Salam semua...Arini aku nak review something yang dah lama aku ada tapi aku jarang guna. Jeng3...haha.. nilah dia helmet yang aku dapat masa beli Enamorata bulan lepas. X-Dot G626A-KF a.k.a Arai Crank. X-Dot ialah suatu jenama helmet Malaysia yang semakin meningkat naik. Designnya yang kemas dan simple dan yang penting, coooooll jer seakan design helmet terkenal jenama luar negara yang harganya boleh membuatkan anda migraine sebentar..! Sebab itulah aku katakan Helmet X-Dot G626A-KF ni mirip design helmet jenama Arai jenis Crank tuh yang datangnya dari negara matahari terbit. Harga bagi sebiji arai original selalunya di atas paras 1000 hengget dan bagi sebiji X-Dot yang macam aku punya nih, tak sampai pun RM150. Actually, aku memilih helmet ni sebagai tukaran voucher berharga RM150 yang dapat masa beli GT aritu. Kalau nak amek yang murah, lebih voucher tu takleh tukar jadi duit, so alang2 aku ameklah helmet X-Dot yang harganya RM148 nih..Matching dengan kaler motor then dua2 made in Malaysia..semangat patriotic untuk tahun 2011 ni beb...!
Sebab utama aku pilih helmet ni ialah design serta grafik luarannya yang sangat awesome. Eksotikla orang kata sebab kat belah utara ni, jarang2 aku nengok orang pakai helmet yang design hot2 macam ni. Nampak macam mahal, tapi hanya oang yang dah beli ja tahu betapa berbaloinya harga helmet X-Dot nih. Dilengkapi dengan “air ventilation” yang menjadi trend helmet moden masa kini membuatkan helmet nih kelihatan tough dan ekslusif. Air ventilation ni ada macam “punat” kecik2 yang boleh ditekan dan ada “valve” kecik bawah air ventilation ni yang akan naik atau turun bila punatnya ditekan.Oh, canggihnya. Fungsinya mungkin membenarkan udara masuk ke dalam helmet kot. Haha..aku pun tak buat research mendalam g tentang air ventilation nih. Tidak ketinggalan juga visor iaitu aksesori wajib bagi helmet jika menunggang pada kelajuan 100kmh ke atas. Selain mengelakkan mata yang akan menangis kerana pedihnya tamparan angin sewaktu menunggang, visor juga dapat melindungi ancaman serangga yang suka merayau pada waktu senja dan percikan habuk,batu,air hujan, serta silauan terik mentari yang kedatangannya sukar dijangka.
Helmet X-Dot ini juga dilengkapi visor 3D yang sedikit panjang dari visor pada helmet lama aku, Arc Discovery. Jika visornya ditutup habis, akan kelihatan wap2 pada permukaan visor di depan hidung kerana visornya yang panjang tuh. Aku jarang memakai helmet nih kerana visornya belum ditukar dan masih menggunakan warna putih jernih. Warna lain seperti rainbow dan chrome juga tersedia dengan anggaran sebanyak 20 hengget bagi visor gantian. Helmet ni tidaklah berat walaupun nampak besar dan tentunya sangat selesa dipakai. Padding yang tebal tapi lembut dan dapat “mendakap” erat muka si pemakai serta ruangan telinga yang cukup selesa. Untuk pengetahuan, padding helmet ni boleh ditanggalkan dan dibasuh. So, tak timbul masalah helmet busuk ke hape ker. Aku dah pernah try buang padding dia dan tak susah untuk buang dan pasang..tak pelu screw dan spanar. Just simple button macam kancing kat baju hujan je untuk lekatkan padding helmet ni. Kerana padding yang tebal ni lah apabila naik motor dengan helmet ni, walaupun motor yang prang...prang...bisingnya, jadi sedap pulak bunyinya dan rasa stable dan yakin coz kepala tak bergegar. Apatah lagi kalau naik motor yang memang senyap bunyinya, dah full throttle pun tak sedar! Bayangkan nikmatnya dunia apabila menunggang Enamorata bersama helmet X-Dot yang belum ada namanya lagi nih...haha..Overall, bagi aku barang buatan Malaysia ni taklah seteruk yang selalu orang momokkan tu. Yang sedihnya, orang Malaysia sendiri yang kutuk barangan negara sendiri..kutuk teruk2 pulak tu...haha..apa da nak jadi...!
