Saturday, October 26, 2013

Memoir dari Cameron Highlands

Lama sudah rasanya tidak menulis tentang pengembaraan di sini. Kali ini, sedikit nukilan dari tanah tinggi Cameron yang terletak di Negeri Pahang, Malaysia. Aaahhh, tak perlu diperkenalkan lagi destinasi pelancongan bertaraf dunia ini. Untuk makluman, aku dan rakan sekelas sebanyak 20 orang (termasuk seorang lecturer) telah selamat menjejakkan kaki di sini selama 3 hari 2 malam pada 26 September 2013 yang lepas, menggunakan tiket “tugasan projek” bagi semester enam nihh.. hmmm,biarlah aku rakamkan serba ringkas apa yang telah berlaku di sana… mana la tau kalau 10 tahun lagi, aku boleh tersenyum membaca post nihh..hehehh..  sesungguhnya, ini adalah antara momen terindah antara kami dan mungkin juga “our last trip” sebelum masing-masing menjejak haluan sendiri penghujung 2014 nanti… uhukk, tamau sedih2 kayy.. jom naik Cameron dulu..!

HARI PERTAMA (26 SEPTEMBER 2013) - KHAMIS

Menggunakan dua buah van yang disewa dari Kuala Perlis, iaitu Nissan Urvan 3.0di dan Era Commuter 2.5di, dengan kos RM 250 sebuah untuk 24 jam, dari kampus IPG Perlis, kami bertolak ke Cameron Highlands pada jam 12:00 tengah hari. Pemandu berkelayakan SPM, Amett memandu van Nissan yang membawa para jejaka termasuk aku sendiri yang bertindak sebagai pramugara idaman yang duduk di depan sekali…kata orang, duduk depan untung sebab sampai dulu..! Hahahaa.. ya lah tuu.. Van Era Commuter yang besaq gedabak tu dipandu oleh Aajoy yang juga berkelayakan SPM sambil dipantau oleh pensyarah pembimbing yang duduk di hadapan sekali.. Hmm..pantau lah sangat kann..ZZzzzz… Setelah singgah berdekatan tol Aloq Staq Selatan untuk mengambil dua lagi penumpang tambahan iaitu Mat Zaid dan Sohibuna Taufiq, van terus menuju ke R&R Gurun… makan dan solat duluu.. beli jajan sikit..kata orang buat hilang mengantuk..tapi aku tak rasa apa ponn..steady jerr..maklumlah pramugara idaman :p

kedua duanya punya masa depan yang cerah dalam bidang pandu memandu
Lepas Zohor

Setelah selesai urusan di R&R Gurun, kedua dua van berkonvoi straight ke Simpang Pulai sebab kami akan mendaki Cameron Haighlands melalui jalan tersebut. Dari Gurun, tanpa berhenti di mana-mana, van terus menuju ke Simpang Pulai (bak kata Titanic : menuju dengan kelajuan penuh) dan tiba di sana lebih kurang jam 5 petang. Berhenti sebentar di Petronas Simpang Pulai, kemudiannya, kami berkonvoi menyusuri jalan naik ke Cameron yang penuh thrill itu..sadisnya, van yang dipandu Aajoy tertinggal jauh ke belakang memaksa kami untuk berhenti di papan tanda “Selamat Datang ke Cameron Highlands” tuu yang terletak di pertengahan jalan.. sempat laa snap sekeping dua..

di sini juaaa..memori terciptaa..walau seketika..

Perjalanan diteruskan lagi, tapi kali ini driver van bertukar… Mat Zaid yang berkelayakan SPM juga, tetapi mengambil matapelajaran khas iaitu subjek pemanduan berbukit dan khabarnya lulus cemerlang..haha.. pendakian diteruskan.. hawa dingin mula terasa sebaik jendela van dibuka seluasnya.. pejamkan mata dan hiruplah udara segar yang dihiasi manik-manik kabus dingin lembab itu sepuasnya.. tika ini, kami sedang melewati perkampungan orang asli Cameron yang ditandakan dengan kewujudan gerai-gerai jualan mereka di kiri dan kanan jalan. Hawa semakin dingin saat kami sampai di pekan yang pertama selepas melewati hutan tebal itu.. Aku tidak ingat namanya, tetapi apa yang aku ingat, van menjadi gamat sebentar dengan suara ketawa kerana betul-betul di depan kami, ada sebuah motosikal penjual aiskrim..  

ini baru betul2 kool..1
Aaahhh, tak sangka ya, dalam dingin macam ni ponn ada aiskrim..Aku yang belum sesaat pun melelapkan mata sejak dari Perlis lagi, mula dihambat keletihan. Pandangan di hadapan terasa kabur dan hawa sejuk yang seakan mengelus manja itu, akhirnya menarik kelopak mata hingga tertutup rapat.. maaf yee, giliran saya pulak..!

Amett..seorang lagi driver lulusan SPM..

Belum puas melelapkan mata, aku diganggu oleh member yang duduk di belakang.. Ada saja ulah mereka..   Amett tak henti-henti menyakat..katanya aku pejam mata sebab takut naik bukit.. Haihh, ingin saja aku “punggai” kepalanya dengan botol minyak capak tuu..biar aman sikit dunia.. haha.. sedar tak sedar, van dah menuju ke perkarangan Desa Anthurium iaitu tempat penginapan kami yang diuruskan oleh Akhina Izzat iaitu selaku pengarah program lawatan ini.

