Dah lama tulis benda ni..cuma tader masa nak publish sebab tak
cukup masa.. Eeeuuww..macam la ada bisnes jutajuta.. Nama Ramlee Awang Murshid
tak perlu diperkenalkan lagi dalam arena novel atau seni penulisan tanah air.
Mendapat jolokan “ Novelis Thriller No. 1 malaysia”, karya2 beliau yang
bertemakan thriller sering saja menduduki carta best-seller di gedung2 buku
terkemuka sebaik saja keluar di pasaran. Inilah kehebatan Ramlee Awang Murshid
(RAM) dalam berkarya. Tak perlu “promosi” besar-besaran seperti novelnya
difilemkan atau dijadikan drama, tapi seringkali karya2 RAM dapat menduduki top 5 carta jualan
novel di gedung2 buku dan bersaing dengan novel2 yang yang kebanyakannya telah
berada di layar perak yang melonjakkan popularity novel tersebut. Salah seorang
penulis hebat yang aku telah baca kebanyakan dari karya2nya. Sebagai review
pertama novel dari RAM, aku memilih antara novel terawal beliau, iaitu sebelum
beliau bersama Alaf 21, iaitu novel Pei Pan keluaran Utusan Publication kalau
tak silap.
Novel Pei Pan ni bagi aku merupakan antara karya RAM yang
terbaik walaupun telah lama dikeluarkan. Rekod juga bagi diri sendiri kerana
menghabiskan novel ni dalam masa 2 hari sahaja.! Best woo..! dari awal sampai
habis memang berdebar habis...thriller tak sudah. And, at the end, kesudahan
yang kita tak jangka..! Mengisahkan ahli korporat yang dikhianati sahabat
baiknya yang dikenali sejak kecil. Sahabat yang menjadi orang kepercayaannya..!
Kerana terlalu percaya, bukan saja hancur sebuah bisnes, tapi juga musnah
sebuah keluarga..! Serius, novel ni memang best dan menyentuh emosi pembaca..! Berlatarbelakangkan
kehidupan korporat yang berjaya tetapi tersungkur akhirnya kerana dikhianati.
Novel ini juga membawa tema persahabatan yang sangat feeling..!
Sinopsis belakang buku : KHIANAT. Bukan kerja orang jauh.
Bukan niat busuk orang asing. Jauh sekali aniaya musuh. Kerja jiwa yang
ditunggang nafsu, dipacu iri berasa dikalahi. Melalui perjalanan masa yang
panjan, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat
menampakkan wajah yang sebenar.Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan,
persaingan.Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan. Pei
Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntun.
TM : Bak kata Donal Trump, You can hire the best person, but
you can’t trust them..! Nanti review lain karya2 RAM yang bakal menyusul di
TintaMalam..ciao..!
pei pan... ada kisah nostalgia dgn novel ni... :)
ReplyDeleteSaya pun minat RAM jugak.. 1st time jumpa novel ni dkt rumah bapa saudara saya dkt putrajaya.
Bayangkan dalam kurang dari sehari saya baca novel ni sampai habis gara-gara takut nanti bila dah balik kedah, x taw bila boleh dtg situ lagi. Nak pinjam tak berani mintak... hehe last2 mlm tu berjaga jadi burung hantu habiskan pei pan... sekali baca melekat terus dgn karya2 RAM... :)
Pei pan pengkhianatan... alahai sampai sekarang teringat lagi jln cerita dia yg belit2 tu..
psst... tau x tya tapi saja nk berkongsi cerita... hehe.. :)
@anis farzana : thanks coz singgah d lonely blog sy nih n share xperience tu..huhu^^ klu rjin bleh la suggestkn novel2 lain yg best yg pnah awk bc.. =)
DeleteLama saya cr novel ram yg awal.... semua novel dia saya ada.... cuma yg terawal x de... igauan maut, anugerah pertama dan pei pan.... ada x cara ca,ne saya nk dptkn buku2 ni...... dpt sewa pun x pe....
ReplyDeleteSalah satu cara ialah dapatkan maklumat mengenai publisher novel tu dan contact mereka...novel ni pun sy pinjam dari library kampus jerr..
ReplyDeleteKampus mana ya tu?
Deletetu la kan..sy pun semua koleksi dah ad..tggal 3 bijik yang terawal tu je smpai sekarang masih tercari2..tak ada sapa yang nak let go ker..hihihih..apa pun RAM is the best novelist triller..^^
ReplyDelete