Salam semua..lama
sungguh tak menconteng di sini…dan rasanya inilah entri versi comeback untuk
tahun 2013..makk aaii, da setengah tahun lebih aku tinggalkan TintaMalam
nii..takpalahh, dah sibuk kan..nak buat camna..
Oklah, sebenarnya,
benda ni dah lama dikarang, cuma tak upload dalam blog jerr.. Review tentang PC
Game la apa lagii.. Memperkenalkan, ceyy..macam award plak.. inilah dia, PC
Game terbaik untuk 2012 pilihan Tintamalam, iaitu Far Cry 3 developed by
Ubisoft... Far Cry 3 ni telah merangkul banyak anugerah dan seringkali
tersenarai sebagai Top 5 game terbaik 2012 bagi laman-laman games antarabangsa
di luar sana..
INTRO
Untuk pengenalan,
Far Cry 3 adalah game “first-person shooter” dan boleh juga dikategorikan
sebagai genre “action-adventure”.. Bila sebut genre macam ni, tembak-menembak,
bunuh membunuh, balas dendam, dan berperilaku kejam adalah rencah-rencah wajib
yang menjadi perasa utama dalam perjalanan ceritanya. Tidak keterlaluan kalau
TM katakan Far Cry 3 adalah sebuah “pengembaraan yang membuatkan anda tak tidur
malam!” kalau tak percaya, silakan mencuba..!
Map Far Cry 3 : nampak kecil tapi rasailah sendiri keletihannya nanti..! |
Baiklah,
secara ringkasnya, permainan Far Cry 3 dimulakan dengan intro video yang
memaparkan beberapa watak utama termasuklah hero iaitu diri player (Jason)
sedang berseronok di tepi pantai sebuah pulau. Video itu juga memaparkan
kegembiraan Jason dan rakan-rakannya bagi meraikan Riley (adik Jason) yang baru
mendapat lessen pilot. Tetapi rupanya, video intro ini dimainkan dari phone
Jason yang dirampas oleh Ketua Pirates iaitu Vaas.. kembali ke alam reality kini,
Jason bersama abangnya, Grant rupa-rupanya sedang berada dalam kurungan di
sebuah kem(outpost) Geng Pirates (penjahat berbaju merah).
Jason yang dikurung dan kelihatan ketua Pirates iaitu Vaas sedang memprovok |
Grant berjaya
mencari helah melepaskan diri dari kurungan dan bersama Jason mencari jalan keluar
dari kem tersebut. Hampir berjaya, namun di suatu ketika, sedang Grant dan
Jason meneliti peta, banggg…!! Grant terkulai kerana ditembak secara tiba-tiba
oleh Ketua Pirates iaitu Vaas. Jason tanpa berlengah terus berlari melepaskan
diri jauh ke dalam hutan dan ketika diserang bertubi tubi hinggalah terjatuh ke
dalam sungai dan diselamatkan oleh Dennis, maka episode balas dendam terhadap
kematian Grant pun bermula..
Demi sahabat tercinta, Jason bertarung nyawa..! |
Jason juga memulakan misi mencari rakan-rakannya
yang diculik Geng Pirates, iaitu Liza dan Riley pun bermula..disebabkan player
(Jason) adalah seorang yang noob pada awalnya, jadi Dennis adalah orang yang
banyak membantunya mendalami ilmu-ilmu dan kemahiran (skill) untuk menjadikan
Jason lebih bersedia dari semasa ke semasa bagi menghadapi kekejaman Pirates. Oleh
itu, sistem “Skill” dan menu “Crafting” disediakan sebagai petanda progress
player dalam Far Cry 3 ni.
Untuk lebih faham
dan mendapatkan gambaran sebenar, streamlah video pendek ini…
APA YANG BEST ????
