelam keliling maktab waktu semua orang dah balik kampung tu, aku takkan lupa sampai bila-bila Bee weii..!! hahahahaaa...

Si Ajoyy nii memang hobi dia selfie..!
Aajoyy...specialnya Si Ajoy ni ialah sebab dia pandai buat semua orang suka dengan dia..tak segan dengan dia dan rasa selesa dengan diaa.. Perangai gedik gedik tak reti malu tu aku suka.. Si Aajoy nii satu makhluk yang memang tak tauu berkira dengan kawan-kawan.. sekali kita belanja dia, 10 kali dia belanja kita balikk.. Joyy, ingat lagi tak duit ko RM 50 yang jatuh waktu ko nak belanja aku kat Secret Recipe tuu?? Hahahaaa.. Ko memang failed kalo bab2 susun atur wallet, beg dan dokumentasi2 ni..semua orang sedia maklum tuu.. “Huhh Ajoyy?! Serabuuuttt” (Ijat Nasir) ; “Kad memori ada mana? P ambik cepat, jangan bagi Aajoyy simpan, satgi hilang..!! (Amett). :p Nasebblaa dah ada bini sekarang...memang patut pon la..!  Ajoyy nii kira toplist member aku jugakkla kat IPG nii.. dengan dia aku boleh cerita yang lawak2, boleh sembang serius dan boleh luah apape jerr deep from my heart.. memang pangkat sahabat dunia akhirat laa dia ni.. Joyy, jubah yang ko bagi aku dulu, jubah putih tu, aku simpan elokk ja dalam pelestit...pernah la jugak aku pakai sekali dua... ingat nak pakai waktu menikah nanti.. tengok laa camner...hoho :p


yang pakai baju ungu tu lah munet.. amacam, ada gaya masterChef x? haha..
Munet oh Munet... bila teringat Munet, mesti teringat makan... kecenderungan dia ni memang ke arah bidang makanan.. Pandai masak pon dia, pandai makan pon dia, pandai komen pon dia jugakk..!!  Seorang yang sederhana, tapi bukan dalam bab makan hokeyhh..!! Kalo bab makan, dialah juara jangan sapa kata apa.. Apa yang dia makan, mesti mahai, mesti lebih vogue dari orang lain.. Faveret dia KepCi, sebab kalo ajak lepak mesti KepCi..mentanglah KepCi Kangaq tu open 24-7... Bab masak tak perlu dipertikaikan lagi bakatnya.. Memang bentara sejati..! Ayam dari elok2 boleh berkokok, dapat kat dia jadi arwah,, ehh silap, jadi lauk laa :p Selalu jadi reference kalo nak makan apa.. especially kalo dinner kat tempat2 yang mahal macam Mai Café tuhh.. takut salah order rugi duit tak berbaloi... Satu lagi kejuaraan dia ialah bersembang.. kalo nak jumpa dia, kena spend siap2 at least dua jam untuk sembang... kalo tak, jangan jumpa..! :p Munettt...rindu nak makan hang masakk..! 

Tudiaa Mat Zaid.. renungan matanya bisa menggetarkan jiwa
siapa yang memandangnya...!
Mat Zaid Midi...sorang lagi classmate aku yang paling kerap bergaduh dengan aku.. Sepanjang 5 tahun ni, ada la kot dekat 100 kali bergaduh dengan dia ni.. gaduh sat, baik balik.. gaduh sat, baik balik. Bab merapu, serah ke dia... Tapi jangan main2, dia ni kadang-kadang bleh transform jadi tok guru.. Tapi kalo dengan aku, pakai serban besaq mana pon, dok merapu bergelak jugak.. Seorang yang perongoih, keras kiang...sebab tu selalu gaduh dengan aku... Bukan takat aku ja, dengan pakgad maktab pon jadi mangsa perongoih dia.. Tanya laa mana mana budak laki dalam kelas aku ni, konfem semua pernah gaduh ngan dia nii.. Walaupun badan kecik ja tak besaq mana, tapi suara dia paling hingaq dalam kelas. Kalo musim exam, aku dan Jat akan lock pintu siap2 kalo dengaq suara dia dari jauh... satgi kalo dia singgah mai, cacamerba abes, tak jadi study laa jawabnyerr :p

Si Duang bersama 1 Malaysianyaaa..!! Sebokk jaa mamat blakang tu..!
(BIG SK Seri Dusun)
Mat Duang... atau lebih mesra dipanggil “Tuan Guru”... juga seorang blogger ilmiah islamik (Tekno Daie) dan selalu update status2 fb yang ismiah berbaur islamik dengan Bahasa ala ala DBP gittuuu.. sebab tu la kott orang panggil dia ni tok guru. Agak cerewet kalo bab makan.. entahlaa, jarang sangat aku nak berpeluang makan semeja dengan dia nii... tapi yang konfem, kalo makanan tu free, memang dia tak banyak cakap..memang tak cerewet...bedall jerk..! Duang ni kedekuit jugak laa sebab time aku tumpang saga FLX dia pi minum petang kat Fatinnaz Corner satu hari tu, mati mati dia takmo bukak aircond..! Makk aii, punya laa panaih lit lit pukul 4 petang tuu..! Mat Duang ni jugak, walaupun kedekuit ke hala tu, tapi dia ni pemurah la jugak.. pemurah dari segi skill dia.. Especially skill edit2 gambar, design2 poster dan banner ni. Pernah PA A memenangi pertandingan rekacipta banner terbaik sempena Maulidur Rasul... waktu tu zaman awal2 lagi masuk IPG.. muka masing-masing pun innocent gila time tu...! Haa, si Duang ni lahh yang design banner kemenangan tuu..! Si Duang ni jugak designer kepada poster2 event2 PGPI/ImpI di maktab nii.. ohh ya, poster jualan perfume el-Haramain aku pon Duang jugak designernyaa... memang thorrrbaikklahh selalunya hasil tangan si Duang nii.. thanks Duang...! Sayangnya, aku tak sempat pun berguru dengan Duang nii berkenaan hal ehwal design mendesign nii...huhu..
p3 yang berbusana kuning tuu...yang baju oren tu pengarah BIG :p
(BIG Rumah Anak Yatim Mak Teh)
Lasst boy in my class to describe...jeng..jeng..jenggg.. proudly present.., the mysterious Fitri a.k.a Waladol Faqiir... seorang sohabat yang cukup misteri dalam PA A nihh.. sesuai dengan karakternya yang misteri, dia ni jugak seorang Artist yang memang punya bakat besar dalam bidang senilukis animasi dan nampaknya, boleh pergi jauh, sejauh saujana mata memandang...!  Misterinya Waladol ni sebab orang jarang perasan dia ada ke tak dalam kelas, especially lecturer lahh.. Kami yang laki2 ni, apalagi, jeles tak dak dahh laa ngan waladon ni. Time kami monteng, hingaq satu maktab...time waladon ?? takda sapa pon perasan... ohhoii, ilmu apa lahh dia ni pakai.. rugi jugak aku tak sempat menuntut :p Waladol ni memang makhluk yang penuh dengan keajaiban.. waktu aku satu group assignment dengan dia, even banyak mana pun tugasan, dia akan buat last minute, last night sebelum submit tu, dan, ajaibnya, dia boleh pulakk siap..!! Dia ni jugak punya minat yang sama dengan aku, iaitu gaming..!! Selalu jugakkla dok exchange dvd game waktu sama-sama bergelar budak hostel dulu. Memori terindah dengan waladon ni, bila time tak dapat tembus talian dia.. so, biasanya aku dengan taufiq lah, akan lawan “osom” sapa yang akan dihantar untuk berdiplomasi dengan waladon, biasanya untuk menyampaikan sesuatu khabar atau maklumat penting... kelebihan utama waladon ialah tak pernah ponteng assembly, walaupun takda sorang pon budak laki kelas aku yang pi..errk.. :p

2011...antara memori paling best dgn classmates..main selut di Sedim.. 
Actually, ada sorang lagi classmate aku dalam PA A nii.. Noor Ridzuan yang kami panggil Duwe.. orang Terengganu.. tapi belum sempat kenal rapat, beliau dah meninggalkan kami untuk further study kat Jordan.. Apa yang aku masih ingat sal Duwe ni, ialah dia ada lappy yang awesome.. yang besaq tuu.. memanglaa aku nii jeles tak sangga dah tengok laptop dia tuu.. hehe..abaq terus terangg nii :p Alhamdulillah, Duwe dah abes dah pun study kat Jordan sana dan kini berada di hometownnya.. Dah kawen dah pun si Duwe nii dan doaku moga sentiasa bahagia walau di mana jua...chewaahh, macam dj radio Sinar malam2 la pulakk..!

