Friday, March 16, 2012

Kembara ke Hat Yai (Part 1)


Pekan HatYai nampak tenang
Beberapa hari lepas, aku telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama family untuk berjalan-jalan makan angin, kata orang zaman sekarang, “family vacation”. Melancong dan berjalan-jalan adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi aku, apatah lagi jika bersama rakan sebaya. Justeru, aku pun mewujudkan kategori baru dalam TintaMalam nih, iaitu “Jom Kembara”.. hehe..poyos..! For the first entry, aku pilih yang ter-latest iaitu lawatan bersama keluarga ke Hat Yai, Thailand. Bukan apa, setelah banyak kali di-recommended oleh member2 di sana sini, akhirnya aku terpedaya juga untuk menjenguk muka ke Hat Yai tu, dan semestinya ke HatYai Ice Dome yang famous tu.. Lama tidak mengeluarkan diri dari Malaysia sejak ke HongKong berberapa tahun silam, kali ni walupun ke Hat Yai yang aku rasakan lebih dekat dari Kuala Lumpur, namun berada di tempat orang tetap lain rasa dan suasananya.
Berada di Thailand selama 3 hari 2 malam adalah suatu pakej pelancongan sdn bhd yang sangat2 murah dan berbaloi. Dengan Boarder Pass yang berharga RM10 dan kereta yang bergeran, anda sudah punya “lesen sah” untuk menjelajah negara gajah putih itu. Antara keunikan Thailand (walaupun aku hanya ke HatYai dan Saturn) ialah variasi makanan halal yang pelbagai, murah, dan sedap serta keramahan warganya yang bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan..chewahhh..!
Phailed..!!!
Bertolak dari sempadan kaki bukit, Wang Klian, Perlis setelah selesai urusan birokrasi bagi kedua-dua buah negara, MPV yang telah dipenuhkan tangkinya dengan petrol (minyak kat Thailand mahal, so isi full dari Malaysia) terus dipecut laju melewati jalan yang dipanggil “boarder”. Jalan ni tengah renovate. Kiri dan kanan rumah orang2 kampung dan suasananya agak redup dan sejuk kerana jalan tu menuruni kawasan yang berbukit. Dari situ sudah dapat identiti dilihat kenderaan Thailand yang kebanyakannya adalah truck dan pick-up kerana mereka menggunakannya untuk berniaga di samping kegunaan harian. Waktu kat jalan ni jugalah aku bertembung dengan dua roadblock, satu yang dibuat oleh Polis Thai dan satu lagi roadblock askar Thai. Aku pun tak pasti apa tujuannya, tapi keadaannya seperti hidup segan, mati tak mahu saja..  Jalan bernama “boarder” ni membawa ke simpang besar pekan Saturn dan dari situ, adanya jalan ke Hat Yai.
Di pekan Saturn, kitorang singgah kat Tesco Lotus (aku dengar DJ kat Tesco tu sebut Tesco Lo-Tas). Ianya sebuah hypermarket Tesco macam kat Malaysia, cuma warnanya Hijau Putih, bukan biru merah macam Malaysia. Selepas bershopping sedikit bekal untuk menempuh perjalanan ke Hat Yai, kitorang terus bergerak ke Hat Yai melalui jalan besar semacam highway, tapi tader tol. Akulah yang menjadi “pilot” pada tengahari rembang tu atau orang selalu cakap “waktu kritikal”. Jam di dashboard menunjukkan 2.15 pm waktu Malaysia atau 1.15p.m waktu Thailand. MPV memecut laju melewati jalan panjang yang membosankan ke Hat Yai. Jaraknya adalah dalam 60-70 km dari Bandar Saturn tu. Ayah berkali mengingatkan agar selalu memandang side mirror kot2 ada Pick-Up siam yang merapati sebab pick-up diorang canggih2, ada turbo bagai, tanpa bunyi, tiba2 ja dok rapat dah dengan kita. Tapi sepanjang perjalanan Alhamdulillah, tidak ada yang merapati apatah lagi memotong “si kotak kasut” yang meribut di atas highway. Baru hampa tau, ingat pilot Malaysia lekeh sangat ka?! Haha..
