Monday, May 30, 2011

Tentang Tinta : Happy Birthday to You, TintaMalam...!

Happy Birthday to You, Tinta Malam... Whoaaa..! Sedar tak sedar, semalam tengah asyik dok reorganize balik post2 kat blog aku nih, aku pun terjumpa la post pertama kat blog nih bertarikh 21 Mei 2010. Ni bermakna dah setahun la TintaMalam ni wujud di celah-celah kesibukan dunia maya kini. Kehadirannya tidaklah disedari pun. Tinta Malam bukanlah suatu nama yang besar dan gah mcm blog2 orang laen. Takder sapa kenal ponn. Aku tulis blog ni sebab saja jerr nak kongsi2 apa yang patut...Asalnya nak buat macam diari untuk diri sendiri jerr..sebab aku memang minat karang mengarang nih..tapi terima kasehhh banyak2 lerrr kat sapa yang “tersinggah” dan “terbaca” serta “terpuji” apaper yang aku tulis kat blog nih...! Korang memang best ahhh...! Hurm..actually aku tak kisah kalau ada orang nak kata blog ni sampah ka, menyampah ka..boring ka..syok sendiri ka... ni adalah blog peribadi aku yang silibusnya adalah dari otak aku nih...Sapa2 yang tersangkut kat sini then tak suka apa yang aku buat, boleh saja nak kritik..atau lebih baik lagi boleh pangkah ja browser tu kalau tak suka nak baca..its up to you..! Ngko tu ustaz...naper tak buat blog agama? Ni blog merapu apa macam nih? Hahaha... mujurlah soklan ni aku reka sendiri dan setakat ni takda sorang pun tanya walaupun ada member2 yang kenal aku mula mencium kehadiran blog rahsia nih...huahaha.. banyak sungguh gelak..! Hmm..awalnya aku memang teringin nak ada blog bergenre keagamaan dan serius ni.. Tapi, entahla, aku rasakannnya seperti suatu amanah pula kalau buat blog camtu...berat wooo..! Kalau bab agama ni, post takleh suka suki pakai kepala otak kita, lidah kita. Lagi satu, aku bukanlah seorang yang ditauliahkan secara rasmi lagi dalam bidang agama ni. Maknanya,tak berapa nak cukup ilmu lagi.. Cukuplah aku menyelitkan pengisian agama yang ringan dalam Tinta Malam ni. Kita orang Islam, at least selit sikit2 la pasal agama kita. Bagi ada identiti orang kata.. Post pun, kalau nak merapu tak salah... tapi jangan lerr over atau melampau sampai membangkitkan hal-hal sensitif. Harus diingat walaupun kita menganggap blog kita private atau peribadi la konon, tapi, di suatu sudut lagi, ada mata-mata yang mampu menembusi “kekebalan” privasi yang kita ciptakan tuh. Dan mungkin mata-mata itu sedang ketawa atau tersenyum melihat kebodohan yang kita dedahkan dalam blog kita. Huu.. bahaya tuh... ambillah masa 10 saat sebelum mengepost apaper pon kat blog utk fikirkan serasionalnya apa yang kita nak tulis tu.. Inilah pandangan dari mata fikir blogger naïf macam aku.. Huh, dah panjang aku berucap rupanya..! Macam kata pengantar dalam buku ilmiah pulak...! Ok laa, diibaratkan seperti bayi yang berumur setahun yang baru boleh berjalan rebah, TintaMalam masih di awal perjalanan usia. Masih banyak kurangnya, masih mentah pengisiannya. Bila rajin, berjalanlah dia...Bila malas, rebahlah dia.. Hurm, tengokla nanti nak jadi lagu mana blog aku nih.. Happy Bezday, my blog, my Tinta Malam...!

No comments:

Post a Comment