Duwe yang kanan tuu.. yang kirii tu ampa tau lahh sapa diaa.. dia tu
semua gambaq wajib ada muka diaa..haha  =.="

 *** Hokeyhh,,, abes daa kesah budak-budak laki kelas aku... now,   time for 
SriKandi PA A***

TERIMA KASIH SRIKANDI, KERANA MENJADI WARNA PENYERI PERJALANAN INI...AHAKZ :P

Terima kasih kerana menjadi pelengkap warna hidup ini... one word for everyone...

**Nabila : Cutee**
 Yg cute..yg childish..tapi sejak akhir2 ni, sejak pegang jawatan pkk, dia dah jd "mama" yg sgt responsibility..dan sejak2 ni lahh baru tauu garang jugak rupanya pn belle nii.. antara yg rapat dgn aku.. yg selalu boleh diajak berborak & bergelak :p
err, sorii belle,gmbar hg xde dlm nii (gmbar last gathering masjid bukhary) ..huhu..btw, muka hg tu aku cam lahh kat mana2 pon kalo jumpa ^^

**Nizha : Exam**
 Musim2 awal dulu, igt lg, nizha mmg paling garang & serius..sampai kami yg laki2 ni tpaksa "osom" utk antar sapa yg nak berurusan dgn nizha.. selalu, akulah yg jd mgsa utk berurusan dgn "little dragon" nii.. kena pandai berdiplomasi kalo x nak kna sembur api :p
Paling femes time nak exam..semua jejaka akan memburu nizha demi sekeping nota..

Julai 2011.. Kursus Asas Memanah di Stadium Utama Kangar

**Kak Mal : Muna Jasman**
Sesuai dgn namanya, Kak Mal mmg pandai memegang watak sebagai kakak...kontra dgn aku yg selalu nak jd "adik" dlm kelas.. Muna Jasman bg PA A sbb arab power sgt, n offkoss jd reference bila nak exam arabic. Kak Mal juga selalu meneutralkan suasana dlm kelas..ye lahh, kakak kann.. tp kakak nii nakal jugak kdg2, sbb suke kaco adik yg x brapa adik ni haa :p

**Mekna : Diam**
Adik bongsu PA A..pendiam pada normalnya..tp kalau diajak bersembang, ada jaa suara.. Gaya tu ada laa ala2 gadis melayu terakhir gitteww..haha.. dan sebab tu jugakla selalu menjadi mangsa kenakalan buaya jadi jadian kelas kita..tp Na always cool & gentle melayan boya2 tu smua.. yon terkecuali sbb yon segan & malu2 dgn Naa :p

Our last gathering... masjid al-bukhary
**Atie : Masak**
Bentara kategori wanita...fuhh, mmg expert kalo bab2 masak kenduri banyak2 nii.. yang penting, apa yg atie masak, semua sediaappp..!! Pernah sekali nasi dlm rice cooker besar tu x msk, then atie dtg dgn magic powernyaa...tross jd elok nasi kuning tuu.. :p kalo x da dia nii, kelam kabut kenuri jadinyaa...

**Kimah : Berani**
Sinonim dgn sifat berani..itulah hakimah aini :) Time kelas tarannum & gerko, memang terserlah keberaniannya.. saat sang2 jejaka lawan bertolak hang aku untuk bertarannum d depan ust mad, kimah tampil ke depan dan mempersembahkan bacaan tarannumnya yg bisa buat seisi kelas terkesima..!! Fuhhh, mmg power..! Kalo nyanyi lagu, mau pencen Celine Dion rasanya :p

Memori di Sedim, Kedah.. April 2011
**Syamera : Doraemon**
Obses dgn dua benda..doraemon & bolasepak...syamera &  jwtn setiausaha memang tak dpt dipisahkan..hehehh..mungkin juga "musuh" aku no. 1 dlm PA A, sbb kalo boring takde nak gaduh dgn sapa, maka Syamera lah sasarannya.. bulih tahan garangnya.. kalau dgn aku ni haa, tinggal x kena lenyek jaa :p

**Atiq : Misteri**
Aku menganggap si atiq ni misteri sbb aku x brp rapat sgt ngan dia.. dia ni garang jugak la kadang2, sbb tu aku x brapa berani sangat.. katanya minat dgn moto, yeahh.. sama la aku ponn.. kadang2 aku tgok dia nii ala2 mama yg bertanggungjawab pon ada.. ye lahh, org dh kawen mungkin karakter die mcm tu kott :p

Kunjung mengunjung rumah orang kampung... BIG Anak Angkat di
Kg. Kuala Kangkong, Kedah...2012
Abaikan si Amett yg memang buas tuu :p
**Subie : Sporting**
 Yg special offkosslerr tulis laasst skali :p
Antara member paling rapat dlm kelass...dan aku x segan langsung utk kacau..sebab..sebab..sebab die sporting abess :D Kenal rapat time aku jd KK & dia jd PKK dlm kelas.. Sorang yg rajin buat kerja2 luar.. amek gambar, blogging n sejak akhir2 ni, jadi bisneswoman la pulakk..hehe, selalu jaa kita ada persamaan..ada chemistry org kata...hehee..ada makna tuu.. apapun, doa dariku, moga sukses selalu..!! :p

 *gambaran tulus dariku ttg anda semua..srikandi PA A, classmateku yg dah 5 tahun 5 bulan x pernah terpisah....!! 

Thankzzz for everything...for all u giving n sharing...!! Really2 apreciate n will be remember...forever.... :')

Kenangan dari tanah tinggi Cameron..2013..hmm, mane satu Cik Subie yea??
***Okeyyhh..abess daa kisah sal classmate...sekarang apa pula??

***ZACKEY...NAMAMU TERATAS ^.~ ***

Zackey... Aaki.. Zack... Kii, dia tetap makhluk yg sama yg aku kenali sejak 2009 dulu.. tak pernah berubah... dia... bukan sekadar roommate & coursemate, dia juga sahabat, teman,rakan, kawan, boyfrenz, buah hati pengarang jantung & usus, intan payong pasaq malam, dialah adik dialah jugak abang yang paaaalinggg rapat... yang paling faham dan paling setia... dan offkosslaa yang paling spesyelll.. jangan jelezzz..!!

Sayang giler laa kat dia ni sampai rasa macam adik sendiri daa.. Actually dia bukanlah antara yang terawal kukenali di maktab ni, mungkin sebab dia kelas lain kot... tapi bila kenal jaa, terus kami jadi rapat jugaklaa.. hahh, tu lah hebatnya si Zackey nii :p Zackey ni lebih kurang Aajoy dengan Amett laa sebab aku tak pernah rasa segan2 malu2 dengan dia nii.. Nak apa, nak mintak tolong apa, nak cerita apa, cakap jaa kalo dengan Zackey...takde daa nak pikir pikir 10 kali 20 kali...

