[aku rasa font 14
comic sans terlalu besar,nak cuba font 11 tengok] Setiap hari, kalau aku ada di
rumah, mesti gatal tangan nak main Cityville. Dah jadi macam ketagih minyak cap
kapak daa.. kuat sungguh “nicotine” yang ada pada Cityville sehinggakan aku
berasa tidak lengkap hari-hari yang kulalui tanpanya di sisi.. Wahh, macam
novelis pulak. Harini, bersempena dengan aku memasuki Level 83, aku nak cerita
sikit2 tentang Cityville nih. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya itu dan ini
kerana pada mereka, mungkin luarbiasa seorang lelaki dewasa macam aku masih
bermain socialgame yang kelihatan “bodoh” seperti ni. Malah, lebih dasyat lagi
member2 yang tak sayang mulut, mengatakan aku gila dan seumpamanya kerana tak
pernah berenggang dengan cityville. Tidak tahukah mereka aku ini juga seorang
player GTA bertaraf dunia, yang takkan pernah rasa bersalah untuk membunuh pada
bila-bila masa sahaja... hahahaaa...
Walaupun Cityville secara rasminya
di-launch pada Disember 2010, tapi, sebagai “pelanggan setia” zynga iaitu
developer bagi kebanyakan socialgames kat facebook, aku diberi keistimewaan
untuk merasa cityville lebih awal dari tarikh pelancaran rasminya. Lebih kurang
dua minggu awal apabila aku mendapat emel kebenaran khas untuk bermain
cityville dari zynga. Wahh, terasa dihargai ketika itu. Bagi umum yang belum
tahu apa itu Cityville? Cityville ialah socialgame, (freemium) iaitu pengguna
boleh bermain secara percuma tanpa had, tetapi boleh memilih untuk melaburkan
wang bagi mendapatkan bahan-bahan tertentu yang sedikit istimewa. Setakat ni,
aku belum pernah membeli walaupun RM 0.10 topup zynga dari kedai Seven-E. Dari
level 1 hingga 83, semuanya free. Cityville sebenarnya diilhamkan dari
permainan SimCity yang pernah famous suatu ketika dulu. Cityville ni ialah
permainan berbentuk pembinaan dan perancangan bandar dan di sini, sang pemain
menjadi seorang datuk bandar yang genius, engineer yang kreatif, arkitek yang
teliti serta businessman yang gigih..! Cityville bukanlah game hingusan
sepertimana tanggapan sesetengah orang. Pada hari pelancarannya, Cityville
telah berjaya menarik seramai 100,000 users dari seantero dunia. Dan, sebulan
selepas pelancarannya, active users of cityville bertambah menjadi puluhan juta
(lebih kurang 61 juta) dan sekaligus ini menenggelamkan rekod yang dipegang oleh
Farmville, juga satu lagi socialgame yang dibangunkan oleh zynga. Mungkin di
Malaysia, orang dewasa yang bermain game sebegini kelihatannya sungguh janggal,
tapi, di luar negara sana, tidak..! Aku sendiri mempunyai rakan permainan dari
merata negara, dan mereka kebanyakannya lebih tua dan ada juga yang sudah
beranak-pinak. Aku pernah berchatting dengan seorang wanita warga UK (walaupun
BI aku tunggang langgang) dan aku tidak menyangka bahawa dia sedang bermain
cityville sambil menunggu makanan yang dimasaknya siap untuk hidangan
keluarganya....! Awalnya aku berasa pelik juga, tapi lama-kelamaan, aku mula
memahami bahawa orang-orang di sana mungkin stail berjiwa muda...heheh...
Biarlah aku nukilkan sedikit di sini
mengapa aku jatuh cinta pada Cityville ni. Aku rasa sudah banyak kenangan,
pahit manis bersama Cityville dan level 82 sudah layak dianggap senior dalam
game ni. [asalnya, cityville dihadkan pada level 80, kemudian dinaikkan kepada
90 dan last aku tahu, level 125.. sekarang tak tau la ada wujud lagi ke tak
limit tu] Ketika panamera dirasuk virus beberapa hari lepas, dan facebook aku
yang berkelakuan gila, apa yang kubimbangi ialah cityville. Tak dapat
dibayangkan jika tiba2 virus yang sememangnya tak punya perasaan itu me-reset
cityville aku kembali ke level 1... Huaaaa...!!! Pada mulanya, ketika aku
berseorangan di cityville kerana bermain atas special invitation oleh zynga,
aku rasakan bosan dan sunyi. Coins pula terlalu sedikit dan akulah player
paling miskin rasanya ketika itu. Lalu, satu demi satu bisnes kecil-kecilan
dibuka di Cityville aku yang dinamakan Vice City bersempena nama kota dalam GTA
Vice City. Pada masa itu, betapa sukarnya untuk aku melaksanakan mission2 dalam
cityville kerana kekurangan coins dan neighbor. Mintak ini tak siapa peduli,
mintak itu tak siapa hantar. Beberapa bulan terawal menyaksikan kawan2
facebook, kebanyakannya kawan lama dari SMKAK mula memberi perhatian kepada
cityville. Aku mula berasa sedikit keseronokan dan kemeriahan di cityville.
Malah, ada juga antara mereka yang levelnya lebih tinggi dari aku dan ini
membuatkan aku lebih gigih untuk bersaing dengan mereka. Inilah naluri sejati
seorang gamer, yang tak boleh duduk diam selagi ada orang yang lebih hebat dari
mereka..!
antara projek mega di Vice City, bina jambatan |
Mengapa jatuh cinta pada cityville?
