Sunday, May 8, 2011

My Experience : GT128...Saya Mesti Pilih...!

Di saat anak muda sekeliling memilih untuk menggunakan jenama jepun sebagai “kuda tunggangan” mereka, aku “melawan arus” dengan memilih motosikal jenama negara sebagai “kuda tunggangan” untuk bergerak ke mana-mana. Setelah mendapatkan serba sedikit info dari pembacaan di pelbagai sumber, aku dengan yakinnya mem”booking” sebuah Modenas GT128 FL merah hitam dari sebuah kedai motor kat Arau, Perlis (Chin Hin Arau)… Mengapa pilih Modenas GT128? Hurm...

· Sebab utama mestilah “value for money”…berbaloi-baloi… x caya cuba baca spec lengkap GT128 dan compare dengan moped2 brand lain yg dalam lingkungan harga GT128 nih…GT128 akan ada bnda yg lebih dari motor2 lain yg sama harga dengannya…!

· Sebelum nih aku guna Honda wave100…saja nak try cc besar sikit…huhu…nak angkat superbike x mampu…lesen x de, poket pun ringan… J

· GT128 yg aku tempah nih versi upgrade dari 1st batch yang keluar tahun 2009 dulu…melalui pembacaan aku, 8 benda telah diupgrade atau diberi pembaharuan pada GT128 facelift nih…so, upgrade ni bertujuan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada GT128 1st batch dulu…yang penting, tiada perbezaan harga yg ketara…ada orang cakap, GT128 FL hanya mahal rm200 dari GT lama..

· Cc GT128 bukanlah 128cc sperti nmanya dan tanggapan orang ramai…tp, motor ni 130cc..awal tu aku pun x caya, tapi bla rujuk geran, dia tulis 130s.p sma cam kat web modenas…ni satu lagi value…mana da motor lain yang 130cc tp harga cam Modenas GT128 nih…!

· Sebab lain ialah bodynya yg mantap dan tough…owner2 motor ni banyak yg berpuas hati dengan kestabilan moto ni tatkala disapa angin lintang dari lori kontena atau bas yang lalu kat tepi…silap2 bas atau lori tu yang bergoyang wktu motor ni memotong..haha..mulalah aku nak membohong ni…tapi series moto ni stabil compare ngan yangmahal yg org dok gila tu…huhu~


· Benda lain yang menyebabkan aku jatuh chenta ngan GT128 nih ialah meter yang cun melecun…yang ni point,,,silap2 meter superbike pun x leh lawan.. lengkap ngan meter RPM, jam, trip meter, meter minyak enjin dan mcm2 lg…huuii..kalau malam2 memang meriah...cun abbess… meter ni brand VDO, brand yang sama ngan meter PROTON…

· Satu benda g yang buat aku aku attract kat moto ni ialah system brek… motor ni ada disc brek depan belakang cam superbike plak… huhu…saja nak try moped yang jenis ada brake disc belakang… bleh berangan cam naik superbike…

· Aku juga rasa lebih yakin untuk pilih motor ni lepas dapat tahu da sorang rakyat Malaysia yang menegembara secara SOLO ke LONDON dengan motor MODENAS GT128 nih…! Nampak cool je motor ni dok atas salji dengan puncak gunung… Bro Hadi yang mengembara tu cakap dalam rancangan Soal Jawab episode 1 TV3, lbey kurang camni “Alhamdulillah, motor x de semput2 atau mati masa kat tempat salji”… unbelieveable? Believe it…!

· Selain tu, aku pilih motor ni sebab nama dia GT means Grand Tourer.. owner2 dia cakap best jalan jauh wlaupun x de liquid cooler (LC), x jd msalah…buktinya, bro hadi dah sampai London (25 000 km) naik motor ni tnpa kerosakan major…! Sesuai sangatla dengan aku yang suka balik kampung…psst…jauh beb, dari kampus kat kangaq ke kampung di kola peghlis…sebab tu aku balik tiap2 minggu...huhu..

