Monday, January 23, 2012

6000KM Bersama GT128 @ Enamorata

ENTRI YANG SUPER-DUPER PANJANG...TRIBUTE TO ENAMORATA...!


Salam ‘Alaik buat semua.. Serasanya, sudah “berkurun” tidak menconteng di dinding TintaMalam ni. Seperti yang pernah dijanjikan suatu ketika dulu, aku akan menulis sedikit review tentang Enamorata ataupun my GT128 setelah odometernya mencecah jarak 5000km. Walaupun sedikit tersasar kerana odometer tu telah merekodkan bacaan sebanyak 6173km, namun serasanya belum terlambat untuk menulis tentang Enamorata. Jangan terkejut atau tak percaya kalau aku katakan post yang paling banyak dibaca atau dilihat mengikut statistic blogger dalam TintaMalam ialah post2 tentang Enamorata. So, kalau ada yang berburuk sangka bahawa mat2 rempit mat2 motor adalah pemalas, cepat2 perbetulkan persepsi anda..! Mereka sebenarnya suka membaca, tapi tak suka menunjuk bahawa mereka rajin membaca..! 
Review ini aku tuliskan bukan kerana ingin bermegah atau seumpamanya (nak megah apa? motor ja ponn), tapi lebih kepada rasa kekaguman terhadap produk buatan tempatan (walaupun bukan 100% tempatan) dan menyangkal dakwaan negative kebanyakan rakyat Malaysia terhadap produk keluaran negaranya sendiri.. Itu tak kena, ni tak kena.. So, jom kita tengok teruk sangatkah produk Malaysia ni, especially produk Modenas iaitu GT128 ni… Lets go through..


JOM BACA YG TAK O.K DULU…

               Semakin meningkat bacaan odometer, bermakna semakin tua sesebuah kenderaan itu. Bagi aku yang naïf ni, beginilah pengukuran yang sepatutnya kepada sesebuah alat bernama kenderaan. Begitu juga dengan Sang Enamorata ni (modenas GT128 aku), setelah lapan bulan bersama, hari ni odometernya merekodkan angka 6173km.  Biasalah, bila sesuatu itu semakin tua, semakin timbullah karenah dan ragamnya. Sejujurnya, 8 bulan atau 6000km sepanjang memiliki Enamorata, belum pernah aku mengalami atau terjadinya peristiwa2 di luar dugaan seperti major break down, eksiden kerana kerosakan motor atau sesuatu yang bersifat mekanikal failure pada Enamorata nih. Pernah ada rakan yang pernah menyindir sinis, “Elehhh, sebulan dua ok laa, nanti ada2 saja laa…modenas, hang paham2 la”.. Aku hanya tersenyum dan setelah 8 bulan menunggang Enamorata ke sana ke mari, aku semakin yakin bahawa itu hanyalah momokan silam semata-mata. Bukan hendak mengampu, tapi serius aku katakan, motor ni tak pernah rosak…pancit pun tak pernah…!


          Antara masalah2 kecil yang pernah terjadi ialah “bulb” lampu belakang yang pernah sekali terbakar atau “short” lepas aku basuh motor ni. So, aku pun tukar bulb baru yang harganya tak sampai RM 5 dan kekal sampai hari ni. Masalah lain ialah “bunyi2” seperti bunyian tikus berdecit. Aku pun bawa la pi workshop. Rupanya bunyi tu disebabkan kotoran yang melekat di celah2 pad brake belakang dan mungkin juga kerana pelapik pad brake tu masih tebal dan bergesel dengan disc brake apabila roda berputar. Seriously, bunyinya menyakitkan telinga la jugak, tapi setelah “disembur” dengan pam angin kat worksyop tu oleh seorang foreman, terus lenyap “bunyi2 tikus” tu. Masalah lain yang sering membelenggu ialah rantainya yang cepat “kendur”. So, aku kena bawa motor ni pi workshop lebih kurang 2 minggu sekali untuk setting rantai bagi tegang semula. Bahaya woo naik motor yang rantainya tak setting elok..! 

                
         Aku plan untuk memasang chain tensioner pada motor ni bagi meningkatkan kestabilan rantainya tu sekaligus menyelesaikan masalah rantai ni. Harganya tidaklah mahal sangat setelah di-survey, lebih kurang RM 80 satu set. Masalah yang umumnya dihadapi oleh pemilik GT128, iaitu masalah susah nak “start” waktu subuh atau awal pagi dan aku akui, masalah ni memang wujud sekali sekala. Tapi tak perlu risau sebenarnya, gunakanlah “choke” yang disediakan. Janganlah simpan buat hiasan. Rasanya ini common problem bagi kenderaan bermotor termasuklah kereta. Justeru, kali pertama nak start awal2 pagi tu, panaskanlah  enjin sampai bunyinya kedengaran stabil pada keadaan “idle”. Nescaya motor tu tak akan “buat perangai” waktu nak start untuk sepanjang hari tu..! Satu lagi masalah “ikonik” pada owner2 GT128 ialah “gegaran” yang terhasil oleh motor ni. Benar, GT128 ni memang gegarannya lebih terasa berbanding “raja kapcai”, iaitu LC135. Itupun bagi mereka yang pernah “merasa” LC. Kalau dari awal memang naik GT jaa, rasanya memang normal. Bagi aku, gegaran ni biasa jaa, tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan tidaklah membawa kepada kemudaratan pun.. Kalau nak smooth sangat, beli je la Honda Goldwing 1800cc tu..! Shiuuuu… 


            Tentang meter canggihnya yang seringkali dikatakan bermasalah, terutama bahagian penunjuk takat minyak motor, perkara ini tidaklah merunsingkan pun.. Ini bukanlah suatu masalah bagi aku. Begini ceritanya, meter minyak yang berbentuk bar (seperti myvi) akan menunjukkan pengurangan malah akan berkelip-kelip (kalau petrol sedia ada memang sikit) apabila motor ditunggang dengan laju. Apabila motosikal berhenti, bar mungkin akan naik semula atau terus berkelip jika petrol memang hampir habis. Senang cerita, kalau nampak dah berkelip tu, topup je la minyak sampai full. Aku menganggap hal ini sama seperti sifat bateri sony ericsson, yang kadang2 menunjukkan penurunan bila sedang digunakan dan menaik bila tak digunakan.



       Seperkara lagi yang aku sifatkan sebagai masalah ialah ruang yang wujud di sekeliling seat motor membuatkan air yang digunakan untuk membasuh motor akan terpercik masuk ke bawah seat motor. So, pastikan tiada barang berharga (aku selalu letak handphone/wallet bawah seat) sebelum anda membasuh GT128 ni. Lepas habis basuh motor, kena la lap percikan air yang masuk bawah seat tu..! Seperkara lagi tentang seat motor ni ialah rekabentuknya. 


          Bahagian depan iaitu tempat duduk penunggang sangat awesome kerana cukup lebar dan luas samada untuk yang bersaiz kecil atau besar, tetapi bahagian seat belakang iaitu pembonceng kurang sesuai bagi yang bersaiz besar kerana seat-nya menirus sedikit dan agak tebal pada bahagian tersebut. Walaupun pembalut seat ni nampak nipis, namun ianya tahan lasak dan senang kering kalau basah terkena air. 


