29 MEI 2015
Bila tengok tarikh walimah sebelah lelaki,
iaitu 4 Jun 2015, hmmm..., aduhaaii rugiinyaa tak dapatlahh nak pi tarikh tu,
ada hal. Rasa macam serba tak kena kalau
tak pi sebab pengantinnya ialah classmate & roommate aku... 5 tahun pulakk
tuu.. kawan rapat jugakklahh kami ni, dah macam adik beradik.. sebab tu lahh
aku rasa macam serba salah sangat kalau tak attend wedding Jat nii...
Kad Kawen kee paper exam nii?? |
Tapi, last minit daa... tetiba si Amett
ajak aku pegi teman Jat akad nikah di Kuala Kangsar sekali dengan walimah
sebelah wife Jat di Kuala Kangsar, Perak. Uishh, peluang keemasan nii.. Kalo
takda geng, memang aku tak pegi dahh sensorang.. Tak cakap banyak, aku pun
terus say “yes” jerr...
Maka petang tu, lebih kurang jam 7.00 p.m,
Jumaat, 29 Mei 2015, Amett mai amek aku yang baru sampai dari Langkawi kat
Masjid Terapung. Maka kitorang berlima (Aku, Amett, MatBee, Syafiq Saad &
Izzudin Photographer) bertolaklaa ke rumah si Amett nii untuk menukar kereta.
Kesiann jugakklaa bebudak 3 orang kat belakang tuu sebab berimpit dalam MyVi RJ
tuu. Bila dapat Preve, selesa laa sikit rasa.. Ni lahh 1st time aku nek keta
besar2 macam Preve nii.. Alhamdulillah syukuuurrr, Malaysia masih aman..!
Dalam kereta tuu punyalaa bisingg sebab
masing2 dah lama tak berjumpa... ada la kot 6 bulan lebih daa tak bersua
muka..! Yang pastinya, MatBee lahh selalu menjadi mangsa kena bahann dengan aku
& Amett..hehehee. Lepas singgah Petronas Mergong tuu untuk refill &
shooping cekedis, kitorang ponn bertolak laa ke Kola Kangsar dengan penuh
bergaya...hahahh
Sebelum meneruskan perjalanan, kitorang
singgah dulu kat R&R Gurun untuk pekena kari ayam yang khabarnyaa sungguh
“ummphh” kata si Amett nii.. Sesuai lahh dengan aku pun yang tengah mendidih
kelaparan waktu tuu.. Hmm, ok lahh, sedap jugaklaa lauk2 kat kedai tuu (Kedai
Vistana).. Lepas Jama’ Ta’khir Isya & Maghrib kat surau R&R Gurun tu,
Proton Preve dipecut laju menuju ke Bandar Diraja Kuala Kangsar... Destinasi
kami, Ezy Inn Hotel yang terletak berdekatan dengan masjid yang akan menjadi
venue pernikahan Jat esok pagi...
Check In jaa dalam bilik hotel tu,
apalagii, bergelak sakan laa bila berjumpaa dengan sorang lagi classmate, Mat
Duang yang tiba lebih awal bersama zaujahnya. Lebih riuh rendah apabila yang
ditunggu tunggu, Muhd Zackeyy tiba tak lama kemudiann dengan WsW kesayangannya
setelah memandu solo dari Kajang City. Fuhhh...! Rase macam “.... like the
olden days sangat” malam tuu.. Even 6 bulan tak jumpa, tapi rasaanyaa macam
dahh 6 tahun daa~ itulah tanda akrabnya sebuah persahabatan....
Check In...! Satuuuuuuuu ...... |
Pukul 1 lebihh daa tapi still tak
mengantuk. So, geng single nii, aku, Zackeyy & Matbee turun lepak2 kat
kedai mamak bawah hotel tuu.. uuii, lamanyaa tak lepak2 kedai mamak macam nii..
teringat balik zaman Taman Ira masa sem last kat IPG Perlis dulu... MatBee
& Zackk keje menyakat aku apesal makin kuruss.. ahakzz..! Aku ni, jadi
orang KL kejap laa bile jumpa dengan si Zack nii..hoho
6 Bulan jugakklaa tak jumpa... Sayangnya aku kpd dia hanya kerana Allah semata mata :) |
Malam tu, dekat pukul 3 jugakklaa kami
tido.. puasss menyembangg macam-macam... “qadha” 6 bulan punye sembanggg..
hahaa.. zackk nii walaupun letih drive sorang2, tapi die layannn jee aku dok
merapu ape ntahh.. si amett, syafiq saad & izzudin photographer dah lama
hanyut ke alam mimpi sambil dibuai dinginnya ekon dalam bilik hotel tuu..
