Thursday, April 16, 2015

Masalah Dakwat Printer Canon E-510

Pengenalan

Antara masalah yang sering menghantui golongan bergelar pelajar ialah masalah dakwat printer yang takmau keluaq / ada warna-warna tertentu tak keluaq / warna yang di print berbeza dengan warna dokumen di skrin computer...


Actually, (tiba-tiba speaking omputeh apehal..!), masalah dakwat tak keluaq ni (even dakwat belungguk lagi dalam tank), berpunca daripada saluran tiub dakwat yang haluih tu telah dimasuki udara menyebabkan terjadinya ruang kosong dalam saluran tiub dari tank dakwat di luar printer dengan katrij dakwat yang terletak di dalam perut printer... ampa paham dak?? tau dahhh, ampa x pahamm...xpa, jom kita tengok nak buat lagu mana cara.. 


“Printer aku boleh print hitam putih ja, dakwat kaler takmau keluaq, pasaipaa tak tau..!” “Ishhh...dakwat banyak lagi, tapi awat print tak keluaq dakwat...adoiii...!” Begitulah antara rungutan2 member2 student yang selalu kedengaran di cuping telinga abang...chewahh..!

Baiklah, disebabkan ada member2 dok useha wasap abang tengah2 malam dok tanya lagu mana nak buat kalu printer jadi lagu ni, so malam ni, abang nak buat tutorial sikitlah yaa macam mana nak troubleshoot kalau printer anda tiba2 takmau keluaq dakwat walaupun dakwat di luaq tank masih banyak...

Canon E-510 yang menggunakan external ink

Ohhh ya, tutorial ini dikhaskan untuk printer 3 in 1 yang menggunakan dakwat luar (external ink) yang dalam tank tuhh sahaja.. dalam tutorial ni jugak, abang menggunakan printer jenis Canon E-510.. printer2 lain tak pasti lah boleh join ke tak tutorial ni.. apapun, sebarang risiko dan kerosakan adalah tanggungjawab sendiri okeyhhh...

Abang bukan apa, cuma nak jimatkan duit ampa jaa.. kalau ampa dukung printer ampa pi kedai untuk repair benda ni jaa, dia akan cas RM 30 - RM 50.. tu belum masuk GST lagi tuu.. bulih jaa abang nak buat bisnes, tapi tak payahlaa.. kalau melayu tak tolong melayu, sapa lagi nak tolong, kann??!! hahaa..macam penah dengaq jaaa :p



LANGKAH 1

Bukak hood/ penutup ruang dakwat untuk check tiub saluran dakwat...jika keadannya macam dalam gambaq kat bawah ni, maka sahlah terkena buatan orang...hahahh.. betulkan saluran dakwat sekiranya terlipat atau berpintal...
teruskan ke langkah berikutnya...

BUKAK HOOD PON TAK RETI? CUNGKIL JEE SUDUT SEBELAH KIRI PENUTUP YANG ADA TULISAN CANON TU DENGAN JARI TELUNJUK.

JIKA ANDA DAPATI SALURAN DAKWAT MENJADI KOSONG MACAM NI, PROCEED KE LANGKAH SETERUSNYA.. SEBELUM TU, PASTIKAN SALURAN TIDAK BERLIPAT ATAU BERPINTAL YEA..!
LANGKAH 2

Di bahagian sebelah kanan printer terdapat satu ruang kecil berwarna putih. Di dalamnya terdapat satu suis kecil / sensor yang berfungsi mengesan sama ada hood ditutup atau dibuka. Tekan/sendal suis kecil di dalam ruang kecil putih bersegi empat itu menggunakan kunci/pemutar skru supaya katrij dakwat akan kembali ke posisi “printing”, iaitu katrij akan bergerak ke bahagian paling hujung sebelah kanan printer. Teruskan /hold suis kecil tadi, jangan lepaskan langsung walaupun sedetik sehingga diberitahu nanti...

SUIS SENSOR YANG TERLETAK DI SUDUT SEBELAH KANAN PRINTER


HOLD SUIS SENSOR DENGAN KUNCI (LEBIH BAIK MINTA MEMBER TOLONG HOLDKAN)


LANGKAH 3

Check paparan pada LCD printer, jika ia berkelip kelip dan memaparkan seakan angka “8”, tekan button “RESET” selama 4-5 saat sehingga LCD kembali normal dan memaparkan angka “1” tanpa berkelip. Suis sensor masih belum dilepaskan hingga ke saat ini.

