Sunday, May 1, 2011

My Experience : Alhamdulillah…Syukur aku jadi student IPG…


Dah sampai ke penghujung semester rupanya…hmm..ni bermakna dah 2 tahun aku bermastautin di bumi IPG Perlis ni…huhu..Masih teringat sewaktu baru-baru abis SPM, aku seperti buntu untuk memilih tempat bagi melanjutkan pengajian… Dan IPG (Institut Pendidikan Guru) pada awalnya tidak termasuk dalam senarai kerana aku berpendapat syaratnya agak ketat dan tentulah sukar bagi orang-orang yang tidak berapa pintar seperti aku untuk memohonnya…Namun, takdir Allah tak siapa tahu…akhirnya, bermula pada Julai 2009, aku terdampar di sini bagi mengutip secebis ilmu buat bekalan di masa depan..Setelah sekian lama di sni, aku mula rasa betapa beruntungnya jadi seorang student IPG walaupun sering dilabelkan umum sebagai skema/boring/ tak bebas macam u dan sebagainya…

· Saat rakan-sakan di universiti merungut tentang yuran dan kos hidup di universiti, aku rasa bersyukur kerana belajar di IPG tak perlu bayar yuran beribu-ribu macam universiti…makan pun murah macam kantin sekolah..

· Saat rakan-rakan di universiti memikirkan tentang bagaimana hendak membayar PTPTN apabila abis belajar nanti, aku rasa beruntung apabila menerima elaun setiap bulan dan tidak perlu fikir untuk membayarnya apabila grad nanti.

· Saat rakan-sakan di universiti merungut kerana kelas di dalam dewan yang ramai dan lecturer yang strict, aku rasa beruntung kerana di IPG, kami belajar dalam kelas macam di sekolah, yang hanya ada 20 orang sahaja…Lecturer amat friendly dan mudah untuk bertanya macam kat sekolah…

· Saat rakan-sakan di universiti merancang untuk pulang ke kampung sekali sekala, aku hanya tersenyum kerana IPG Perlis adalah sangat dekat dengan rumah…boleh balik tiap-tiap minggu…hari-hari pun boleh…heheh J

· Saat aku pergi melawat rakan yang belajar di universiti dan terpaksa tinggal “berhimpit” di rumah sewa,aku memanjat kesyukuran kerana di IPG, aku mendapat sebuah bilik di kolej kediaman yang bagiku cukup selesa yang hanya dikongsi 2 orang sahaja…sewanya hanya RM 80 sebulan dan percuma selama 3 semester…!

· Saat rakan di universiti bergelut dengan isu-isu dalaman dan politik yang memeningkan, aku bersyukur kerana hidup dalam komuniti yang tidak ramai dan aman damai…Student kat IPG Perlis tak sampai pun 2000 orang…batch aku hanya 300 orang sahaja…

· Saat rakan di universiti melahirkan kebimbangan kerana statistik pengangguran yang semakin parah, aku bersyukur sangat2 kerana telah disediakan pekerjaan sebagai seorang guru sekolah rendah gred DG41 apabila dah grad nanti..tak mewah, tapi cukup untuk menyara hidup macam orang lain J

· Saat rakan universiti merungut tentang kelas yang jauh dan memenatkan jika berjalan kaki ke kelas, aku rasa beruntuk kerana IPG Perlis tidaklah sebesar mana dan tidak lenguh kaki pun jika berjalan ke kelas…naik motosikal apatah lagi…5 minit sebelum kelas mula pun masih sempat bertolak dari kolej kediaman…!

Cukuplah kelebihan2 jadi student IPG berbanding U pada pandangan aku…Mungkin student2 U lagi banyak benda nak dibanggakan, tapi bagi aku masing2 ada kelebihan dan kekurangan…Sebagai student IPG yang lebih mesra dengan panggilan maktab, tentulah aku nak cerita sal kelebihan tempat sendiri…Apepun, yang penting lepas SPM, jangan ingat dah merdeka, teruskan perjuangan di lapangan ilmu dan pilihan adalah di tangan sendiri…!

23 comments:

  1. Salam, nak tanya.. Lain IPG lain ke coursenya?
    Untuk subjek TESL dan sejarah selalunya dihantar ke IPG mana?
    TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua course ada kat tiap2 ipg...mybe student dihantar secara random mengikut course yg ditawarkan kpd student tu...x boleh pilih IPG.. hanya bleh pilih tmpat interview shj

      Delete
  2. Salam . Klau course bm , ipg mmg dkt kl ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt ipg sy study (ipg perlis) pon ada jugak kos BM (major)... tp main campus utk course BM mmg dekat KL (IPBM)

      Delete
  3. As salam saya nak tanya pendapat.saya dah final year diploma di ipta then saya dapat ipg. patut tak saya pi ipg atau teruskan pengajian di ipta? terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend kpd minat/kecenderungan.. kalo u minat dgn course u yg skrg ni, better abeskan diploma tu & teruskan dgn degree... Kalo minat dgn kje2 cikgu, bolehlaa proceed IPG.. Skrg ni, IPG pun dh x dijamin posting mcm2 dulu2 dah.. artikel nii sy tulis waktu mula2 masuk IPG dlu.. skrg dh byk bnda yg berubah :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam.. Saya tau ni dh 2017 tp harap masih dpt jawapannya.. Nk tanya interview dalam bahasa melayu ke english yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya Bahasa Melayu (Kecuali Course TESL).. Untuk course Pend Islam / Bhs Arab, ada ketikanya Penemuduga turut meminta calon berkomunikasi dlm B.Arab..

