Sunday, February 12, 2012

Beberapa Fakta Tentang Handphone (Part 2)


Perkara2 yang anda tak tahu tapi handphone anda boleh melakukannya..!

  • Panggilan Kecemasan

112 adalah nombor kecemasan bagi handphone di seluruh dunia. Katakanlah anda berada dalam situasi kecemasan dan tiada liputan (network coverage) di kawasan tersebut, jangan bimbang. Dail 112 menggunakan handset dan secara automatik, handset tersebut akan “bekerja keras” mencari mana2 liputan terdekat dan menghantar isyarat kecemasan untuk anda. 112 tetap boleh didail walaupun keypad locked..!

  • Membuka Pintu Kereta yang Terkunci

Dalam situasi tertentu, seperti kunci kereta tertinggal di dalam kereta dan anda pula berada jauh dari kunci spare, cara ni boleh digunapakai.., dengan syarat, kunci spare juga menggunakan “remote” yang sama dengan kunci kereta yang tercicir tersebut. Pegang handset anda lebih kurang sekaki jaraknya dari kereta. Minta orang yang memegang kunci spare menekan “unlock” (hold) sambil merapatkan kunci spare tersebut pada handset mereka juga. Cuba beberapa kali hingga pintu berjaya di-unlock atau sekurang-kurangnya bonet kereta akan terbuka..! Menarik untuk dicuba..!


  • Lumpuhkan Handset yang Dicuri              

Wah, macam bahasa Indon la pulak..! Ceritanya begini.. Katakanlah Handset anda dicuri. Handset zaman sekarang canggih-canggih, seumpama sebuah komputer. Katakanlah juga anda seorang businessman yang hebat dan dalam handset tu ada maklumat2 rahsia bernilai jutaan ringgit. Bayangkan kalau pencuri itu “menyelongkar” handset tersebut dan menemui maklumat itu. Habissslaa..! So, apabila handset telah sah dicuri, lakukan cara ni bagi melumpuhkan handset tersebut sama sekali. Handset tersebut akan di-block dan tidak boleh digunakan lagi walaupun dikembalikan kepada anda..! Handset yang dicuri besar kemungkinan takkan diperoleh kembali, namun sekurang-kurangnya anda yang menjadi mangsa berpuas hati apabila handset tersebut tak boleh digunakan lagi oleh sang pencuri..nak jual pun tak laku daa..  kalaulah semua pemilik handset melakukan perkara ni, nescaya takkan ada lagi yang mencuri handset kerana ianya telah menjadi ibarat “sampah” lepas dicuri.. Begini caranya, simpan IMEI handset anda di suatu tempat. Apabila handset anda dicuri, cepat2 hubungi penyedia perkhidmatan (service providers) anda seperti Maxis,DiGi, atau Celcom dan laporkan kehilangan handset anda serta berikan IMEI handset tersebut, seterusnya minta mereka “block” handset yang menggunakan IMEI tuh. Perlu diketahui bahawa hal ini bergantung kepada persetujuan penyedia perkhidmatan tersebut.

  • Kuasa Bateri yang Tersembunyi

Tahukan anda, bateri handset anda ada menyimpan kuasa tersembunyi dan sangat berguna kala kecemasan..!  Walaupun penunjuk bateri menunjukkan bateri hampir habis, tekan *3370# dan handphone akan restart dan kuasa bateri tersembunyi akan keluar dan kini, penunjuk bateri kembali menunjukkan status bateri berada pada tahap 50%...! Kuasa simpanan ni akan dicas apabila anda mengecas handset tersebut. (note : kebiasaannya untuk handset Nokia..model lain tak pasti)


*Laporan Asal :
# link 1



No comments:

Post a Comment