Apatment Desa Anthurium...berbaloi-baloi..

Dengan kos RM 200 semalam, aku rasakan apartment 3 bilik, dan 2 bilik air lengkap dengan dapur, ruang makan, ruang tamu dan balkoni ini amat-amat berbaloi. Ohh, TV plasma lengkap dengan astro juga disediakan..! Pada kasarnya, sangat selesa memuatkan 10 orang lelaki dewasa…itupun, belum dikira dengan 3 buah sofa yang boleh juga dijadikan tempat tidur.. Kipas atau Aircond?? Tak Perlu sama sekali… itu pon puas bergaduh sebab berebut selimut dan comforter.. Kesudahannya, habis segala cadar yang disediakan tuan apartment pon jadi selimut.. Sejukkk cekk ooii.. Kalau ada yang cakap Cameron dah tak sejuk, itu bohongg..! Nak sentuh air pon takut…kebass..!


Riang Ria dari Cameron Highlands

Sukar sungguh rasanya menghalau rasa mengantuk yang menjelma.. apatah lagi dalam suasana yang dingin dan selesa macam tu.. Tapi ada saja suara-suara sumbang yang mengganggu “ wooiii..kalau nak tido, baik duduk hostel.. x payah la mai Cameron” Haaiishhh..kacau betoll..! Kalau boleh, aku nak tidoq ja.. tak mau pi mana dahh..! Tapi..rasa macam lapaq la pulakk.. Selesai ja solat Magrib & Isya’ berjemaah, kami bersiap ala kadar dan menuju ke medan selera yang terletak tak jauh dari apartment..lebih kurang uptown jugak la situ.. ada foodcourt, kedai mamak, pasaraya, bank, dan macam-macam lagi.. ala-ala pekan kuala perlis la jugak.. Macam biasa, aku duduk semeja dengan Sohibuna Taufiq dan Zamiluna Munir..ahhahaa..macam-macam pangkat bebudak kelas aku nihh.. Sepinggan nasi goreng daging merah dan milo panas selamat bersemadi dalam usus.


Sekadar gambar hiasan..tak ada kena mengena.


Senggang masa selepas makan digunakan untuk meneroka pekan kecil itu. Tidak ada apa yang istimewa.. Kami membeli bekalan Maggie dan air kosong…kononnya untuk supper larut malam di balkoni apartment tu nanti.. Hampir jam 11:00 malam, masing-masing mula mengambil seat di dalam van dan kami bergerak pulang ke apartment Desa Anthurium.. Tilam dan bantal terasa menggamit-gamit di ruangan mata.. Entah berapa gelen airmata dah menitis sebab menguap.. Dan malam itu, segala Maggie dan biskut tersadai sendirian di atas meja makan, manakala tuan masing-masing dah hanyut di pembaringan..


Pintu gerbang ladang teh Cameron Valley



HARI KEDUA (27 SEPTEMBER 2013) – JUMAAT


Inilah harinya…hari yang ditunggu-tunggu.. hari ni memang all-out.. hari pengembaraan dan penerokaan. Selesai ja Solat Subuh, masing-masing dah mengaduh kelaparan.. biasalah orang lelaki, habes segala biskut yang ada disental, Maggie beli semalam tak sempat nak masak pon jadi mangsa.. Mujurlah member muslimah yang duduk berjiran tuu mai hulur sebekas nugget siap goreng beserta ayaq melo panas berasap..pfffuuu..lega la sat budak-budak laki nii.. Selepas cabaran mandi pagi tanpa heater, masing masing bersiap sungguh-sungguh (maklumlah..nak pi berjalan sakan arini) pakat dressring laa nak bergambaq sat lagi. Bila semua dah selamat naik van, destinasi pertama arini: cari kedai untuk breakfast..! Aikk, tadi dah makan? Tadi tuu alas2 jerr.. ni baru nak pi makan haa.. jom bedal..destinasinya dekat pekan semalam jugak, cuma kedainya di tempat lain.. Puas jugak la tokey kedai dengan pekerjanya yang berbangsa Indon tu melayan karenah orang-orang utagha yang kuat makan nii.. Roti Canai sana RM 1.00 woo.. tp syukurr sebab lecturer belanja kami yang join semeja dengan dia..ahakzz..

Relax2 di anjung kafe Cameron Valley
Puas dah melayan hak perut di pagi hari, perjalanan diteruskan ke Ladang Teh Cameron Valley (Bharat Plantations)… dekat pukul 10:00 pagi jugaklaa sampai sana. Ketibaan kami disambut dengan..jeng..jeng.jenggg.. hujan lebattt wooii..! Masing-masing dok membeku dalam van.. dahla pagi, sejuk, hujan lebat pulak tuu..huhh..perfect..! Kat tempat parking tu, kami menunggu dalam van sambil berdoa moga-moga hujan berhenti agar dapat kami turun menziarahi keindahan ladang teh nii.. Alhamdulillah, hujan semakin beransur pergi dan kami melangkah masuk ke restoran Cameron Valley tuu..alaa, tempat yang shoot ombak rindu tuu..!

