Saturday, December 26, 2015

Perodua Axia Review : Axia...Bukan Sekadar Kereta Mampu Milik

** Review ini adalah berdasarkan varian Perodua Axia G (Auto) sahaja.. bukan mewakili semua varian...

Tanggal 21 November 2015 menjadi suatu tarikh yang agak bersejarah bagiku apabila menerima kunci Perodua Axia milikku sendiri.. Lebih manis, kepulanganku ke Semenanjung pada kali ini disambut oleh Axia baru di parking KLIA 2. Sebenarnya, sudah lama aku berangan memiliki kereta kecil (hatchback) seperti ini.. Alhamdulillah, akhirnyaaa.... Walaupun cuma Axia G Auto, iaitu Axia auto yang paling murah dan paling rendah specnya (basic spec), namun kepuasan dapat memilikinya jelas terasa. Bawa kereta sendiri ni puas kalau nak dibandingkan dengan kereta orang, kereta pinjam atau kereta sewa...



Setelah beberapa minggu bersama Axia, seperti biasa, aku menulis review ringkas Axia ini untuk tatapan pembaca Tinta Malam... jommm layannn..!

SPESIFIKASI RINGKAS (PERODUA AXIA G AUTO)

  • Enjin DOCH 12V, Electronic Fuel Injection (EFI)
  • Max power : 49 kW
  • Max Torque : 90 NmTiming Chain Engine
  • Electronic Power Steering (EPS)
  • 4-Speed Auto
  • Sensor Bampar Belakang
  • Isofix system
  • Tayar 175/65  Rim 14 Alloy
  • Dual SRS Airbag
  • Engine Immobiliser
  • Power window untuk semua tingkap
  • Kunci bercantum remote
  • Flip side mirror
KEISTIMEWAAN

Di sini, ingin aku ceritakan beberapa keistimewaan Perodua Axia yang mungkin ramai tidak tahu...


  • Ok lah, yang pertama berkenaan enjinnya.. Enjinnya adalah enjin baru sepenuhnya, dan bukanlah enjin 1.0cc yang sama seperti Viva atau Kelisa atau Kenari sebelum ini. Enjin aluminium 3 Silinder 998cc ini hanyalah seberat 11kg dan yang paling penting, ianya senyap dan jimat petrol..!!
  • Enjin Axia menggunakan drivetrain jenis timing chain dan bukannya timing belt seperti kebanyakan kereta.. jadi, anda tak perlu fikir bila kena tukar timg chain ni sebab ianya lebih lasak dan tahan lama berbanding timing belt..!
  • Enjin yang sangat senyap ketika idle / melahu.. Sumpah, kali pertama dapat Axia, 1st time aku start ingatkan enjin belum hidup, so, aku pusing kunci lagi sekali dan salesman tu cakap, ehh, dah hidup dah tuu... punyalahh senyap x dengar bunyi enjin. Mungkin sebab aku terbiasa bawa kereta diesel sebelum ni. Tapi betul, kalau anda nak keluar senyap2 tengah malam tanpa disedari sesiapa, inilah keretanya..!! 


             
engine bay Axia
  • Turning radius Axia hanyalah 4.5 m, means anda tak perlu fikir panjang untuk membuat u-turn dan masuk keluar dari tempat parking yang sempit.. ini sangatlah mengujakan bagiku yang biasanya memandu Ford Ranger yang turning radiusnya ialah 12.7 m...
  • Sangat menjimatkan petrol bagi sebuah kereta auto.. kebiasaannya, aku mendapat sekitar 15.8 liter / 100km untuk pemanduan pada kelajuan 80-110 kmh.. Pengalaman sendiri memandu pulang Axia ini dari Sungai Ramal, Kajang, Selangor ke Kuala Perlis baru-baru ni (hari kedua mendapat kereta). Full Tank dari Shell Sungai Ramal dan tidak mengisi minyak langsung sehinggalah tiba di Caltex Mergong, Kedah (Berhampiran Taman Inang Mergong). Minyak berbaki dua takuk dan range 57km. Kembali mengisi full tank di situ sebanyak RM 49. Amazing..!! Kelajuan max 120kmh. Mostly 110kmh.
  • Mempunyai 2 Beg Udara. Walaupun basic spec, namun inilah kelebihan Axia yang tidak ada pada model-model asas (basic spec) Perodua mahupun Proton sebelum ini. Namun, Axia dilengkapi 2 beg udara untuk kesemua variannya..!
  • Stering kuasa elektrik (Electric Power Steering) bermaksud steering axia lebih ringan dan mudah dikendalikan dan tiada lagi tank minyak power steering seperti kereta biasa..!!

