kentucky untuk dinner malam tadi..yummy..! |
Lama dah tak
kongsi resepi kat sini, so, malam ni nak kongsi resepi mudah dan sedap serta
menyelerakan kat sini..! Ayam Goreng Kentucky, menu simple dan sedap yang
sesuai untuk orang-orang bujang yang rajin macam aku hehee..! Seriously, memang
mudah disediakan dan yang penting, dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Asyik beli ayam goreng kotak ja, sesekali, cubalah masak sendiri kat rumah. More
fresh an even hot.
1. Sediakan bahan2
iaitu ketulan ayam yang siap dipotong (sendiri bajet). Tepung Kentucky sekotak
kecil, minyak masak yang secukupnya (ayam digoreng tenggelam) , 2 biji telur
(kalau takut kolestrol, gunakan telur putih saja) sedikit garam,aji dan kalau
nak pedas, boleh tambah serbuk cili atau rempah kari.
2. Panaskan minyak
(api slow) dalam pressure cooker atau belanga yang lengkungnya dalam sikit.
Tujuannya, sambil gaul ayam dengan tepung nanti, minyak akan mula panas dan
bila ayam dah siap gaul, boleh terus “humban” dalam minyak panas tuh..!
Crriiannngg!!
3. Sambil tunggu
minyak panas, dengan cepat, pecahkan telur yang sudah dibasuh ke dalam mangkuk
asing dan kacau sehingga kembang. Terus masukkan beberapa ketul ayam dalam
mangkuk telur.
4. Sediakan satu
bekas lagi untuk campuran tepung kering. Campurkan tepung Kentucky dengan sedikit
garam,aji,rempah dan serbuk cili. Kalau nak bubuh daun2 sikit pun boleh.
5. Ayam yang dah
dicelup telur tadi, angkat dengan cermat dan masukkan seketul ke dalam bekas
tepung (yang bertutup). Tutup bekas dan “shake” sehingga tepung memutih rata pada ketulan ayam. Jangan lupa minyak yang sedang panas, sebab itulah langkah2 ni
perlu cermat dan cepat.
6. Ketulan ayam
yang disalut tepung kering tadi, terus “direnangkan” dalam minyak panas yang
sedia menunggu. Ulanglah langkah2 di atas untuk ketulan2 ayam yang lain.
TM : Aku suka
gunakan pressure cooker sebab cepat panas dan hasil gorengannya memang
awesome..! Lagi satu tips, ayam tu kena gaul seketul2 dengan tepung.. Kalau
sekali gaul banyak ketul, nanti ayam tu jadi tak cun sebab tepung tak rata.. Mudahkan
nak buat ayam goreng Kentucky yang orang dok gila sangat tu. Nampak langkahnya
macam panjang sebab aku detailkan. Sebenarnya just celup dan goreng ja..! Jom
makan.. J
No comments:
Post a Comment