Salam semua blogger2 dan reader2 sekalian..! Lamanya tak “menconteng” kat blog nih.. Hari yang berbahagia ni, aku nak berangan sikit kat sini. So, aku nak contiang pasal sebuah “dream car” dalam hidup aku. Walaupun mustahil untuk dicapai, tapi biarlah aku sendiri menyimpan impian indah ini..! Jangan tak tahu aku selalu dah bawa kereta ni, tapi dalam Need For Speed Hot Pursuit je laa..! Huahaha.. Mempersembahkan, Bentley Continental GTC.. Jom layan gambar dulu baru kita citerr...
Bagi peminat dunia automotif seperti aku, nama Bentley tak perlu ditaarufkan lagi. Malah sudah terlalu gah dan layak dikategorikan sebagai eksotik, tambahan pula di negara seperti Malaysia nih. Eksotik bagi aku ialah sesuatu yang rare,jarang dilihat,tidak semua memilikinya dan dapat menarik perhatian ramai.. Tidak kisah jika aku dianggap menyimpan impian yang tak kesampaian, aku meminati Bentley kerana rupa bentuknya yang besar, mewah, tough, simple, dan seksi di sebalik warna-warna pilihan yang anggun dan ekslusif. Waa..ini istilah2 biasa bagi sesebuah kenderaan eksotik seperti Bentley. Sesuai dengan bentuknya yang besar, Bently Continental GTC ni mempunyai berat sebanyak 2,240kg (menurut Hot Pursuit) dan tentu sahaja sangat berat dari kereta-kereta biasa yang kita lihat di jalanan. Dua tan tu...! Namun, jangan pernah beranggapan bahawa sesuatu yang berat dan besar itu slow! Untuk pengetahuan, Bentley yang “gemuk” ni dikuasakan oleh enjin 6.0L W12 Twin Turbo yang menghasilkan sebanyak 552hp (horsepower) pada 6,100 rpm dan torque sebanyak 479 lb-ft pada 1,600 rpm. Angka-angka ini sudah pasti dapat melucurkan Bentley yang seberat hampir 3 tan ini dari 0-100kmh dalam tempoh kurang dari 5 saat dan kelajuan maksima mencapai lebih 315kmh ! Hebat kan?! Menjenguk ruangan dalaman pasti membuatkan sesiapa sahaja menjadi terlopong sebentar dek kerana kemewahan dunia yang ada pada kokpit sebuah Bentley. Aku paling suka kokpit yang mempunyai warna tema putih atau coklat muda yang kelihatannya sungguh mewah dan ekslusif. Fuhh, kalau dapat sebijik, memang tak tidur dalam rumah dah..! Walaupun ruang dalaman sedikit klasik, tapi sarat dengan teknologi yang selalunya ada pada kereta yang berharga di atas paras 100k sahaja. Antaranya ialah pilihan mode untuk damper dan pemanduan sperti sporty dan normal serta alat pemanas hawa dan kawalan kusyen yang elektronik. Hanyak perlu main “tekan-tekan” saja...! Itulah seba sedikit cerita tentang salah satu kereta impian aku nih. Melihat di laman Mudah.my, harganya berada di atas paras 500k dan sememangnya mustahil bagi seorang insan biasa macam aku untuk “meminang” kereta yang sehebat Bentley Continental GTC ini.. Hanya mampu telan ayaq lioq pastu bukak NFS Hot Pursuit, cari Bentley dan vroo00000mmm...!
No comments:
Post a Comment