      Delete
  6. admin. adakah perlu membayar untuk pendaftaran seperti kita masuk uni?

    ReplyDelete
  7. admin. adakah perlu membayar untuk pendaftaran seperti kita masuk uni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. [admin] Masa zaman sy studi di maktab dulu (2009-2014)Sem pertama sj ada yuran pendaftaran (tp taklah semahal Uni]

      Tahun2 berikutnya tak dikenakan sebarang yuran pendaftaran.. Just beli buku utk rujukan sendiri sj

      Delete
  8. admin, nak tanya.. masa temuduga tu soalan dia susah tak? takut pulak kalau2 dia tanya pasal sejarah malaysia.. sy ni dhlah lemah dlm bab2 camtu admin.. kasi tips sket? maaf ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ADMIN] Soalan penemuduga adalah berkaitan pengetahuan am & isu isu semasa.. masa saya dulu, kena tanya tentang isu "I Want To Touch A Dog" isu yg pernah hot ketika itu. Anda perlu cakna dengan isu2 yang berlegar di laman sosial ketika ini kerana kemungkinan besar akan ditanya. Tentang sejarah Malaysia, saya tidak pula ditanya. Mungkin jika anda pengkhususan sejarah, anda akan ditanya kerana soalan berkaitan bidang pengkhususan calon memang ditanya lebih banyak berbanding soalan pengetahuan am.

      Delete
  9. Replies
    1. [ADMIN] Setahu sy, x ada IPG Khas utk course science sepertimana IPIS dan IPG BM.. di IPG sy dulu pun ada course sains. Boleh jadi kebanyakan IPG ada course sains.. penempatan pelajar di IPG mana adalah keputusan BPG di KPM..

      Delete
  10. Assalamualaikum. nak tanya , mase isi permohonan ipg online saya pilih subjek reka bntuk dan teknologi dan bm atas sbb tertentu . kalau saya nak tukar subjek yg saya pilih tu mcamana ? ke tak boleh ? saya minat bi. btw , awal bulan april haritu dh pergi ujian ukcg . trima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. [Admin] Sy nasihatkan anda utk letak keutamaan kepada subjek yg terbaik semasa SPM kerana lebih senang utk lulus permohonan ke ipg.. Tak pasti bole tukar atau tak, tetapi ms sy mintak dulu (2009), terdapat 2 pilihan opsyen utk diisi berdasarkan kelulusan SPM.. Skrg mungkin lain sudah..

      Delete
  11. nak tanya macam mana life kat ipg eh?sama macam ipta ke atau lebih ketat macam sekolah?

    ReplyDelete
  12. [admin] life di ipg lebih kurang ipta.. bole kluar kampus time takde kelas & masuk before 12:00 am (kalau stay hostel), cuma suasana belajar lain sikit dari uni. Kt ipg guna sistem kelas, so, jadual lecture ikut klas..biasanya dlm 20-30 org ja sekelas.. jarang blajar ramai2 dlm hall mcm uni.

    ReplyDelete
  13. Assalm..sayr amat meminat bahasa inggeris tapi sayr x lepas syarat pengkhususn ipg bin untuk minimum dapt A solid dan sayr hanya dapt A minus ..sayr rase sangt kecewa tapi sayr x lepaskn peluang untuk mencuba nasib melanjutkn pljrn di ipg dengn memilih bidang pendidikn awl kank-kank..sayr telah lulus ujian ukcg dan akan menduduki iv x lama lagi..adakah sayr masih brpeluang untuk menukar kos sayr minta kpd kos tesl setelah sayr diterima ke ipg ? Di manakah lokasi ipg pendidikn awl kanak-kanak ? Adakah sayr harus mengejar cita2 sayr dengn meneruskn pengajian asasi tesl di uitm jika sayr dapt nnti ? Tapi sayr sangt brminat untuk mengajar di sekolah rendah , mohon pendapat n penjelasan.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum...saya nk tanya..nanti kalo dh abis ipg..tmpat mengajar ditentukan ke? satu lagi...perubahan ipg sekarang mcm mna ye?

    ReplyDelete
  15. saya skang belajar kat ipg perlis jgk, baru seminggu masuk hehehe

    ReplyDelete