Sudah lama rasanya
tak menulis tentang wishlist… hmm, kalau dah namanya lelaki, memang tak dapat
dipisahkan dengan minat terhadap superbike… kalau kurang minat sekalipun, bila
ada superbike melintas atau parking depan mata, mesti akan menoleh jugak sikit
nak tengok kan?? kalau macam tu, tahniah, anda ada ciri2 kelelakian yang
sebenar…hahahhh
Okeylah, kali ni
nak bercerita sikit tentang dua superbike yang menarik perhatian aku semenjak
dua menjak nii... adapun akan dia superbike itu namanya Honda CB650F dan juga Yamaha MT-07… Macam mana rupanya?
Jomm layan gambar kat bawah nii :
HONDA CB650F |
YAMAHA MT-07 |
Okeylah sedikit
pengenalan… kedua dua superbike ni adalah dikategorikan sebagai middleweight
superbike iaitu superbike kelas pertengahan yang kebiasaannya mempunyai
kapasiti enjin lingkungan 600cc dan tidak melebihi 1000cc.. Kedua-duanya juga
adalah superbike dari jenis “naked” bike iaitu superbike tanpa fairing penuh seperti
sportbike..
Apa pula sportbike? Sportbike adalah superbike jenis berfairing
penuh dan terdapat beberapa perkara lagi yang membezakan sportbike atau faired
bike dengan naked bike… Antara faired bike / sportbike yang famous adalah
seperti Kawasaki Ninja ZX10R, Honda CBR1000RR
dan juga Yamaha R1…
Kiri : SportBike, Kanan : Naked Bike |
Sebenarnya aku
bukanlah orang berkelayakan untuk berbicara tentang dunia superbike ni sebab
belum punya superbike pon.. tapi minat yang mendalam dan rasanya tak salah
untuk berkongsi apa yang aku baca dan tonton berkenaan superbike di serata
website seluruh dunia… Sharing is Caring right?? Don’t like?? I Don’t
Care…hahahh
Okeylah, mengapa
memilih naked biked dan bukannya superbike berfairing penuh??
Melalui pembacaan
dan video2 di internet, factor utama memilih Naked Bike ialah kerana ianya
lebih mudah ditunggang especially untuk beginner rider macam aku nihh.. orang
baru nak belajaq2 laa katakan…! Mudah ditunggang mungkin disebabkan factor
beratnya yang kebiasaannya lebih ringan berbanding sportbike dan juga handle
motor yang berpusing sekali dengan lampu depan dan keadaannya sama seperti
menunggang motor kapcai biasa…
HONDA CB650F & CBR650F... Kembar Sama Tapi Tak Serupa |
Selain itu, perbezaan posisi tunggangan naked
bike juga agak berbeza dengan sportbike. Posisi tunggangan naked bike lebih
tegak manakala untuk posisi tunggangan sportbike pula adalah penunggang perlu
membongkok sedikit ke hadapan. Faktor lain yang menyebabkan aku lebih berminat
dengan superbike jenis naked ini ialah kerana rupanya yang kelihatan lebih
garang dan maskulin… entahlah, bab pandangan ni subjektif.. duit masing2..minat
masing2.. Seperkara lagi, naked bike ini sesuai dijadikan untuk kegunaan harian
dan juga kegunaan dalam bandar berbanding sportbike yang jarang digunakan
sebagai kenderaan harian.
Okeylah, mengulas
mengenai kedua dua jenis superbike yang mencuri hatiku ini, iaitu Honda CB 650F
dan juga Yamaha MT-07, yang sudahpun memasuki pasaran Malaysia pada penggal
kedua tahun 2014 yang lalu. Sejujurnya, aku lebih berminat dengan Honda CB 650F
ini berbanding Yamaha MT-07. Sebabnya aku
lebih berminat dengan naked bike jenis “four-inline” ataupun 4 silinder… aku
pun tak pandai sangat nak terang bab2 silinder ni, tapi apa yang aku tahu,
bunyi enjin 4 silinder adalah lebih merdu, lebih padu berbanding enjin dua
silinder..
**Stream sendiri video kat bawah ni untuk compare bunyi enjin 4-inline dengan enjin twin silinder....
Okeylah, sebelum
kita bicara lebih jauh, jom study specsheet kedua dua buah superbike yang kian
hangat di pasaran ini :
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
Jika diteliti dari
segi spesifikasi atas kertas, ternyata Honda CB650F mempunyai banyak perkara
yang lebih berbanding Yamaha MT-07… Oh yaa, satu lagi factor mengapa aku
bandingkan kedua-dua superbike ini ialah factor harga yang lebih kurang
sama… Tapi bila kita memilih sesuatu
barang untuk dibeli, jangan terlalu bergantung atau terpengaruh dengan
spesifikasi atas kertas semata-mata.
