Sudah seminggu aku bersama Enamorata... Aku namakan GT128 ini Enamorata bersempena nama seekor kuda dalam sebuah filem yang aku tonton suatu ketika dulu..aku memang begini, gemar menamakan sesuatu benda yang aku beli seperti sebuah desktop yang aku namakan Panamera... Huhu.. cukuplah sebagai mukadimah... aku bukannya nak tulis tentang nama, tetapi nak cerita atau review tentang GT128 ni setelah seminggu aku menggunakannya... adakah benar seperti yang aku baca tentang motor ni dari forum-forum dan majalah serta akhbar? Harus diingat ini merupakan kali pertama aku mengendalikan jentera keluaran Modenas ini dan ini juga bolehlah dikatakan sebagai Test Ride atau tunggang uji walaupun aku dah beli motor ni...chewahhh...
Hari ni, sudah seminggu aku menunggang GT128 ni dan odometer canggihnya merekodkan bacaan bahawa motor ini telah bergerak sejauh 176km..hmm..apakah aku ni jenis tak pi mana sebab dah seminggu tapi odometer baru seratus lebih..mungkin la kot..! Berjanggut la nak tunggu motor ni untuk first service iaitu skitar 800-1000 km pertama.. Seperti yang tertulis dalam manual, aku hanya menunggang motor ni sekitar 60-80km/j sahaja dan putaran enjin tak lebih 5000rpm kerana setiap motor baru perlu melalui proses runnimg in bagi 1000 km pertama...Apa itu running in? Orang kampung macam aku selalu panggil istilah ini dengan nama “pantang”...kiranya Enamorata ni dalam pantanglah..untuk lebih lanjut, boleh tanyakan Dr.Google tentang apakah “running in” ini...tak kuasa aku nak cerita panjang...
Seperti yang dah aku tulis sebelum ni, aku hanya menaiki wave100 untuk ke mana-mana...sesekali sahaja menaiki yangmahal LC tu...jadi aku hendak bandingkan Enamorata iaitu GT128 ni dengan Wave 100 tu... ternyata, seat GT lebih tinggi dan lebar serta tebal dan GT lebih berat, lebar, besar, serta “gemuk” berbanding wave itu. Sebab itulah aku katakan GT ni umpama sebuah Bentley...huhu..! Pulas saja kunci, jarum meter akan naik dan digital meter akan setting (macam Honda civic la pulak)..7-8 saat ja...Sebut pasal kuci ni, jenuh juga aku nak biasakan diri dengan sudut-sudut pulasan kunci yang sedikit berbeza dari motor lain dan sewaktu nak lock motor, jari aku selalu tersasul membuka seat...oh, betapa canggihnya GT... pas meter siap setting semua, baru leh start guna starter..motor aku kalau tak pulas throttle sikit memang jenuh la nak tekan starter tu...then, bila motor hidup, hayatilah irama enjin yang ahhh...menusuk kalbu..benar seperti yang aku baca,ekzos motor ni agak padu bunyinya dan tentulah garang sedikit dari LC dan wave...! Biarkan enjin panas seminit dua then apalagi, aku pun melompat naik ke atas seat lebar kemasan kulitnya yang serba hitam itu..permukaan seat agak kesat tapi lembut dan sangat selesa...yang penting, masih “bau kedai” lagi...! Memegang sahaja “handle” motor, aku terasa lain sebab “kepala” GT ni seriuss besaq dari moped2 lain yang seangkatan dengannya...rasanya mungkin disebabkan meter yang canggih manggih tu..tapi aku cuba menyesuaikan diri walaupun pada awalnya ada rasa cam payah nak pusing “handle” ni mengkin sebab nampak besaq kot..tapi setelah seminggu aku rasa selesa malah rasa cam selamat pulak...masuk saja gear satu, jangan biar rpm lebih dari 4k baru nak change gear..ketahuilah jika itu berlaku, anda sebenarnya sedang membunuh motor anda...hahaha...masuk ja gear 4 dan motor berada pada kelajuan 70km/j pada 4-5k rpm, banyak lagi throttle untuk dipulas...geram je rasa tapi takut gak nak ambil risiko sebab motor baru...kena sayang..kena jaga la beb! Waktu aku ride motor ni, mata asyik nak tengok meter ja...tapi aku buat dalam kampus je la...kalau atas jalan mau terjun longkang dibuatnya..! memang attractive abes kat meter tuh..!