Masa baru2 kenal...malu2 gitteww..ahakzz :p
Seorang yang saangattt rajin layan aku, borak2 dengan aku kat social apps.. dari zaman sms dengan ym lagi taauu..!! Sampai sekarang laa, kalo wasap ke, messenger fb ke, tak pernahnya lambat reply... kecuali laa henpon dia buat hal.. Zack, soriii tak sempat teman awak bli henpon baruu.. masa dan waktu, jeles sangat ngan kiterr :’(

Apa special sangat Zack ni?? Kalo orang tu tak special, takkan laa kita sayang kat dia kan?! Specialnya Zack ni even dia kelas lain, tapi kadang-kadang aku rasa dia lagi dekat..lagi rapat berbanding classmate sendiri.. Time aku demam kat hostel dulu, even bilik dia jauh, tapi dia lahh yang paling kerap tanya  hal aku, bagaimana aku dan antara yang terawal datang berziarah selain roommate sendiri waktu tu.. benarlah kata orang, kita akan selalu ingat orang yang ada dengan kita waktu kita susah, waktu kita jatuh.. Zack lah salah satunya... Macam tu jugak time masuknya semester baru, belum sempat aku sampai hostel lagi, dah dapat sms dari dia...tanya aku nii kat mane? Hoho...memangglaahhh si Zackey ni caring yang teramat...untonglaa wife dia nanti..

Zackey that always caring and make me calm :)
Last sem ni, aku ditakdirkan duduk serumah dengan Zack, dan sebilik pulak tu.. kira 5 bulan jugakklaa kami jadi roommate kat rumah taman ira tu.. Actually, aku rasa terhutang budi jugak laa dengan Zack ni, sebab time aku terkial kial tak tauu nak partner rumah sewa dengan sapa, Zack datang dan mengajak aku join geng die dok rumah sekali...thanks Zack..! Bila dah duduk serumah dan sebilik ni, membuatkan aku bertambah rapat bertambah kenal lagi laa dengan Zackey nii...

Dia tak pernah kedekut...tak pernah berkira langsung... Zackey adalah antara member yang paling banyak berhabis harta, masa, dan tenaga dengan aku.. Dari dialah aku belajar untuk belanja member bila lunch atau dinner sekali tanpa pikir berapa pun jumlahnya.... Dari dialah jugak aku belajar jangan takut kehabisan rezeki... Sebab dia pemurah tak pernah kedekut lah aku tengok dia loaded jaa selalu, especially bab makan..

dah tua2 pon kene suap...haha.. apa salahnya sekali sekala..
kenangan sambut bezday kat Gracias Cafe, Kangar..
21 Ogos 2014...
Time sambut bezday aku, dan seingatku, inilah first time ada member yang sudi sambut bezday aku on the date..!! Dan itulah Zackey...! Malam tu kat kafe Gracias, dekat 100 jugaklaa dia berhabis dengan aku.. Thanks jugak untuk Ajoyy, MatBee dan Jat yang join jugak malam tuu.. Punya laa bersungguh nak sambut bezday aku, sampaikan dia keluar dulu sorang-sorang meronda tengok tempat yang sesuai untuk celebrate...then, baru balik rumah amek aku... Tu belom kira makan hari-hari lagi... Ingat lagi tak dinner paling mahal kita kat Kola Perlis tu, hentam seafood sampai mabuk malam tuu :p  

Sebut bab makan,pasti kita akan ingat orang yang selalu teman kita makan dan belanja kita makan... Last sem ni memang takda orang lain dahh, si Zackey ni lahh siang malam meneman aku makan dan selalu payung pulakk tu...kes tu yang sayangg sangat tu..hehehh.. Dia ni kalo bab entertain orang, rai orang, memang nombot satu lahh.. sebut ja teringin nak makan apa, nak makan kat mane, dia kan bawa dan temankan...  Tapi satu jaa, celupar jugak mulut dia ni.. ada ke patut berat dia naik, dia salahkan aku sebab asyik ajak dia makan sedap sedap.. apalagi, kena tarik telinga laa takpon kena tampaq kat pipi yang koi tembam tuu...pastu mulalahh bergadoh..hahaaa... Kii, sunyi sangatt meja makan ni, kereta nii bila Kii takde kat sebelah teman kiter makan cornetto ataupun crunch macam selalu :’(

"waajib" pekena cornetto kalo lepas lunch/dinner
Dia roommate paling sweet paling romantic dan caring... di sebalik ketegasannya berprinsip la konon...contoh “mak aku tak bagi makan lewat malam” / “mak aku tak bagi makan Maggie” / “bapak aku tak bagi tido petang” dan macam-macam lagilah prinsip dia tu sebagai anak yang taat giler laa konon kononnya, Zackey nii sorang yang caring, sweeett dan romantic bangett... Malam-malam kalo aku tido awal, Zack akan tolong selimutkan sebab sejuknyer aircond kat bilik kami tuu.. macam tu jugak pagi2 time dia nak pi kuliah, dan aku pula baring2 atas katil.. dia akan selimutkan aku even aku ni bukan jenis pakai selimut sangat ponn.. saja la tuu nak kaco sebab jeless tengok kita nii takde kuliah awal2 pagi cam die :p Kemas tempat tido tu memang keja faveret dia lahh..mungkin dia bercita cita nak jadi housekeeping kat hotel kut sementara tunggu panggilan posting nanti...who knows ?!  :p

kenangan di pantai bukit keluang, besut, Ganu
Sweetnya si Zack nii sebab dia tak pernah marah aku, tak pernah buat bengang dengan aku even aku selalu kacau dia...buat macam2 dan kadang2 paksa dia makan awal laa.. paksa dia teman pegi sana sini laa..haha.. Kalo dia ada kuliah then aku pulak takde, memang dia akan bungkoskan makanan untuk aku lunch kat umah even kadang2 tu aku tak mintak pon dia bungkos..selalu sangat..!! Punyalaa ingat kat aku si Zack nii..takut aku kurus tak makan katanya.. :p Sebab tu lah dalam ramai ramai, dia paling special sekali.. Dan, bila dia buat benda yang sama kat kiter, janganlaa kita layan dia sebaliknya...macam mana dia threat kita, kalau boleh, macam tu lah kita threat dia balik..baru sweeeet..!

Time aku demam lepas balik dari bbq kat Bukit Ayer tu, si zack nii punyalaa risau takut kot aku bukan demam biasa...mana la tau kena kencin tikuih kaa kannn.. tapi Alhamdulillah, everythings fine..! Sekali sekala demam ni, syok jugakk bila orang layan kita macam raja..haha..tu pon kalo dapat roommate macam Zack lahh..  ingat lagi malam tu, dia bawa balik makanan punya laa banyak... siap dengan nestle bliss lagi tuu..! Tapi dia pon hentam belasah jugakk bliss tuu.. terokk perangai..apodaa...hahahaa :p Hangatnya belakang tangan Zack yang memegang dahi & pipiku yang panas waktu demam tu, akan kuingat dan kukenang sampai bila-bila....

layanan dari roommate tersayang time demam...
roommate korang ade buat camni?? hahaa..