Geng Single.. hehe >_< |
30 MEI 2015
Hari yang ditunggu-tunggu... Hari yang bersejarah
terutama buat Ijat dan pasangannya Husna yang akan dinikahkan jam 10.00 pagi
nanti.
Pagi tuu kat hotel, masing2 bangun awal dan
get ready untuk check out dan bergerak ke Masjid iaitu venue pernikahan Jat
dengan Husna. Bila tengok member2 aku nii bersiap, uishh tak kalah jugak orang
laki nii dalam bab bersiap nii.. especially si Amett & Matbee... siap iron
duatiga helai bajuu lagi untuk dipakai ari tuu... tapi, sudahnya tak pakai
ponnn.. Aku & Zackk jugak yang paling simple.. sesuai lahh pun kami dua
jadi roommate masa sem last dulu..!
Bila dah sampai awal dari pengantin... buat apa lagii.. bergosip laaa.. haha |
Abes jaa breakfast & shoot dua tiga das
kat kaki lima hotel tu, kami pun berkonvoi ke masjid. Makkk aaii, terlebih awal
pulakkk. Pengantin, tok kadi semua tak sampai lagi. Masjid pon lengang lagi.
Takpalah, kami pusing2 dulu mencari rumah pengantin perempuan iaitu lokasi
walimah tengah hari nanti. Helmi, seorang lagi member yang memandu solo dari
Kedah, tiba pagi tu. Asalnya Helmi ni nak gerak sekali dengan kami semalam,
tapi terpaksa cancel sebab flight delay katanya. Then, kembali semula ke
masjid, kami bertemu Tok Siak yang tidak keberatan untuk menurunkan ilmu
membuka mic, kipas dan suis2 yang ada di
masjid itu..hahahaa
Lebih kurang jam 9 pagi, mula kelihatan
kenderaan family pengantin dari kedua-dua belah pihak membanjiri perkarangan
masjid. Ouhh patutlaa ramai, rupanya terdapat dua pasangan yang akan bernikah
pagi ni di masjid ni. Geng kami yang terawal tiba, secara tak rasmi dah macam
orang penting pulak kat masjid tu bila ramai2 pakat mai salam dengan kami.
Solan cliché bila melihat geng orang muda macam kami ni, dah kawen ke belomm??
Hmm.. depa nii semua pakat dok pekena aku, katanya aku nii dah kawen dahh..
siell luuu..!
Tak lama lepas tuu, jat pun sampai dengan
angkatan familinya yang boleh tahan ramai.. Nampak jaa kami, dia tersenyum
keterujaaan.. hahahh.. tak sangka, roommate aku yang dulunya gila-gila sikit
perangainya, hari nii dah nak jadi laki orang.. rasa macam gembira, bangga dan
terharu pon ada.. hahahhh.. kawan rapatt jee yang boleh rasa macam tuu..
Tepat jam 10 pagi, upcara pernikahan pun
dimulakan oleh Tok Kadi bertugas. Kami, member2 Jat yang hadir nii pakat
berhimpun rapat kat belakang Jat.. konon macam bagi semangatt laa kat member..
ahhahaa.. Jat dinikahkan sendiri oleh bapa mentuanya dengan sekali lafaz
sahaja.. Alhamdulillah, tahniah Jat.. hang memang hero..! Terrbaikk..! Hahaa..
selesai sahaja doa diaminkan, maka bertukarlah status Jat dari seorang single
kepada seorang husband kepada Husna... kernyehhh sampai ke telinga diaaa...
kakakaa
Lepas upcara nikah, sarung cincin semua..
ada sesi fotografi sikit kat dalam masjid tu.. then, kitorang pon berkonvoi laa
ke homestay tempat Jat & family dia berkumpul.. Minum pagi dan rehat2 jap
sebelum belarak ke rumah pengantin perempuan pulul 12:00 tengah hari nanti. Aku
sangatlah teruja untuk menulis pengalaman ni sebab ni lahh first time aku ikut
orang pergi menikah dan escort pengantin nii.. sungguh..!
Jam 12:00 tgh, kenderaan pihak lelaki mula
bergerak ke rumah pengantin perempuan... berbelas biji jugaklaa kereta yang
belarakk termasuklaa kami sekali.. ramai family Jat nii.. Sampai jaa kat umah
pengantin perempuan, kami berjalan beramai ramai dan disambut bagaikan VIP oleh
pihak tuan rumah. Yelahh, semua mai dari jauhhh nii.. hahaa.. sebuah khemah khas
untuk rombongan pengantin Lelaki disediakan bersama lauk pauk yang banyak
sekali..!