Salam Yon... Saya terjumpa blog saudara ni dan ingin menyatakan... Good post!
ReplyDeleteKita kena start buat review macam saudara buat ni lebih lebih lagi untuk barangan keluaran tempatan.
Ini sedikit sebanyak dapat mengenalkan produk-produk Malaysia kepada masyarakat umum serta kebaikan dan keluhan produk dapat didengari oleh pengeluar produk untuk lebih memartabatkan kualiti produk agar setanding dengan barangan import.
Saya juga ingin berkongsi review / pendapat tentang X Dot helmet yang baru saya beli semalam... X Dot G66V (kategori Retro). Ceritanya bermula begini....
Semalam adalah hari bertuah apabila sahabat akrab saya bermurah hati untuk saya mengambil alih penjagaan sebuah Harley Davidson Sportster 1200 Custom miliknya untuk tempoh yang tidak begitu pendek dan juga panjang. Jadi saya memerlukan helmet berkualiti tetapi tidaklah begitu mahal kerana tempoh penjagaan.
Selepas membuat window shopping di beberapa kedai motor di Sentul, akhirnya, kami berkunjung ke Pertama Kompleks dan akhirnya ke Plaza Campbell. Di situlah mata kami tertumpu kepada X Dot helmet. Harganya... murah... RM120 setelah diskaun (tapi ada tempat lain lagi murah)... Tak pe lah... belasah...
Dari segi design / reka bentuk binaan, sememangnya sesuai atau cocok dengan easy rider... Sekali pandang... setara dengan rupa bentuk helment 3/4 jenama Harley Davidson... Gogglenya yang besar dapat mengurangkan air mata keluar ketika menunggang.
Pada kelajuan 45mph / 72kmh, kedengaran aliran angin terperangkap di dalam helmet yang agak kuat menyebabkan hilang tumpuan kepada bunyi enjin atau persekitaran. Apabila mencecah kelajuan dalam lingkungan 65mph / 104kmh, saya mula terasa yang helmet sudah mula terangkat kerana faktor angin, lebih-lebih lagi di atas motor easy rider / naked bike. Kedua-dua faktor ini sememangnya dijangka dialami oleh rekabentuk kebanyakan helmet 3/4.
Jika dibandingkan dengan helmet 3/4 berjenama Harley Davidson, faktor angin bising dan rasa helmet hendak terangkat ke atas tidak lah sebegitu besar seperti X Dot. Tetapi, jangan lupa faktor harga!
Kesimpulannya, it is a good helmet untuk anda sekiranya anda hanya penunggang easy dan santai. Ia adalah keluaran Malaysia. Harganya... uh lalaaa... Jurutera X Dot di kilang pengeluaran di Kedah harus mula memikirkan bagaimana untuk mengurangkan angin bising dan meningkatkan lagi aero-dynamic X Dot G66V. Elok juga jika diberikan sekali penutup mulut berstruktur seperti Shark helmet buatan Perancis.
Sekian, pendapat 2 cents (without GST) saya...
Nice entry..
ReplyDeleteBy the way, helmet KHI pon best n selesa jgk dipakai.. ade fungsi "air flow" dan angin masuk dalam helmet mcm helmet xdot ni.. memang selesa sebab bila naik laju memang dh rase angin mengalir masuk helmet.. pergh nikmat bila angin masuk, takde la rase panas kepala walaupun sekarang ni musim panas lebih had.. hehe.. design helmet KHI juga memang cool dan style.. mcm yg saya ada skrg ialah helmet KHI RRM red eye..
Nk tanya kat mana bole cri xdot visor yg murah ? Pls respons
ReplyDelete