Saturday, December 31, 2011

Contengan Jalanan - Hlovate


Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasa indahnya dunia milik Maha Pencipta. Novel pertama dalam ruangan myNovel yang aku akan review ialah Contengan Jalanan karya Hlovate. Arigato Gozaimas kepada classmate yang juga rakan blogger, De Dani yang bermurah hati meminjamkan novel ni selama sebulan lebih.. Kalau library aku rasa dah lama kena kompaun sebab lama sangat pinjam. Haha.. Bagi aku, Hlovate adalah novelis misteri dan mungkin juga sangat humble. Misteri kerana sampai ke hari ni aku tak tahu siapa beliau sebenarnya dan humble kerana walaupun karyanya telah dibaca oleh puluhan ribu manusia, namun beliau masih belum memunculkan diri di khalayak ramai dan mengumumkan bahawa; akulah Hlovate. 
        Bagi aku, perkataan yang sesuai dengan karya2 Hlovate ialah “unik”. Begitu juga dengan novel yang aku baca ni ; Contengan Jalanan. Dari kulit luar pun sudah nampak keunikannya. Tunggang terbalik..! Mana satu atas, mana satu bawah? Mana satu depan, mana satu belakang? Inilah seni yang Hlovate selalu tekankan dalam karya2nya. Ohh, ada dua kisah rupanya. I-Fend dan II-K² .. Lucunya, pada awalnya aku pun konfius gak. Ish, nak mula baca dari mana ni?! Tak perasan nombor I dan II tu..
         Menelusuri jalan cerita dalam novel ni memang mengasyikkan. Cumanya ada part2 berkaitan muzik yang terlalu mendalam penerangannya membuatkan aku skip sikit2. Tu dah memang style HLovate dalam novel2nya yang penuh dengan “irama muzik”. Dalam novel ni, pembaca dibawa mengembara ke beberapa tempat, dari Kuala Perlis hinggalah ke Sydney dan Blue Mountains di Australia serta Jakarta dan Bandung di Indonesia. Aku paling suka part cerita tentang K² yang “mencari sesuatu” di Jakarta dan Bandung. Keadaan atau suasana bandar utama di Indonesia tu diperincikan dengan baik, seolah-olah anda bukan membaca sebuah novel, tetapi sedang menonton tayangan video di depan mata. Aku suka membaca novel yang mempunyai latar tempat yang pelbagai seperti Contengan Jalanan ni. Dan satu lagi yang aku bangga, ialah Kuala Perlis yang menjadi latar tempat yang tak kurang pentingnya dalam novel ni...tempat kelahiran aku tu beb..! Kisah bagaimana seorang remaja biasa yang berubah selepas menemui hidayah dalam pengembaraan, benar2 menyentuh hati. Pelbagai rentas masa berbeza yang mewarnai kehidupan watak2 utama seperti Fend, Chad, dan K² disajikan dalam Contengan Jalanan ni ; kenangan silam zaman kanak-kanak yang riang dan nakal, zaman muda remaja yang santai, dan ketika  menikmati ramadhan di perantauan ditutupi dengan kesan dan peristiwa sesudah mereka memperoleh hidayah.
          Seriously,ini bukan novel kosong, ini novel yang sarat dengan mesej berguna. Plot cerita yang dijalin kemas dan disulami dengan terjemahan ayat al-quran menunjukkan setiap sesuatu yang berlaku itu telah ditakdirkan dengan sebaiknya untuk kita. Kalau ada masa, tak rugi baca..!

TM : Contengan Jalanan- Hlovate. Novel dakwah yg sempoi..! Kisah hamba mencari tuhannya, kisah hidayah Allah itu luas..tak kira siapa dan di mana.. Inilah contoh membaca novel tak mmbuang masa dan sia-sia. Perjalanan penuh warna warni, dari Kuala Perlis hingga ke Jakarta dan Australia, disulam dengan terjemahan ayat2 al-quran yg indah.. “The Eleventh Hour – The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.” Tak perlu bertangguh kalau nak beramal... 

4 comments:

  1. ntah bile laa peluang ak dapat beli.. kui3

    ReplyDelete
  2. tapayah beli la capix..pinjam meminjam itu budaya kita..hehe ^^

    ReplyDelete
  3. masih tercari-cari novel ini di pasaran...namun belum menjumpai..

    ReplyDelete
  4. @Wardah Biru : Order ja novel ni dari Website JemariSeni. Free Delivery..!

    ReplyDelete