Hari yang awesome! Petang tadi aku selamat meng-install Need
For Speed The Run, iaitu siri terbaru dari
game Need For Speed, PC game yang bergenre racing. Need For Speed The
Run yang bergenre kacukan action dan racing, membangkitkan kenangan kepada NFS
Undercover dan Most Wanted yang dikeluarkan beberapa tahun dahulu. Ahh, tak perlu aku memperkenalkan lagi Need
For Speed yang memang sedia terkenal ni. Need For Speed The Run ni di-launch
pada bulan lepas iaitu November 2011, orang kata “dok hangat lagi” hahaha.
Justeru itu, aku amat berbangga kerana desktop kesayangan aku, Sang Panamera
merupakan antara desktop terawal di Malaysia ni yang disumbat dengan NFS The
Run ni..! Hahaha... aku bukan nak review pasal game ni sebab aku pun baru ja
mula nak main. Tapi keterujaan aku sebaik start game ni membuatkan aku bermurah
hati untuk menghidangkan appetizer atau pembuka selera dari NFS The Run ni
untuk dikongsi bersama..!
Wordless! Tidak terkata apa2, hanya tersenyum keterujaan
sebaik sahaja monitor menayangkan main menu dari game ni. Smooth! Bermula
dengan drama aksi melibatkan model Porsche Carrera dan Audi RS4, yang tentunya
berlainan langsung dengan siri Need For Speed sebelum ni, dan hinggalah ke
suatu tahap, sudah terhidang beberapa buah supercar untuk dipilih bagi
memulakan karier dalam The Run. Sukar untuk membuat pilihan, dan akhirnya, BMW
M3 GTS hitam menjadi pilihan bagi aku meneruskan karier! Kena pulun game ni
sampai boleh drive sportcar termahal di dunia, yang telah merampas mahkota
Bugatti Veyron, iaitu Lamborghini Sesto Elemento yang membuat kemunculan
pertama dalam game racing..! Vr00oooomm!
NOTE : ScreenShot adalah original dari PC aku sendiri, bukan google image k..untuk lebih feel, klik gambar okay..!
|
Player memegang watak sebagai Jack dalam The Run |
|
Babak awal : Jack dikurung dalam Porsche yang dijatuhkan ke dalam compress machine dan tangannya diikat pada stereng. |
|
Jack bertungkus-lumus untuk keluar dari porsche yang mula dimampat oleh compress machine |
|
Sebuah Audi RS4 digunakan untuk melarikan diri sambil dilanyak oleh beberapa buah Cayenne milik penjahat |
|
Thrill : Audi RS4 hampir dilanggar keretapi waktu melintas landasan keretapi |
|
Ehh..orang jual itik pon ada dalam NFS The Run! |
|
Yeahh..garaj sudah dibuka..! Plih yang mana berkenan! |
|
M3 GTS, handling is very easy, perfomance not bad |
|
Maka, bermulalah karier di The Run, dengan sebuah M3 GTS |
|
M3 GTS..ada rupa, ada kelajuan..! |
|
Sesto Elemento...I'll come to you some day..yeahhh! |
bro.. bro install game kat maner? cd ker internet?
ReplyDeleteInstall dari DVD.. ada 2 DVD (RM 25).. nak download besar sgt saiznya..
Delete