Exam time...! Musim exam tiba lagi nampaknya. Kali ni, musim ni melanda kampus aku bermula dari 19 Mei 2011 hingga 25 Mei 2011. Fuh, untuk semester pertama degree nih, macam paper waktu PPISMP juga, ada 4 paper final. Bezanya, lebih mencabar. Hipotesisnya begini, semakin lama belajar, semakin mencabar paper exam...! Aku percaya, di mana-mana pun begitulah hipotesisnya. Bercerita tentang exam, tentu sahaja tak dapat lari dari bercerita tentang zaman persekolahan. Bagi aku, di sekolah dulu, musim exam adalah waktu yang sangat menyeronokkan. Waktu sekolah rendah ler.. Seronok sebab time exam, cikgu tak masuk kelas dan yang penting, lepas saja exam, boleh balik rumah terus. Balik awallah kiranya. Lagi 1, waktu exam tak payah galas beg berat-berat. Just berlenggang ke sekolah dengan beberapa alatan tulis untuk jawab exam. Masa sekolah menengah, exam mula dirasakan serius oleh aku. Masa nilah aku mula mengenal cara-cara nak “study” yang betul. Masa sekolah rendah, seriously aku takkan study sendiri melainkan dipaksa oleh mak dan ayah. Oh, betapa nakalnya budak ni. Pantang saja takda orang jaga, aku akan tinggal buku-buku dan carta sifir atas meja tulis. Mujurlah masa sekolah rendah aku dihantar untuk tuisyen di luar. Exam di sekolah menengah sedikit berbeza. Di sinilah aku belajar untuk study group, tanya member-member bila tak faham dan aku rasakan semacam ada kematangan dalam proses pembelajaran tu. Biasalah, duduk hostel la katakan. Di sinilah juga aku mula merasa hidup yang sedikit berjadual seperti adanya prep petang dan malam serta kelas-kelas tambahan. Dulu sekolah rendah pakai ikut dan ja... haha.. Semasa sekolah menengah ini jugalah aku mengenal dan merasa apa yang selalu orang kata iaitu exam itu susah. Sewaktu di sini jugalah aku mula merasa pengalaman kantoi dalam exam.. Oooopss, bukan kantoi meniru tapi kantoi tak boleh jawab. Kurang study la tu. Apalagi, berlompong-lomponglah kertas exam tu.. Ada yang jawab, ada yang tinggal kosong dan ada yang main tembak. Selalu objektif la nak tembak-tembak nih. Kalau kena nasiblah, tak kena dapatlah “telur ayam” ...! Zaman exam IPT pula tak banyak sangat bezanya. Mungkin sebab aku study kat IPG kot yang suasananya seakan-akan di sekolah. Kalau di universiti mungkin lain ceritanya. Apapun, exam mula menjadi sesuatu yang sangat serius. Untuk masa depanlah katakan..! Exam diadakan dalam dewan besar, rasa macam SPM pulak. Lebih serius lagi bila perlu sertakan pengenalan diri dan slip exam tapi masa menjawab selalunya dalam dua jam jer. Mungkin aku masih di awal peringkat ijazah. Maklumlah, baru sem satu. Tapi, apa yang best waktu exam nih ialah sebelum exam ada study week dan takda kuliah waktu tu. Memang free, rasa macam cuti tapi sebenarnya orang suruh guna masa tu untuk study..huhu.. OK la, stakat ni saja post sempena musim exam semester nih. Doakan kejayaan aku dalam exam nanti...!
No comments:
Post a Comment