Tut Tut BMW Tuu..!
Lebih kurang 20km sebelum sampai ke Bandar Hat Yai, kami singgah menunaikan kewajipan di sebuah masjid di tepi jalan tu. Jam lebih kurang hampir ke pukul 3 petang waktu nih. Perjalanan diteruskan ke Bandar Hat Yai dan dalam terik mentari petang tu, kami sampai jua dengan selamatnya. Kami memutuskan untuk meninggalkan MPV di satu tempat parking dan akan bergerak dalam pekan Hat Yai dengan menaiki “Tut Tut”, iaitu sejenis pengangkutan tambang yang fungsinya seperti bas henti-henti. Bukan apa, selain pilot yang kurang arif tentang bandar Hat Yai, kami juga ingin merasa pengalaman kembara yang sebenar dan tidak keterlaluan jika dikatakan Tut Tut ini adalah nadi pengangkutan di bandar serbaserbi sibuk ni. Di mana-mana saja di tengah pekan ni, toleh kiri dan kanan, pasti kelibat tut-tut akan menyapa pandangan. Kebanyakannya berwarna merah dan biru, dengan hiasan yang pelbagai, memeriahkan lagi pemandangan kota yang sedia meriah dengan seribu satu ragam manusia.
Dari tempat parking, kami berjalan kaki melewati kaki lima kedai-kedai di situ untuk mencari kedai makan Islam bagi memberi “hak” kepada perut yang mula berirama salsa. Tidak susah sebenarnya untuk mencari sesuap nasi di sini, selang dua tiga buah kedai pasti ada kedai makan. Akhirnya, kami singgah di sebuah kedai makan yang tidak ramai pengunjungnya bagi memperoleh sedikit privasi. Makanan tengahari itu ringkas saja, nasi goreng ala thai, sup tulang dan kari daging thai beserta sedikit ulaman. Murah sangat, 5 orang makan termasuk minum tak sampai pun RM30. Rasanya not bad, yang penting sudah ada identity makanan thai di situ- pedas dan masam.
Suasana di luar Plaza
Waktu makan tu aku tersedar bahawa ramai juga orang Malaysia yang mai jalan-jalan kat sini. Buktinya, deretan beberapa buah kereta plat Malaysia terparkir di hadapan hotel2 bajet di sekitar kedai makan yang kami singgah tu. Berdekatan dengan tempat tu juga ada shopping complex bernama Robinson, mungkin juga adik beradik Parkson yang macam kat Malaysia tu..hehe. Kami tak masuk pun sebab kat Malaysia pun berlambak shopping complex macam tu. Apabila kita melancong ke tempat orang, carilah sesuatu yang takda atau lain dari tempat kita. Buat apa nak rasa benda yang kita ada dah. Habis makan ja, kami berkira-kira untuk ke Hat Yai Ice Dome.
Bergerak beberapa tapak dari kedai makan, dan ingin melintas di suatu simpang tiga yang sibuk, kami disapa oleh seorang driver tut-tut. Berbincang sebentar dan kemudian tanpa rasa bersalah, dia melakukan u-turn di tengah-tengah jalan yang sibuk tu untuk membawa kami ke destinasi. Aku lihat kenderaan lain pun memberi laluan padanya seolah mereka telah faham akan karenah si tut-tut di kota itu..! Driver tu recommended kami suruh jalan-jalan di suatu tempat membeli-belah ala bazaar yang dipanggil plaza. Kami pun terus ke situ dan di sini entah berapa ratus yang dibelanja bagi membeli itu ini.
