GURU OH GURU Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979 Selamat Hari Guru. Itulah ucapan semangat yang selalu aku ucap beberapa tahun dahulu. Ketika diri ini masih di bangku sekolah menadah ilmu dari para murabbi yang aku sanjungi. Masa sekolah rendah lagi meriah, esok tu nak sambut hari guru, malam tu habis satu family kena “dera” dengan aku untuk balut hadiah. Ah, itu semua kenangan manis zaman muda-muda. Kini, semenjak dua menjak ni, selalu pulak orang dok ucap selamat hari guru kat aku, terutama member2 sebaya. Wahhh, terasa lain macam juga bila dihargai sebegitu. Barulah aku sedar, betapa mahalnya jasa seorang guru, hingga terdapat hari khas untuk memperingati mereka. Ok la, sajak kat atas memang sinonim dengan Hari Guru. Hayati dan feel maksud bait-bait dalam sajak ni. Anda pasti terkenang betapa besarnya jasa seorang guru dalam hidup kita...!
|
No comments:
Post a Comment