Hujan baru berhenti di ladang teh
Subhanallah..! Dari puncak, kami memerhatikan pemandangan ladang teh yang hijau segar sambil di atasnya dibaluti dengan kabus tebal yang ditinggalkan hujan lebat tadi.. Memang real punya segar dan nyaman, kalah Colgate perisa pudina tauu..! Sambil mendongak dan pejamkan mata, lantas menghirup semahunya udara nyaman dan dingin itu..terasa lapang dada nii…otak yang sempit dan sesak terasa luas dan tenang..! Itulah kuasa tuhan yang Maha Pencipta..! “Hoiii…cangak apa lagii..! Jom turun..!” Haaihh, depa ni laa pon, orang baru nak feel.

Teruja sungguh laa~ 
Di penjuru restoran tu, ada suatu laluan bersimen menuju ke ladang teh.. banyak jugak la anak tangga nak kena pijak sebelum boleh pegang pokok-pokok teh kat ladang tuu..tp tak rasa penat ponn sebab masing-masing dah excited nak bergambar..! Belum jejak tanah ladang teh lagi dah berpuluh keping snap.. kat tangga tu pon jadi kerja..hahahaa.. Jom layan gambar2 dari ladang teh Cameron Valley nii..

Subhanallah...indahnya 'alam
Punyala ghairah bergambaq sampai dah tak peduli seluaq belemoih sebab kena tanah merah kat ladang teh tuu..bukan senang wooiii..! Perlis mana ada ladang-ladang teh nii..! Apa salahnya bergambaq puas-puas kan..!

Dekat sejam jugaklaa dok berposing sakan dalam ladang teh tuu sebelum naik balik kat restoran dan..snap lagi.. Aku, Aajoy & Amett sempat jalan-jalan kat souvenir shop tepi restoran tuu sebelum ternampak sesuatu..tuddiyaa..! Peti aiskrim Walls..pakat sambaq Cornetto Strawberi Vanilla sorang satu..kononnya nak test macamana rasa makan aiskrim kat Cameron yang sedia sejukk ni haa.. Ohh, ya, ada juga aiskrim Cameron yang bentuknya macam aiskrim Malaysia, tapi perisa strawberry dengan warna merah pekat dan ada potongan strawberry di dalamnya..rasanya masam-masam manis..dan tentunya aiskrim macam tu hanya ada di Cameron jerr..! Hmm..dah puas makan eskrim, kepala otak tu mulalahh dapat idea nak bergambaq…kali ini versi troll gaya orang pompuan..! Hahaaa..apa lagi, naik angin laa depa..tu la, len kali buat lagi gaya maciam-maciam..kami sedia menirunya..! ahakzz..

naik syehh lepas kena cornetto :p
Dah puas “merendang” di ladang Teh, destinasi seterusnya ialah Taman Pertanian Fama..khabarnya ada macam-macam pokok bunga di sana. Kami sampai di situ ketika jam menunjukkan angka 11:00 pagi.. cuaca sangat baik seakan memahami J Dengan tiket masuk yang sangat murah iaitu RM 5 seorang, kami menjelajah taman itu pula dengan harapan akan menemui sesuatu yang menarik untuk diabadikan dengan lensa DSLR.

Here we comes...Taman Agro
Tidak mengecewakan kerana banyak juga tempat untuk berposing seperti di “laman bunga”. Sesuai dengan namanya, laman bunga ini penuh warna-warni dengan pelbagai speies bunga-bungaan yang jarang dilihat di tempat lain selain Cameron. Yang penting, ini bukan bunga plastik, tapi bunga hidup..bunga real.. Istimewanya, masing-masing ada bau yang tersendiri.. Nyaman jerr dok di laman bunga nii.. Tak melepaskan peluang, buaian mini dan cottage kecil jadi mangsa tempat kami bergambar kenang-kenangan tanda kami pernah ke sini..!

berposing di taman agro

Dalam taman pertanian Fama ni juga ada kedai menjual cenderamata dan makanan ringan.. Juga terdapat sangkar arnab dan paling menarik ialah, sarang lebah madu sebenar yang terdapat di banir-banir pokok-pokok besar di situ.. Pengunjung boleh melihat sendiri proses lebah menghasilkan madu di depan mata.. wahh, selama nii dok tonton dalam national geographic jaa..! Dalam perjalanan menuju pintu gerbang keluar dari Taman Fama nii, sempat juga aku menyambar sebotol soya perisa strawberi dan beberapa batang aiskrim Cameron buat penghilang bosan..terima kasih juga Cik Nabila yang memberikan marshmallow sebagai jajan buat kami..

bunga ala2 filem Avatar menarik perhatian
Sebelum balik tu, sempat jugak laa snap sekeping dua sampailah drebar van hon berkali-kali kerana kelekaan kami.. hahaa.. Plan nak balik apartment, tapi “tersangkut” pulak kat tengah jalan sebab singgah beli Eskrim Cameron…sempat jugak mengintai orang tengah shoot filem di situ.. Tilam empuk dan bantal apartment redha menyambut kepulangan kami tengah hari tuu.. disebabkan tak payah solat jumaat, so, masing-masing mengambil peluang untuk… tengah hari, walaupun ada cahaya matahari, tetapi selimut tetap tak lekang dari badan.. pffuu.. apa punya sejuk daa~