YANG O.K PULAK??


             Awal2 lagi aku nak nyatakan di sini, memang banyak yang O.K daripada yang TAK O.K pada Enamorata ni. Biarpun telah menempuh perjalanan sejauh 6000 ++ km selama lebih kurang 8 bulan, motor ni masih terasa seperti “baru beli”. Paling best ialah bahagian tayarnya yang tak pernah meragam. Walaupun jarang-jarang menambah angin, tayar tubeless jenama IRC ni tak pernah pancit malah memberikan kepuasan kepada penunggang walaupun mengambil cornering pada kelajuan atas 80km/h. Dipadankan dengan rim alloy yang merupakan pakej standard GT128 FL, tayar ni terus memberikan khidmatnya yang cemerlang..! Sehingga kini handle motor tidak terasa bergegar kerana permukaan tayar yang bermasalah, semnuanya smooth dan stabil macam baru..!  Pernah juga aku dinasihati seorang foreman agar berhati-hati sebab set tayar dan rim GT128 FL ni menjadi perhatian pencuri2 barangan motor..entahlah.. tapi Alhamdulillah, setakat ni semua ok lagi bagi aku..


          Tentang brake pula, memang cemerlang seperti pada awal usianya. Walaupun kadang2 terkeluar bunyi seperti tikus berdecit akibat kotoran yang tersumbat di celah pad discbrake, namun itu tak menjejaskan fungsi brek pada GT128 ni. Bagi aku, mempunyai disc brake belakang memang suatu bonus pada sesebuah motosikal seperti GT128 ni. Penyelenggaraan/penyelerasan yang minima dan kuasa membrek yang “power” berbanding dengan drum brake. Ramai yang beranggapan disc brek belakang boleh membahayakan kerana mereka menganggap bahawa sifatnya sama dengan brek disc depan yang “kuat menangkap” dan merasakannya seperti “brek terkejut”, tapi hakikatnya tidak. Rasanya sama seperti drum brake, cuma anda hanya perlu kenakan sedikit sahaja tekanan pada pemijak brek. Lebih banyak atau dalam pemijak brek ditekan, lebih kuatlah brek tu mencengkam. 


               Yang bestnya, pemijak brek ni tak perlu dilaraskan seperti motor yang menggunakan brek belakang biasa atau drum brek yang kadangkala letih juga nak melarasnya. Bila tak dilaraskan, kena pijak banyak2 baru nak rasa brek..! Haha.. Aku bercerita panjang sebab aku jenis suka gunakan brek belakang berbanding depan. Brek disc depan, seperti yang diketahui umum, bagi motor apapun, memang tak banyak karenah. Satu sahaja yang perlu dijaga apabila menggunakan motor yang ada discbrake, iaitu tahap minyak discbrake tersebut. Tempoh yang terlalu lama untuk menambah isipadu minyak discbrake ni kadang-kadang membuatkan pemilik motosikal jadi leka dan terlupa..!



Seperkara lagi yang aku suka ialah ekzos GT128 ni yang mengeluarkan bunyi yang boleh tahan garangnya. Kadang-kadang, aku sengaja memecut laju pada gear2 awal untuk membuatkan ekzos GT128 ni “menjerit” dengan garangnya..! Bunyinya memang garang dan padu dan ini dipersetujui ramai memandangkan ekzosnya adalah standard dan bukan modifikasi..! Ekzos ni juga berkualiti dan bermutu kerana hingga ke hari ni, tiada kecacatan yang berlaku sama ada dari segi bunyi mahupun rupabentuk fizikalnya. Maksudnya, tiada tanda2 berlaku pengaratan walaupun pernah juga motosikal ni bermandi hujan sekali sekala.


             Salah satu bahagian paling best ialah bahagian meternya, kerana sangat cun dan sangat berfungsi. Fungsi sampingan yang penting dan ada pada meter GT128 dan jarang2 ada pada kapcai lain ialah fungsi jam dan meter minyak enjin. Dengan adanya meter penunjuk minyak enjin ni, anda tak perlu risau tentang kelewatan servis motor kesayangan anda. Tak perlu bersusah payah mengingat pada jarak berapakah anda melakukan last service dan bilakah pula motosikal perlu diservis? Banyak lagi perkara yang perlu diingat dan kelengkapan2 yang ada pada meter Gt128 inilah yang akan memudahkan tuannya. Ini zaman moden, sesebuah kenderaan bukan saja perlu pantas dan tangkas, malah harus menjadi kenderaan yang “bijak”..!


Tentang penggunaan minyak, ternyata teknologi TPS (Throttle Positioning Sensor) bukan hanya omongan manis pihak Modenas dalam melariskan jualan mereka, malah hal ini telah terbukti dan dirasakan oleh aku sebagai penggunanya. Memanglah motosikal adalah mesin mudah yang tidak melahap minyak seperti kereta, tetapi sebagai seorang yang pernah menggunakan skuter, aku sangat terasa perbezaan dari segi penggunaan minyak antara skuter dan kapcai biasa yang tidak dilengkapi teknologi TPS berbanding GT128 ni. (note: LC135 turut menggunakan TPS ni).. 


          Biarlah aku ceritakan pengalaman sebenar beberapa bulan lepas sewaktu menunggang GT128 dari Kuala Perlis ke daerah Sik, Kedah dengan jaraknya 140km. Aku mengisi minyak hampir penuh iaitu RM6.00 RON95 di Shell Kuala Perlis dan setibanya di RnR Gurun, meter minyak mula berkelip. Minyak masih ada, tetapi aku mengisi lagi RM 6.00 dan kali ni, minyak penuh mencecah penutup tangki. Setibanya di rumah seorang rakan berdekatan pekan Sik, Kedah, minyak masih banyak dan bar pula berada pada takat tiga (rujuk gambar). Walaupun aku mengisi RM 12 untuk perjalanan sejauh 140km (juga perjalanan sehala paling jauh menaiki motosikal-rekod peribadi aku), tapi aku pasti penggunaan minyaknya hanyalah sekitar 7-8 ringgit sahaja..! Jimat bukan?! Made in Malaysia beb..! Sedikit tambahan, perjalanan ni mengambil masa 2jam 10 minit, termasuk rehat dan isi minyak di Gurun. Waktu kat Gurun tu, aku terjumpa seorang papa mithali yang menunggang superbike (R1) kalau tak silap bersama anak lelakinya yang masih kecil. Sempat aku menegurnya kerana motornya yang smart tu..!