Aku pun tak dapat menghuraikan persoalan sejelasnya kerana cinta itu sesuatu
yang misteri dan subjektif..! Apapun, cityville dapat membuatkan aku tersenyum
kepuasan dan melupakan sebentar kekusutan dunia walaupun cityville aku sedikit semak
dengan puluhan bangunan dan binaannya. Tetapi, itulah kesenian bagi aku. Dan
kesenian yang aku lakarkan pada kanvas cityville memberiku sejuta
kepuasan...bukan sejuta pilu macam lagu jiwang tu. Saat mata menatap warga Vice
City yang sibuk dengan urusan mereka, belarak ke sana ke sini, dengan pakaian
dan gaya tersendiri, aku jadi geramm... ohh, comelnya..! Bila ada sesuatu
mission dan aku dapat menyelesaikannya dahulu berbanding dengan orang lain, aku
rasakan itu juga suatu kepuasan yang yang menghadirkan kebanggaan. Apabila ini
terjadi, kerapkali juga kawan-kawan yang mat2 saleh ni akan menyerbu aku
melalui chatbox dan bertanyakan itu ini serta cara-cara untuk menyelesaikan
mission tersebut. Ohh, aku jadi professor pula kepada mereka..! Malaysia boleh..!
Bangunan-bangunan pencakar langit serta
mercu tanda terkenal (menara Eiffel) yang berdiri megah di Vice City
menggambarkan ketekunan aku sebagai pemiliknya dan begitulah tingginya harapan
untuk menjadi player yang disegani di arena cityville ini. Tapi, aku sedikit
terkilan kerana tiada satupun mercu tanda yang melambangkan Malaysia, tanah
airku. Malah, sebatang flag pole Malaysia pun tak disediakan oleh cityville,
Dan, sedikit masa lagi, aku akan “merusuh” kepada zynga untuk memasukkan
sedikit indentiti Malaysia ke dalam cityville... Siap la nanti..!
Eiffel Tower in progress.. |
Apa faedahnya bermain game sampai
ketar kepala (bersungguh-sungguh) ? Tambahan pula game2 hingusan seperti
cityville ini?! Mungkin inilah tanggapan umum masyarakat yang bencikan game2
seperti yang aku main ini. Macamlah semua perkara yang mereka lakukan itu
berfaedah kesemuanya.. takkanlah seumur hidup mereka tak pernah melakukan yang
sia-sia...? Hahaha.. mula dah la ni tazkirah aku..! Sejujurnya, aku memasang
impian untuk menarik rakan2 bukan islam dari negara lain yang menjadi teman
sepermainan di cityville ini untuk mendekati Islam, atau sekurang-kurangnya
memperbetul tanggapan mereka yang sudah diresapi fahaman zionis laknatullah
yang disemai subur dalam hati mereka iaitu berpegang bahawa orang Islam ini
terrorist atau kejam dan seumpamanya. Tapi, kalaulah mereka menganggap aku ini
Islam yang jahatnya seperti syaiton, mengapa mereka berani mendekati aku? Malah
mereka yang terlebih dahulu meminta aku menjadi rakan mereka walaupun
matlamatnya hanyalah untuk bermain cityville. Sapaan atau teguran ramah yang
mereka mulakan melalui chatbox memberi peluang dan memudahkan aku untuk
mendekati dan berkenal mesra dengan mereka. Mereka yang mulakan, dan kini aku
perlu tentukan haluannya. Biar mereka
tahu dan faham, orang Islam bukanlah pengganas seperti ideology sampah pegangan
mereka itu. Apa kaitannya cityville dengan Islam pula?! Memang tiada kaitan,
tapi jalinan persahabatan antara aku dan mereka, walaupun pada dasarnya
hanyalah rakan sepermainan, tapi di sinilah aku cuba “menanam” keyakinan dan
kepercayaan mereka terhadap player beragama Islam seperti aku.
Bersungguh-sungguh,jujur, menepati janji, rajin, pemurah dan bantu membantu,
adalah akhlak islamiyah yang kita semua tahu, dan kini aku terapkan apabila
bermain cityville.
The latest Vice City (31/10/11) Dalam proses mengISLAMkan nama bandar kesayanganku ini ..! |
Aku yakin, 99% umum di luar sana akan mengatakan aku gila
kerana menanam impian untuk berdakwah melalui permainan (cityville), tapi suka
untuk aku nyatakan, setiap orang punya caranya yang tersendiri dan
sekurang-kurangnya aku telah berusaha menanam keyakinan mereka dan cuba
memesongkan ideology mereka yang hanya nampak negative pada Islam. Kadangkala,
apabila mereka meminta sesuatu, aku katakan InsyaAllah dan aku cuba tunaikan
permintaan mereka. Ini hanyalah sekecil kuman, tapi biarlah mereka nampak
bahawa orang Islam ini bukanlah penipu dan pembohong sepertimana yang mereka
sangka. Mungkin nanti jika aku sudah betul2 rapat dengan mereka, masa itulah
aku akan memulakan langkah yang lebih serius. Sekarang, biarlah aku mantapkan
pengisian diri sendiri yang masih daif dengan ilmu terlebih dahulu. InsyaAllah.
Sekali lagi aku tegaskan, tidak salah dan tidak mustahil kita boleh berdakwah
melalui permainan (cityville). Jika mereka berjaya dakwah kita melalui
permainan juga (masih ingat 5 S, salah satunya Sport), apa salahnya kita juga
gunakan metodologi yang sama..!
TM : Ada orang
kata, buat apa main cityville, bukan dapat duit pun..! Sungguh, aku tak
nafikan, selama bermain ni, satu sen pun aku tak pernah dapat income dari
cityville. Satu ja aku nak kata, tak semua benda kita buat kerana nakkan duit,
adakalanya kepuasan itu lebih mahal dari wang ringgit..! =)
No comments:
Post a Comment