· Hmm…alasan seterusnya ialah aku saja nak test brand Modenas sebab x pernah lagi dalam family orang beli motor brand ni...”YangMahal” penah naik, Honda selalu dah…Suzuki jer x penah g…

P/S : orang suka compare GT128 ngan YangMahal Lc…x adillah beb…! Tengok harga, tengok cc…Tapi bagi aku, aku da penah try dua2 motor ni…analoginya mudah, LC umpama sebuah Lamborghini yang sangat slim dan aerodinamik serta cun dan sangat moden, mudah memecut dan capai top speed, namun adakala terlebih laju smpai melayang ditibai bnda lain atas jln…huhu..GT128 pulak umpamanya seperti sebuah Bentley…besar,tough,berat dan bentuk yg tersendiri…ada kelajuan dan pecutan, tetapi relax, cool jer dan stabil…hehew..org LC jgn mare…pndapat aku jek…jgn merusuh kt blog ni plak… peace…!


·


25 comments:

  1. alasan yg sama ngn aku utk beli mto ni...
    aku duk bukit kayu hitam...tgu mto ni abis pntang plan nk p kL tros...haha

    ReplyDelete
  2. best, aku pakai GT. mmg tahan lasak.. gi bengkel pun utk tukar minyak hitam ngan oil filter jer, yg lain2 xyah tukar.. :)

    ReplyDelete
  3. berat saya 88kg gn gt128 size sprocket apa yang sesuai blh tambah pickup dan top ya....tq...blin sabah

    ReplyDelete
  4. aku beli GT128 Special Edition kaler merah. duduk JB. hari ke 42 memiliki motor yg ossem ni, aku ride ke Songkhla, Thailand secara solo. 2,056km pergi dan balik. Takde masalah langsung. Sekarang dah tepat 2 bulan guna, Odometer reading dah 6,235km.

    tapi ade lah ubah sikit2 untuk preparation long distance touring:

    -Rantai guna brand DID Heavy Duty (lebih tebal dan lebar)
    -Sprocket heavy duty tukar size 15-36 (untuk touring spec) , berat aku 55kg jer..so mmg xde masalah.
    -Minyak enjin Castrol Power 1 Fully Synthetic 10W-40 (memang ikut spec enjin).
    -Top box, Saddle bag kiri kanan, tank bag bubuh kat seat belakang (banyak sgt barang..macam tak mau balik rumah dah..haha)

    petrol untuk cover perjalanan 2,056km tersebut hanya RM62.90! gila aku pun susah nak percaya! haha...tapi mmg tu yg berlaku..

    aku memang sayang gila motor ni...

    -azri-

    ReplyDelete
  5. Dalam 62km/L...hehe!ok lah tuh

    ReplyDelete
  6. As'salamualaikum...tumpang tanya boleh....aku baru ja nak plan beli gt128 ni tapi yg aku konfius hehe mcm mana nak tahu gt128 first ngan gt128FL ni..takut tauke kedai tu kencing pula....

    ReplyDelete
  7. Tgk coverset.. gt fl ada 2 colour ja, biru ngan merah.. enjin fl kaler hitam, lama kaler koko

    ReplyDelete
  8. enjin gt128 sama tahan dgn enjin honda ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan bro.. enjin GT ni enjin kawasaki. Tgok kat bawah enjin tu. So mmg tahan, yg penting motoroil slalu jaga. Aku guna GT sejak 2013, ok jer... tukar oil setiap 2 minggu. Mungkin agak keterlaluan sedikit mnjaga, tp berbaloi. Setiap hari jalan 100km, mnyak cuma rm 3-4 jer. Ikut cara kita pulas trotle tu..

      Delete
  9. Gt kena jaga minyak enjin 1.1L,battry kalu kong cepat2 tukar kalu tidak akan rosak coil api..brake disc blkg kena selalu services,biasanya akan ketat..tokey cina akan cekik,kata ganti baru..