              Ramai yang mengatakan motor ni tak cukup laju. Aku akui, GT128 tidaklah selaju dan sekencang LC, apatah lagi hendak dibandingkan dengan kapcai dua lejang seperti  Yamaha 125, itu perbandingan yang bodoh dan membuang masa, tapi bagi aku, ianya sudah cukup laju bagi sesuatu bernama kapcai. Sambil tersenyum saja, sedar2 meter dah cecah 140km/h di atas highway, suatu angka memberansangkan bagi sebuah kapcai standard seperti Sang Enamorata ni..! Sejujurnya, separuh dari kelajuan motor ni hanyalah “disimpan” apabila menunggangnya mengelilingi bandar Kangar atau kawasan kampus. Throttle-nya yang responsive bersedia untuk menghamburkan kuasa simpanan bila-bila saja yang diperlukan. Saat trafik light bertukar hijau dan throttle dipulas “kasar”, imej kenderaan lain pada side mirror yang semakin mengecil adalah suatu hiburan yang menyeronokkan pada sesiapa sahaja yang sukakan kelajuan dan kepantasan. Satu lagi yang harus aku tuliskan di sini ialah tidak wujud situasi seperti “speed drop” yang sering dikatakan menyerang motor2 apabila usianya semakin meningkat. Selagi jaga servis, selagi itulah motor anda akan terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada tuannya.. What you give, you get back.. ! 


Bahagian-bahagian lain pada GT128 a.k.a Enamorata ni masih seperti waktu dikeluarkan dari kedainya 8 bulan lalu. Semuanya masih O.K dan berfungsi dengan cemerlang. Dari bahagian mekanikal hinggalah elektronik yang sensitive seperti starter, meter, dan suis2 pada handle, semuanya masih berfungsi dengan cemerlang sekali tanpa sebarang ragam atau masalah. Malah, pada kick starter, masih terdapat “tanda kilang” iaitu sedikit calitan seperti marker berwarna biru kerana terlalu jarang aku menggunakan kick starter tu. Ianya sangat lembut dan aku hanya gunakan apabila terlalu bosan menggunakan electric starternya. Haha.. Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati memiliki Enamorata (GT128 ni), berbaloi dengan harganya yang aku sifatkan value for money. Prestasi dan keupayaan yang ditunjukkan Enamorata adalah salah satu bukti bahawa Barangan Malaysia juga berkualiti dan setaraf dengan jenama luar. Wang anda, pilihan anda..!


TM : Aku tak dapat sesen komisyen pun atas review ni..semuanya hanyalah suara hati yang ikhlas. So, tidak ada bias dan seumpamanya..  Yang sudi membaca, terima kasih. Yang pernah mengikuti “episode2” Enamorata sebelum ni, terima kasih yang tidak terhingga. Andalah yang menjadikan entri2 Enamorata mencatatkan “views” yang tertinggi dalam TintaMalam..!  Mungkin selepas entri yang super-duper panjang lebar ni, cerita  Enamorata akan berehat panjang..no promises  (~_^)
     
  

100 comments:

  1. Saya pun guna GT128 FL ni, setuju dgn pendapat awak, memang tahan motor ni, terbukti sudah setelah beberapa kali meredah banjir kilat tanpa sebarang masalah. Maklumla bandar besar KL kalau tak banjir bila hujan tak sah la. Yg complain pulak sama ada tak pernah naik/miliki GT128 FL ni. Antara produk motosikal terbaik buatan malaysia selepas Modenas Kriss.

    ReplyDelete
  2. thanks coz sudi mmbaca..waa..sy blom pnah try mredah bnjir lg stakat ni...tp bila tgok video water test motor ni kat youtube,mmg tau dah moto ni stakat air paras lutut tu no hal punya..lgpun ekzosnya tggi bbanding moped2 lain.. hanya owner2 GT128 ja yg tahu sal tough-nya moto ni...mmg berbaloi-baloi.. =)

    ReplyDelete
  3. sape cakap gt 128 x laju...gt128 laju lh.....setakat mngasapkan ex5....dan...kriss...110....ermmmm.....senang je.....4 tiang ke belakang.....klau wave 125....erm...long distance pon dh x leh cucuk....apepon gt128 laju.....

    ReplyDelete
  4. gt128 fl mmg terbaek...saya baru guna seminggu guna mnyak ron97..mmg jimat...setakat nk kejar lc model baru nie xde hal la kalo dengan gt nie...mmg best tunggang motosikal nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..ni jaga betul ni kalau pakai ron97..hati2 d jalanraya =)

      Delete
  5. betul tu..selagi jaga minyak itam...power tetap power..baru pakai 2 bulan..meter dah dekat 6750km..selalu jalan jauh..kl-melaka seminggu 2-3 kali(kerja antar barang..)lenjan mesti lenjan punya..kekdang 160km nonstop dari melaka ke kl sbb nak cepat..still mentain power smpai arini..bangga pakai gt128 ni..ex-5 bikin pun leh sebelah2 je,,2-2 tunduk nak potong angin..hehehe kalah pun xpe..sbb ex-5 tu da bikin...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nasib baik GT tu x "bikin"...klu x... hati2 d jalanraya =)

      Delete
  6. wow bro,terima kasih review yg detail,aku dah tahu apa jenis motosikal yg nak dibeli,tahniah,ko berbakat dalam penulisan lah heheh tq bro

    ReplyDelete
  7. Thanks semua yg sudi membaca.. =) Sesape yg ada pengalaman sal GT128 blehlah share kat sini jugak..sgt dialu-alukan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru beli gt128 fl ni nape meter dia drop yer bla sampai 120km sy bwk mcm mana nak up top speed dia sebb sy bwk 120 je

      Delete
    2. Tak pasti..itu kena tanya pomen.. sy x pandai bab2 mekanikal ni..

      Delete
  8. saya pun guna gt128 tapi model lama punya .dekat 2 tahun dah .beli baru.masalahnya bateri dia suka kong.apa puncanya erk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dprd apa yg sy bc di internet, model GT128 yg lama mmg ada mslh bateri..mgkin kurg power..sbb itulah model GT128 FL ni dah di-upgrade baterinya tu dan alhamdulillah setelah setahun lebih guna, bateri GT128FL sy x pernah bermasalah lg setakat ni.. starter pon masih berfungsi dgn cemerlang..!

      Delete
  9. Saye baru beli gt-128 kaler oren .. top dpat 140-145km/h .. jln x cukup nk tarik lgy.. tpy lepas je pkai 4 hari.. aduh.. rantai bunyi la.. dah tegangkan pon same jugak.. kenape ea??

    nak ckp merembat x .. sbb saye tarik yang 145km/h tu dari gear 4 so rantai n gear x sentap.. tapy boleh jady mcm tu?? knpe ea?? tolong saye?? ni moto baru.. baru je pkai msok arini 5 ari.. x kn dh wat hall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rantai GT128 mmg cepat kendur..mmg kna selalu tegangkan klu x pasang chain tensioner..untuk mslh rantai bunyi sy x pasti pulak..dlu motor sy igtkan rantai yg bunyi sbb kurg minyak, rupa-rupanya discbrake belakang yang bunyi sebab byk kotoran..apapun, utk motor baru better bw semula ke kedai utk kepastian =)

      Delete
  10. salam,ak minat gak gt nih(tggu plat KDH).hg da modified apa2 x kt gt nih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Modified yg serius x da la.. Cuma touch up sikit2 mcm tambah rim sticker dgn tukar throtle racing boy ja..