Taman Agro penuh warna warni
Tengah sedap jaa melayan mimpi, sayup2 terdengar suara Sohibuna Taufiq yang ajak kami melakukan upacara masak memasak Maggie. Hmm..nice idea..! Macam budak-budak la pulak..tak pernah ada waktu yang kenyang..laapaq ja sediakala..! Akhirnya, tersajilah Maggie kari berasap yang sungguh-sungguh punya bujang..basic spec…tak da aksesori tambahan macam telur..bawang..sos dan sebagainya.. Mulalah mai balik perangai budak hostel tuu.. Tak cukup pinggan mangkuk, bedal dalam kuali kecik pon jadiilahh..senduk kari besaq gedabak boleh buat camca..hahahaa..survival tahap apa entah..!

ko perhati yang pakai baju merah tu..mukanya rakuss sangat.. !

Lebih kurang jam 4:00 petang, baru ja baring-baring lepas kenyang makan Maggie, terdengar pulak dahh suara Sang lecturer bising-bising minta kami bersiap…dia mengamuk sebab lapar kut.. Yang si Aajoy pulak, asyik mengulang ayat “cik..singkat sangat tuu..labuh sikit tak bulih kaa?” Entah apa yang dia cakap..tapi berkisar tentang singkat dan labuh jaa..aku pun tak tahu apa kena dengan driver kami.. kena sampuk kat ladang teh tu kott.. ahahaaa..



Selesai solat Jama’ Ta’akhir Zohor + Asar, kami mengarah ke medan selera.. aku tak pasti nak panggil tempat apa, tapi di sekitar tanah rata lah. Dekat-dekat situ ada KFC, restoran mamak, dan juga warung-warung foodcourt kecil.. Aku nak mengamuk sikit nii. Kami duduk untuk makan di sebuah kedai yang terletak agak hujung kawasan foodcourt tu.. Aku order nasi goreng ayam kunyit dan Amett order nasi goreng pattaya dari kedai yang sama.. Malas nak mencarut, rasanya terlalu teruk, dan servisnya terlalu lambat.. dan, nasi goreng pattaya tu tak da rupa langsung.. dah la takda rupa, tak da rasa pulak..! Jus oren dari kedai yang sama, terlalu masam hingga terpaksa minta tambah gula..! Apa punya kedai…mahal jangan cakaplah..! Memetik lirik lagu “Rembau Most Wanted” – Baik Poie Mampuihh..!  


Selesai makan, walaupun tak kenyang, tapi sebab hilang dah mood petang tu, terpaksa la buat muka kenyang.. Van terus berkonvoi ke salah satu strawberi farm yang aku tak sempat ingat namanya. Kami turunkan member-member lain manakala aku, Amett, Taufiq dan Munir balik ke apartment sebab ada benda tinggal.. masa jalan nak masuk apartment tuu, nampak sorang “auntie ngeri” yang meng-usyar kami lain macam…haishh..dahla lewat petang dah nii.. nak ke atm sama sebab poket makin nipis..hehehh.. Masa otw nak pi ambik balik member2 yang “dibuang” di strawberi farm tu, kami berempat sempat la singgah kat beberapa restoran yang kelihatan ekslusif di sekitar tanah rata tu.. Nak survey untuk buat dinner kelas malam nii. Kebanyakannya menyediakan pakej steamboat dan kami rasakan itu kurang menarik.. Kalau nak makan steamboat, tepi kampus IPG Perlis pon ada..! Hahahaaa.. 


aku lampirkan jugak gambaq kedai tu dengan harapan cepat2lah bankrap..!
Seterusnya, bila dah pick up balik bebudak yang terbuang kat Strawberi farm tu, kami menuju pula ke taman serangga apa entah namanya. Nak masuk kena tiket.. Last-last tak masuk pun. Van seterusnya dipandu menuju ke satu lagi Strawberry Farm yang letaknya berdekatan simpang masuk ke Equitorial Hotel. Katanya boleh petik strawberry fresh kat sini..! Sampai di situ, orang takda langsung..! Hanya ada kami.. mungkin sebab dah lewat petang kut. Rupa-rupanya, ada syarat la pulak nak petik strawberry tuu.. Mesti sekurang-kurangnya setengah kilo iaitu RM 25.. Makk aii, aku taklah suka makan sangat buah tuu..kalau durian on jaa.. Akhirnya, takda sorang pon masuk petik. Waktu nak balik tu, gerai jualan pun dah tutup.. maklumlahh, dah lewat petang.. Sempat jugak abadikan sekeping  dua potret di sini..

dari strawberi beri farm
Aku masih ingat lagi, waktu nak balik tu, berlaku satu kejadian aneh.. hahaha.. Van Era Commuter yang dipandu Mat Zaid gagal untuk keluar dari parking yang curam tu.. puas jugakla dia mengundur empat lima kali, tapi van tu asyik “putus nyawa” jerk.. Alamakk..habesslaa.. Akhirnya, semua penumpang “dihalau” keluar dan Alhamdulillah, van itu dapat dikeluarkan hingga ke atas jalan besar.

