Sunday, February 19, 2012

10 Sebab Memilih Android Phone


Setiap sesuatu yang kita lakukan tentunya punya alasan yang tersendiri. Dunia hari ini menyediakan kita banyak pilihan dan kitalah yang menentukannya berdasarkan alasan2 yang tersendiri. Setelah sekian lama “hilang minat” untuk berbicara tentang handset, kebelakangan ni minat tu mekar kembali dalam diri ini, membangkitkan kenangan2 zaman sekolah menengah beberapa tahun dulu. Hari ni, handphone bukan lagi sekadar “handphone” yang sekadar untuk call dan sms, tapi layak dipanggil “smartphone” berdasarkan fungsi2nya yang hampir menyamai sebuah komputer..! Data dari pelbagai sumber menunjukkan 3 platform gergasi yang bersaing sesama sendiri dalam arena smartphone hari ini, Apple (iPhone), Research in Motion-RIM (BlackBerry), dan Google (Android). Ruang selebihnya diisi oleh Windows Mobile, Symbian (mostly Nokia) dan Palm.. Dari pengalaman dan pembacaan yang tak seberapa, di dini aku tuliskan mengapa aku pilih Android Phone untuk dibeli...

1. Ribuan Aplikasi dan Permainan
Yeahh..Inilah sebab utama memilih android. Ribuan application dan games untuk dimuat turun secara percuma dari “Market”. Walaupun android lebih muda dan murah dari iPhone, tapi application yang tersedia bolehlah dikatakan setanding dengan iPhone. Dan inilah tujuannya Google membangunkan Android, adalah untuk bersaing dengan iPhone. Awalnya mungkin kelihatan mustahil, tapi telah ada kajian2 di sesetengah tempat menunjukkan Android telah mengatasi iPhone..! Mengenai BlackBerry pula, sukar untuk aku memperkatakan tentang application. Komen dari seorang member yang memiliki BB sekian lama, “Android best tang application..BB pun kalah..!”... anda tafsirlah sendiri..

2. Open Source
Umum tahu, jika dibandingkan dengan iPhone dan BlackBerry, Android adalah satu2nya yang bersifat open source. Senang cerita, dikatakan lebih “bersifat terbuka”. Maksudnya, Android di bawah kawalan Google, membenarkan malah menggalakkan pembangun2 software untuk membangunkan aplikasi dan di bawah pemantauan Google, ertinya masih ada pengawalan (centre control) dan ini dapat menjamin kefungsian aplikasi tu..! Hal ini juga membenarkan pihak lain membuat modifikasi ke atas Operating System (OS) di bawah kawalan Google. Lain ceritanya dengan iPhone yang sangat2 ekslusif tu. Hanya Apple sahaja yang punya hak untuk mengubah itu ini pada iPhone tersebut.

3. Kepelbagaian Pilihan
Daripada tiga gergasi di atas,Android memenangi dari segi kepelbagaian pilihan. Maksudnya pembeli punya banyak pilihan untuk memilih jenama smartphone yang dikehendaki. Antara yang terkenal ialah Samsung, HTC, Sony Ericsson, Motorola, LG dan bayak lagi. Bila banyak pilihan, tentulah lebih banyak spesifikasi yang boleh dipilih. Anda pengguna, tak perlu rasa terkongkong untuk memilih jenama dan specs yang sesuai dengan jiwa anda..! Pasaran Android sangat meriah dan cepat berkembang..!  Untuk iPhone dan Blackberry, anda harus akur pada 2 jenama ni sahaja dan modelnya pun taklah begitu banyak terutama iPhone. Agak lama untuk menunggu kelahiran mnodel2 baru bagi 2 jenama ekslusif ni jika nak dibandingkan dengan barisan model Android Phone yang lahir saban hari..!


