Sunday, April 8, 2012

Cara Paling Mudah Download Video YouTube


Aku ingat benda mudah camni semua orang dah tau.. tapi baru-baru ni ada jugak member aku yang tak tau nak download video dari youtube.. tua bangka nak jadi cikgu dah pon, tapi tak reti-reti lagi benda basic camni.. apodaa..! huhu~ Kali ni, aku dedahkan cara termudah untuk download video dari youtube. Tak perlu pening2 cari software dan install.. cuma dengan tiga langkah, anda akan dapat download video dari laman youtube dengan visual dan audio yang memuaskan.. dan yang paling penting, ianya freeeee..!

Langkah 1 :
Open klip video yang nak dimuat turun pada laman YouTube. Pada address bar, akan muncul satu link video tersebut. Copy link tuh..! (lihat gambar)

Langkah 2 :
Inilah rahsianya..! Open laman “KeepVid” untuk memulakan muat turun video tadi. Paste link video dari YouTube tadi pada box yang disediakan dan klik “download”. Jika anda kali pertama menggunakan website ni, akan muncul pop-up yang meminta keberanan (permission) untuk run java application. Klik “allow” / “yes” jika muncul pop-up tersebut.   

Kelebihan menggunakan Keepvid untuk download video Youtube ialah kepelbagaian pilihan format video untuk dipilih oleh pengguna dan kadangkala ada pilihan saiz dan kualiti video untuk dimuat turun. Aku selalu pilih jenis mp4 sebab boleh sumbat dalam phone. Satu lagi ciri terbaru pada Keepvid ialah boleh menukarkan video youtube ke format mp3. Jika anda sukakan lagu/backround track dan ingin menjadikannya sebagai koleksi mp3 peribadi, Keepvid sedia membantu..!

Langkah 3 :

Apabila dah paste link video youtube tersebut dan button download pada laman Keepvid diklik, Free Download manager akan detect dan menguruskan upacara mendownload video tersebut hingga selesai.. Tadaa, video dah selamat sampai pada desktop komputer..!

TM : Video2 yang dimuat turun pada youtube gunakanlah sebagai koleksi peribadi atau tujuan kebaikan sahaja. Tak eloklah kalau mencari keuntungan duniawi menggunakan video hasil titik peluh orang lain.. hidup keepvid..! 

No comments:

Post a Comment