NFS Hot Pursuit, salah satu game bergenre Racing yang telah selamat diinstal dalam Panamera (desktop baru aku) dan telahpun dihabiskan dengan jayanya oleh aku.. Game yang dibangunkan oleh EA Sport dan Criterion ini telahpun dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2010 dan bagi aku, game ini masih baru dan game racing yang terbaik yang pernah aku miliki... chewahhh..! Aku katakan game ini game racing terbaik kerana ketelitian penghasilan serta persembahannya terutama dari dua aspek utama iaitu grafik dan bunyi.. memang two thumbs up lah..! Dan feel bermain NFS Hot Pursuit ini lebih terasa apabila diinstall dalam sebuah desktop berkeupayaan tinggi seperti “Panamera” milikku... Tanpa ragu-ragu, aku boleh setting grafik resolution tertinggi mengikut saiz monitor 23” aku nih...! Memang puas dan sangat mengujakan.. Aku sangat pasti jika setting ini dikenakan ke atas laptop yang harganya sama dengan desktop aku, tentulah laptop tersebut akan “terbatuk-batuk”, “merangkak-rangkak” dan terus tersungkur iaitu hang... hahaha.. kesian.. aku dah pernah try sebenarnya kat laptop roommate aku dan ternyata, NFS Hot Pursuit hanya lancar dimainkan dalam laptop menggunakan pilihan resolusi terendah yang gambarnya uh, tak real langsung dan macam main Gameboy...! Ini kerana game nih sangatlah orang kata “berat”.. nak run pun berat dah, nak setting grafik tertinggi pulak... Hanya yang terbaik seperti Panamera saja yang mampu melakukannya... Don’t try this on your laptop...!
Kepermainan
Dalam mode carrier, game nih menyediakan dua pilihan dalam satu peta yang sama.. iaitu menjadi polis atau pelumba.. Jika menjadi pelumba (racer), terdapat beberapa jenis perlumbaan seperti race,duel,hot pursuit,preview, dan gauntlet.. Race ialah perlumbaan biasa beramai-ramai dan duel pula ialah perlumbaan antara dua kereta manakala preview ialah menghabiskan sesuatu jarak dalam masa yang ditetapkan. Bagi perlumbaan jenis hot pursuit, sebanyak enam hingga tujuh buah kereta akan belumba untuk meraih tempat pertama tetapi dalam masa yang sama, para pelumba akan “dikacau” oleh polis semasa perlumbaan. Begitu juga dengan perlumbaan jenis “gauntlet”, anda akan keseorangan menghabiskan sesuatu jarak dalam masa yang diberikan, dan pada masa yang sama, anda akan ditemani polis yang tidak segan silu untuk beraksi ganas. Tapi jangan bimbang, kereta lumba ini dilengkapi dengan senjata atau alat bantuan canggih seperti spike,turbo,jammer,dan EMP untuk memudahkan pemain mencapai kejuaraan.. Terpulang pada kebijaksanaan pemain untuk menggunakannya...!
Jika memilih sebagai polis pula, terdapat beberapa mode perlumbaan seperti hot pursuit (paling aku suka), rapid response, dan interceptor.. Hot Pursuit ialah anda sebagai polis diminta membanteras lumba haram antara beberapa buah kereta sebelum mereka sampai ke garisan penamat. Rapid Response pula ialah anda diminta sampai ke lokasi tertentu dalam tempoh masa yang diberikan manakala interceptor pula ialah anda diminta memusnahkan seorang pelumba sahaja dalam masa yang ditetapkan dan mode ini agak sukar. Namun, tidak perlu bimbang kerana barisan kereta polis yang sangat canggih ini dilengkapi dengan alat-alat persenjataan yang awesome..! Antaranya ialah spike,helicopter,EMP, dan roadblock.. Alat-alat ini banyak membantu polis untuk menamatkan riwayat pelumba-pelumba haram yang dikejarnya...!
Barisan model-model kereta sama ada kereta perlumbaan atau kereta polis, terdiri dari model-model kereta sport terkini dan model kereta sport lagenda yang terkenal di seantero dunia. Kereta-kereta ini dibahagikan mengikut kelas masing-masing. Sebut sahaja kereta sport yang anda tahu bermula dari kelas biasa seperti Mitsubishi Evo X hinggalah kepada kelas super seperti Bugatti Veyron.. Terima kasih kepada EA Games yang membawakan pengalaman untuk orang-orang biasa yang tak berkemampuan seperti aku untuk “merasa” kereta-kereta mewah dan superb tersebut..! Bayangkan, jika di Malaysia, Evo X mungkin sudah dianggap eksotik dan sangat laju, namun dalam NFS ini, kereta tersebut berada di kelas basic..! Bagaimana dengan puluhan kerata dalam kelas-kelas lain? Haha.. kenalah install game ni dan rasailah kehebatannya..! Sekali lagi thumbs up kerana kereta-kereta ini dipersembahkan dengan begitu detail dan real... tapi dengan syarat, setlah kepada graphic resolution paling tinggi...!
No comments:
Post a Comment