Zack nii kadang kadang macam adik, kadang kadang macam abang... dia jadi adik bila suka ganggu orang lain..suka usik2 orang dan buat muka dan perangai yang pelik pelik... konon nak test aku la tuu.. merajokk pun kuat jugakk nii..ingat lagi takk orang tak bagi desktop untuk bukak email ape ntah..haha..punya laa panjang muncung..panggil jpj mai ukoq baru tau..!! 


i hope...this isn"t goodbye :'(
Satu lagi perangai dia ni, selaluu ja nak menang, takmo kalah kalo lawan bercakap lawan bertengkaq tu..memang sifat sejati anak no. 2.. selalu sangatlahh kitorang bila boring boring dalam bilik tu, bertengkaq especially dalam bab loghat.. ye lahh, aku ni utara, dia selatan, memang “belaga” laa orang Kedah kata.. selalu ada jerr words yang aku cakap dia nak pertikai.. contohnya, aku tanya dia, kat tv sekarang ada “gambaq” apa? dan zack akan buat2 tak paham apa yang aku tanya.. ohhoii, bab ni memang aku faham sangat dah, so selalunya aku bagi dia kemenangan percuma ataupun paling kuat pun kena cekik tak pon kena lenyek jaa dia nii..padan muka ko..!!  Kalo dia bg hint untuk "berbalah", aku on jaa sebab syok tengok perangai tak nak kalah dia tu.. aku tauu sangat sebab aku anak sulong dan adik aku pon ada jaa perangai macam ni...sampailah tayang penumbuk depan muka baru tau nak diam...haaa..tau pon takutt..hahaa

Kenangan time camping unit beruniform di kem tasoh, Perlis
Dia jadi abang bila suka nasihatkan aku, tunjuk ajar aku itu ini, ajak aku solat awal, pegi masjid la, pegi kuliah laa...hoho, semua orang pelik bila aku jejak kaki balik kat Matin untuk mengaji kitab.. hmm, camnelahh si Zackey nii buat yea...!! dok ngan si Jat 5 taon pon tak pernah ikut Jat pegi Matin... kenal Amett 10 taon pon, tak pernah rasa nak join Amett p Matin.. tapi, 5 bulan ja dok dengan Zack, tiap2 minggu mesti ikut pegi Matin... hurmmm... tu baru 5 bulan.. kalo 5 taon aku dok dengan dia, rasa2 aku pon dah jadi “wali” macam dia la kot gamaknya :p

Jangan tak tahu yea tuan2 dan puan2 sekalian, si Zackey ni jugakk sorang yang rajin terlebih adakalanya... Contohnya suka buang sampah kat dapor rumah, suka refill air minum dalam fridge dan jugak suka kemas kemas bilik... basuh ayam, besiang ikan memang kerja dia lahh dekat rumah tu.. apa yang ramai tak tauu, Zack ni pandai masak, especially masak sambal tumis..ohhoii, sesedap rasa..! Sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal ayam kalo Zackey yang buat, memang sold out laa..! Tapi..tapii, sayang, dia kurang skill bila bancuh air banyak2 dalam jug...haha, selalunya tawar...tak manis macam tuan..!! Nanti Zack balik umah, soh mama ajar...tau..!

muke kene paksa scaling gigi @ Kangar GH..
Makk aaii, sakit, ngilu semua ada..
tapi sebab Zack yang paksa, buat jugaklaa..
kalo x ikut, merajuk muncung sedepa la dia tuu :p
Satu lagi yang maybe tak semua orang tauu, si Zackey ni juga sorang yang manja dan kuat bebai...ooppss, sorii, mocuoq rahsiaa..jangan maree..!  Tak pasti nak kata manja ka bajett, sebab dia nii tak bley kena panas, tak bley kena hujan.. Kalau siang siang tu ajak dia naik moto, memang takkan setuju punyerr..! Sunburn katenyerr...takuiit kulit terbakorr :p Kalau kena hujan pulak, nanti mesti nak demam laa sakit pala laa, ceceme laa... same goes with me too kalo bab hujan nii..! Dua lagi sebab aku katakan dia ni manja & bajett ialah dia takut gelap & tikuih.. dalam bilik kitorang tu, lampu kena on 24-7.. at least kena ada jugak satu lampu yang bukak..tak boleh tutup semua sebab ade orang tu takott ada bendaa heheheeeeeee~ lagi satu tikus, aku tauu dia nii Musophobia (takut tikus) sebab adik aku kat rumah tu pon ada “penyakit” nii sampai bawa jumpa doktor.. pernah sekali tu laa, ada tikus merayap kat tempat parking moto tu, Zack nii apalagi, terus panjat sofa laa.. kita jugak yang kene bersilat dengan penyapu menentang sang tikus tuu..huhu.. (nakk die je jadi hero... ermm, memanglah..! blog aku, akulah jadi hero..ahakzz :p)


Our last dinner..maybe :'(
Yianggg makcik belakang tu ponnn..sebok nak angkat kerusi apahalll..!
Kuat bebai? Hahaa.. dia ni memang pantang kalo pegi kedai makan yang lambat siapkan order dia.. memang dia ajak blah jerr kalo sampai “limit” dia tuu... bebai lahh tuu.. dengan muncung dia..haha.. lagi satu, kalo pegi pasaraya yang jenis lambat kira ataupun kira yang orang lain dulu yang datang kemudian, memanglaa dia akan bebai.. penah sekali lewat malam kat 7E jejawi kat JPJ tu, cashier pegi kira yang orang lain dulu even dia dah lama queue, memang dia bebai lahh.. sudahnya, segala mineral water, soft drink & eskrem besepah ja kena tinggal atas kaunter tu.. deal with it..! padan muka..! Haha, actually, eskrem tu aku lah punyer keja.. aku memang tak pernah reti nak bangkang dia, siap support lagi tu haa..!!

Zack...banyak lagi nak tulis tentang awak sebenarnya...tapi, biarlah itu jadi kenangan kita berdua jaa.. Zack, tq..tq..tq for everythings that u’ve done for me.. Mintak maap, mintak halal, mintak redha untuk segalanyaa.. Banyakk sangat Zack...banyakk sangatt..dan awak ponn, baaikkk sangat sangat... Sampai bila bila pon, aku takkan jumpa lagi dahh Zackey yang keduanya... bak kata P. Ramlee, “di mana kan ku cari ganti...serupa denganmuuu”

gambar faveret 2014... layan steamboat ala Korea @ Seoul Garden Alor Star Mall
even kedua-duanya takde muke Korea sikit ponnn :p
Kii, moga ko sukses selalu...kat mane pon, bile2 pon... yang indah itu ukirkan pada batu, biar kita nampak dan ingat selalu... yang pahit itu, lakarkan di wajah air, biar cepat hilang dan pergi berlalu... Kii tetap special dalam hati nii, dan takde sesape pon bley ganti 


***Geng Taman Ira...Bersama kalian, aku menimba pengalaman***

Satu Sem (5 Bulan) jugaklaa dok serumah dengan geng geng nii.. rumah kat Taman Ira tu kami share 10 orang... selama 5 bulan dok sekali ni, daripada angguk angguk senyum senyum masa zaman hostel, kini dah jadi member makan semeja dan teman tengok tv.. Paling best dengan geng ni, time meniaga hari Gerko dengan BBQ kat Bukit Ayer..

Sungguh, banyak pengalaman yang aku dapat masa dok serumah dengan depa ni di Taman Ira tu. Especially dalam bidang masak memasak lah. Daripada tak reti nak basuh beras, kini dah pandai la jugak masak nasi. Daripada tak pernah masak masakan kampung melayu2 gitu, kini dah boleh laa setakat nak masak kari kurma ataupun sambal tumis.. daripada tangan ni tak reti nak uli uli tepung, kini dah pandai goreng roti canai.. daripada tangan ni tak pernah nak basuh dan siang ikan, kini dah tak geli geleman nak cabut insang dan perut ikan.. tu pon lepas kena paksa dengan zack...adoii, zack lagii :p

Geng Taman Ira memeriahkan Hari Gerko IPG 2014..!!
Antara geng rumah yang paling rapat dengan aku (selain zack laa) ialah matDin.. MatDin ni macam Labu (ka Labi ntah) dalam citer P Ramlee tuu.. yang jadi tukang masak tuu.. dia ni memang ketua chef laa kat umah sewa kami ni.. Sebelum ni pon, masa kat hostel, bilik kami sebelah2.. so, memang rapat lama dah dengan MatDin nii.. Dan, bakat memasak dia lebih menyerlah bila duduk menyewa rumah yang lengkap serba serbi nii.. ohhoii, ingat lagi betapa excitednya MatDin saat kali pertama kami masuk tengok interior umah sewa Taman Ira nii..kilauan dapoq Kak Ina tu, memanglaa dok sambaq mata dia.. haha..

