Wednesday, November 23, 2011

My Novel : Bila Lelaki Baca Novel


Alhamdulillah, satu lagi kategori baru yang aku ilhamkan dalam Tinta Malam ni. Kategori yang wujud kerana minatku terhadap kesusasteraan, especially novel. “MyNovel”, adalah ruang untuk aku mencoretkan apa-apa berkenaan novel, dan plan aku ialah untuk review tentang novel-novel yang aku pernah baca sebelum ni. Aku lelaki, dan aku suka baca novel. Kadang-kadang aku hairan, mengapa orang akan rasa atau pandang pelik kalau lelaki baca novel..pelikkah?! Mengapa perlu ada diskriminasi dalam perkara ni? Kadang-kadang, aku rimas juga bila ada mata-mata yang memandang sinis saat aku bershopping di bookstore untuk membeli novel atau melewati rak-rak novel di perpustakaan awam. Entahlah, kalau mereka hairan dengan aku atau orang lelaki yang suka baca novel, aku 10 kali lebih hairan dengan perangai mereka tu. Mungkin bagi mereka, eksotik sangat kot kalau seseorang lelaki baca novel. Haihh, aku pun tak paham..! Sekarang aku nak share tips2 aku sendiri, untuk pilih atau beli sesebuah novel. Aku tak pandai bahasa omputih, so, aku baca novel melayu ja. Tapi bagi aku, novel2 melayu pun tak kurang hebatnya, Malaysia Boleh...!! So sebagai mukadimah kategori baru ni, aku nak share sikit apa benda yang kena dinilai dan dilihat sebelum beli/pilih novel? Jom...
Sinopsis
The main factor yang akan membuatkan aku tertarik untuk beli sesebuah novel, tentu sahajalah jalan ceritanya atau sinopsis. Kalau kena dengan selera, terus grab la satu..! Kadang-kadang lepas tengok sinopsis, aku akan teliti pulak aspek-aspek lain seperti kat bawah ni.
Best-Seller
Mostly, kalau aku nak beli novel kat bookstore macam Popular atau Union, aku akan cari novel-novel yang best-seller dan teliti sinopsis dia. Kalau best, angkat jaa..
Novelis/Writer
Selalunya aku akan utamakan novel yang ditulis oleh novelis kegemaran aku, yang memang kebanyakannya aku dah baca karya mereka. Antara novelis favorite aku ialah Ramlee Awang Murshid bagi genre thriller, dan itulah satu-satunya novelis thriller melayu yang aku paling suka novel dia. Bagi genre lain seperti percintaan/romantic, antara novelis pilihan ialah Sharifah Abu Salem (juga penulis skrip bagi drama2 tv3, seperti Cinta Elysa), Aina Emir, Hlovate,  Siti Hasmizah, Norhayati Berahim, Habiburrahman el Shirazy dan beberapa nama lagi yang aku tak berapa ingat. Sasterawan negara pun aku minat jugak. Antaranya ialah Abdullah Hussain, Shahnon Ahmad, dan A.Samad Said yang memang aku suka dia punya puisi. Penulis/novelis baru pula akan dikenali apabila novel mereka menjadi best seller, dan jika karya mereka “ngam” dengan taste aku, aku akan tambah mereka sebagai novelis favourite aku..!
Publisher/Penerbit
Tidak dinafikan, nama publisher adalah antara elemen yang menjadi perkiraan aku kalau nak pilih/beli sesebuah novel. Selalunya, aku akan menilik novel keluaran alaf21 dulu sebelum beralih kepada publisher yang lain. Mutu karya keluaran alaf21 memang terbaik dan mantap sejak dulu lagi. Namun, baru-baru ni, aku berkunjung ke Popular bookstore Alor Star, dah banyak publisher baru yang terbitkan novel dan aku rasa ini mencabar kedudukan alaf21 yang sejak sekian lama mendominasi pasaran novel melayu. Bagus juga, kita sebagai pengguna punya banyak pilihan..!
Sequence
Sequence atau turutan atau sambungan merupakan “perangkap” bijak seseorang novelis untuk melariskan novelnya dan formula inilah yang kerapkali digunakan oleh Ramlee Awang Murshid dalam jalan cerita novelnya. Apabila sesuatu novel itu ada sambungannya, tidak dapat tidak, mesti kena beli sambungan novel tersebut, kadang-kadang sampai 3 buah novel (trilogy) hanya untuk satu cerita/kisah yang berkait. Selalunya novel sebegini jalan ceritanya memang sangat best dan pembaca tak sabar-sabar untuk menanti sambungan novel yang sudah habis dibaca itu.
Recommended / Pengaruh
Faktor recommended dari kawan atau media tidak kurang besar pengaruhnya untuk aku beli sesebuah novel. Kadang-kadang bila main fb, then ada kawan menyapa dan tanya hang dah baca novel tu, novel ni. Best la, apa la diorang cakap. So, aku cepat teruja dan terpengaruh kalau kena recommended macam tu. Satu lagi, trend harini, novel di-dramakan/ difilemkan, drama/filem di-novelkan. Benda macam ni pun besar pengaruhnya, terutama jika sesebuah novel tu difilemkan/didramakan. Memang sekelip mata novel tu akan jadi best-seller sana sini sampailah sold out. Contoh baru-baru ni, drama Nora Elena (Tv3) yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha dan filem yang akan datang, Ombak Rindu, yang juga adaptasi dari novel keluaran alaf21.
Ulang Cetak
Selain faktor-faktor di atas, aku juga akan melihat ulangcetak bagi sesebuah novel sebelum membacanya. Jika banyak diulangcetak, maknanya novel tu bestlah sebab ramai orang baca dan beli. Contohnya novel Kasih Yang Suci (Nora Elena) yang diulangcetak sebanyak 10 kali.
Mukasurat vs Harga
Aku memang sedikit kedekut, dan dalam hal nak beli novel pun, mesti ada bajet dan had. Bilangan mukasurat dengan harga biarlah sepadan. Selalunya, aku akan beli novel yang harganya RM19.90 dan ada 500-600 mukasurat (standard alaf21).
Rekabentuk Kulit
Tak dinafikan, ke-kreatifan merekabentuk sesebuah kulit novel juga memainkan pengaruh kepada pembeli. Kadang-kadang, aku akan mengambil sesebuah novel untuk diteliti sinopsisnya apabila melihat kulit yang cantik dan kreatif serta lain dari yang lain.

TM :Itulah dia serba sedikit tips yang aku nak kongsi berkaitan dengan faktor yang menyebabkan aku memilih/membeli/membaca sesebuah novel melayu. Sekali lagi aku tegaskan, tidak ada yang peliknya lelaki membaca novel dan di kampus aku pun, ramai lelaki yang suka baca novel. Sasterawan negara pun ramai dari golongan lelaki. So, takda apa nak dipelik atau dihairankan. InsyaAllah, aku akan review novel-novel yang berlambak dalam rak buku bilik aku nih nanti..!

No comments:

Post a Comment