Sesi yang ditunggu tunggu pon tiba, sesi
fotografi bersama pengantin..! Segakk jugak Jat nii bila besiap macam tuu..
pakai tengkolok bagai...siap dengan sampin ikat bunga lagi tuu... aku pun x
berapa kenai daa.. haha.. dulu comot jee zmn maktab dulu.. kah3..
Puass jugaklaa bergambaq sakan kami nii
dengan pengantin... kesiannn, letihh pengantin melayan karenah kami yang
bujang2 belaka nihh... macam2 gaya ada.. kalaulaaa anak2 murid tengok, mesti
kena gelak sakann.. hahahaa
Lepas azan Zohor dalam pukul 2: 00 pm
camtu, kami memohon izin tuan rumah untuk pulang setelah memberikan sedikit
cenderahati kenang-kenangan buat Jat & Husna... Kami bergerak ke Masjid
Ubudiyyah untuk solah Jama’ Taqdim Zohor dengan Asar dan beriktikaf di sana
sementara menanti petang hari yang planningnya nak diadakan sesi outdoor
shooting Jat dengan Husna...
Bagaimanapun, cuaca agak mendung dan langit
gelap menyebabkan sesi outdoor petang tu terpaksa dibatalkan. Maka, kami
mengambil keputusan untuk bergerak pulang ke Perlis memandangkan hari sudah
petang.
Perkarangan masjid Ubudiyyah menjadi saksi
perpisahan kami petang tuu. Mat Duang dan zaujahnya akan ke Ipoh, Zackk akan
pulang ke Kajang dan yang lain2 akan singgah ke rumah pengantin perempuan untuk
wida’ dengan Jat dan mengambil Din Photographer yang berada di sana. Hujan yang
membasahi bumi Kuala Kangsar dengan lebatnyaa mengiringi perpisahan kami... Ya
Rabb, beratnyaa hati sebab masing2 belum puas bersembang dan bergurau seperti
berada di zaman kampus dulu. Tapi mengenangkan manisnya ganjaran Allah di
akhirat nanti, terhadap dua sahabat yang
bertemu dan berpisah kerana-NYA, masing2 tersenyum saat bersalaman dan
berdakapan yang mengakhiri pertemuan singkat kami di daerah Kuala Kangsar ini
:’(
Sempat lagii selit tazkirah sikittt :) |
Berehat sebentar di rumah pengantin
perempuan, kami bertemu seorang lagi member iaitu Abuya al-Ashaari yang baru
tiba dengan zaujahnya dari Subang. Sempat jugakklaa bergebang dan menjamu
selera dengan moist coklat kek sementara menunggu hujan beransur reda..
Hampir pukul 7 malam, kami pun wida’ dengan Jat dan Ashaari untuk pulang ke Perlis. Jat memelukku erat sambil tak berenti henti mengucapkan terima kasih dan terharunya sebab aku yang paling jauh datang ke weddingnya.. mai dari oversea kottt.. hahahaa... apepun, tahniah sekali lagi Jat sebab berjaya membuktikan ke-macho-an hang secepat ini..!
Breakfast.... |
Hampir pukul 7 malam, kami pun wida’ dengan Jat dan Ashaari untuk pulang ke Perlis. Jat memelukku erat sambil tak berenti henti mengucapkan terima kasih dan terharunya sebab aku yang paling jauh datang ke weddingnya.. mai dari oversea kottt.. hahahaa... apepun, tahniah sekali lagi Jat sebab berjaya membuktikan ke-macho-an hang secepat ini..!
tumpang aura pengantin baruuu... |
Perjalanan diteruskan ke stesen bas Kola
Kangsar untuk menghantar Izzudin Photographer yang mahu pulang ke kampungnya di
Kelantan. Alhamdulillah, ada rezeki dia nak balik kampung malam tu walaupun bas
lewat malam. Tinggallah aku & Amett dalam keta Preve tu manakala Helmi,
MatBee dan Syafiq Saad menaiki kereta Helmi.
Bersama Datuk Shahiful (Abg Jat) |
Kitorang merayau-rayau dalam Pekan Kola
Kangsar tu mencari restoran untuk makan malam, namun takda yang berkenan di
hati. Perjalanan diteruskan ke Bertam untuk makan di sana saja. Aku kena dera
ditugaskan memandu sebab si Amett ni dah kemarukk tak sangga dah nak main fb.