memori bbq di Bukit Ayer... 2014
Dengan MatDin ni, sebut jaa teringin nak makan apa, dia akan buat bagi.. kadang-kadang, belum sebut pon, dah teridang depan mata. Segala jenis nasi dengan macam –macam jenis lauk aku dah rasa yang MatDin masak.. Paling best, paling tak boleh lupa, roti canai hari Gerko. Dengan aku yang tak reti apa ni pon kena paksa main tepung.. ingat lagi balik meniaga 1st day yang lewat malam tu, masing-masing nak pengsan dahh, tapi mengenangkan esok ada sehari lagi, gagah pakat uli tepung doh roti canai tu sorang sekali..maka bergelimpanganlah anak-anak taman ira kat ruang tamu malam tu... jap..jap, zackey pegi mana ehh malam tuu??  dia pengsan awaaalll lagi kat dalam bilik..sakit pala katanya..patutlaa rasuah kitorang dengan teh ais sorang satu malam tu :p

Esoknya, sekali lagi aku kena paksa dengan Matdin.. jadi tukang goreng roti canai dia kat gerai.. ohhoii, bukan keja senang laa adik kakak.. silap timing, hangit roti canai tuu.. betoi tak denial? (deniel nii actually x lepaih ujibakat goreng roti canai dgn matdin..hahaha..oops) dahla nak siap sebijik2 pon sampai ketaq pala yang kata nama roti canai nii..! Last2, sold out jugakk roti canai kita tengah hari tuu...

antara menu iftar ramadhan hasil air tangan anak2 taman ira..
bulan ramadhan yang paling memorable...!
Geng RBT yang dok serumah dengan aku pulak ialah Syarol, Zul, Danial, Coki, Acap dan Yen.. Paling rapat dengan Zul, Syarol & Deniel laa.. Zul nii macam ustat jadi jadian laa..hahaha.. sebab dia selalu melazimi masjid alwi tuu.. memang rajin p masjid dia nii.. siap berani sound aku lagii yang kadang-kadang terr..ter..ter (ahaha..falam2 laa kalo sebelum zohoq dengan sebelom asaq tuu) So, disebabkan si Zul nii tak segan dengan aku, aku pon tak reti laa nak segan silu ngan dia nii..boleh jaa lawan hentam lawan melawak tanpa ada simpan rasa dalam hati.. Haha Zul, hang memang style walaupun kalah PES dengan aku walaupun player aku ada 10 orang jaa waktu tu :p (yang membuatkan si Zul ni bersara terus dari dunia PES).

Syarol si adik manis yang selalu digelar “anak bongsu” dalam rumah nii.. Walaupun syarol nii cute jaa macam budak2 sekolah, tapi boley tahan ganas dia nii.. Ganas waktu main game laa.. fuhhh, memang laa gamerz sejati.. PC game apa yang baru release, memang dia try semua..! PC dia memang jauh lebih power dari PC aku nii.. Dan sebab dia nii raja gamez dan raja movie, so aku pun rapat laa dengan dia sebab..sebab.. dia selalu jaa bagi installer game dan koleksi latest movie freee dekat aku nii.. dekat semua orang pon macam tu.. sebab tu semua sayang kat si syarol nii..


Last day bersama Syarol si bongsu... senyuumm jaa
Si Syarol nii :)
Syarol ni jenis tak banyak cakap, jenis tak reti nak marah..nak bengang kat orang.. Sumpah tak pernah dengaq syarol tengking2 orang, tarik muka dan buat bengang dekat sesape dalam rumah kita tuu.. So, syarol ni faveret aku jugaklaa bila time nak partner memasak tu.. ingat lagi tak kita goreng ikan kering sampai hangus? Syarol nii kalo aku yang masak, even aku seniri pon rasa tak berapa sedap, tapi dia puji jaa.. “sebab yon yang masak..!” itulah selalu yang dikatakannya menyebabkan semua orang jeles dan naik menyampah.. weekkk :p  Syarol, tunjuk yang mana paling sedap kat meja makan nii?? Syarol pon tunjuk jaa...cute, macam budak2..hahahaaa

Danial, si pejuang Astro.. Den ni, sebelom masok maktab, aku taklaa rapat sangat ngan die.. just anggok2, senyum2 gitu jaa bila serempak di area kampus. maybe dia blok lain kot masa dok hostel dulu. Tapi bila mai serumah, Daniel dengan aku nii rapat jugaklaa... especially time nak tengok tv malam2.. dia ni memang tak boleh dipisahkan dengan tv tuu.. terbayang lagi bagaimana resahnya si Den ni waktu astro Kak Ina buat hal. Kebanyakan channel tak boleh tonton.. so apalagi, mengamuk laa si Den ni hari2 dalam grup wasap rumah.. hahahaa.. aku yang jarang nak tengok tv ni tak rasa apape laa.. sebab tu lah aku panggil si Den ni pejuang Astro..! Dennn, jom tengok masterChef..! hahahaaa


BBQ Geng Taman Ira @ Bukit Ayer.. Deniel yang baju kuning & Zul ya
kiri sekali tuu..
Yen sorang lagi geng rumah ni.. even masuk agak lewat kat rumah ni, tapi selalu gaklaa bawa mai makanan dari rumah..dan Yen ni jenis tak cakap banyak.. orang mintak tolong apa, dia buat jaa.. Coki, even tak rapat sangat dengan aku, tapi tiap2 hari aku mesti nampak dia ni sebab dia loyal customer toilet kat bilik tido aku tu.. paling takleh lupa, nasi lemak hari gerko yang dia buat, sold out sampai sorang pun tak sempat nak rasa... Acap, mungkin aku jarang sangat nak bersembang dengan si Acap ni, tapi aku tauu dia memang master kalo bahagian bancuh bancuh ayaq... Jus buah amra (kedondong), kalo dia tak buat kat rumah tu, aku rasa sampai sekarang pun tak tau ada minuman rare yang macam tuu.. sedapp..! 

Ohh yaa, sorang lagi, si Kery..satu2 nya budak sosial kat umah niii.. bleh tahan akrab jugaklaa dengan si Kery nii.. sebab dia roommate si Zack selama 5 taon masa kat hostel dulu..Aku plak rajin lepak kat bilik Zack masa dia dah pindah kat Blok E (blok aku laa tu), so automatiknya, rapat gakklaa dengan si Kery ni. Lawan bertengkaq lawan menjerkah olok2 dengan dia ni memang selalu sangat dahh..sampai pernah budak rumah ingat kami bergadoh betul, padahal kitorang dah pakat nak buat2 bertengkaq macam gadohh laa kononnya...haha.. Kekuatan si Kery ni ialah suka lepak kat kedai mamak sampai lewat malam walaupun berseorangan.. hmm, kenangan paling best ialah time dia ajar aku tunggang superbike er6n kuning tuu... ohhoii, tu lah kali pertama makhluk Allah ni tunggang dan bonceng superbike.. haha, ingat lagi tak muka tegezoot budak2 rempit kampung yang kena cantas ngan kita tuu?? hahahaa..


#GengTamanIra yang kena posting jauh2 tu, dok elok2.. jangan buat haria tak
ketahuan hala kat tempat orang..hehehh
Rs mcm baru smlm jaa...
> tgok masterchef dgn deniel kat ruang tamu..lyn hindustan smpai meleleh hingus..ekk eleyy ckp org nangess..die yg stat dlu..

Rs mcm baru smlm jaa...
> zul mai dok kaco2 aku & baring2 kt riba nii mcm slalu...zuullll..awat hg p jauh sgt..skrg aku nk gaduh ngan sapa?!