4. Pelayaran Internet
Melayari Internet pada smartphone android pada hari ni samalah seperti melayari internet pada komputer anda. Apa yang terpapar pada komputer, itulah yang terpapar pada handset, cuma saiznya lebih kecil dan comel..! Tipulah kalau anda katakan anda pernah menggunakan internet, tapi tak kenal apa itu Google. Sebagai nama besar dan gah dalam dunia pelayaran internet, Google sedaya upaya menyediakan pengalaman berinternet yang hebat ke atas Android Phonenya. Flash Player, suatu komponen wajib kalau nak lebih enjoy dan menikmati fungsi penuh berinternet, sayangnya Adobe Flash telah “dibanned” oleh Apple pada iPhone dan iPad mereka..  

5. Tajdid
Tajdid, maknanya baru atau pembaharuan. Hehe..istilah yang kontroversi bagi member2 course aku di kampus. Antara 3 nama gergasi dalam arena smartphone ni, Android adalah yang termuda dan terbaru dilahirkan, iaitu pada tahun 2007. Yang baru tak semestinya lemah berbanding yang lama. Lihat sahaja dalam beberapa tahun selepas kelahirannya, Android telah berevolusi dengan cemerlang dan mula menggugat kredibiliti dan jenama pesaingnya yang lebih senior, iaitu iPhone dan BlackBerry yang mendominasi pasaran SmartPhone sejak sekian lama..! Ingatkah suatu ketika dulu, jika dikatakan smartphone, pasti terbayang di minda kita sebuah Blackberry dengan Qwerty keyboardnya yang sekian lama menjadi identity jenama tu..! Kini kalau sebut smartphone, mungkin imej BlackBerry sudah berganti dengan Sony Ericsson atau Samsung..! Remaja suka mencuba yang baru, tajdid.. Itulah sebabnya aku memilih Android..!

6. Harga
Faktor harga adalah pertimbangan penting bagi seseorang yang belum bekerjaya seperti aku. Sebagaimana banyaknya model2 Android Phone, begitulah banyaknya range harga yang tersedia bersesuaian dengan bajet anda. Nak sedap pakai tak semestinya beli Android Phone yang beribu ringgit. Yang ratus2 pun sudah cukup untuk memberi perasaan dan pengalaman seperti menggunakan iPhone yang berharga 2 ribu ringgit dan BlackBerry yang juga kebanyakannya berharga seribu ringgit ke atas.. Wang anda, anda tentukan..! 

7. Hak Kepenggunaan
Hak Kepenggunaan?! Macam masuk court ja.. Aku pun tak tau istilah apa yang sepatutnya. Apa yang cuba disampaikan kat sini ialah pemilik Android Phone bolehlah dikatakan memiliki autoriti (full-control) ke atas gajet Android mereka. Contohnya, pemilik Android boleh sukahati untuk customize smartphone mereka terutamanya dari segi display seperti menambah atau mengurangkan homescreen, peletakan widgets dan susunan menu serta latar belakang atau theme-nya. Berlainan dengan “kembarnya” iaitu iPhone, yang terlalu strict atas alasan ekslusif dengan pemiliknya, yang hanya membenarkan warna hitam menjadi latar belakang menunya. Anda yang membayar, so, your phone, your style..! Buat apa bayar kalau “dikongkong” dan “dipaksa”?!

8. MultiMedia
Dahulu, kebanyakan dari kita mengenali SmartPhone sebagai sebuah Serious-Phone for Serious People.. Hari ni, persepsi tu telah berubah sama sekali. Terima kasih kepada iPhone yang berjaya mengubah persepsi ramai terhadap smartphone. Dan kelahiran Android terus melenyapkan tanggapan kuno ini dan kini, umum setuju jika dikatakan Smartphone is Fun-Phone for Everybody. Dahulunya, smartPhone kurang menitikberatkan tentang keupayaan media, tetapi lebih memfokuskan fungsi perhubungan dan data seperti BlackBerry. Oleh sebab tu, smartPhone hanya terkenal di kalangan businessman dan orang berada dan berkepentingan saja. Kelahiran Android telah mengubah konsep ni dan tak dinafikan, keupayaan MultiMedia pada Android Phone memang awesome..! Di sebalik fungsi berbentuk perhubungan dan data seperti e-mail dan messenger dan office, ia juga mempunyai fungsi multimedia yang hebat seperti kamera megapixel tinggi, HD video recorder and player, music player yang lengkap dengan equalizer. Tak puas hati dengan apa yang ada? Download saja software2 percuma dari Market yang dapat mempertingkatkan serta memanfaatkan sepenuhnya keupayaan multimedia pada Android Phone anda..! 