Plaza ini adalah bazaar yang menjual pelbagai pakaian, aksesori, barangan plastic dan macam-macam lagi. Suasananya lebih kurang bazaar Padang Besar di Perlis, tapi berkali ganda lebih besar dan barangannya juga lebih banyak dan pelbagai. Tempat macam ni bukan untuk orang lelaki sebenarnya sebab kebanyakan kedai menjual pakaian wanita yang sangat meriah dan ada juga yang melucukan bagi aku. Entah bagaimanalah rupanya perempuan tu kalau memakai baju yang semacam pukat ikan ja aku tengok. Dalam bazaar ni juga, aku lihat peniaganya dapat mengecam bahawa kami ini orang dari Malaysia, dan bukan orang sana. Dan mereka pun cuba menarik perhatian dengan cuba bercakap melayu dengan bunyi slanga yang aneh dan kedengaran melucukan bagi aku..hahaha..
Antara barangan yang dijual di Plaza
Di luar bazaar adalah sesuatu yang menarik perhatian aku. Deretan stall menjual aneka makanan, minuman, dan kuih muih pelbagai warna aman menarik pandangan mata. Di bahu jalan yang sibuk tu dah jadi macam pasar malam daa. Tekak pun dah haus so, aku singgah kat satu stall yang jual air kelapa fresh, iaitu minum terus dari dalam buah kelapa muda tu. Sejuk, manis, fresh dan asli sangat rasanya..! RM 2 atau 20baht untuk sebijik. Memang refreshing lah..! Macam dok kat pantai Hawaii pulak rasanya..! Tidak ketinggalan dalam kesibukan tu, aku sempat mencuba burung puyuh goreng berempah yang dimakan bersama pulut yang sememangnya menjadi identity makanan masyarakat di sana iaitu pulut yang menjadi makanan harian seperti nasi.
Berjalan menelurusi deretan stall tu sebelum disapa seorang driver tut-tut yang bercakap loghat Kelantan, seperti sudah tahu2 kami ni orang Malaysia. Tanpa menunggu lebih lama, kami pun bergerak dengan tut-tut ke destinasi yang dinanti-nantikan, iaitu HatYai Ice Dome. Letaknya lebih kurang 10km dari plaza dan tambang tut-tut ialah 50baht seorang termasuk upah menunggu. Bukan apa, hari dah petang, so, kat Hat Yai Ice Dome tu susah sikit nak dapat tut-tut kalau petang-petang macam ni. Tentang pengalaman menaiki tut-tut ni, rasanya memang naked habiss..! Dahla kecil dan sempit, laju nak mampos..! Disebabkan ruangan belakangnya yang terbuka, kadang-kadang apabila ada kenderaan lain yang merapati, gayat juga rasanya. Macam nak kena langgar ja..!
HatYai Ice Dome
Perjalanan singkat lebih kurang 15 minit membawa kami melewati gerbang HatYai Ice Dorm yang aku rasa berkembar dengan taman haiwan seperti mini zoo kerana di kiri dan kanan jalan masuknya, penuh dengan replica haiwan seperti gajah dan zirafah. Terdapat juga keretapi seperti zoo taiping yang sedang menunggu penumpang menaikinya. Tapi kami tak singgah pun di zoo tu, terus masuk sampai ke HatYai Ice Dome. Agak lengang petang tu dan terdapat dua buah kereta plat Malaysia yang terparkir di situ. Selepas membeli tiket berharga 300baht seorang, kami bersedia untuk mengembara dalam HatYai Ice Dorm tu. Pada pintu masuknya, selepas mengenakan jaket biru tebal serta glove yang diperoleh dari kaunter, kami diberikan taklimat ringkas dalam bahasa Inggeris. Katanya handphone perlu dimatikan (takut rosak kerana suhu terlampau sejuk) dan kamera digital pula perlu sentiasa “on” dan hanya ditutup 10 minit selepas keluar dari Ice Dome tu.