Rs mcm baru smlm jaa...
> blajaq nek superbike er6n tgh2 mlm dgn kery kt kola perlis..siap mati enjin kt trafik light lg..malu weyhh

Rs mcm baru smlm jaa...
> kne marah dgn din sbb hangitkan roti canai dia..kalo dia mrh sikit lg, mmg mkn senduk laa dia pg tu..tu blom kira pusing kangaq cari rumah no 7 tmn ira..haha

Rs mcm baru smlm jaa...
> coki pulun sungguh2 dok shoot gmbar slow motion main bunga api ngan syarul kt porch..dkat nk raya ms tu..ulang2 smpai jd..

Rs mcm baru smlm jaa...
> masak2 kt dapor dgn syarol sambil usik2 dia..thankzz syaroll, 4 the muvizz & games.. apesal diorg smua jelezz sgt ngan kita dua..haha

Rs mcm baru smlm jaa...
> besungguh sgguh blajaq isi borg posting ngan acap kt laptop dia & sama2 repair mainswitch yg slalu blackout tgh2 mlm tuu..

Rs mcm baru smlm jaa...
> dinner ngan yen kt meja mkn... bagusnya yen sbb slalu cedokkan nasi & slalu tnya kot nk kirim apape bila dia nk kluaq...

> and my beloved zack...smpai syurga kuu..arghhh.. beratnyaa nk tulis.. bacalahh tintamalam nnti..

Rumah no. 7, Lorong 17 Taman Ira, Kangar yang kami rindui..
Banyak kenangan pahit manis bergelar pelajar sem last terlakar di sini..
Kami menggelarnya "Villa Azlina" :)
Tulahh serba sikit kenangan ngan housemate Taman Ira.. walaupun hanya 5 bulan dok serumah, tapi pahit manis pengalaman tu, takkan dilupa sampai bila bila.. thanks eberybody..! Luv U ollzz..!



***Abam Long EiEi... jasamu dikenang..!!***


Bila sebut EiEi, satu Malaysia kenal... errkk.. ye ke?? Antara member yang selalu gak mai lepak kat umah sewa aku.. EiEi ni memang jenis tak berkira harta.. tu yang baguih dia mamat nii.. dan memang pon dia ni jenis yang agak berharta laa.. Kalau keluaq makan dengan dia, jarang-jarang laa kita ni kena bayar sendiri.. memang selalu dia akan payung.. makan yang mahal mahal plak tuu..!! Lagi satu dia ni jenis tak berkira harta benda dan ilmu... fuhh, baguihh tu..! Selalu gaklaa aku pow dia punya Yes 4G dengan maklumat2 sal esaimen dari dia nii.. apepun, thanks EiEi for being my frenz... u cool enough dude..!!

memori iv spp di ipda bersama abam long eiei (yg paling nsem & pegang beg tu)

***NoNasss...Aku datang kepada kepadamuu.. aku datang mencarimuuu~***

NoNass nii akronim kpd pasangan romantika IPG Perlis 2014, iaitu Anas + Noni.. Aku rapat jugaklaa dengan dua2 orang ni.. Noni nii schoolmate aku masa kat SmKaK dulu dan Anas ni pulak coursemate (junior) kat IPG Perlis nii haa.. 

Anasss Marudin...junior paling special sebab rapat dengan aku..kira boleh makan sepinggan, minum segelas laa dia nii..muda 2 taon dari aku tapi dah kawennn.. mungkin sebab muka dia ala2 izzue islam la kott.. kes tu laku awai :p apa kenanya si Anass ni dengan lirik kat atas tuu?? Actually lagu Aku Datang (ost Istanbul Aku Datang) nii lagu feveret Mat Anaihh nii.. tiap kali sampai depan pintu bilik aku, mesti dia nyanyi lagu nii.. pastu mula lahh godek desktop aku yang vogue tu untuk layan movie... biasanya dia akan main skip2 movie apa yang ada.. tengok part2 yang best jaa.. macam spotcheck pon ada kadang2.. huhh, movie dalam desktop aku semua lulus Lembaga Penapisan Filem okeyhh..! 

ni lahh anasss islam...hahaa
Tapi aku sukaa ja kalo si  Anass ni mai menyantuni aku kat bilik di hostel dulu.. sebabnya dia ni jenis rajin la jugak.. contohnya, dia pernah tolong aku balut RPH dan Fail Praktikum.. jangan kata dia jadi mangsa dera pulak..dia yang sukarela okeyhh..!! Thankss Anass... Lagi satu, dia rajin meneman aku kalau lapaq lewat2 malam.. Burger Pulai tu dah jadi port lepak aku dengan Anas ni bila jarum jam menunjukkan angka 12 a.m ke atas..

hahaa..ciann budak tuu kena dera
balut rph...muehehe
 Pernah sekali tu, aku ajak dia ni teman pegi bank in duit dulu sebelum makan kat Bank Islam Kangar.. haha, ingat lagi tak, orang yang nak masuk keter dia kat tempat parking tu pandang kita lain macam.. ye lahh, kita dua naik moto jerr.. dia ingat kita nak rompak dia kot tengah tengah malam.. orang yang naik motor ni kan sinonim dengan benda2 tak elok.. benda2 negatif jaa.. kalaulah dia tauu dalam poket kiter ada dekat 3k malam tu untuk di bank in, mungkin dia x pandang kiter macam tu walaupun kiter naik moto jee..

Balik dari bank tu, Anas memekak atas moto sepanjang jalan.. nyanyi lagu Aku Datang ni lahh.. siap depa depa tangan macam nak terbang pon ada.. apa lahh yang budak ni syok sangat tengah tengah malam macam tuu..hadooiii..! Singgah makan kat burger Pulai dan waktu ni lahh baru perasan Anas ni suka share makan & minum sepinggan & segelas.. orang nak order bagi dia takmo.. haha... btw, Anass, thanks muchachos for all those memorable moments.  


***Abuya Ashaari Sang Sunni***

Ashaari ni aku panggil Sang Sunni sebab selalu sangat dok kacau aku kat fb especially isu2 sunnah bid’ah dan isu2 politik.. ye lahhh, aku ni biru pekat dia pulak hijau pandan.. mana laa nak ngam..haha.. tapi yang bestnya, kami tak pernah gaduh2 pon.. aku pon tak pahamlahh, apahal orang boleh gaduh teruk2 kalo pasal politik.. ada yang awalnya kawan baik, tapi sebab politik, boleh lawan bertumbuk bercakaq... aduhaii..terokknyaa..

inilah dia gerangannya ashaari sang sunni...bersama kuda biru kesayangannya..!
Tengok macam aku dengan si syaari ni haa.. takda pon nak gaduh2 even tiap2 kali jumpa dok balah hal politik hal Sunnah bid’ah.. haha.. antara memori dengan ashaari ni ialah ada suatu petang/malam tah, x ingat.. aku baru sampai kampus...nek moto laa.. then, masa tu, pakguard buat operasi kad keselamatan... memang hadcore punya operasi laa aritu.. malangnya aku tak letak kad masa nak balik dulu.. so, bila nak masuk, memang jadi masalah laa.. hmm, pikir punya pikir, tetiba dapat la idea.. aku pun pergi masuk masjid sebelah kampus tu dan parking moto kat ceruk belakang masjid tu laa.. dan bermulalah misi “menceroboh sempadan” ikut pagaq belakang tu.. tudiaa, pakguard punya pasai.. nasiblaa tak jadi apapa waktu aku melangkah masuk ikut pagaq besi belakang yang dah nak roboh tuu..

Hari Bahagia Abuya Shaari bersama pasangannya.. maaf x dapat hadzir
Time tu, kelam kabut aku call ashaari ni lahh untuk mai amek aku kat tangki air tuu..huhu.. then kitorang pun buat muka budak baik, siap bawa kad keselamatan lagi, keluar semula ikut main gate untu amek moto aku tu balik..hahaa.. bila ingat balik kisah ni memang lawakk sebab masa tuu perangai2 gangster baru nak berpupuk dalam diri kami2 nii..almaklumlahh, masing2 masih memrgang title junior masa tuu..