                                      9. Bersosial
Mungkin kalau dibicarakan dari segi keupayaan bersosial, tentu BlackBerry lah juaranya. Lihat saja pada wall FB anda. Berapa ramai yang post sesuatu via BB? Jarang sekali kita nampak yang post via Android (atau jenama Android Phone tu) ataupun via iPhone.. Tuan BlackBerry boleh bersosial di mana saja, itupun disebabkan mereka melanggan internet bulanan yang jarang dilakukan oleh pemilik Android Phone. Tapi apa yang ingin di-highlightkan kat sini ialah kualiti dan kenikmatan bersosial itu seperti melayari FB. Seperti yang aku tuliskan kat atas, gajet Android membenarkan penggunanya menikmati kefungsian penuh berinternet sepertimana melayari internet pada PC. Tentu saja rasanya berbeza dari melayari versi mini bagi sesebuah website tu. Tentu juga berbeza apabila “share” gambar dari kamera 8 mp berbanding kamera yang 5mp ke bawah. Paparan bagi display beresolusi tinggi tentu tak sama dengan display beresolusi rendah dan saiz touchscreen yang besar dan luas tentu lebih memuaskan  mata dan pengawalan anda..! Kebanyakan BB tidak menggunakan touchscreen dan saiz screennya pula lebih kecil dari kebanyakan Android Phone. Kawalannya pula menggunakan button dan umum setuju kalau dikatakan ini agak “tradisional”. Kalau adapun, mungkin jenis BB Torch yang harganya mampu membuatkan anda yang belum punya pendapatan menjadi migraine sebentar.!


10. Mesra Pengguna
Ini adalah rangkuman bagi faktor2 mengapa aku memilih Android Phone. Pasarannya yang luas tentu saja menyediakan banyak pilihan kepada pengguna untuk memilih. Tak perlu rasa terikat..! Di Malaysia, kebanyakan smartphone BlackBerry dan iPhone perlu dibeli secara kontrak dengan penyedia perkhidmatan jalur lebar. Sudahlah modelnya terhad, kena sign kontrak pulak..! Berbicara soal fungsi, tentu saja Android phone jauh lebih mesra pengguna berbanding dengan iPhone yang terlalu banyak menghalang pemiliknya mengubah itu ini. Dengan Android, tak perlu fikir. Handphone anda, hak anda. Tambah yang kurang, buang yang tak perlu , ubah yang anda tak suka..buatlah apa saja yang anda suka. Aku tak pasti sejauh mana “mesranya” BlackBerry dan iPhone terhadap penggunanya, tapi melalui pembacaan pada kebanyakan website, ramai bersetuju bahawa antara ketiga-tiga jenama ni, Android adalah yang paling “mesra” dan “berlembut” dengan pemiliknya.

TM : Selain sebab mengapa aku memilih Android, artikel ni juga bolehlah dianggap sebagai comparison antara Android, iPhone dan BlackBerry. Segala yang ditulis hanyalah pandangan peribadi sahaja. Sebagai pengguna Android, tentulah aku menyokong apa yang aku pilih untuk digunakan. Anda mungkin mengatakan aku biased dan seumpamanya..ader aku kesahh?!  Mungkin pemilik iPhone berbangga dengan ekslusifnya jenama Apple dan pemilik BlackBerry berbangga dengan BBM mereka. Itu hal masing2lah. Sejujurnya, 10 sebab ni aku peroleh hasil pengalaman aku yang masih baru menggunakan Android dan pembacaan2 dari website yang menceritakan kelebihan2 android dan pengalaman2 pengguna BlackBerry dan iPhone yang “berhijrah” menggunakan Android Phone. Apapun, wang anda, hak anda untuk memilih..! Thanks for reading..ciao..! 





No comments:

Post a Comment