Dalam kampus aku ada banyak “bonggol” line kuning-kuning tu..bla naik atas tu dengan GT nih, rasa sedap ja..macam naik kereta baru pulak...absorber Kayaba la katakan...depan belakang pulak tuh..! Memang mantap abis dan lembut membuai..then dalam kampus aku memang best, selain jalan-jalannya yang lapang, tak ramai pulak orang guna tambah-tambah bila malam...so, nilah peluang untuk aku test macam macam kat motor ni...tentang brek pula, amat memuaskan setakat ni...brek belakang tidaklah terlalu mencengkam seperti brek depan walaupun ada orang kata brek disc belakang bahaya sebab dia “tangkap” dan silap-silap boleh tergolek...nauzubillah...tapi, brek belakang GT ni tak ubah macam drum brek kat Wave dan LC cuma kelebihannya, tak perlu bersusah payah menekan brek banyak-banyak dan dalam cam drum brek biasa...brek depan macam motor-motor lain juga, just klik sedikit dan jelas terasa absorber depan yang turun dan motor berhenti...
Tentang lampu pula, benarlah seperti yang dikatakan, lampu GT ni (lampu depan) amatlah terangnya dan silau..mungkin sebab itulah GT ni dilengkapi suiz lampu untuk off,lampu malap,dan lampu terang di bahagian kanan handle..ini gak berbeza kerana moped selalunya tak dilengkapi suis lampu seperti scooter dan lampu akan automatic menyala apabila enjin hidup, tapi itulah GT, yang ada kelas dan lain dari yang lain...! Lampu ni kalau malam-malam kat atas highway yang takda lampu macam dari seriab nak ke arau, memang sangat membantu..sama juga ketika menyusuri jalan-jalan mini tar kampung yang gelap gelita di malam hari...wah, macam puisi pulak..Throttle motor ni ringan dan senang “diperah”, tak sangkut-sangkut dan melekat cuma mungking batangnya sedikit panjang dari motor biasa kerana di hujungnya ada kemasan chrome yang besar macam rxz...
Nak cerita apa lagi yea...? Hurm... tentang soal gegaran dan bunyi yang selalu diperkatakan tentang motor GT nih...sepanjang aku menaiki motor ni, memang tak jumpa lagi bunyi-bunyi aneh seperti yang diceritakan, hanya kedengaran bunyi merdu sang ekzos dan apabila menaiki motor ni dengan memakai helmet X-Dot G626 a.k.a “Arai Crank” yang aku dapat free gift tu, memang dengaq bunyi angin ja...fuhh...layan...Then, aku juga cuba “mencari” bunyi-bunyi aneh dari motor ni dengan menunggang tanpa helmet di sekitar kampus dan ada juga bunyi macam besi bergegar...rupa-rupanya raga yang bergegar hebat...mungkin benar motor ni sedikit bergegar sebab itulah ada bunyi dari raga tu...tapi, aku try tekan raga tu sambil menunggang, dan bunyi tu hilang...ini normal, motor apapun yang ada raga, mesti raga tu bergegar...tak caya letak segelas air dalam raga dan bawa motor then tengok dalam air tu, ada gelombang ke tak...haha..ingat enjin camry ka tak bergegaq? Tapi bagi aku, gegaran ni still normal dan yang pasti, bukan gegaran coverset macam kat wave atau motor yang coversetnya nipis terutama kat bahagian kepak depan..untuk makluman, kepak GT direka tebal, hampir sama keadaannya dengan kepak LC tu...kepak nipis pulak macam motor-motor lama seperti EX5 dan wave 100 aku tuh...Oh, rasanya sudah terlalu panjang aku melalut...hmm,, cukuplah preview untuk seminggu atau 100km pertama bersama Enamorata nih...nanti aku akan sambung preview nih bila ada perkara baru yang aku temui untuk dikongsi..k, gotta go...!
No comments:
Post a Comment