  • Dilengkapi Rim Alloy bersaiz 14 dan bukannya rim hitam besi bersama penutup rim seperti model basic Perodua yang sebelum sebelum ini. Ingat lagi tak dulu, kalau beli yang basic spec, jangan harap la nak dapat sport rim alloy....saiz 14 lagi tuu..!!

  • Kunci bersama remote dan bukannya kunci asing, remote asing macam model Perodua lama yang ada remote dan button warna hijau dan merah tu. Kunci ini juga disepadukan dengan sistem enjin Immobiliser. Apa yang aku faham berkenaan enjin immobilizer ni ialah (berdasarkan pengalaman memiliki Ford Ranger XLT) hanya kunci yang dibekalkan kepada kita saja yang boleh membuka pintu dan menghidupkan enjin kereta ini. Hal ini adalah kerana enjin telah diprogramkan dengan kod yang sama pada kunci tersebut dan hanya dapat dihidupkan jika kod pada kunci yang digunakan adalah sepadan dengan kod pada enjin kereta. Selain dari kunci ori yang dibelakalkan, jangan harapla dapat start enjin tu..

  • Berat keseluruhan Axia G Auto hanyalah 840 kg.. sangat sepadan dengan enjinnya yang bersesaran 998 cc. Bagi saya yang biasa memandu Ford Ranger XLT 3.2 Auto yang seberat 2.2 tan, pecutan Axia pada peringkat permulaan dan pertengahan adalah acceptable. Tidak terlalu lembab atau malas untuk bergerak dari 0 kmh dan tidak susah untuk mencapai kelajuan 100 kmh. Perlu diingat Axia bukanlah dicipta untuk kelajuan..!
  • Servis Axia ialah setiap 10,000 km atau 6 bulan sekali. Servis pertama ialah pada 5000 km.. Menurut salesman, itupun bukan untuk tukar minyak enjin, cuma bawa untuk inspection saja... so, value for money rite?? Aapa orang kata, alah membeli, menang memakai ye dokk.. 

  • Roadtax Axia hanyalah RM 20 untuk setahun... x payah fikir macam mana nak cari duit bayar roadtax.. 
  • Side mirror kawalan elektrik sepenuhnya dan boleh flip  dengan hanya menekan satu button.. thumbs up Perodua..!!
  •  Lampu belakang jenis LED..lebih mudah dilihat, lebih terang dan jelas pada waktu malam dan ketika hujan lebat..
  •  Rekaan pembuka pintu bahagian luar yang premium dan tampak mahal standing dengan rekaan pembuka pintu kereta yang lebih mahal.. lebih menarik, ia sama warna dengan body kereta. Cuma pembuka pintu bahagian dalam masih lagi plastik berwarna hitam.. kalau kemasan chrome alangkah perfectnya..!