      Delete
  11. hehe .. aq pun gna gak GT128 nie .. bnyi rantai dan bunyi disk blakang tu prkara biasa jer .. hehe .. walaupun sekali sekala jer dapt 140 .. tp memang bestlah untuk aq yg berbadan besar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..samalah..GT mmg sesuai utk org2 yg bersaiz XL dan ke atas =)

      Delete
  12. aku beli gt128 second hand yang model 2009. mule2 ssh nak pecut laju n bunyi ekzos x brape best tp bile tkr camshaft kat pusat servis modenas sng2 je bleh dpt speed 140km/j. Tapi nak laju lagi x bleh sbb bkn bwk kat highway. Kalau jalan jauh pakai kete. tapi meter gt ni ringan. rasenye klau meter 140 laju sebenar baru 120. ade yg dpt top speed 160-170. tp rasenye top speed yg sebenar 140-150 je. Ni rumah bearing dah longgar pulak kat rim depan. bearing asek kene ganti. besok nak tkr sport rim baru kat pusat servis modenas. dpt diskaun 30% sempena promosi balik kampung. lps tukar sport rim baru nak sembur balik warne oren dgn itam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah klu kat tempat awk slalu Modenas buat promotion.. bleh dpt original part murah2..

      Delete
  13. Saya baru pulang dari sempadan Thailand-Laos dengan GT128 tahun 2012 saya. Bawa dari KL. 5000km+ pegi balik. Hari yg paling jauh 721km (7am-7pm. Bangkok ke Nakhon Si Thammarat). Tiada problem langsong. Sebuah moto yang ajaib. Sungguh baik utk perjalanan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh...ini yg sy nk dengar..kalau rajin buatlah blog, cerita pengalaman jalan jauh2 mcm ni..bukan senang..!

      Delete
    2. Gua malas buat blog. Gambar pun tak ade sebab tak bawa camera! Ha ha! Perjalanan sebegini adalah suatu perbuatan peribadi. Hanya yang melakukannya persendirian boleh mengetahui pengalamanya yang tulen. Hero saya ialah Syed Hadi yang menunggang GT128 solo dari KL ke LONDON! Sebabnya saya membeli moto ini. Dari segi rantai saya mendapati bahawa jenama DID adalah yang paling tahan lama. Salam dan selamat menuggang GT128 selalu!

      Delete
  14. aku baru beli!!! no plate KDH 20**
    any advice for me?
    aku mmg suka jalan jauh...sebelum ni aku pakai nouvo lc...sekali hari tu jalan jauh "bukit kayu hitam - shah alam"
    bila balik je...enjin dah bunyi mcm mesin padi...haha
    last2 aku fedup...jual pastu ambik GT ni...sebabnya aku survey dlm internet...semuanya POSITIF!!!!
    jadi...aku bannga beli GT ni...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. GT sy naik dekat2 ja..x pernah pulak jln jauh2..tp ada sorang ni dah bw GT ke merata dunia.. terbaru, dia merentas garisan khatulistiwa dgn GT nya.. so far, sounds good..!

      Delete
  15. assalamualaikum....sy jugak menggunakan moto MODENAS GT128...selalu setahun bersame....xde masalah pada enjin mahunpun sistem die...walaupun dh mengalami kemalangan...yg agar teruk...tp coverset x pecah pun...cuma kerosakan pada bahagian depan......tp sy suka bawa gt..g jalan2..walaupun x laju..gt terbest...

    ReplyDelete
  16. Salam..sy guna GT128 da 6bulan tp da 10,000km bwk jln2..hehe..sy 2nd owner..1st owner guna 6bulan gak tp da 50,000km bwk jln2..haha..so far ok je..xde lak rasa moto ni da tua ke or prob..lenjan full trotel kat highway senyum je walaupun xde la laju mana,tp xde risau klu enjin jem ke apa ke..maybe rakyat malaysia takut guna brgn tempatan disebabkn khabar angin yg kurg menyenangkn..tp klu stkt dgr tp x cuba x guna gak an..cuba kita try dlu brgn tempatan ni bru la kita nilai kualiti dia camne an..anyway,gt128 ni moto moped yg terbaik bg saya.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..khabar x elok mcm tu kdg2 smpai menakutkan kita utk try something yg baru..huhu^^

      Delete
  17. gt128 bukan tak laju mmg laju yg betulnya...penang to sp 160kmh duduk tepi lc baru cuma lc baru depan skit je dari gt kcx4443....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaa...org slim2 mmg senang2 dpt 160kmj..haha..hati2 d jalanraya..!

      Delete
  18. gt128FL aku standard kuar kilang rantai dia saiz kecik sbb aku baru tuka blan lepas then dpat taw rantau tu kecik., jadi aku tuka yang besa..skarang rantai aku sebulan skali baru gi tegangkn.,

    ReplyDelete
  19. salam.. aku dh guna GT 2 tahun lbh... smpai skang rasa bwk mcm moto baru.. setakat bikin tukar disc brake depan yg lbh besar.. lain2 masih standard... bunyi ekzos mmg cun... GT ni kalo nk cilok2 mgkn mslh sket.. handle pun rasa lbh lebar dr kapcai lain... tp bila jalan dh clear.. top speed mmg power... hanya LC baru n 125Z je aku x berani nk lawan... setakat LC lama, wave 125, shogun, nuovo, lagenda apatah lg ex5... mmg xde hal lawan walaupun aku ni besar.. hari2 ulang alik selayang-kl... cuma masalah GT ni ialah masalah meter tangki myk dan jam digital.. walaupun dh berapa kali set tp msh lari dr waktu sebenar.. penunjuk meter hitam mmg amat2 membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul...jam digital memang selalu "lari".. kena reset seminggu sekali..tp bagus juga jam dia selalu awal, so, kita akan sampai awal dri wktu sebenar.. hehe =)

      Delete
  20. yup.. setuju mmg best gt128 ni... utk pengetahuan semua, moto saya da melebihi 100,000km. meter pertama menamatkan perkhidmatan pd 83,569km, meter kedua da 16,708km. enjin bunyi mmg kasar (spec enjin kawasaki mmg mcm ni)... tp lps 3thn bunyi tu tetap sama x mcm moto lain, baru beli senyap, lps 1-2thn jd kasar. sy menggunakan gt128 1st model... dan sdh pusing 1 semenanjung dlm 3 hari (jln lama).... dan saya melenjan moto ni hari2 ulang alik keje dr Port Dickson ke Kajang purata 130kmj tanpa henti... penggunaan minyak antara rm7-8 bergantung pd gaya tunggangan... disebabkan taksub utk ride jauh dan malas kerap berhenti isi minyak maka tank saya skg blh isi sehingga 9.5liter... (300km/isi) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..menarik juga xperience awk..tp sedihnya meter problem plak..x pa, boleh ganti baru =)

      Delete
  21. nampaknya kena beli gt juga, harga pn ok dr honda future, tq kwn2 sudi bekongsi pngalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama x jalan2 kat kedai jual motor..nanti boleh tengok/ test honda future yg semakin femes tu..