Begitu jua dengan
kedua-dua superbike ini, walaupun Honda CB 650F mempunyai banyak benda yang
lebih berbanding Yamaha MT-07, tapi melalui pembacaan dan video2 testride di
youtube, kebanyakannya bersetuju menunggang Yamaha MT-07 lebih seronok, lebih
thrill berbanding Honda CB 650F. Honda CB 650F ini pula sesuai untuk mereka
yang sukakan tunggangan yang lebih relaks, santai, tapi dalam masa yang sama,
ada “power”. Ini tidak bermakna Honda CB 650F ini tidak laju, kelajuan maksimum
standard model Honda CB650F ini seperti yang direkodkan di youtube adalah 230km/j dan harus diingat, untuk
sebuah superbike, kelajuan 130-150km/j adalah sudah cukup menggayatkan bagi mereka yang bergelar "beginner riders" …hahaa
Yamaha MT-07, Adik kepada Yamaha MT-09 |
Apa yang
menyebabkan ramai menyukai Yamaha MT-07 ini adalah kerana kelincahannya dan
kuasa tork-nya yang tinggi.. sesuai dengan namanya iaitu MT bermaksud “master
of Torque”. Kelebihan Tork yang tinggi
ialah dapat memecut lebih dalam masa yang singkat. Maksudnya, pulas sedikit saja throttlenya,
dan motor akan meluncur ke depan dengan pantas walaupun dalam gear yang tinggi…
Dalam hal pecutan ini, ternyata Yamaha MT-07 mengatasi Honda CB 650F... Ternyata, dalam kebanyakan video, ramai tester memuji kelincahan Yamaha MT-07 yang kata mereka lebih banyak element "fun".
Honda CB650F...ohhh, rupamu telah mencuri hatiku...ahakzz |
Faktor lain
mengapa aku lebih berminat dengan Honda CB 650F ini ialah kerana rekabentuknya.
Rekabentuknya lebih menawan dan bagi aku lebih garang berbanding MT-07. Selain itu, paip ekzos yang disusun kemas dan
sengaja ditonjolkan untuk tontonan umum menyerlahkan lagi identiti superbike
jenis 4-inline ini. Seat yang lebih tinggi serta tank yang lebih besar juga
menjadi faktor mengapa aku lebih cenderung meminati Honda CB650F ini.
Mungkin
bagi sesetengah orang, mereka lebih sukakan superbike yang lebih ringan, lincah
dan kurus seperti kebanyakan superbike jenama KTM, tapi bagiku, aku lebih
meminati superbike yang besar, gemuk dan tough macam Honda CB650F ini.
Sebenarnya, aku sangatlah meminati touring bike yang ada tong2 kat tepi tu
seperti Kawasaki GTR 1400 dan juga Honda GoldWing 1800… insya Allah 15 taon
lagi kot…hahaa
Fuhhh...not bad bila dah pasang segala kotak tepi macam ni... bolehlaaa amek feeling Kawasaki Conquers :p |
Okeylah,
disebabkan aku lebih berminat dengan Honda CB 650F, so kat sini aku nak cerita
kenapa aku pilih Honda CB 650F berbanding Yamaha MT-07…
Dari segi saiz dan
berat, ternyata Honda CB 650F lebih besar dan berat berbanding Yamaha MT-07 dan
sebenarnya itulah yang aku mahukan. Pelik kan? Aku sukakan motor yang lebih
besar dan berat…tak macam orang lain…hehe.. Teknologi moden yang ditawarkan
pada Honda CB 650F ini ialah system H.I.S.S iaitu Honda Ignition Security
System yang hanya membenarkan motosikal ini dihidupkan dengan kunci yang “sah”
dan original sahaja. sebenarnya, di dalam kunci motor original tu, terdapat cip
yang disesuaikan dengan motosikal tersebut dan sememangnya diprogramkan untuk
motosikal itu semata-mata…canggih kan ?! Tenang sikitlah hati bila memikirkan
tentang pencuri tapi kalau kunci hilang macam mana pulak yea?? Errkkkk…
Teknologi H.I.S.S Specially design for Honda Bike |
Selain itu, rekaan
lampu dengan teknologi LED ternyata up to date seiring dengan perkembangan
terkini. Tapi agak mengecewakan kerana LED light ini hanyalah pada lampu utama
belakang dan sedikit lampu kecil di bahagian penjuru atas lampu utama hadapan.
Lampu signal tak pasti LED ke tak, tapi aku yakin nanti benda2 macam ni mesti
banyak aftermarket punyierrr… tak risau yang tu..
Tengok lampu belakang pun dah menitik ayaq lioqq....argghhh |
Berkenaan panel
meter pula, Honda CB 650F menggunakan meter jenis digital sepenuhnya. Tidak ada
lagi meter analog konvensional untuk RPM, Kelajuan, mahupun Penunjuk Tahap Bahan
Api. Dari satu segi, ianya memang berteknologi, tapi aku sebenarnya lebih
sukakan meter analog untuk bahagian penunjuk tahap bahan api.. bukan apa,
senang nak bajet..! Paparan meter bagiku agak cantik, mudah dibaca cuma,
kekurangannya ialah ia tidak mempunyai penunjuk kedudukan gear dan perkara ini
sebenarnya amatlah penting bagi seseorang beginner riders sepertiku. Kesilapan
penggunaan gear bukan sahaja boleh merosakkan enjin dan membazir petrol, tetapi
juga boleh menyebabkan kemalangan.