  • Tiada lagi bampar “getah” berwarna kelabu walaupun basic spec... begitu juga door handle dan side mirror. Semua dipakejkan mengikut warna body kereta walaupun G spec.  
  • Body yang agak solid dan bukan lagi tin ksong seperti viva yang bila pintunya ditutup, akan berbunyi macam tin “kapanggg”.... Pintu dan bonet tak perlu ditutup kuat... sedikit saja pun sudah rapat...
  •  Rekabentuk yang...hmmm..bagiku moden dan cunnn... especially bampar depan yang ada lekuk2 kat bawah tu.. sekali pandang, dah macam pasang “skirt” tambahan kat bawah tu.. segi design, memang aku berpuas hati.. bagi aku, design axia lebih cantik dari alto mahupun mirage yang jauh lebih mahal harganya...


  • Satu lagi ciri penting ialah panel meter pada dashboard. Ianya dilengkapi dengan paparan digital mini yang memaparkan info-info penting seperti Odometer, Trip Meter, Range (jarak anggaran perjalanan dengan minyak sedia ada), Eco Mode, Service Meter (jarak berbaki sebelum perlu diservis) – symbol spanar akan berkelip apabila jarak untuk diservis sudah cukup (10,000km). Ini sangat penting terutamanya petunjuk range kerana aku agak sukar mengagak balance petrol apabila barnya sudah berkelip...


CIRI-CIRI KESELESAAN (CONVENIENCE FEATURES)
  • Ruang kabin yang luas dan selesa. Walaupun kelihatan kecil dari luar, namun ruang dalaman Axia agak luas dan selesa untuk memuatkan 5 orang penumpang dewasa. Aku sendiri yang berketinggian 170cm tidak ada masalah untuk duduk di seat belakang walaupun seat pemandu sudah di set pada kedudukan aku sendiri yang memandu. masih ada sedikit ruang dan lutut tidak sampai mencecah belakang seat driver.

  • Kaki penumpang belakang boleh dimasukkan ke bawah seat hadapan kerana ruang bawah seat depan agak luas untuk dilunjurkan kaki di bawahnya. Juga boleh dibuat ruang meletak kunci stereng atau tools kit.
  •  Seat driver boleh dilaras ketinggiannya secara manual dan ini penting bagi pemandu yang bertubuh pendek...ooopss..!
  • Seat hadapan boleh dibaringkan sepenuhnya (flat 180°) dan ini memudahkan untuk membawa barang yang panjang seperti tikar buluh, karpet atau batang paip. 

  • Seat belakang (penyandar) juga boleh dilipat dan hasilnya, anda mendapat bonet yang lebih luas..!
  •  Bonet belakang berkapasiti 260 L dan senang2 ja boleh sumbat 4 beg mekah (luggage) bersaiz sederhana yang disusun dalam posisi menegak. Khabarnya, bonet ini lebih luas dari MyVi...
  • Dilengkapi hook pada belakang kedua dua seat hadapan dan juga anti-snatch hook pada sisi seat penumpang depan.   Anti-snatch hook ini ialah penyangkut boleh kunci yang menyukarkan perompak untuk meragut beg tangan anda dari luar kereta.




  • Rekaan blower pendingin hawa juga tampak premium berbanding rekaan blower pada kereta perodua yang lama


  • Sun Visor sebelah driver yang dilengkapi cermin. Ini agak ganjil kerana kebanyakan kereta meletakkan cermin “make-up” pada sun visor sebelah penumpang depan. Mungkin Perodua sudah faham bahawa pemandu Axia kebanyakannya adalah wanita yang akan melihat cermin setiap kali kereta berhenti di mana-mana. hmmmmm....


  • Ruang mini sana sini... 7 Cup Holders. 2 di pintu depan, 2 di pintu belakang dan 3 lagi di ruang tengah. Terdapat juga ruang poket di setiap pintu depan dan belakang serta di belakang seat driver. Juga ruang kecil di tempat soket serta mini box boleh buka tutup di sebelah driver... sesuai untuk letak wallet driver.. ruang-ruang ni  boleh juga buat tempat letak minyak cap kapak, duit syiling, kad touch n go, kerongsang, kunci rumah, powerbank, sunglasss, dan segala macam lagi.. ohhoii, orang perempuan memang suka kereta banyak “lubang” macam ni..




