Harini dapat idea nak update blog memandangkan kebelakangan ni
dua tiga orang member dah dok tanya aku tentang cara menyemak SAMAN jpj dan
trafik melalui internet. Ye lah, sekarang musim cuti semua orang sibuk ke sana
ke mari dengan kenderaan masing-masing. So, bila dah berada atas jalanraya ni,
macam-macam la jadinya.. Kalau kita tak cari orang, orang cari kita..!
Begitulah pepatah yang selalu diungkapkan oleh orang yang lebih tua.. So, kat
sini, aku senaraikan beberapa website yang boleh digunakan untuk menyemak saman
trafik dan jpj serta lain2.
1. myEG (http://www.myeg.com.my/) – I’m
recommended this..!
Laman terbaik bukan sahaja untuk menyemak saman trafik dan
jpj, malah pengguna juga boleh menyemak bil elektrik, telekom dan beberapa
pautan agensi kerajaan yang lain. Pendaftarannya agak “merenyahkan” (sebab
melibatkan i.c), tapi pendaftarannya hanyalah sekali seumur hidup dan yang
penting, ianya percuma!!! Di sini juga pengguna boleh membuat pembayaran online
ke atas saman atau bil2 elektrik dan telekom..inilah gaya hidup moden..!
Pembaharuan roadtax juga boleh dilakukan bagi yang sibuk atau malas nak queue panjang2 kat ofis. Untuk makluman tambahan, anda juga boleh tolong menyemak
saman orang lain dengan mengisikan no. ic orang tersebut pada ruangan yang
disediakan. Ya, ianya sangat berguna apabila ada rakan2 atau keluarga menelefon
minta disemak saman mereka..!
2. Rilek (http://www2.rilek.com.my)
RILEK is stand for Rangkaian Interaktif Laman Elektronik
Kerajaan. Paparannya seakan myEG, tetapi fungsinya tidaklah sebanyak myEG.
Seperti biasa, pengguna wajib mendaftar bagi menggunakan aplikasi atas talian
yang disediakan. Tadi aku cuba masuk tapi nampaknya seperti bermasalah. Macam
kena virus pun ada. So, kalau myEG down, bolehla guna yang ni. Tak pasti boleh
cek untuk diri sendiri sahaja atau boleh semak untuk orang lain juga macam myEG
sebab aku jarang sangat menggunakannya...saja seronok2 daftar..!
3. PDRM (http://www.rmp.gov.my)
Website rasmi PDRM sendiri. Hanya untuk semak saman polis
trafik sahaja dan bukan JPJ. Pada kiri home page, terdapat pautan
SSO(Perkhidmatan Atas Talian), klik dan pilih link Laman Utama/ Pendaftaran
Baru yang muncul dalam kotak berwarna biru di kanan atas page. Pendaftaran
tidaklah se-detail myEG dan dalam masa seminit, anda sudah boleh menyemak saman
PDRM anda..! Syaratnya, harus ada email yang boleh di log-in dan jangan jadi
macam aku, yang kerap lupa id dan password sendiri.. arrgghhh..! Tambahan,
hanya boleh semak saman sendiri sahaja iaitu pemilik akaun yang didaftarkan kat
website tu.. Tolong semak jap? I’m sorry...daftar la sendiri..!
Note : Sebelum ni, saman JPJ boleh disemak terus pada website rasmi mereka tanpa perlu mendaftar, namun kini tercatat pada website rasmi tersebut bahawa pengguna hanya boleh menggunakan myEG untuk semak saman jpj secara online..whats going on?!
TM : Begitulah sedikit sebanyak maklumat yang aku boleh share
kepada yang belum tahu cara untuk semak saman secara online. Tak payah
korbankan kredit fon untuk semak melalui sms.. Keseluruhannya, aku recommended
myEG , walaupun pendaftarannya agak rumit seumpama mengisi borang nak kahwin,
tapi kegunaan dan fungsinya meluas dan awesome..! Bukan saja untuk diri
sendiri, tapi boleh juga bantu orang2 di sekeliling kita.. Pahala free tu..!
Jom daftar jangan tak daftar..!
Great job for publishing such a beneficial web site. Your web log isn’t only useful but it is additionally really creative too. Semak Saman Trafik
ReplyDelete