Satu lagi jasa ashaari yang aku tak lupa ialah kesanggupannya untuk ride moto aku yang pancit, dari ipg ke woksyop aboyy motor yang dekat2 maktab tu.. huhu..nasiblaa ada ashaari nii.. kalo aku yang ride sendiri, mungkin lebih pancit moto tu...dari satu tayar pancit, mungkin bertambah satu lagi..haha.. Ashaari ni jugak tempat aku meminjam buku2 dan novel2 islamik.. dia nii memang ulat buku laa jugakk.. buku2 dia dengan buku2 TG Duang tu lebih kurang sama laa banyaknyaa..tp tak jadi mufti pon diorang.. aku jugakk yang kena jadi mufti impi...hahaa..chewahh.. memandai jaa :p



***Payed & Amin...  my last minute buddyz***

Payed & Amin.. dua2 budak PJ yang aku paling rapat sekali.. maybe??!! Aku ni bukan jenis sosial sangat.. so, payahlaa nak berkawan rapat dengan budak kos lain.. Aku rasa Payed & Amin nii lahh budak PJ yang aku reti nak berkawan.. yang lain2 tu setakat angguk2 senyum2 jaa..

Diorang nii kira kawan last minute laa sebab stat rapat dengan depa nii time sem 7 dan sem 8 daa.. apesal kita tak kawan dari duluuu??!! huwaaaa  :’(  Pernah laa jugak empat lima kali kami keluaq makan lepak lepak sekali.. Payed ni pendiam sket..macam malu2 gitu.. tak macam amin yang kadang2 bleh transform jadi ostat.. sebab tu laa tak ramai pernah “dating” ngan di payed nii.. tapi bila dengan aku, hmmm.. memang laa banyak cakap dia nii.. kerap jugaklaa dia ajak aku teman breakfast makan roti canai kat area taman jali tuu.. tapi tu semua time aku dok hostel laa.. time aku dok umah sewa, jarang sangat dahh nak jumpa depa nii.. tapi ada gak sekali dua diorang mai umah sewa aku.. rindu letteww :p

Ni lahh Payed & Amin.. kitorang moreh kat kepCi Kangar masa ni..

Si Amin ni pulak specialty dia ialah bleh bertukaq karakter jadi ostat.. memang dia ex-smka pon.. schoolmate matdin.. kalo dia jadi imam kat SNI tu, fuhhh, berlagu mendayu dayu dia baca.. boley tahan sedap laa sora dia nii.. tapi tak sesedap yon amz laa.. ehh..! haha.. paling tak bleh lupa, Amin teman aku bukan sekali.. dua kali beb..! First waktu zaman aku dok hostel, tayar keta buat hal.. Si Amin ni laa tolong pam berganti ganti dengan aku.. dah nak maghrib waktu tu.. then, dia teman aku pegi woksyop yang dah nak katup tu.. sempat jugak laa kitorang pi repair tayar tu petang tu.. then malam tu, kitorang pegi makan kat Yasmeen.. ingat lagi takk??

tudiaaa..keberangkatan tibaa melawat perkarangan istana arau

Kali kedua si Amin ni teman aku time aku balik umah sewa awal dari orang lain.. so, housemate lain blom sampai termasoklah zack.. so, malam tu amin mai umah aku.. kitorang keluaq makan kat char koey tiow beseri yang sedappp tu, then amin stay kat umah sewa aku malam tu memandangkan aku dok sensorang kannn.. caring jugak si Amin nii..haha.. pagi esok tu, awal2 lagi aku dah pecut p Airport kepala batas untuk amek zack...



***Geng WhatsApp Mukmin Professionalz... keceriaanmu..keceriaanku..!***

Jika ditanyakan kepadaku, grup whatsapp mana paling ceria, paling lawak, paling meriah, dan tak pernah nak tauu nak serius.. jawapannya pastilah grup wasap nii : Mukmin Professionalz.. walaupun hanya dianggotai oleh Munet, Taufiq, Safuan, Faiz, We, Abg Hafiz dan aku sendiri, tapi meriahnya tuu kadang kadang, macam satu kampus ahli dia..!!
Kalo tensyen2 buat esaimen, saat satu dunia dok muka tegang dan nada serius, di sinilah tempatnya nak merapu nak bergosip.. jangan ingat kami kenai dalam wasap jaa.. selalu jugak kami ni keluaq makan lepak2 sekali.. tuu, Mai Café tu, dah jadi port angkat kami dahh kat Peghelih nii kalo ampa nak tau..!

KFC..antara venue faveret untuk meeting...cheewahh..! 
Taufiq dan Munet dah cerita dah sebelum ni.. sekarang tinggai Safuan, Faiz & We ja yang belom.. Antara tiga2 ni, Faiz yang selalu aku sakat, yang selalu aku usik2.. dan dia ni bolehhlaa dikatakan paling genius paling rajiinn dalam geng wasap nii.. Faiz nii roommate Taufiq satu satunya, dari masuk maktab, sampailah keluaq maktab.. so, disebabkan Taufiq tu tak bulih berenggang dengan aku ni, selalu jugaklaa aku pi dok sembang2 makan2 kat bilik dia tu masa si Faiz ni ada.. bilik depa dua ni pon selalu jadi port jugak untuk buat BBM yang pelik2 dan renyah sebab benda2 macam ni..yang jenis kena guna glue gun, kertas warna warni, bulu2 hiasan, memang laa kepakaran si faiz ni.. sampaikan bbm aku & taufiq pon dia kena paksa tolong buat untuk kami..

selfie menyelfie nii memang kegiatan kami lahh..!
Memanglaa tak siapa nafikan si faiz ni sorang yang sangat2 baik jenis tak reti nak garang dengan orang.. sebab tu lahh aku (dan orang lain pun) suka kaco dia nii.. sebab dia tak dak kemahiran nak marah2 orang.. orang Penang tapi bukan jenis mamak laa.. baiknya si faiz ni sampai kadang2 aku rasa segan nak mintak apape dengan dia.. macam esaimen laa, nak mintak pinjam barang la.. sebab dia baik laa aku boley jaa lepak bilik dia kat hostel tu sejam, dua jam, tiga jam, ada kala dari pagi sampai ke petang dok situ.. dia pulak, dengan Taufiq, tak berani dok bilik aku lama2 sebab “takut” kat Jat yang suka sound direct kat diorang ni kalo mai ramai2 kat bilik aku.. hahaaa.. kenangan semua tu waktu kita dok hostel dulu.. satu jaa yang membuatkan aku sedikit terkilan, sebab tak sempat jumpa last dengan si Faiz nii.. kira tak sempat nak “last goodbye” laa dengan dia nii.. huhu.. cdey :’(

Sahoq kat KFC...siap bawa nasi surau yang tak habis tu haa..! Sup semua ada..
Pekerjaa kepCi tuu dok jeling lain macam daaa...haha
Safuan.. satu2nya budak RBT dalam grup wasap nii.. member rapat kepada We, dan roommate si Munet waktu last sem.. waktu diorang semua kena “halau” p blok D.. Juga seorang blogger sambilan seronok2 macam aku ni (blog Surat Dalam Peti), dan seorang penggemar novel. Sempat jugaklaa kitorang bertukar tukar novel waktu sama2 dok hostel dulu.. ex-roomate Safuan iaitu Capix Shinobu juga merupakan member aku kat IpG nii yang boleh diajak bersembang dan bergelak walaupun taklah serapat mana...