      Delete
  22. nk agkat gt la cmni..xjadi la agkt future or lc..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy beli GT ni, Honda Future belum keluar kat pasaran..so, sy pun x tahu apa kelebihan honda future dan apa kurangnya GT..better cari info dlu lah kat internet..

      Delete
  23. Ex Sentra Pakai Exora n SagaDecember 31, 2012 at 2:22 PM

    Saya dah baper kali gi kedai nak beli gt128 neh... tapi masalah nyer... kedai yang saya pergi cakap motor ni dah discontinue la... motor banyak masalah la... tak bagus la dan macam2 lagi.. ni hati tengah berbelah bahagi nak beli gt128 atau tak... motor lain yang disyorkan kedai honda future.. tapi hati tak rasa nak beli future.... advise please...(sekarang neh pakai kriss 1)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy beli GT ni, Honda Future belum keluar kat pasaran..so, sy pun x tahu apa kelebihan honda future dan apa kurangnya GT..tp awk boleh bc sendiri komen2 dri owner GT lain d atas..kebanyakannya satisfied..

      Ada yg kata sesetengah kedai x suka jual modenas sbb dpt untung sikit berbanding motor2 jepun yg lebih tinggi profitnya kpd tuan kedai..

      klu nk sembang lanjut, bleh contact sy d fb =)

      Delete
    2. Klu ade duit lebih amik LC la..klu x pon boleh try Honda dash..mahal sikitt la dr GT128.
      Tp klu da minat amik je GT128.
      sy pon dulu member duk kutuk2 GT128,sy g beli jugak.nak wat camne klu da kite minat kan.duit kita.

      Delete
    3. Beli GT, saye akui memang bebaloi2..banyak kelebihan dari keburukan...selama pakai 3 tahun xbanyak buang duit untuk repair kerosakan.cuma mentain servis je..gile2 jimat lah..ala kawasaki R6 gitu...memang best..:)

      Delete
  24. Saya sebelum nie pengguna kriss 110 5 tahun dan GT128 selama 3 tahun... Tapi GT128 macam2 masalah dan ragam saya hadapi dgn motor nie....Meter rosak...wiring terbakar...dan lain2...Harga brg ganti pon mahal dah sama mcm LC. Masa memula pakai mmg x banyak ragam..Untuk info anda saya mmg jaga motor dan maintain servis motor GT128 setiap 1000 , 1500 , 2000 km dan setrus nyer dlu...Skarang aku pakai LC ES baru 2012...ternyata banyak perbezaan keselesaan dan kestabilan dari GT128....Diakui motor GT128 mmg stabil bila menunggang laju tapi bila cornering mmg x bleh lawan 135LC ES baru. Dari segi pickup GT128 ni kena byk tuning perlu dibuat. Mcm bro Tinta ckp isi minyak penuh pon meter still nmpk kurang itu tanda nyer meter dh hampir la buat hal. Oil leveler punya spring dh x lentur mcm masa memula GT baru...kalo nk tukar benda tu kena tuka full set meter GT128..Pastu meter KM/H perlu pantau kalo bateri GT128 meragam sbb boleh effect dgn meter kelajuan. Penah survey kos untuk baik pulih motor GT128 dh sama mcm buat bayaran deposit motor baru.Aku mmg pakai motor utk jangka lama dan aku rasa dh tiba masa aku tukar dari GT128 ker 135 LC..Nasib baik tokey kedai nk trade in motor aku RM2.6k...maka aku pon rela la tukar daripada nk byr kos baik pulih GT..Setiap pengguna akan berpuas hati sekira nyer produk yg dibeli berbaloi dgn wang dibayar....Aku bukan nk reka cerita tapi ini kenyataan sebenar dari aku...Bukan nk kutuk atau nk menjatuhkan tapi sekadar kongsi pengalaman penggunaan GT128 aku. Cuma aku sedih GT128 tak tahan mcm kriss 110 aku dlu..Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm..jarang2 sy dengar GT128 ni buat hal..tp sy percaya kes mcm ni berlaku..GT saya pon dh 2 tahun, servis setiap 2,500km..alhamdulillah masih mantap smpai arini..jujur, x pernah ada major problem apatah lg breakdown x tentu pasal.. anggaplah ini spt peribahasa "untung sabut timbul, untung batu tenggelam".. ada member sy, d rumahnya ada dua proton, wira tahun 90-an dan persona..tp katanya wira itu lebih gagah dan jarang meragam berbanding persona..

      Delete
    2. saya juga akui dengan pendapat tuan. saya juga sering kali nak layan coner xstabil,masaalah meter,susah nak start di pagi hari dan lain2. Bebalik semula dengan kisah yang diceritakan oleh en.tinta..memang tidak adil lah kalo nak dibandingkan dengan raja cupchai iaitu LC135, dengan harga dia dan prestasi yang memuaskan. Memang GT128 tidak setanding dengan LC135. Bagi saya 1 je kelebihan paling penting saya memilih motosikal GT128 sehingga hari ini saya masih tidak menyesal..kerana, saya sentiasa tidur lena setiap malam yang tidak perlu risau kes kecurian motosikal memandangkan tinggal di kota besar ini dan tinggal di rumah flat pulak tu.. :) tidak seperti LC135 yang sememang panas.Membuatkan ramai dikalangan penggila yang ingin mendapatkannya dari segi halal mahupun haram.!!! alhamdulilah..GT128, bukan tiada kes kecurian..tetapi jauh lebih sikit budak2 muda yang ingin memiliki secara haram..hehehee...!!! Dengan sebab itu sahaja, saya dapat semua kelebihan yang ada dari LC135 cuma kurang sikit je.. :) Insyallah sekiranya ada rezeki, saya juga akan menukar motosikal yang lebih besar cc nya. Juga akan mencari KAWASAKI.. :) tetapi GT128 insyallah saya tidak akan lupakan nye.. :)

      Delete
  25. salam..
    emm..nak survey ckit pasal penjimatan minyak gt128 ni..emm..full tank isi rm8 kan..dlm kelajuan 140 meter gt128 mksudnya 120 kelajuan sbenarkan..so, agak2 kalau saye bwa motor ni dlm 110-140km/h meter gt128..agak2 blh jalan smpai brapa km ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sy x pernah mmbuat kajian mendalam ttg fuel sonsumption ni.. tp anda bleh bc d forum gt128..fuel consumption adalah subjektif kerana berkait rapat dengan faktor2 lain spt berat penunggang, angin tayar, jenis/permukaan jalan dan lain2..