Disebabkan inilah
kali pertama bermain games jenis “first-person shooter” ni, maka banyaklah
benda yang membuatkan aku terharu teruja..hehee..layann je laa…
Harvest Jungle
Seriously, aku
lebih teruja dengan benda-benda sampingan dalam Far Cry 3 ni berbanding dengan
main storylinenya atau mission2 utamanya. Contohnya, harvest the jungle. Far
Cry 3 memberikan anda kebebasan sepenuhnya dan seluasnya untuk mengembara dalam
hutan dan mengumpul hasil-hasil hutannya. Fokus utamanya tentulah memburu
binatang..sungguh menakjubkan, terdapat pelbagai variasi haiwan darat, laut,
dan sungai untuk diburu dan sebahagiannya amat berguna untuk dijadikan material
untuk “crafting”.
Boar Hide diperlukan untuk crafting larger Rootsack |
Memburu binatang bukan saja menyeronokkan, mendebarkan, dan
mengujakan (kerana belum pernah ada game buru2 binatang nihh), tapi juga penting
sebagai persediaan untuk “berperang”. Pada asasnya, anda hanya punya
kelengkapan basic seperti hanya mampu membawa 1 senjata saja pada satu2 masa,
namun, setelah memperoleh kulit binatang tertentu, weapon holster boleh
diupgrade untuk bawa lebih banyak senjata pada satu2 masa. Banyak lagi benda
yang boleh di-upgrade pada menu crafting dan benda2 yang telah di-upgrade ini
tentulah akan menjadikannya lebih baik..! Justeru, tips penting jika nak menang
dalam berperang ialah “harvest the jungle” !!
Radio Tower; bentuknya hampir sama, tapi cabarannya berbeza..! |
Activate Radio
Tower
Radio Tower atau
menara yang terbiar yang menyeramkan, kebanyakannya terdapat di atas-atas bukit
sekitar North Island, iaitu nama tempat latar game Far Cry 3 nih. Pada puncak
menara “besi buruk” terbiar ini. terdapatnya kotak suis yang perlu dihidupkan
oleh player (Jason). So, apa lagi, kena panjatlah tiap2 menara ni dan “on” kan
suis tersebut. Ada 13 menara kesemuanya.
Kotak suis yang perlu diaktifkan di puncak Radio Tower |
Pentingnya menghidupkan suis pada
puncak Radio Tower ini ialah dapat membuka Map dengan lebih luas dan memudahkan
player untuk melihat dan pergi ke sesuatu destinasi dalam map. Setiap Radio
Tower yang telah diaktifkan, akan diberi (unlock) percuma beberapa jenis weapon
dari store. So, tak payah letih2 kumpul duit beli weapon. Activate ja Radio
Tower, makin banyaklah koleksi weapon yang sedia untuk digunakan..! Oh ya,
jangan tengok bawah yea waktu panjat menara tu..tambah2 bagi yang jenis gayat
terlebih..!
Outpost geng Pirates ditandakan dengan bendera merah dan asap hitam |
Liberate Outpost
Liberate Outpost
ataupun menawan/menjajah/membebaskan outpost. Untuk pengetahuan, di sekitar
North Island, terdapatnya markas2 geng Pirates dan di sekitar South Island pula
dikuasai geng Hoyt Privateers (fasa ke 2 game). Markas2 ini ditandakan dengan
kepulan asap hitam yang boleh dilihat dari jauh. Strategi dan kemahiran
pertempuran, samada senyap ala2 ninja ataupun kaedah kamikaze, amat diperlukan
bagi menawan markas ini.
Panji Biru Rakyat dinaikkan menandakan outpost berjaya ditawan |
Setelah markas berjaya ditawan, iaitu setelah panji
Rakyat (berwarna biru) dinaikkan, maka secara rasminya tempat tersebut menjadi
milik Geng Rakyat dan player boleh menjadikan tempat ini sebagai “fast travel
location” untuk manual save atau untuk setting weapon. Juga terdapat side
mission pada tiap2 markas ini seperti memburu haiwan eksotik atau membunuh
orang tertentu. Semakin banyak markas penjahat ditawan, semakin mudahlah player
untuk menyelesaikan mission2 utama.
