Sunday, May 15, 2011

My Review : Need For Speed Hot Pursuit (Part 2)


Grafik
Bercerita tentang detailnya grafik dalam NFS Hot Pursuit ini, tentulah panjang berjela jika hendak dihuraikan secara teliti. Namun, hanya orang yang telah merasa pengalaman bersama NFS Hot Pursuit ini sahaja yang dapat merasai auranya...! Pendek kata, semua perfect lah...! Dari segi kereta, amatlah halus dan detail, seakan-akan kereta sebenar di jalanan atau dalam filem.. Apabila kereta anda kemalangan atau “bersagat” dengan divider, perhatikan kesan remuk atau sekurang-kurangnya kesan calar dan cat kereta yang tertanggal dan cermin kereta yang retak.. sewaktu membelok atau drift, perhatikan betul-betul dalam kereta, anda akan nampak sang pemandu memusing stereng dengan jelas. Malah, ada sesetengan kereta yang agak besar seperti Bentley, akan kelihatan dashboardnya apabila anda “menghendap” ke dalam kereta. Sayangnya, camera tidak boleh ditukar kepada pandangan dalam kokpit seperti mana NFS Shift... Hanya boleh curi-curi pandang dalaman kereta mewah tersebut dari cermin belakang...



Dari segi pemandangan, memang cukup teliti. Air terjun, bukit-bukau dan gaung, salji, terowong, hutan, batu, serta pohon-pohon di tepi jalan cukup indah seumpama berada di dunia realiti. Untuk ini, aku memilih mode “freedrive” dengan menekan butang RCTRL untuk menghayati keindahan alam di tempat bernama “Seacrest City” ini. Semasa anda menjadi polis dan sedang khusyuk mengejar penjenayah jalanan, perhatikan apabila anda memasuki terowong gelap dengan kereta polis, sinar lampu siren yang berkelipan menerangi seluruh terowong, silih berganti merah dan biru. hal ini samalah dengan situasi sebenar jika memandu dalam terowong dan ada kenderaan bersiren lalu, begitulah yang anda dapat lihat. Inilah yang dikatakan real...! Satu lagi ialah semasa kemalangan, percikan kaca berselerakan serta percikan api semasa kereta berlanggar jelas digambarkan dengan cemerlang sekali. Semasa helicopter yang terbang rendah melintasi bumbung kereta, perhatikan asap serta habuk yang diterbangkan mengaburi pandangan hadapan kereta .


Semasa memandu dalam hujan lebat, jelas terlihat percikan air dari tayar belakang kereta dan apabila emergency brek dilakukan, kesan hitam bekas tayar jelas terlakar pada permukaan jalan. Begitu juga apabila melalui kawan gurun yang kering kontang dan berdebu, perhatikan debu-debu yang dilanggar tayar kereta terbang naik dan mengaburi pandangan pemandu. Tetapi, janganlah pakai topeng penutup mulut pula jika menggunakan kenderaan jenis convertible saat melintasi gurun yang berdebu itu...!


Kesan Bunyi
Ok, sekarang aku nak citer tentang kesan bunyi dalam game NFS Hot Pursuit ni pulak... cecite..!cecite! Hahaha.. menyibuk ja Kak Limah nih.. Hmm, setanding dengan kehebatan video atau grafiknya, begitulah juga dengan sound effect yang disediakan.. Pendek kata, pakej lengkaplah NFS Hot Pursuit nih...! Seawal anda memilih sesebuah kereta untuk digunakan dalam permainan, bunyi kereta dihidupkan garang mengaum, benar-benar seperti dalam dunia realiti. Setiap kereta mempunyai bunyi yang berlainan apabila dihidupkan dan selalunya, “muscle car” yang paling garang ngauman enjinnya. Begitu juga sewaktu perlumbaan, bunyi tayar yang bergeser dengan jalan dan berdecit kuat apabila drift dan emergency brek dilakukan, jelas sekali kedengaran. Begitu juga apabila memandu kereta polis, bunyi siren sangat kuat dan “bergaung” saat kereta polis memasuki terowong... tidak kurang hebatnya bunyi kenderaan di udara seperti bunyi helicopter polis yang terbang rendah melewati bumbung kereta. Sesekali apabila melewati kawasan perkampungan atau ladang, terlihat kapal terbang penabur baja melintas bersama bunyi enjinnya yang tersendiri, begitu juga bunyi garang enjin jet pejuang yang sesekali melintas di atas kepala saat kereta melewati kawasan tanah tinggi dan air terjun di SeaCrest City.



Semuanya realistik dan hanya boleh anda dapati dalam games racing yang hebat ini. Aspek ketelitian bunyi juga diberi perincian, buktinya, apabila tayar kereta memasuki kawasan “chevron line” atau garisan-garisan putih atas jalanraya, kedengaran bunyi tayar seperti dup..dup..dup, sebijik macam bunyi yang anda dengar saat melintasi garisan kuning di depan sekolah dalam dunia pemanduan sebenar...! Begitu juga bunyi ngeri seperti nangka busuk yang jatuh saat kereta berlanggar dengan objek lain seperti batu atau divider dan tentu saja kereta yang dipandu akan bertukar menjadi ketulan “belacan” yang hodoh dan menggelebeh sana sini impak dari kemalangan tersebut..! So, tunggu apa lagi, laburkanlah wang anda.. tak sampai 20 hengget pun..(version pirate la..ooppss) kalau kaya boleh angkat yang ori dan lebih manis, anda dapat bermain secara online dan bersaing dengan racer-racer di luar sana...! Check it out...!

No comments:

Post a Comment