      Delete
    2. Saya rasa dgn kelajuan tu minyak boleh tahan sampai jarak 120 km lebih kurang.sbb sy biasa full throttle dapat dlm lingkungan tu la.
      klu average speed 80kmh boleh sampai distance 170km.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Saya pernah ukur kelajuan GT128 dengan GPS. 120kmh di meter bersamaan 90kmh di GPS. Bermakna kelajuan sebenar adalah 3/4 daripada bacaan meter. Top speed jalan lurus adalah 140kmh pada meter, bermakna sebenarnya cuma 105kmh. Turun bukit boleh cecah 160kmh pada meter bersamaan 120kmh sebenar. Berat badan campur helmet dan beg yg saya bawa tak lebih 65kg.
      Jarak perjalanan ulang alik kerja sekitar 50km sehari mengikut google maps, perlu top-up petrol RON95 sebanyak RM7.50 (RM1.90 seliter) setiap 3 hari. Bermakna 5 sen per kilometer, atau bersamaan 0.026 liter per kilometer.
      Saya guna spark plug iridium dan bateri kering yang mahal sedikit, tiada beza dari segi performance dengan part standard masa mula-mula beli. Jadi nasihat saya, tak perlu bazir duit utk spark plug dan bateri bagus.
      Masalah motor ni ialah nak start enjin perlu choke, fuel indicator menggila, bateri cepat lemah dan rantai cepat kendur. Indicator bateri menyala bila berkelahuan tinggi tanpa buka headlight (bermakna overcharging pada bateri) walaupun baru saja tukar bateri. Jadi nasihat saya tak perlu jimat bateri dengan mematikan lampu semasa enjin hidup.
      Motosikal GT128 saya dah cecah 15,000km setelah ulang-alik kerja selama 2 tahun.

      Delete
  26. Tahun 2009.. hati aku berbelah bagi sama ada nak capai GT128 atau LC135. Kalau ikut tokey kedai.. lebih baik angkat LC135. Tapi bila aku bandingkan dari segi reka bentuk, harga dan performance (modenas kriss).. terus aku beli GT128 secara tunai(RM5200 harga di east M'sia). Pastu kena kutuk ngan member2 sbb diorang tahu aku adalah peminat motor produk YAMAHA. Apa yg nak aku kongsikan di sini.. Alhamdulillah.. GT128 aku ni x pernah mengecewakan.. Sejak beli hingga sekarang... cuma masalah yg berlaku hanya lampu belakang 2 kali terbakar(jgn selalu suis on/off lampu dpn), spedo meter kekadang drop tiba2(blum rectified), sekali bateri kong(sbb seminggu x start). Dari segi fuel consumption plak, perjalanan pergi balik kerja sejauh 66km/hari dengan kelajuan 120-130km/h (meter GT128) ditambah pula berat aku 88kg ialah RM7.50/hari (RON95). Tayar FKR tube less di bhgn depan blkg, pad disk break depan blkg dan rantai set RK-M tukar 2 kali setahun. Minyak 4T guna shell warna kuning bila capai 2500. Setelah mengunakan GT128 sekian lama... aku boleh berbangga dengan pencapaiannya yg amat memuaskan. Seperti admin.. aku x dpt sesen pun ngan kenyataan ni tetapi sekadar kepuasan membeli dgn prestasi jentera yg memberangsangkan. Pesanan buat pengguna GT128, periksa pad disk break sblm topup oil break. Pastikan rantai tidak kendur dan saiz tayar serta anginnya seperti yg syorkan oleh pengeluar akan membuat anda merasai kepuasan pemanduan GT128 yg sempurna. GT128 TERBAIKKK!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan... consumption minyak = RM4.30/Hari [2 kali isi dalam 3 hari dengan jumlah RM13(RM7+RM6).

      Delete
  27. salam admin. aku br cdang nk beli future tp bile bc fakta2 yg mmberangsangkn psl gt128 ni, tringin aku nk angkat. ape beza gt128 n gt128fl ye? hrp dpt bantu

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. er.. gt128 fl nie xde masalah brek belakang yg selalu jem ke? seingt aku gt128 1st model tu slalu jem brek belakang.. aku nie minat sgt2 gt128 tp dsebabkn takut brek blkng yg kurang sihat tu aku angkat mr1.. hehe..

    ReplyDelete
  30. motor gt ku da msuk 36k km n hampir 2 tahun memakai nya....bukan FL nya na...x penah ada major problem lagi setakat ni...blkg 90/80 depan 70/90.. setakatni penah dpat 170 atas highway..apa2 pon trbaik la moto nih...

    ReplyDelete
  31. aku baru angkat second first edition. bawa memang sedap. tapi aku kekok sikit sbb moto ni besar tinggi dan handle dia lebar sikit. sekarang dok ujikaji darisegi penggunaan minyak. gt128..... aku berbangga dengan model ni. aku beli second tahun 2009, sekarang 2013, odo meter 22k, enjin mcm baru beli. ye la baru 22k kan. terbaik modenas..... aku pun dok kaji juga yang keluaran terbaru ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat badan campur helmet dan beg yg saya bawa tak lebih 65kg.
      Perlu top-up petrol RON95 sebanyak RM7.50 (RM1.90 seliter) setiap 150km (diukur menggunakan Google maps, bukan bacaan odometer). Bermakna 5 sen per kilometer, atau bersamaan 0.026 liter per kilometer.
      Motor berusia 2 tahun dan odometer mencecah 15,000km.
      Sila post bacaan sdra sbg perbandingan.

      Delete
  32. ASSALAMU'ALAIKUM,

    DULU SAYA PENGGUNA MOTOR MODENAS KRISS 2, DALAM 5 TAHUN GUNA, DAH 3 KALI KENA OVERHAUL SEBAB ENJIN JAMMED.

    SEKARANG GUNA MODENAS GT128, KILANG BUAT TAHUN 2009, SAYA BELI BARU PADA BULAN JUN 2010. SEKARANG METER DAH 48,OOO KM. ULANG ALIK PERGI KERJA JE.

    MULA2 GUNA MEMANG PICK-UP DAN LAJU. SELEPAS TU DAH KURANG, ENJIN SUSAH NAK START. RUPA2NYA KENA CARI POMEN YANG PANDAI SETTING STARTER TU, SEKARANG DAH PICK-UP SEMULA, PAGI JE GUNA CHOKE. KELAJUAN 140 KM BIASA, KEKADANG 150KM.

    EKZOS BUNYI MEMANG BEST, TERUTAMA PADA GERA 2 DAN GEAR 3. SETAKAT NI ENJIN MASIH OK, TAK PERNAH PROBLEM. SELALU REDAH DALAM HUJAN, LEBAT MACAM MANA PUN BOLEH JALAN. JALAN BANJIR PUN SELAMBA. BIASANYA MOTOR MODENAS NI COVER GETAH PADA BATERINYA KENA PASTIKAN TAK KOYAK ATAU ROSAK, BARULAH BATERINYA TAK MATI KENA HUJAN. SAYA GUNA MINYAK ENJIN SHELL ADVANCE RM25.

    MASALAH GT128 SAYA NI TANG METER JE, SAMA JUGAK MACAM KRISS 2 DULU, METER JUGAK, IAITU METER PARAS MINYAK, SELALU ROSAK, NAK CARI KEDAI POMEN YANG BOLEH BAIKI SAMPAI SEKARANG TAK JUMPA. BARU2 NI, ODOMETER PULA ROSAK, TERMASUK METER KELAJUAN.

    ADA SESIAPA TAHU MACAM MANA NAK BAIKI METER DIGITAL NI TAK ?

