Karya
kedua Hlovate yang direview di TintaMalam. Disebabkan novel ni tajaan classmate
aku, so, kena review cepat2 sebab baru habis baca. Nanti lama2 lupa cerita dia.
Thanks Anabelle for this Rooftop Rant..! Kali ni Hlovate membawa tema
kekeluargaan dan persahabatan. Bagi aku, Rooftop Rant biasa2 ja. In the middle
sebab bagi aku Contengan Jalanan lagi awesome..! Dua tonggak utama, iaitu jade
dan Trisy yang “bertemu jodoh” di Rooftop Wisma Topaz. Berkongsi masalah yang
hampir sama membuatkan
mereka saling memahami. Apa yang cuba disampaikan ialah hanya orang yang pernah
mengalami sesuatu peristiwa akan memahami rasa orang lain yang mengalami
peristiwa serupa dan aku sangat bersetuju dalam hal ni. Siapa saja boleh
menasihatkan dan mencemuh kita itu dan ini ketika ditimpa masalah, tapi hanya
orang yang pernah mengalami perkara yang sama saja akan dapat memberi nasihat
yang paling berguna..! Persoalan lain yang dibangkitkan ialah kepentingan
institusi kekeluargaan yang sempurna. Trisy yang merupakan anak orang berada
menjadi liar kerana terabai manakala keluarga Jade pula kucar kacir kerana masalah
kewangan. Apa yang cuba disampaikan ialah keseimbangan antara faktor kewangan
dan kasih sayang adalah formula penting dalam penzahiran sebuah keluarga
bahagia. Konsep siapa saja boleh berubah atau hidayah Allah tak mengira siapa
sekali lagi diterjemah melalui dua watak utama dalam Rooftop Rant ni, tapi yang
lebih menyerlah tentulah watak Trisy yang asalnya seorang remaja yang
kehilangan identity diri dan berpewatakan ala “punk” akhirnya menjadi muslimah
genius yang melanjutkan pelajaran ke Aberdeen walaupun penceritaan tentang
suasana Aberdeen itu tidaklah detail sangat. Satu lagi yang menarik bagi aku
ialah penceritaan tentang dunia “kartunis” yang bagi aku adalah suatu sisi
kehidupan yang kurang menyerlah di mata masyarakat kita. Diterjemahkan melalui
watak Jade yang membuktikan rezeki ada di mana2 asalkan kita berusaha, satu
pegangan penting yang patut ada sebagai seorang muslim..! Kesudahannya agak
biasa dan sudah dijangka, iaitu Trisy menjadi suri hidup Jade.. Okies, tanak
review panjang2.. cukuplah aku mengatakan Rooftop Rant juga adalah novel dakwah
yang sempoi dari Hlovate, dan tak rugi anda membacanya..!
TM
: Best tagline novel nih.. Lontarkan,kalau tidak ia meracun.. kongsikan, walau
hanya pada awan2.. maksudnya, segala masalah dalam diri jangan dipendam sorang2
sebab ia boleh menjadi “racun” pada diri sendiri.. luahkanlah, walaupun pada
awan2 atau alam, kalau dah tader sapa2 yang sudi dengar masalah kita tu..! Thanks
Hlovate & AnaBelle ;)
No comments:
Post a Comment