JIKA LCD BERKELIP KELIP MEMAPARKAN TULISAN SEAKAN ANGKA "8", HOLD BUTTON STOP/RESET
SELAMA 4-5 SAAT SEHINGGA LCD MEMAPARKAN ANGKA "1" TANPA BERKELIP.
JANGAN LEPASKAN SUIS SENSOR YANG DITEKAN MENGGUNAKAN KUNCI TADI.

LANGKAH 4

Ketika paparan LCD kembali normal dengan memaparkan angka “1” tanpa berkelip, tekan button “REPAIR” (rujuk gambar) berulang kali sehingga LCD memaparkan huruf “y” (rujuk gambar).  Suis sensor masih belum dilepaskan hingga ke saat ini.

TEKAN BUTTOR "REPAIR" BERULANG KALI SEHINGGA LCD MEMAPARKAN HURUF "y"

LANGKAH 5

Ketika LCD masih memaparkan huruf “y”, tekan salah satu mana2  button, “BLACK” jika dakwat hitam yang bermasalah atau tekan button “COLOUR” jika dakwat warna yang bermasalah. Sebaik sahaja salah satu button tersebut ditekan, proses “deep cleaning” pun bermula.

Semasa proses ini berjalan, akan terpapar ikon “progress” di LCD iaitu berbentuk seperti bulatan yang berpusing. Suis sensor masih belum dilepaskan hingga ke saat ini.

Hold suis sensor sehinggalah proses deep cleaning ini selesai sepenuhnya. Kita boleh mengetahui proses telah selesai apabila LCD memaparkan angka “1” tanpa berkelip dan printer kembali senyap tanpa apa-apa bunyi. Ketika ini, suis sensor yang di-hold sejak awal tadi, bolehlah dilepaskan. 

TUNGGU SEHINGGA PROSES DEEP CLEANING SELESAI SEHINGGA LCD KEMBALI
MEMAPARKAN ANGKA "1" TANPA BERKELIP

LANGKAH 6

Cek semula tiub saluran dakwat dan kita akan mendapati dakwat akan memenuhi ruang udara yang kosong pada saluran dakwat tersebut. Jika ini berlaku, maka berjayalah proses “deep cleaning”. Tutup kembali  hood/ penutup ruang dakwat rapat2.


DAKWAT KEMBALI MENGISI RUANGAN KOSONG DALAM TIUB
SALURAN DAKWAT. BANDINGKAN DENGAN KEADAAN TIUB DI AWAL TADI. 


LANGKAH 7

Sekiranya paparan LCD berkelip kelip, tekan button RESET selama 4-5 saat sehingga paparan LCD kembali menunjukkan angka “1” tanpa berkelip. Lakukan testprinting untuk menguji keadaan dakwat. Jika printer anda kembali normal, tahniah..! Jika tidak, ulanglah langkah di atas dari awal hingga akhir....



TM : Kalo tak boleh repair jugak, senang jee.. belilah yang baruuu..! BB1M kan adoooo..! Gudluck guyzz..!

11 comments:

  1. Nak tanya, saya salah isi ink macam manar ye nak buat? Tank biru terisi hitam

    ReplyDelete
  2. Tq ..mmg info yg bguna sgt utk beginner mcm saya.selalu pkai ink cartridge..ni refill mmg mcbr..tq ye..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. kalau untuk printer canon yang internal ink macamana ya?

    ReplyDelete
  4. salam sahabat ,saya dah buat seperti urutan di atas tapi tak berjaya tekan button reset tapi masih berkelip lagi tak keluar no 1,

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Maaf bertanya, kalau fotostat boleh tapi print tak boleh. Bagaimana ya? Dan dekat colour ink dan black ink tu tak berlampu pun

    ReplyDelete
  9. hai..kalau ink kaler xda isi, masi bleh guna utk print ka..sbb ink hitam masi baru. tp bila print ink hitam x jelas..napa tu

    ReplyDelete