    ReplyDelete
  33. As salam
    Saya punya gt baru mencecah usia sebulan
    tapi rpm naik tinggi tiba2..
    baru gear 3 80km/j rpm dah naik sampai angka 6
    indicator bateri sure kelip2 punya
    kenapa ye, elok ke kalau macam 2?

    stkt ne xleh nak speed lagi

    ReplyDelete
  34. Salam, ramai jugak yg pakai moto nie ye..saya start beli taun 2010..cuma baru dua bulan nie baru lenjan kaw2(itu pon sbb keta dah takde coz exciden) hari2 naik genting highland coz keje situ..mula2 mmg payah nak mendaki pastu antar pomen tukar sproket 14-39 baru ok..prestasi mmg terbaik ..turun bukit pon mmg meyakinkan walaupon tayar pakai yg standard punya..takat fz ngan lc mmg kena tapau la..hehehhe gurau je..

    ReplyDelete
  35. Baru terjumpa blog ni. GT saya dah 3 tahun. Review saya secara ringkas. Enjin takdak masalah. Dah 3 tahun, tak pernah hantaq p repair. Setakat bulb padam tu, brake pad haus tu, minyak itam, filter tu semua tukaq sendiri ja. Maintenance biasa. Saya agak, minyak dia memang save. Sekarang ni saya dah guna bateri ke 3. Memang bateri dia tak tahan. Meter minyak takleh percaya, kena reset meter trip pastu agak agak bila kena top up. Brake pump belakang baru jem minggu ni. Dah tak mau pump. Tak senang lagi nak p beli. Tengoklah nanti nanti bila senang. Laju? memang laju dan pick up. Tapi rasanya bila bawak pembonceng pickup dia jadi hampeh sikit kot. Top speed masih buleh maintain walau naik dua orang. Rantai dia memang tension, reja kendoq. Jenuh dok ejas selalu. Tapi dah 3 tahun, masih belum belum tukaq lagi. Sproket masih tak tajam, buleh kalau nak pakai lagi. Tapi ingat nak tukaq jugak. Brake belakang reja bunyi, kena selalu cuci sebab habuk sangkut kat pad. Just amik sikit masa, leraikan brake blakang tu dan cuci/servis. Sure ok balik. Kalau bawak p kat pomen, semua dia nak tukaq. Apa apa pun, memang GT128 ni best.

    ReplyDelete
  36. Bro , kita cita kat wechat boleh tak ?
    ID WeChat : Anz_Zaheran

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum ..cmna nk tau Gt fl ni?sy pnya second gneration taun 2012

    ReplyDelete
  38. Nice blog.Tertarik. Saya plan nak beli jugak. Berapa harga dia bro termasuk insuran?
    Have a nice day!berniaga online

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya baru beli bulan 6 2015.harga RM6004.00 kat chen motor

      Delete
  39. Salam.. Sy penunggang gt128. Seorang pelajar politeknik shah alam dan berasal dr terengganu.. Berdasarkn pngalaman menggunakan gt128 ni selama 8 bulan, sy amat berpuas hati. Dr shah alam ke dungun sy prnah buat rekod 5 jam perjalanan. Minyak just rm19 = 420km.. Memang jimat minyak. Pernah jugak redah hujan lebat sngt2.. Tp alhamdulillah motosikal x sempok lnsung. Brek mmg cengkam terutama brek dpn. Prnah jugak kejar lc v2.. Mmg bleh follow.. Tp potong x lepas la sbb meter dh 160kmj masa tu.. Ad sekali dpt 170kmj++ time turun bukit di highway karak.. Moto handling mmg best sbb bodynya agak berat sedikit dan besar.. Sy bersyukur sbb moto gt128 ni mmg terbaik...

    ReplyDelete
  40. salam... saya nak tanya.. ada sesiapa tahu tak kedai accesories gt128 ni..saya nk beli cover depan dekat lampu depan moto ni .... sesiapa pomen or yg tahu disini...

    ReplyDelete
  41. Salam king2 semua.sapa ada masalah bateri selalu weak . lepastu x boleh start

    ReplyDelete
  42. Salam king2 semua.sapa ada masalah bateri selalu weak . lepastu x boleh start

    ReplyDelete
  43. Saya pengguna gt128...moto saya berusia lebih 3 tahun...penggunaan minyak saya gunakn dr damansara ke pekan,phg bwh RM20 iaitu dlm RM15...moto std...rpm pnh mencecah 8...dan apabila cucuk KTM Duke 200 rpm boleh mencecah 9.5...kelajuan pnh dpt 160 ke 165...

    ReplyDelete
  44. Sy nk pkai tiap hari pegi 30km blk 30 km...nk bajet duit mnyk skali...gt128 ni sesuai x?

    ReplyDelete
  45. 7 /11/2015 Sabtu pagi gerak ke Jengka 16 , Pahang bersama anak dari Putra Jaya. Siap bawa 4liter minyak spare dlm botol minyak hitam kereta... Perjalanan lancar. Sampai emak terkejut.. maklum selalunya bawa kereta.
    Tidur Semalam besok pagi balik semula.lalu LPT dan karak... singgah rumah adik di Lurah Bilut , tergerak di hati nak pergi BKt Frasier ikut Laluan lama Bentong Kuala Kubu.. sunyi jalannya..mencabar hingga naik ke Bkt Frasier.. dkt atas sana petrol pam tak de.. pakai minyak spare isi dlm tank.. Petang jam 3pm turun ke kuala Lumpur...sampai rumah malam.. kira semula perjalan sejauh bergitu baru guna minyak RM 30...wow.....!

    ReplyDelete
  46. Gt128 2nd generation kot 2009 masih utuh hingga kini .. Bkn mat remput tp mmang 70% penggunaan kenderaan.. Setelah 6 thn pakai.. Brake pad baru bunyi.. Enjin mmang x prnah major servis, just jaga minyak hitam n filter shj, rantai tiap tahun tukar, bateri mmang masalah n aku buat x tau je la selagi lampu mlm nyala.. Odometer aku kini yg last catat 40k km. Sbb odometer ni kn elektronik n batrri aku problem.. Lagi 1 amaran pada penunggang yg dok pahang.. Spare payah nk jumpa kt sini..

    ReplyDelete
  47. Kisah benar aku penguna second hand GT128.sudah tiga tahun pakai motor tu. Atas pengaruh kawan motor besar tempat kerja yg pakai kawasaki Verssy 650cc mengatakan keseronokan mengembara empat puncak tertinggi Genting Highland, Bukit Tinggi, Bukit Frazier, dan Cameron Hingland.
    Maka bermula pengembaraan motor solo GT128 ditunggang bersama adik dari KL ke karak ke Genting Highland, Ke Bukit Tinggi, turun Bentong ke Bukit Frazier, turun ke Cameron Highland,tidur di Brinchang, turun terus ke Tapah dan terus ke KL dalam hujan lebat tak berhenti... hebat motor tahan lasak. Berbekalkan minyak spare 4 liter , peralatan repair kecilan, lampu suluh, rantai dan spoket sudah tukar jenis baik RKM, tayar taruh cecair chemical tahan bocor, service awal motor。。。。 Akhirnya 4 puncak tertinggi ditawan.. minyak jimat kurang dari RM70.best dan berbaloi. MAkan dan tidur hotel je yg mahal ...badan je tak tahan jalan jauh tapi motor tahan je..