Kenangan best dengan Safuan  & We nii ialah time makan-makan laa.. pernah jugak pegi steamboat kat embun dingin tepi maktab tuu.. tu lahh first time aku merasa makan kat embun dingin tu.. si Safuan ni laa penganjurnyaa.. punyalaa dasyat makan sampai nak meletop perut malam tuu..! Dekat pukul 1 pagi jugaklaa kita melantak malam tu...hoho.. Safuan & We ni jugak kalo bab bersembang memang jaguh laa.. sampai pukul 4 pagi pon takpa kalo bersembang.. kena pulak ada Munet kat tengah2, memang pakat jadi dj radio tengah malam laa jawabnyaa.. haha..!!

memories @ mai Cafe
We pulak suka baca buku2 ilmiah..bukan yang Malay punya.. yang English...! Ko hadoo?! haha..so, dia nii kerap kali laa menjadi sumber rujukan bebudak group nii kalo ada masalah ka apa.. kira mcm kaunselor group laa kononnya.. Matwe jugak sumber kitorang untuk mendapatkan ayat2 atau quote power...yelahh, sebab dia kan rajin membaca.. selain tu, We jugak rajin berjoging.. si Taufiq tu lahh joggingmate diaa tiap2 petang..

And the last but not least, Abg Hafiz Irshad.. lebih senior daripada kami dan sekarang tengah berkhidmat sebagai guru sepenuh masa di pedalaman Sarawak.. Kawasan Belaga, Sarawak..p3 tuu..jangan main2..! haha.. actually, aku tak sempat nak mengenal lama dengan abg apiz nii sebab dia tinggalkan maktab pon awal dari kitorang...uhukk :’(  Btw, sempat laa jugak keluaq dinner sama2 dua tiga kali kat Mai Café, kat KFC tuu..hmm, last jumpa abg apiz nii malam tuu laa, aku tolong antaqkan dia pegi stesen bus.. mug kenangan yang abg apiz bagi tu, aku simpan elokkk jaa dalam almari souvenir kat rumah tuu...


 ***Practicummatess.. apa yang penting, kerjaaasamaa..!!***

Makk aaaii, blom abes lagi citer bab member2.. punyalaa banyak.. ni pon habes ringkas dah nii.. sekarang masok bab practicummate plak.. selain kembaq tak seiras aku, iaitu Taufiq Nasir, antara yang pernah praktikum sekali dengan aku ialah dua orang member Tesl iaitu Sya dan Mira (Praktikum 1), Hekal sang Indera & Topek ( Praktikum 1), dan jugak Uzer & Nazrol (Praktikum 3)...

Praktikum 1 bsama Sya, Myra, Topek & Haikal Sang Indera @ Felda Mata Air
Diorang semua dah posting...kecuali aku & Taufiq jaa..
Member praktikum nii kira rapat jugakklaa..sebab tu ditulis kat sini.. ye lahh, kalo pegi sekolah tuu, hari2 mengadap diorang ni lahh.. paling unforgettable mestilah practicummate yang kali pertama berpraktikum iaitu masa kat SK Felda Mata Air.. Sya, Mira, Topek dan Hekal.. waktu tu masing2 baru nak stat praktikum, so, terasa sangat unity tuu.. masing2 masih blur, masih takut nak kedepan.. so, pakat tolong laa hang aku..

Jasa Sya & Mira yang berpeluh peluh tolong aku buat last minit preparation untuk observe sedangkan lecturer yang nak observe tu dah sampai dahh.. punyaalaa bersungguh si Sya ni gunting apa tahh untuk aku buat BBM, sambil mulut laser dia tu menyumpah aku nii yang nampak cool dan relax walaupun banyak benda lagi tak siap..sedangkan lecturer yang nak observe dah siap sila panggung kat sofa tetamu tu :p

Kenangan hari jamuan perpisahan di skfma

Hekal dan Topek pula contribute dari segi bahan2 pendokumentasian praktikum.. bahan-bahan yang kena masuk potfolio dan dalam RPH. Aku rasa, dalam semua orang tu, aku & Taufiq laa paling blur.. so, naseblaa ada lagi 4 orang nii yang banyak tolong kami dua.. ingat lagi betapa cantiknya jadual Hekal yang berwarna warni, yang bagi kat aku dalam bentuk softcopy tuu..

Praktikum 1 ni jugak memang praktikum paling best..banyak sungguhlaa memori dan kenang kenangan sebab dok sekolah jauh kott walaupun sebulan jaa.. dalam bab makanan, si Hekal & Topek ni jugak teman sejati aku lah kalo nak pegi kantin tuu.. tak pernah miss sampai kak kantin tu dah kenal kami siap boley sembang2 gelak2 lagii..!  Makanan orang kat situ, iaitu pulut ayam dan nasi kow moq (nasi ayam kuning) pon dah sebati dengan lidah kami.. siap bungkus buat bekal lagi makan dalam bilik guru tuu.. Sya la yang plan semua nii :p

Bersama partner Praktikum 3.. Uzer & Nazrol @ SkS..
Youuu Roooccckkk..!!
Bila mai praktikum dua, memang sunyi sesunyi sunyinya lahh sebab ada aku & Taufiq jaa kat SR Islahiyah tuu.. praktikum 3, baruulaa ada “mates” balik.. kali ni dapat Uzer & Nazrol dari kelas PJ.. Praktikum paling lama sekali dengan Internship, so semuanya 4 bulan.. memang banyak sangat laa kerja yang kami dah pernah buat sekali..

Antara yang paling ingat ialah jaga student merentas desa, cat line kat tangga sekolah, buat mural kat surau, latihan rumah sukan, klinik takraw dan macam2 lagi.. Praktikum tiga ni masing2 dah boley jadi cikgu dahh.. dah boleh bersuara kat depan dan takda lagi dah lawan tolak hang aku.. pakat pakat matured laa orang kata.. chewahhh.. haha.. apapun, thanks banyak2 kat Uzer (orang Loqstaq dia nii) dan Nazrol (mamat Ganu) sebab sama2 dengan kita 4 bulan kat SK Santan tuu.. sempat gaklaa bukak posa sekali ngan Uzer ni kat Subway dan karaoke lagu2 westlife time boring2 dalam bilik guru tuu.. hahaaa
  
################################################

***member2 lain even tak sebut nama kat cni, jangan terasa ati ka kecik ati kaa apa.. anda semua adalah umpama kepingan2 puzzle yang melengkapkan lukisan kehidupan ini.. cuma kekurangan gambaq menyebabkan anda tak dimasukkan secara khusus kat tintamalam nii..hoho.. insyaAllah catatan panjang ini akan di-update dari semasa ke semasa J

Menulis adalah suatu hobi bagiku.. kepuasannya seperti dapat menonton game bolasepak secara live bagi yang minat bola ataupun dapat memetik kamera bagi yang sukakan fotografi atau seperti menerima order dari customer bagi yang sukakan bisnes...

Adalah suatu kepuasan dapat menulis suatu catatan panjang sebegini...kerana ia lahir dari pengalaman dan memori sendiri.. walaupun memakan masa berbulan lamanya untuk menyiapkan artikel panjang sebegini, tapi kepuasannya sungguh terasa kerana aku menulisnya atas dasar hobi..bukan sebagai tugasan.. tidak ada paksaaan dan tekanan, itulah kebebasan dalam penulisan...ooppss, I’m not a writer actually, I’m just a storyteller..!

************************

Tribute for all my frenz... lirik & lagu yang bermakna...

When I think back on these times...
And the dreams we left behind...
I'll be glad 'cause I was blessed to get to have you in my life....


TM : Usah dikesali perpisahan, tapi sesalilah pertemuan...kerana dari pertemuan itulah terjadinya perpisahan... yang indah itu ukirkan pada batu, biar kita nampak dan ingat selalu... yang pahit itu, lakarkan di wajah air, biar cepat hilang dan pergi berlalu... 

This isn't goodbye... we'll meet again someday.. if we're destined to :)

tettttt...tamat siaran...
4:42 a.m, 310115 @ vI