    ReplyDelete
  10. Saya guna GT128 second hand... mcm tak caya meter cecah 120KM /j senang2 je .. janji spoket baru, rantai tegang, baru tukar minyak hitam.. cuma pagi yg sejuk susah start sebab enjinnya besar.. enjin yg besar ni macam nafas kuda besar sesaing RXZ 133cc .. cuma tak de tuti dan tangki yg besar.. saya terpaksa spare dua botol mineral besar minyak utk keselesaan jalan jauh.. selain box barang, bag barang , pam angin tayar , getah cucuk bocor, spanar, palayer, lampu picit, semua saya bawa, depan botol air minum , makanan... style pengembara jauh.... syukur tiada bocor, rosak, jem , ke apa masalah... kap cai terbaik bagi saya kerana kawan saya pakai LC 135 jem motornya sebab cooling bocor... rupanya motor tekNoloji lama ni.. memang dah terBukti... itu sebab saya panggil kap cai kuda besi..yg sakit badan je sebab lama duduk atas motor... motor ok je... pilihan bijak utk kembara santai bukan utk berlumba.. harga pun mampu... itu motor standard , belum lagi bikin pasang CDI ,tukar piston besar dan sebagainya... Bagus tak payah pikir minyak Tuti, air cooling, belasah saja atas jalan.. cuma bawa minyak dlm botol spare.. kat Malaysia ni masih byk pam minyak tak apa... kalau luar negara tak byk pam stesen minyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba guna minyak Petronas syntitium 4sp pagi pagi start kena rem sikit dalam 4rpm je dalam 25saat lepas tu lepaskan bagi dia jangan mati tapi dalam ,,3minit dan panas lah

      Delete
    2. Cuba guna minyak Petronas syntitium 4sp pagi pagi start kena rem sikit dalam 4rpm je dalam 25saat lepas tu lepaskan bagi dia jangan mati tapi dalam ,,3minit dan panas lah

      Delete
  11. aku plan nak beli gt 128 tapi kalau coverset pecah kena ganti full coverseat ke yang pecah je itu nak tanya harga coverset gt 128 warna oren berapa ye.sebab pakai kriss mr 1 hancur stering gegar ekzos rendah banyak masalah

    ReplyDelete
  12. A,slm .brp hrga Modenas GT sekarang??? .xberani beli lc sbb 125zr sy baru ja hilang .PMH 8572 dlm kenangan .hm

    ReplyDelete
  13. aku akui memang terbaik dari lc,honda future,kedua aku dah try tunggangan memang lebih stabil modenas gt dari segi pecut memang lc ,dari segi jimat dan ruang bagasi honda future ,kalau nak try 2 ni aku sarankan gt128 modenas.nyesal aku jual

    ReplyDelete
  14. Tak sabar rasa kalau ada Modenas GT150cc atau Modenas GT175cc.. Pasti aku ambil. Motor tahan lasak dan tak cepat sakit badan utk jalan jauh..Terbaik Modenas GT

    ReplyDelete
  15. Kenapa gt128 yang saya punya minyak hitamnya susut dan perlu ditambah setiap 2 minggu sekali kiranya ia digunakan setiap hari maksudnya 40km perjalanan setiap hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau salah tolong betulkan,saya pun bukan pomen cuma bagi pendapat,lebih baik Bro cek ring piston biasanya kalau makan mnyak hitam,situ puncanya mm

      Delete
  16. baru ambk gt 2nd taun 2011.. x sangka power gak moto ni.. dr tampin ke shah alam 140 maintain.. x rasa penat pun... eh.. terbaiklah gt..

    ReplyDelete
  17. Aku beli tahun 2009 1st gen, guna sehingga sekarang tahun 2020... apa yg aku boleh katakan adalah sangat berbaloi gt nih... biarlah ramai yg da bertukar kpd moped versi 150cc tu namun aku rasa gt ni paling menjimatkan petrol... yg penting maintain standard je, jgn ubah suai apa pun...

    ReplyDelete