    ReplyDelete
  48. As salam. Tuan2, nak tanya ni. Sy x pandai pasal moto ni. Sy baru 3 minggu beli 2nd.hand gt128 thn 2013 bg anak pakai. 2 minggu pertama sy try top speed bole la dpt 140km/jam. Baru minggu kedua tiba2 top speed drop 70km/jam full throttle. Td gi wokshop/ pomen bgtau kena tukar Diaphem tp dah tukar yg local tp hasilnya sama gak. Aduss. Agak2 apa mslhnya? Mohon bantuan.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum semua gt riders...aku dh guna motor nie kat 6 tahun..beli feb 2010 lps rxzku accident kat highway bukit merah..pth tgn woo..lps repair rxz jual kat jiran depan rumah dgn rega 3.5k..so far yg major prob..erm dua kali coil aku terbakar..sekali tukar rabak kat seratus gak..tue pun pasal gatal nk guna cdi racing...pastue tukar balik cdi ori...then minyak indicator menggila...aku g tukar kat kedai amik kriss punya dh ok...kalau bukak nk isi minyak ada benda cam spring..tukar yg tue je settle terus mslh..motor mmg ada gegar...mmg terasa sebab dulu pakai rxz...so kalau nk round jauh sket aku pakai glove..so kurang sket terasa...minyak mmg jimat..top speed senang2 leh 120..trn bukit leh dpt 140..tue pun tunduk abes...ari tue tgh bwk waktu mlm tetiba semput..dh le kawasan tue mcm2 org citer..cuak gak..hahaha..sib baik x mati terus...esoknya g kedai service karburator elok terus...tp nk cari pomen yg expert gt nie ssh...rata2 pomen cakap motor nie mmg bnyk mslh bang..sy pun x berani nk beri jaminan yg ok lps service...ceh apa punya pomen daa..minggu depan aku akan ride dari perak ke perlis...jarak check kt google map 3++ ...harap2 motor x wat hal tgh jln...amin

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum semua gt riders...aku dh guna motor nie kat 6 tahun..beli feb 2010 lps rxzku accident kat highway bukit merah..pth tgn woo..lps repair rxz jual kat jiran depan rumah dgn rega 3.5k..so far yg major prob..erm dua kali coil aku terbakar..sekali tukar rabak kat seratus gak..tue pun pasal gatal nk guna cdi racing...pastue tukar balik cdi ori...then minyak indicator menggila...aku g tukar kat kedai amik kriss punya dh ok...kalau bukak nk isi minyak ada benda cam spring..tukar yg tue je settle terus mslh..motor mmg ada gegar...mmg terasa sebab dulu pakai rxz...so kalau nk round jauh sket aku pakai glove..so kurang sket terasa...minyak mmg jimat..top speed senang2 leh 120..trn bukit leh dpt 140..tue pun tunduk abes...ari tue tgh bwk waktu mlm tetiba semput..dh le kawasan tue mcm2 org citer..cuak gak..hahaha..sib baik x mati terus...esoknya g kedai service karburator elok terus...tp nk cari pomen yg expert gt nie ssh...rata2 pomen cakap motor nie mmg bnyk mslh bang..sy pun x berani nk beri jaminan yg ok lps service...ceh apa punya pomen daa..minggu depan aku akan ride dari perak ke perlis...jarak check kt google map 3++ ...harap2 motor x wat hal tgh jln...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhux usaha untuk selesaikan masalah uhh boss yang penting kena usaha banyakkan cari maklumat at group GT128 at FB tq

      Delete
  51. Hii.. moto sy Gt128 FL thun bli thun 2012.. thun prtma pkai mmg best.. mslh smua xde.. coverset dh main spray2 sndri.. mklumlh cash trus.. hahahaa.. tpii sjak 3 thun lpas, sy smbong bljr dkt negeri sebelah.. 3 thun gtku tersadaii.. skrg dh hbs bljr, moto x hdp.. hampehh.. dlm carb pn dh hitam pnuh karbon.. susah nak bersihkn.. myk hitam leaking.. batteri kong.. bnyk lgi laa mslh.. tpi xpe, sy msih syg Gt128.. sbb pena menang sekali lwn LC pattern 2014 tuu.. hahahaa.. esok lusa restore blik, major overhaul.. wish me luck!..

    ReplyDelete
  52. sy pakai kriss 110 thn 2000..kjp nye dh 16tahun..kos upgrde bln lps RM2000..puas hati..kini moto kriss sy kembali baru seperti era 16 thn yg lalu

    ReplyDelete
  53. dah 5 tahun lebih pakai ada la masalahnya tp x bykk... bila lama2 baru ada masalah. dalam 3 4 tahun memula xde sgt..

    ReplyDelete
  54. dah 5 tahun lebih pakai ada la masalahnya tp x bykk... bila lama2 baru ada masalah. dalam 3 4 tahun memula xde sgt..

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum model aku 2011,skrg 2017. Insyallah,takde masaalah.bunyi ekzos mmg mantap,handling,kadang kala,terasa mcm superbike,hehehhe.minyak save gila,pernah kunci tertinggal,kat motor,pagi sampai ptg,kat public parking,alhamdulillah,ada n selamat,kalu lc sah lesap! Carburetor,aku tukar pd rxz,terbaik tiga hari tak start pn,xde masaalah,tak pernah guna choke. Cuma digital clock je selalu kena setting. Gt the best

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum....sye juga pkai GT 128 dah setahun lebih..... setakat Klang-port dickson tu dlm 1 jam je....Tp baru2 ni....moto ade problem skit.... dkt meter Odo tu kerap berkelip....nk kata magnet api....dah tukar dah...Tp still berkelip....bleh sye thu Sbb ape ye....

    ReplyDelete
  57. Salam,saya pakai gt128 ni dah 72000km,,enjin masih tip-top,meter boleh lg cecah 130,jaga minyak itam ja.

    ReplyDelete
  58. Salam,saya pakai gt128 ni dah 72000km,,enjin masih tip-top,meter boleh lg cecah 130,jaga minyak itam ja.

    ReplyDelete
  59. Lau mau power lagi upgrad cylender piston racing 5.7 mm

    ReplyDelete
  60. Saya dah guna GT128 selama 6 tahun,
    Sejak kebelakangan ni speedometer hidup mati time bawa, apa masalah ye? Batri dah tukar baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Speedometer kejap hidup kejap mati sedangkan bateri baru, masalah tu datang dari meter tu sendiri..

      Delete
  61. Idup lagi ke group ni? Cmna nk setting karburator baru GT128 , moto payah hidup kes pomen bg rosak skru ejas angin.. sekarang setting lari, minyak mcm masuk lebih. Bila nk pasang yg baru ada 2 3 paip tube ke karburator. Sapa2 boleh snap gambar keadaan asal x paip tube tu pergi ke lubang mana?

    ReplyDelete