Seterusnya, destinasi yang agak menarik dan aku kategorikan sebagai “wajib lawat” ialah Pasar Malam di tanah rata tuu.. Punya laa susah nak cari parking.. Last-last van terpaksa “meragas” dan parking di lereng bukit tepi Petronas tuu.. Awal tu, aku berjalan-jalan dengan Taufiq, Aajoy, Munir, dan Duang.. Benda petama yang menangkap mata ialah “karipap gajah”  iaitu karipap besar ala-ala kat secret Recipe tuu tapi intinya taklah sedap sangat. Samosa yang dijual di tempat yang sama lebih sedap sebenarnya..! 

pasar malam Cameron (google image)
Whoaaa…aku begitu teruja melihat makanan-makanan bergoreng tepung yang dijual..dari segala variasi sayur-sayuran Cameron, hinggalah kepada makanan laut seperti udang, ketam, dan sotong. Sangat menyelerakan tetapi harganya…hmm..boleh tahanlaa~  Munir membeli beberapa bekas sayuran goreng tepung untuk dibuat kenduri katanya... Kami juga tak melepaskan peluang mencuba makanan signature Cameron, iaitu strawberi coklat.. Hmmm..marvellous..! Air kelapa laut afrika yang berharga RM 3 segelas terasa segar melewati kerongkong.

pasar malam Cameron (google image)
Aku juga sangat tertarik dengan pakaian-pakaian aneh yang dijual di sini, terutamanya snowcap kepala haiwan yang sangat comel tuu.. Kalau topi macam tu boleh buat helmet, dah lama aku aku beli..! Murabbina Ridzuan sempat membeli kacamata Ray Ban celup yang dijual di situ. Mungkin ingin menutup matanya dari melihat wanita-wanita yang mendedahkan aurat di sana sini dalam pasar malam tersebut. Aku dan taufiq juga tak pernah miss untuk masuk ke dalam setiap gerai yang menjual cenderamata.. sekadar menjamu mata, tapi apa pon kami tak beli.. ahahahaa..

pasar malam Cameron (google image)
Waktu berjalan keluar menuju ke van, sempat lagi sekali kami menyambar beberapa biji samosa dari gerai “Karipap Gajah” dan aku, Munir, Taufiq, dan Syababuna Fitri duduk-duduk melepak di tempat parking sementara menunggu yang lain. Haisshhh…sakan depa nii.. borong apa laaa~  Sempat juga aku menjamu mata dengan melihat sekumpulan besar geng2 superbike yang kebanyakannya menunggang superbike 1000cc ke atass.. hmm.. sabaq jap, tunggu la suatu hari nanti..!

cenderamata unik dan menarik
Destinasi seterusnya ialah Kedai Nasi Arab yang telah dipilih untuk dijadikan lokasi untuk “Mega Dinner” sekelas bagi semester 6 nihh.. Terletak berdekatan BSN, iaitu jalan yang sama menuju ke apartment, suasananya cukup aman dan tenteram.. cukup privasi.. Sesampainya kami di sana, lebih kurang jam 9:00 malam, kami disambut mesra oleh tuan restoran itu sendiri.. Memang tak ada sesiapa yang makan kat situ dan aku lebih suka begini sebenarnya..tenang..!

family set...tapi dapat kat kami jadi couple set jerr :p
5 set hidangan family menjadi menu dinner malam tu. Nasi arab berwarna warni, berlaukkan ayam panggang, ayam kukus, dan kambing kukus ternyata menambat selera.. Apatah lagi dihidangkan panas-panas berasap gituu.. Disebabkan tiada orang lain di situ, tuan kedai dapat memberikan layanan 1st class kepada kami.. memang berpuas hati.. terima kasih banyak2 yee..

inilah air soda gembira teww..sedarpnyewww..

Minuman yang dihidangkan tak kurang menariknya juga.. Air “Soda Gembira” iaitu sirap bandung yang dicampur air soda bergas dan serasanya, itulah kali pertama aku minum minuman sebegitu..  Teh O Ais dan minuman tradisi arab iaitu Teh Herba Pudina menjadi pelengkap Mega Dinner pada malam tu.. Alhamdulillah.. Tuan Restoran berkali kali mengucapkan terima kasih saat van kami mengundur untuk pulang pada malam yang sunyi sepi tu… Aku rasa, kalau kami tak singgah restoran dia malam tu, mungkin segala menunya tak habis dijual sebab nampak kawasan tu macam kurang sambutan.. 

ni driver kategori bukit...founder laman an-nur..sekali dia buat muka blurr..