Ketagih letteww... Nak soh orang lain pon takda sesapa dah.. Ada kami dua jaa
dalam keta tuu..!
Bertam Licious Cafe... not bad |
Seusai solat Jama’ Isya & Maghrib di
Petronas Bertam tu, kami berdua terus melabuhkan punggung di restoran Bertam
Licious berdekatan Petronas tu. Sementara menunggu kereta Helmi sampai, kami
pon melahap dulu lahh.. tak tahannn daa~ Thankss Hilmi sebab bermurah ati memayung kitorang semua yang penganggur belaka nii..hehe.. Sedap jugak makanan kat situ, cuma
yang tak berapa syoknya, servis kurang memuaskan..! Ambik order lambat, masak
pon lambat.. tapi takpa, boleh improve lagi... kipidappp..!!
Pn. Lily (lecturer) & Geng IPG Perlis yg attend walimah Jat& Husna.. |
Perut pon dah kenyang selesa, perjalanan
diteruskan ke rumah Amett di Mergong, Kedah untuk mengambil kembali myvi RJ
kesayanngannya itu. Kali ni Amett yang drive dari Bertam ke Kedah. Sempat
jugaknyaa “bergurau senda” tengah2 malam dengan JPJ yang tiba2 jaa menjelma di
simpang Jalan Putera, Mergong tuu... hahahahhh
Wedding Jat&Husna siap jadi viral dalam FB daaa~ |
Sampai jaa kat rumah Amett, mak dan abah
dia dah ready menunggu kami dengan rotann..ehhh silap, dengan senyuman..
hahaa.. btw, thanks PakCik Jamil & MakCik Nolly yang pinjamkan Preve untuk
kitorang guna untuk ke Kola Kangsar... Merasa jugakklaa saya nii nak naik keta
Preve nii... hehee
Sekali lagi kitorang berimpit dalam myVi RJ
untuk pulang ke Perlis.. Ohh, tak berimpit sangatlaa sebab izzudin photographer
dan takde macam masa mula2 mai amek aku kat Masjid Terapung kemarin dulu...
Single vs Married |
Jadi budak pondok pulakk aku nii malam
tuu.. Mett dengan Matbee apalagi, sepanjang jalan laaa dok menyakat aku... Tak
ketinggalan si Zackk dok usik2 dalam whatsapp bertanya aku nii panass ke tak
dok tido Matin tuu.. hahaa.. hampa jangan maciamm2 naa~
Dulu kerap gak dtg sini ngan ZacK...tp tak penah laa bermalam.... |
Apapun, terima kasihh banyak buat Mudir
Matin, Ust. Yussainie yang membenarkan aku bermalam di pondok Matin malam tu.
Tak semapt ponn nak jumpa ustaz sebab kitorang sampai lewat dahh malam tu dan
esok pagi tu pulak, masa aku nak balik, ustaz takde ponn kat bilik.. Tapi aku
tauuu, Ust. Yus nii jenis ramah, jenis friendly... bulih masuk dengan budak2
muda nii..
hmmm...bila pulak yaa nk bleh jumpa mcm nii :) |
See You Again |
31 MEI 2015
Awal pagi lagi, aku dah bersiap siap2 untuk
pulang ke Langkawi. MatBee akan mengantar aku ke Jeti. Kesiann jugakklaa dia
kena dera even letih berjalan semalam tak hilang lagii.. hahahaa.. sempat jugak
breakfast kat kedai hizbut tahrir ape tahh yang matbee ni bawa aku pagi tuu
sebelum kitorang gerak ke Jeti Kuala Perlis. Thankss Bi blanja aku pagi tuu..haha..
Wida’ dengan matbee kat Jeti.. Syukur tak
ramai sungguh lagi manusia yang berlumba-lumba nak ke Langkawi walaupun hari tu
hari Ahad musim cuti sekolah... Dapat tiket pukul 10:00 a.m.. Tak sampai pun
setengah jam menunggu sambil dok kaco Zackk kat wasap, penumpang feri pon
dipanggil masuk..
Byee2 semua.. byee2 Perlis.. see youu
againnnn~
TM : Dalam feri tuu aku tengok2 balik semua
gambarr kat dalam fon... aduuhaii, terubat jugakk rindu kat sahabat2 walaupun
hanya sekadar pertemuan yang sangat singkat...
Syukran Ya Allah kerana
menghadirkan insan2 seperti mereka ke dalam hidupku..!
Lagu dari earphone membawaku ke alam mimpi
hinggalah badan feri bergoyang apabila merapati dermaga...
Ouhhh Langkawi, aku
pulanggg...!!
No comments:
Post a Comment