Dashboard Honda CB650F... kekurangannya kerana tak ada Gear Indicator |
Dashboard Yamaha MT-07 lebih lengkap kerana mempunyai paparan Gear Indicator |
Seperkara lagi
yang menarik perhatianku tentang Honda CB 650F ini ialah berkenaan keselesaannya
untuk tunggangan jauh mahupun dekat. Ini diakui ramai (boleh baca dalam
internet & tonton review di youtube). Rekaan seat, posisi tunggangan,
rekabentuk tank dan handle serta ketinggian motosikal menjadikan Honda CB 650F
ini khabarnya lebih selesa ditunggang berbanding Yamaha MT-07. Apapun, factor
keselesaan ini boleh jadi dipengaruhi oleh faktor ketinggian dan saiz rider itu
sendiri.
Faktor Rekabentuk Pelana/Seat memainkan peranan penting bila berbicara soal keselesaan |
Perkara lain yang
menarik perhatianku ialah berkenaan ciri-ciri tipikal jenama Honda ini, iaitu
enjinnya yang tahan lasak (lihat best-selling cub : ex5), reakaan dan material yang digunakan berkualiti tinggi dan juga penjimatan
minyak yang menakjubkan. Untuk superbike Honda CB 650F ini, dikatakan purata
penggunaan minyak ialah sekitar 21km/liter. Apapun, ingin ditegaskan di sini,
bila berbicara soal superbike, soal minyak dan maintenance bukanlah suatu
keutamaan. Bila membuat keputusan untuk ber-superbike, usahlah difikirkan
sangat soal maintenance dan fuel consumption ini.. just revving your engine and
enjoy your ride…!
Apapun, ini hanyalah wishlist… hmmm, serious wishlist actually. Moga2 bertemu jodoh dengan Honda CB 650F nanti…amen… tak larat merapu dah malam ni, apepon, jomm layannn gambar2 Honda CB 650F dengan Yamaha MT-07 hasil pemburuan aku di google images J Review ?? Kalu ada rezeki nanti insyaAllah.. aku review bagi korang baca puas2 :p
Susunan Paip Ekzos yang rapi dan menyerlah...antara tarikan utama Honda CB650F |
Siap pasang aftermarket windshield & Belly Pan... fuhhh, garanggggg |
Mana satu pilihan hati?? Hahaaa |
Brek Disc Berkembar & Besar serta Tayar Bersaiz Lebar, ciri tipikal sesebuah superbike |
TM : Nak caghi kayuuu... nak caghi kayu... nak caghi kayuuuu... nak caghi kayu... ZZZZzzzzzZZZZZ
Gud info bro... dlm delima cb 650f ke mt-07.. 1st time ni nak pki naked bike.. sblm ni pakai rxz je.. hehe..
ReplyDeleteWalaupun pada harga yang mampu milik, MT-07 tidak kelihatan seperti ia telah dibina kedekut. MT-07 ini menawarkan pengalaman yang menakjubkan untuk penunggang baru. Ia menjadikan sesetengah motosikal lain seolah-olah terlalu mahal pula. MT baru ini juga mampu menggoda banyak lagi penunggang berpengalaman, dan merupakan ancaman kepada pesaingnya dalam kelas yang sama, baik dari Jepun mahupun Eropah. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeletePening....nak pakai ducati monster 795 kaa atau MT07 ?
DeletePening....nak pakai ducati monster 795 kaa atau MT07 ?
DeletePening....nak pakai ducati monster 795 kaa atau MT07 ?
DeleteWalaupun pada harga yang mampu milik, MT-07 tidak kelihatan seperti ia telah dibina kedekut. MT-07 ini menawarkan pengalaman yang menakjubkan untuk penunggang baru. Ia menjadikan sesetengah motosikal lain seolah-olah terlalu mahal pula. MT baru ini juga mampu menggoda banyak lagi penunggang berpengalaman, dan merupakan ancaman kepada pesaingnya dalam kelas yang sama, baik dari Jepun mahupun Eropah. :)
ReplyDeletego for MT
ReplyDeleteKeselesaan untuk jalan jauh yang mana pilihan paling tepat..
ReplyDeleteBeli mt07 ni bro...best motor ni. Dia punya pikap pun best. Harga ok lg. Setakat ni guna, xda apa2 masalah. Dah dekat 21k km dah. Tukar minyak hitam dan oil filter sahaja. Itu pun tukar sendiri.
ReplyDeletebro maintenance dia mahal tk? insurance n roadtax hehehehe sorry kawan tgh survey2
DeleteSaya ni ketinggian 168cm je. Mmg tengah menilai 2 jentera naked ni utk dimiliki. Masalah cb650f Malaysia tidak ada sistem brek abs
ReplyDeletemaintainance bulanan berape yer? sebab saya saya saya memang minat sgt dgn jentera ni, skang ni pon sibuk cari info ttg motor ni sni sebelum saya saya decide nak ambil.
ReplyDeleteRm4.21 Jerry..
DeleteMantap dua duanya
ReplyDelete