Antara binaan daripada bongkah ais
Melewati tirai plastic, sudah terasa hembusan angin dingin beku yang serta merta membuatkan aku berasa sejuk yang amat. Kerana terlalu berani hanya mengenakan sandal dan bukan kasut bersarung, aku merasakan kaki ini seperti kebas kerana terlampau sejuk. Di dalamnya, terdapat pelbagai ukiran dari bongkah ais batu dan kebanyakannya bertemakan bangunan2 terkenal dari seluruh dunia, termasuklah masjid Putra di Putrajaya, Malaysia. Ukiran ais yang sebelum ni hanya dilihat di kaca televisyen, kini terpampang di depan mata. Walaupun ada larangan agar tidak menyentuhnya, namun aku sentuh juga sebab tader sapa yang tengok. Bukan apa, bagi memastikan bahawa itu ais sebenar dan bukan plastic atau benda lain yang menipu pandangan aku. Kalau tipu, taulah aku nak mengamuk nanti..! Haha.. Satu lagi yang best ialah disediakan gelongsor dari ais batu setinggi lebih kurang 10kaki. Aku tak melepaskan peluang untuk mencubanya. Disebabkan gelongsor tu diperbuat dari bongkah ais batu yang sepenuhnya, ianya memanglicin sangat2 dan bila sampai ke bawah pun, aku still tak boleh bangun sebab licin sangat dan aku terpaksa mengengsot ke kawasan berkarpet untuk berdiri. Mujurlah hanya ada kami di situ, so, tader sapa2 nampak kelakuan aku yang macam kanak-kanak tak cukup umo tu..! Haha..
Panda dan buluh daripada ais batu
Antara binaan lain yang menarik perhatian ialah ranting-ranting kayu berwarna putih tanpa daun yang diletak di bahagian tepi seumpamanya dilitupi oleh salji. Whoaa..ini landscape tipu yang sangat awesome..! Turut dibina ialah kolam tiruan dan swan sedang berenang di dalamnya. Di tepi kolam adanya rumah igloo. Lebih unik lagi, ada titi kecil melintasi kolam ni dan anda boleh berada di atas titi kecil tersebut bagi bergambar dan menghayati binaannya.. Semuanya daripada ais..! Malaysia pun tader beb..!
binaan yang paling cantik bagi aku
Kolam, rusa, swan dan iglo...serta ranting2 dilitupi "salji"
orang Malaysia sangat familiar dengan bangunan ni
Gelongsor dari ais batu..licinnnn abess..!
Dalam ice dome itu juga, aku sempat mendongak ke atas. Rupanya seperti dewan dan dinding serta bumbungnya diselaputi ais seperti keadaan dalam freezer di rumah kita. Ais memutih dan bertompok-tompok penuh pada dinding dan bumbung tu..!  Suhu dirasakan semakin sejuk dan kaki yang kebas serasanya semakin berat untuk melangkah. Bibir dan muka sudah terasa pedih dan aku mula berkira-kira untuk keluar. Di sinilah satu lagi trick yang “menyiksa” pengunjung Ice Dome yang semakin tidak tahan dengan “cuaca ekstrim” di sini. Maze dari bongkah ais membuatkan anda seperti “bodoh”, ke sana ke sini seperti tersesat.. 5 minit juga ditahannya di situ sebelum akhirnya menemui patung Harimau Tasmania yang taringnya panjang sejengkal dan di situlah adanya signboard exit. Lega rasanya dan seperti memahami, terdapat stall yang menjual minuman panas. Secawan ovaltine berharga 15baht buat menyahkan rasa sejuk dalam diri. Ada juga dijual cenderamata tapi aku tak tertarik untuk membeli pon. Cukuplah gambar2 sebagai kenangan dan bukti aku pernah ke sini.. Bagai tidak serik dengan kesejukan, secawan ais krim dibeli pula di luar bangunan tu buat bekal menaiki tut-tut pulang ke bandar Hat Yai untuk mengambil kereta yang seharian ditinggalkan di sana.