Seterusnya, punyalaa kenyang sampai tak boleh duduk dalam van tu.. rasa macam ada kambing dok menendang-nendang jaa dalam perut nii.. driver van iaitu Mat Zaid yang memandu Van Era Commuter telah membawa kami pusing-pusing makan angin di sekitar tanah rata tuu.. disebabkan van yang dipandunya di depan mengetuai perjalanan, jadi, mahu tak mahu, van kami yang dipandu Amett terpaksa mengikut dari belakang dengan patuh.. Siapa berani bangkang kalau Mat Zaid bukak tingkap vannya dan memandang kami dengan “muka blur” ??? Hahahaaa.. Dalam keadaan tak selesa sebab terlebih makan, kami menuju juga jalan berliku dan naik turun bukit hingga tersesat ke Hospital Besar Tanah Rata tuu..dan hampir jam 12:00 tengah malam, van menuju ke apartment kerana masing-masing dah tak tahannn nakk terr..ter…terrrr….. ~

orang menjual kat Kea Farm ni mesti kata...tudiaaa..duit mai dahh..! (google image)

LAST DAY (27 SEPTEMBER 2013) – SABTU

Hari terakhir..pagi terakhir di Cameron Highlands.. semua orang seakan berat untuk bangun meninggalkan katil masing-masing.. masih berat untuk berpisah dengan hawa dingin sejuk dan nyaman tanah tinggi ini… Masing-masing berasa belum puas melelapkan mata dalam suasana yang aman damai sebegini.. Tapi inilah hakikat kehidupan, setiap pertemuan..pasti ada perpisahan..!

jagung madu di Kea Farm (google image)

Selepas selesai menunaikan fardhu Subuh berjemaah, kami semua perlu bersiap lebih awal supaya tidak “clash” dengan jadual yang dirancang.. Selewat-lewatnya, jam 12:00 tengah hari, kami mesti turun dari tanah tinggi Cameron dan memecut dengan kelajuan penuh ke Perlis tercinta.. almaklumlah, van sewa kena hantar balik tepat pada masa.. harta benda orang.. janganlah kita buat perangai “tak bagi mengata, bagi buat harta” pulak.. ye dokk?? Van mesti dipulangkan pada jam 6:00 petang..

mai..mai..mai.. maciam maciam adaa.. (google image)
Hmm..tak banyak untuk diceritakan pada hari last nii.. tapi harini jugak ada agenda paling menarik dalam sejarah..iaitu..jeng..jeng..jenggg.. agenda membeli belah di Kea Farm, iaitu satu pusat jualan barangan pertanian dan produk produk lain yang dihasilkan di Cameron Highlands.. Hmmm..tapi sebelum tu, macam biasa,  pepagi ni kena sarapan dulu.. Destinasinya ialah berdekatan kedai tak sedap semalam tu.. Masing-masing melahap engan bersungguh-sungguh kerana bakal menempuhi perjalanan jauh sekali lagi nanti..

kesesakan luar biasa di Kea Farm..jangan salah parking, nanti kena saman..
Jam 10:00 pagi, van selamat mendarat di Kea Farm.. Alamakkk~ ramainya umat..! Jenuh jugak laa pusing pi mai pi mai ok cari tempat nak parking.. Akhirnya, tepi jalan yang sebokk tu lahh jadi mangsa.. Belum sempat tarik handbrake klasik tuu, masing-masing dah melompat turun tanpa sempat dilarang pramugara bertugas.. Dan bermulalah acara pada pagi tuu..

Punyalaa ghairah bershopping sampai sekeping gambaq pon tak dan nak snap.. Hmm, setelah bertahun tak jejak kaki kat sini, sekali sekala mai.. haa.. tudiaa.. selambakk..! Menarik jugak laa Kea Farm ni sebab ada jual macam macam benda yang “rare”.. contohnya madu lebah ori yang diletakkan sekali dengan sarang lebah dalam botol madu tu.. Sayur-sayuran pula tak macam yang jual kat Pasaq Tani Kangaq tuu.. dari sekecil-kecil kincam, hinggalah lobak putih yang sebesar paha orang dewasa pon ada baq hang..! Harganya variasi, tetapi murah laa orang cakap..


strawberi kering...wajib beli.. setengah kilo RM 18
Hmm..van yang asalnya kosong dan sepi, kini bertukar jadi “lori sayur”… punyalaa banyak bebudak jantan ni beli barang, mengalahkan orang pompuan.. bawah seat van tu, takda tempat yang kosong.. Mujurlah ada seat lebih yang boleh dijadikan “para” meletak segala khazanah alam yang diangkut dari Cameron tuu..haihh.. Orang beli jagung, dia beli jagung, orang beli stroberi, dia beli stroberi.. orang angkut sayoq, dia pon angkut sayoq.. last-last ketat van..!