Variasi pilihan weapon untuk player beraksi sepuaassnya |
Variasi Weapon
Dah nama pon game
shooter, aksesori utamanya tentulah weapon. Variasi weapon yang tersedia dalam
Far Cry 3 sungguh mengujakan dan terrbaaeekk..! Dari jenis silent hinggalah
kepada mounted gun pada kenderaan 4X4 yang bunyinya memekakkan telinga ada
tersedia untuk anda.
Scope weapon yang telah di-upgrade dapat meningkatkan accuracy |
Semakin lama bermain, semakin banyak pilihan weapon
tersedia dan ada sebahagiannya boleh di-upgrade dengan menambah kelengkapan
seperti “silencer” dan “scope” bertujuan meningkatkan lagi mutu sesuatu weapon
itu yang ditandakan dengan bilangan bintang. Weapon pilihan aku ialah Recurve
Bow dan tentulah mounted gun pada kenderaan yang pelurunya infiniti..!
YANG TAK BEST PULAK
???
Lain orang lain
citarasa, begitu jualah aku.. Walaupun banyak benda yang perfect dalam Far Cry
3 ni, ada jugalah 2 3 perkara yang aku kurengg suka. Antaranya ialah
unsur-unsur mistik dan fantasi yang terdapat atau muncul sekali sekala ketika
menyelesaikan mission utama. Antaranya scene ketika mencari cendawan berubat
seperti diminta Dr Earnheart dan scene bertempur dengan raksasa apa ntah di
kuil Citra. Bagiku, elok-elok dah Far Cry 3 ni punyalah real bagai, tetiba ada
pulak scene mistikal fantasi ni yang sedikit sebanyak mencacatkan Far Cry 3..
Contoh scene fantasi dalam FC3 yang x berapa best |
Perkara lain yang
tak berapa best ialah berkenaan Radio Tower yang sesetengahnya punyalah susah
untuk dipanjat. Aduuhaaii, kekadang tu rasa fed-up gilerr. Bapak punya ekstrem
sampai tak larat jatuh daa! Apapun, untuk kali pertama bermain, aku berjaya
juga aktifkan kesemua 13 Radio Tower tu..
KESAN GRAFIK
Selain kepermainan Far Cry 3 yang super-duper
awesome, apa yang menjadi tarikan utama ataupun pelengkap bagi game Far Cry 3
ini ialah berkenaan grafiknya.. Fuhh, tak terkata..! Jika anda punya spec
gaming PC, setlah video quality kepada “ultra”, dan anda akan terpegun melihat
indahnya alam semulajadi dalam Far Cry 3. Sebagai orang Asia, latar tempat Far
Cry 3 yang menggunakan kepulauan di Asia sebagai latarnya dan hutan hijau
tropika yang “deep”, tentulah mudah untuk mesra dengan suasana sebegitu.
Pemandangan yang tentunya memukau mata |
Segalanya tampak
real dan hidup. Kalau tembak orang, akan terasa ngeri dan geli bila mangsa
menggeletik kehilangan nyawa. Begitu juga dengan variasi binatang yang wujud,
dari sekecil pepatung dan kumbang yang beterbangan, hinggalah sebesar beruang
asia yang bersembunyi dalam gua batu ataupun sang jerung yang berenang di
lautan, semuanya realistic dan sukar mencari kecacatannya..! Begitu juga dengan
kesan karat pada Radio Tower dan kapal yang tersadai di tepi pantai atau kesan
lumut hijau yang mengotori dinding-dinding pondok terbiar di sekitar hutan.
Tak puas hati lagi
nih nak komen sal grafik..seperkara lagi yang harus diberi pujian ialah
keupayaan Ubisoft menggambarkan suasana pedalaman hutan hijau khatulistiwa
dengan begitu detail yang amat. Dari segi tekstur tanah, batu, flora dan fauna,
dan juga kawasan berair sepertio laut dan sungai, semuanya perfect..! Dengan
setting grafik tahap ultra, tanpa perlu meneliti, anda akan Nampak sejelasnya
percikan wap air pada kawasan air terjun dan bilah-bilah cahaya yang menembusi
dedaunan pohon rendang dalam hutan yang tebal itu. Grafik yang awesome ini
membuatkan anda berasa gayat bila berada di tempat tinggi, berasa geli dan
jijik pada bangkai dan darah, dan seakan “lemas” tika berada lama di dalam air.