Penulis bergambar di sisi binaan bongkah ais yang mengkagumkan
Hari sudah merangkak senja tika kami sampai di kereta. Oleh sebab tertentu, kami memutuskan untuk pulang ke Saturn malam itu juga dan tidak tidur di Hat Yai. Bekal makanan yang dibeli di Plaza dimakan dalam MPV dan malam itu, aku sekali lagi bertugas sebagai pilot bagi mengharungi perjalanan pulang ke Saturn sejauh 60km. Selepas singgah untuk solat maghrib di masjid yang disinggahi siang tadi, MPV sekali lagi dipacu selaju mungkin meredah higway yang agak gelap. Perjalanan malam sedikit berbeza. Kali ni, bukan lagi pickup yang memenuhi jalanraya, tetapi lori2 tanah dan kontena yang besar dan panjang ditemui sepanjang jalan. Mereka tidak kurang lajunya dan kurang berdisiplin. Mana taknya, ada yang stay kat lorong kanan dan ada pula yang stay di lorong kiri. So, kena main celah mencelah kalau nak potong. Mengekori sebuah Honda Civic pada kelajuan purata 150km/j, seakan faham, orang tu terus melajukan keretanya sampai naik gayat waktu kona di jalan bukit tuh..thanks kakak chantek yang drive Civic n “escort” kitorang melepasi lori2 di jalanan berliku tu..  lenguh mulut jugalah mak dan ayah berpesan untuk aku slow... Thanks Toyota for this awesome Alphard a.k.a kotak kasut. Malam tu, aku rasa cam dekat la pulak. Kali ni, kurang sejam kami dah sampai Saturn.
Suasana du luar Ice Dome
Perut yang lapar minta diisi dan kami terus mengarah ke sebuah restoran yang aku kira mewah jugakla. Letaknya di pinggir bandar dan aman serta privasi sangat. Tak ramai yang datang situ. Aku katakan mewah sebab kat restoran tu dibuat dari kayu dan meja serta kerusinya pun kayu, tapi jenis mahalla. Ada live band dok perform muzik apa ntah kat tepi kaunter dan layanannya memang tip top. Entah berapa gelen air jus yang aku telan malam tu sebab belum sempat habis air dalam gelas, waiter akan mai tambah. Makanan malam tu memang special habes. Ikan siakap stim, tom yum putih, sup tulang, udang dan sotong tepung, sayur campur dan kerabu mempelam thai. Mak aaii, punya la sedap masakan orang siam ni sampai aku tak hengat nak tangkap gambar sekeping dua..! Lapaq sama kot..!
Perut pun dah kenyang...so, cari tempat tido la pulak. Kami menyewa 3 bilik di motel Rose Inn yang aku sendiri tak pasti kedudukannya..tapi masih dalam pekan Saturn la. Walaupun motel, tapi not bad la. Luas ber air-cond, siap ada peti ais, plasma dan jakuzi. Sebilik untuk ayah dan mak, sebilik untuk dua adik pompuan dan sebilik lagi tentulah untuk anak lelaki tunggal dalam keluarga merangkap pilot sepanjang percutian neh, iaitu aku laa... eeeuu, poyos..! Katil tebal dan hawa sejuk bilik tu membuatkan aku tak tunggu lama untuk terlelap.. Fuhh, nikmatnya selepas satu hari keletihan menjadi pilot. Belum habes lagi...sambung part 2 nanti, cerita sal Saturn  plak..
     

3 comments:

  1. Salam nk tanya, psl MVP tu dr agency ka? StIll Ada no dia x?

    ReplyDelete
  2. MPV sendiri...tp kat jeti Kuala Perlis ada MPV sewa mcm Nissan Grand Livina / Toyota Innova...van pun ada..

    ReplyDelete
  3. Salam....perkara mula2x nak masuk hatyai mcm mana...?...dr segi insuran n roadtax... n barang2x yg blh di bawak kluar je malaysia

    ReplyDelete