Sayo..sayo..!
Hampir ke pukul 12:00, van para jejaka masih belum bergerak manakala van para para sakura telah meninggalkan Kea Farm.. tudia nak habaq sakan tak sakan orang laki ni bershopping..! Setelah berkali kali lawan telefon, akhirnya Van Era Commuter yang dinaiki para jejaka mula mengatur langkah menuruni lereng tanah tinggi Cameron.. Mat Zaid, iaitu driver berkelayakan SPM dengan mendapat  “A Kangkang” dalam subjek pemanduan berbukit, dipertanggungjawabkan menurunkan van dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai.. Puas mengucap jugaklaa time turun bukit tuu.. sempat jugak singgah ke satu gerai orang asli kerana driver berhajat membeli petai dan rebung.. “Orang Asli ni pemalaihh..!” ujar Mat Zaid penuh bertenaga.. 

cubaan mendekati orang asli...speaking key yell baq hangg..!
Van dipecut lagi melewati selekoh-selekoh tajam dan setiap kali itulah terdengar jerit pekik berhamburan dari segenap ruang van memarahi pemandu yang kelihatan (lupa diri – Wan Zaini : 2012).. hingga satu ketika, van terpaksa membuat “pendaratan cemas” di tepi jalan kerana terdapat bau hangit yang menusuk kalbu.. Aku sebagai pramugara yang duduk di depan sekali, pada awalnya bertindak untuk melemparkan pelampung, namun setelah bau itu beransur pergi, niat mulia itu terpaksa dilupakan.. mulalahh nak merapu nii..

ibu..ibuuuuu..engkaulah ratu hatiku >_<
Setelah sampai di Petronas Simpang Pulai dan mengisi minyak dan membeli jajan, ada orang tu muntahh.. wekkkkk..! Pemandu pon bertukar lagi.. Giliran Aajoy kali ini membawa van teruuuusss ke Perlis.. masing-masing mula rebah ditindas keletihan dan hanya tinggal kami berdua di depan sekali yang seolah olah tiada perasaan.. Tiba-tiba Aajoy mencabut CD qasidah dari Cd Player dan membuka channel Era Rentak Muzik Terkini.. “kita perlukan kepelbagaian”- ujarnya penuh perasaan..! Van kemudiannya diarahkan ke R&R Sungai Perak.. sempat jugak laa pekena hidangan istimewa kat sini iaitu Ikan Patin masak lemak..hmm, tak rugi.. sedap beb..! Awal tuu ingatkan isi ikan ni jenis hanyiaq, rupanya rasanya hampir sama dengan isi ikan siakap tuu..hmm..no wonder.. harganya RM 4 seketoi.. 

hidangan spesial RnR Sungai Perak
Selesai solat zohor + asar di surau R&R, hujan turun dengan lebatnya mencurah-curah ke ladang gandum…ehhh, silap..! Hmm, apa boleh buat.. payung tak da, van pulak agak jauh parkingnya.. So, ambil kesempatan untuk test kerusi urut dulu seround dua.. Hmm, nikmatnya tak payah cakaplahhh.. macam nak usung bawa balik hostel ja kerusi urut tuu..! Akhirnya, suka tak suka, terpaksa jugakla redah hujan lebat tu untuk masuk ke dalam van.. dahtu, dia boleh lock pulakk pintu depan tuu.. loqlaq sungguh..! Basah habess uniform pramugara aku..!

inilah dia namanya pramugara...ahakzz >_<
Dalam hujan lebat, van menuju terus ke Perlis.. tapi..tapi..jalan kebenaran..yang tidak selalunya sunyiii.. ada ujian yang datang melanda..ada perangkap menunggu mangsa..- nasyid dulu seround..!  Hmm..kami “dikepung” oleh mat-mat rempit yang mempamerkan aksi percuma sepanjang jalan dari SP hinggalah ke Exit Gurun.. apa punya manusia.. kau ingat nyawa boleh eja dengan cheatcode macam dalam GTA??!! Ingin saja aku jerut bontot mereka yang menonggeng di atas motor tuu dengan tali pelampung keselamatan, biar mereka tahu erti penyesalan..! 

sebahagian jejaka PA A....salah satunya berhati mulia :p Pagi last di CH

Setelah menurunkan Zamiluna Munir di tol Pendang, van bergerak ke perhentian seterusnya iaitu Tol Alor Star Selatan untuk menurunkan Mudiruna Zahid dan Sohibuna Taufiq.. malang tidak berbau apabila pemandu pelatih yang sedang menjalani praktikum, iaitu Akhina Izzat telah melakukan set induksi yang menarik sekali dengan melanggar iceberg semasa membuat U-Turn berdekatan tol Pendang tuu.. apalagi, bergoncang seisi van dan bergoleklah jagung-jagung keluar dari persembunyian masing-masing.. Masing-masing spontan melafazkan syahadatain sambil mengurut-urut dada (ahh..klise drama melayu), dan aku sempat menjeling pemandu kereta di belakang yang terlopong mulutnya.. mungkin dia takut van gemuk ni hempap kereta dia kott..hahahaaa..

jalan pulang yang penuh thrill

Dari Tol Aloq Staq Selatan, penumpang semakin berkurang dan hanya tinggal aku, Izzat, Waliyuna Azrul, Sodiqina Hasbi dan juga Syababuna Fitri dalam van yang sepatutnya memuatkan 14 orang itu.. pffuu..terasa luas seketika dunia nii.. Sampai ja di kampus, masing-masing pakat lawan bertolak tak mau pi hantaq van di rumah tuannya.. Hmm, akhirnya figura suka berkorban, iaitu Habibina Sameer dan aku sendiri beserta pemandu import, Si Maza memandu juga ke Kuala Perlis dalam keletihan yang teramat.. Ciann Amett..dahla jadi solo driver dari Cameron lagi..uhukkkss..rasa nak teriakklahh =.=” 

supper dari Cameron
Malam tu, hidangan istimewa dari Cameron iaitu teh panas berperisa stroberri beserta strawberry coklat dan jagung bakar menemani supper di meja makan… Tak sia-sia aku peram coklat cadburry Langkawi dalam freeze di rumah tok.