Terima kasih Ubisoft yang membawakan pengalaman yang super realistic buat
orang-orang yang malas melibatkan diri dalam aktiviti outdoor macam aku nih..!
Malam yang penuh debaran dalam FC3 |
Putaran waktu
seakan reality juga memainkan peranan penting dan suasana serta pemandangan
hutan juga turut berubah seiring dengan waktu pada ketika itu. Suasana pagi,
malam dan tentunya paling bening dan sunyi ialah waktu senja..Meremang bulu
roma kalau berjalan-jalan dalam hutan tu sorang-sorang…! Sejujurnya, tidak
padanlah grafik yang awesome dalam Far Cry 3 itu digambarkan dengan tulisan aku
ni.. pendek kata, anda perlu mencuba sendiri…ceburkan diri anda ke dalam dunia
pengembaraan hutan yang sungguh mendalam itu..!
Kesan Bunyi yang Superrrbb |
KESAN BUNYI
Game yang mempunyai
kesan grafik yang hebat tentulah diiringi oleh kesan bunyi yang hebat juga..!
Beginilah, cuba bayangkan anda berseorangan di rumah pada waktu malam dan
sedang bermain Far Cry 3 sampai terleka, nanti akan terasa diri seperti sedang
diperhatikan..heheheeee.. Bunyian berunsurkan saspen dan thrill amatlah bersesuaian
dengan suasana hutan yang sunyi dan hening terutamanya waktu malam. Sedang anda
berjalan terhendap hendap di dalam semak samun setinggi dada, tiba-tiba harimau
datang menyerang aauummm!!! atau musuh menyedari kehadiran anda dan apa lagi,
bang! bang! bang!! berperanglah..! Kesan bunyi juga akan berubah secara
automatik bersesuaian dengan suasana semasa..contohnya, ketika anda sedang
berjalan, muziknya biasa saja, tapi jika tiba-tiba musuh membuat sekatan jalan
di hadapan, muzik bertukar rancak tanda akan berlakunya pergelutan..
RUMUSAN
Lost Word..! Apa
yang boleh diperkatakan ialah totally awesome. Sebelum ni aku menganggap kalau
game tembak-menembak ni, GTA lah paling best, rupanya Far Cry 3 lebih
awesome..! Far Cry 3 adalah game yang membuatkan anda tak tidur malam..game
yang mendatangkan nightmares dalam mimpi-mimpi anda dan game yang membuatkan
anda terus mahu “lekat” di depan monitor PC..! Realistiknya membuatkan anda
terasa dibawa ke suatu tempat asing di dalam hutan khatulistiwa (Thailand) rasanya,
dan bukan lagi berada di dalam rumah sendiri. Bersedialah untuk dihantui
kegelisahan dan keseraman dan debaran yang tak berkesudahan..!
PC REQUIREMENT
Hmm..sebelum
berpisah, kalau ada yang belum mencuba Far Cry 3 yang penuh berperisa ini, saya
sangat2 syorkan untuk mencuba..tapi apapun, pastikan PC atau laptop kalian
mencapai sekurang-kurangnya minimum requirement untuk dimasukkan Far Cry 3 ni
yea..kalu tak matching, beli PC baru..sekian..
PC Requirements untuk FC3 |
TM : Puas melepas
geram lama tak menulis.. Far Cry 3, PC game terbaik 2012..! Really-really love
it and want to play again and again..! Two thumbs up without compromise..!
#gambar hiasan
ialah dari google image, namun gua approved ianya adalah capture sebenar dari
Far Cry 3, bukan reka2 dengan photoshop ehh.. malas nak screenshot sendiri..
No comments:
Post a Comment