  • Speaker di setiap pintu depan dan belakang dan boleh disetting  menggunakan audio player ori. Kualiti bunyi audio memang memuaskan walaupun standard kilang..!






KEKURANGAN
  • Difahamkan semua keluaran baru Perodua tiada lagi auto lock / brake lock. Maksudnya, anda sebagai pemandu perlu lock/unlock  pintu secara manual setiap kali memulakan perjalanan. Ini sangat penting jika membawa kanak-kanak atau warga tua.
  • Cornering kurang mantap pada kelajuan 80 kmh ke atas. Mungkin disebabkan oleh rim alloy yang ringan dan tayar kurang lebar.
  •  Bunyi angin agak kuat kedengaran dari dalam kabin pada kelajuan 90 kmh ke atas.
  •  Tiada lampu signal pada side mirror (model Axia G Auto)

  •  Ketinggian dan kedudukan steering adalah tetap dan tidak boleh dilaras.
  • Agak sukar mengagak kedudukan bampar depan dari jarak dinding atau tebing jika hendak parking... tiada sensor bampar depan bagi model Axia G.
  •  Tidak dibekalkan karpet kecil bahagian tengah bagi seat belakang. Karpet juga agak kecil bagi depan dan belakang.
  • Lampu depan agak malap walaupun dibuka sepenuhnya dan suluhannya agak tinggi... sukar melihat keaadan dan garisan  jalan pada hari hujan. Pemasangan foglamp adalah solusi terbaik.


  • Button lock/unlock pada kunci sukar dibezakan. Tambahan pula, tiada bunyi langsung ketika kereta di lock / unlock. Lebih baik butang lock / unlock dibezakan dengan warna berlainan atau saiz button atau bentuk button. Ini memudahkan warga tua untuk mengecamnya.
  • Tiada armrest / konsol tengah



  • Kunci tidak boleh dicabut walaupun ketika gear berada pada posisi N dan enjin dimatikan. Gear mesti di posisi “P”, barulah boleh cabut kunci. Agak leceh kalau mahu tinggal kereta dalam keadaan “double park”

  • Jam digital disekalikan dengan radio. Aku lebih suka jam digital diasingkan atau diletakkan pada ruangan dashboard meter seperti kereta oldskool



  • Tiada meter temperature. Yang ada hanyalah petunjuk symbol temperature yang berwarna biru bila suhu enjin masih sejuk atau berkelip/berwarna merah bila temperature tidak normal.

  • Tiada airpress/ doorvisor sebagai aksesori standard.

  • Bonet belakang masih dibuka dengan kaedah tradisional. Aku lebih suka style myvi yang bonetnya boleh dibuka dengan mudah dari luar apabila kereta unlock.

  • Aircond kurang sejuk / hembusan kurang kuat terutama ketika kereta berhenti di tengah panas pada siang hari. Tapi, still acceptable memandangkan ianya kereta bersaiz mini.





  • Pemain audio tidak dilengkapi USB port untuk model Axia G.

  • Sentakan yang agak terasa bila anda tiba-tiba menekan pedal minyak sebaik sahaja kereta baru membrek.

  • Terlalu banyak seatbelt pada seat belakang termasuklah salah satunya perlu digantung pada ruang sebelah atas seat belakang. Agak mencacatkan pemandangan.

  • Cermin tingkap auto (sebelah driver) hanya ketika menurunkan tingkap  sahaja.



  • Head rest seat belakang tidak boleh dilaras dan agak rendah bagi penumpang dewasa berketinggian 170 cm sepertiku.


  • Tiada kemasan fabric pada pintu. All plastic. Tapi ok lah memandangkan ianya spec basic.



TM : Itu aja serba sedikit review dariku yang baru 2 minggu memiliki Perodua Axia G Auto ini. Apapun, bagiku, Axia adalah sebuah kereta yang sangat berbaloi baloi dengan harganya. Axia...anda mesti kena ada satu..!!