TM: Terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi membaca coretan ini… Tentang Cameron tu, sejujurnya aku taklah kisah sangat.. Bila-bila rasa nak pi, sedia duit jaa.. Tapi yang lebih penting, keseronokan sekali sekala hang out dengan member-member sekelas.. yang belajar dalam kelas yang sama, tak pernah terpisah selama 5 tahun setengah.. lama tuu.. dulu di sekolah pon, tiap-tiap tahun bertukar classmate.. Hmm, bukan senang woo nak boleh jalan-jalan sekali macam nii..! Dan siapa tahu, Memoir Dari Cameron ini adalah trip terakhir kami..

Terima kasih.. Sohibuna Taufiq, Akhina Izzat, Habibina Syameer, Waliyuna Azrul, Murabbina Ridhuan, Sodiqina Hasbi, Zamiluna Munir, Mudiruna Zahid, dan Syababuna Fitri kerana menjadi sebahagian citra warna hidup ini..

Terima kasih segalanya buat teman2 muslimah yang aku tak paparkan namanya di sini atas dasar privasi…

# Maaf atas bahasa utara yang keterlaluan…hingga jumpa lagi.. Assalamualaikum J

Friday, September 13, 2013

Spicy Beef Tortilla

Dinginn sungguh malam ini…
Dan sukar mataku lelapkan…
Lalu ku cuba coretkan..
Secebis lembaran buatmuu…


Lembaran untuk u’olls supper memalam buta nii..Nah, terimalah Spicy Beef Tortilla... Makanan yang berasal dari Mexico yang sungguh mudah & cepat untuk disediakan..dan yang paling penting rasanya..lazat ( dibaca secara bisik macam iklan Yusoff Taiyyob tuu)..hehe.. bolehlah dikatakan sebagai alternative kepada burger…sekali sekala ubah angin, apa salahnya??  tunggu apa lagi, jom ke dapur..!

Haaa..mesti terliur kan..kan..kan..
Bahan Asas :
  • ·         Kepingan Tortilla wrap (5-6 keping)
  • ·         non-stick pan

Kepingan tortilla banyak dijual di supermarket
Bahan-bahan untuk filling :
  • ·         Segenggam daging kisar Ramly
  • ·         3 batang sosej ayam dihiris nipis
  • ·         Serbuk lada hitam secukup rasa
  • ·         Bawang besar dihiris halus
  • ·         Bawang putih dihiris halus


Sayuran yang dipotong haluihhh
  • ·         2 sudu besar minyak masak
  • ·         Sos lada hitam
  • ·         Sos Cili
  • ·         Sedikit garam
  • ·         Mayonis / Thousand Island
  • ·         Sayur-sayuran dihiris dadu (timun/tomato/capsicum/carrot/salad)

Perap selama 10 minit jerr
Cara memasak :
  • Perapkan sebentar daging kisar dan sosej bersama garam, lada hitam, dan sos lada hitam.
  • Tanpa minyak, panaskan non-stick pan dengan api kecil…panggang kepingan tortilla wrap satu demi satu..lebih kurang 30 saat untuk setiap side..
  • Ketepikan tortilla wrap yang sudah dipanaskan tadi.
  • Tumiskan pula bawang besar sehingga naik bau dan berwarna kekuningan.

Panaskan sebentar kepingan tortilla atas pan tanpa minyak
  • Masukkan campuran daging kisar dan sosej yang telah diperap tadi..goreng sebentar.
  • Masukkan bawang putih.
  • Masukkan serbuk lada hitam, sos lada hitam, dan sos cili secukup rasa…gaulkan hingga sebati.
  • Apabila daging kisar bertukar warna, masukkan potongan sayur-sayuran. Gaulkan hingga sekata. Padamkan api.

Sesi memasak filling
Cara profesional menggulung tortilla..google image..
  • Buangkan lebihan minyak dalam filling yang telah masak. Masukkan mayonis sesedap rasa. Gaul rata hingga sebati..dan jengg..! siap dah.. masa untuk membalut..
  • Letakkan lebih kurang 2 sudu makan filling untuk setiap kepingan tortilla…cukup untuk 5-6 kepingan tortilla wrap..
  • Tentang teknik menggulung tortilla tu, korang gulung lah macam mana pon, janji tak tumpah dan boleh ngappp..!
Upacara gulung menggulung

TM : Makanan yang mudah dan mengenyangkan..! Boleh juga diletakkan cheese yang jenis parut tu masa nak gulung, tapi lepas gulung, kena panaskan sekali lagi tortilla atas pan atau dalam oven supaya cheese mencair…lagi uummmpphh…! Sayur tu tak letak semua pon…guna yang mana ada jerr..

Selamat menjamu selera...!
Oh ya, lagi satu jangan risau, balutan tortilla tu x mudah terbuka ya puan-puan, tak macam kulit popia..tak payah susah-susah nak lekat guna telur la..tepung laa..