Saturday, June 4, 2011

My Experience : Laman Sosial dan Diriku (Part 1)

Sebut saja laman sosial, pasti semua orang terbayangkan Facebook..! Tak perlu lagi aku terangkan apa maksudnya laman sosial nih. Aku percaya, majority orang Malaysia, dari umur tak masuk sekolah lagi hinggalah kepada yang dah bercucu cicit, pasti lebih arif dari aku untuk menerangkan apa itu laman sosial. Begitulah umpamanya betapa hebat penangan laman sosial kepada penduduk bumi masa kini..! Aku sendiri tentunya tidak ketinggalan dalam arena laman sosial nih walaupun aku ni tidaklah sesosial mana pun.. Walaupun aku mula berkecimpung dalam laman sosial ni lewat dari kanak-kanak moden masa kini, tapi aku rasa bertuah sebab dapat merasai arus perubahan dalam arena laman sosial nih. Macam kanak-kanak sekarang, celik2 mata terus log in facebook. Sikit2 FB, tak da yang lain dah bagi mereka. Tapi bagi “kanak2 berumur” macam aku, tentu ada cerita berbeza berkenaan laman sosial nih. Laman sosial yang pertama aku kenali dan sign up ialah Friendster iaitu semasa aku kat sekolah menengah. Lewat kan? Itupun, macam “bagi ada” ja..bila orang tanya bolehla jawab aku pun ada Friendster. Kalau aku pi cyber cafĂ©, aku tengok betapa rajinnya member2 seangkatan dok update Friendster mereka. Upload gambaqla, letak lagu laa, komen sana, komen sini.
Dalam Friendster ni lain sikit, member kita akan tulis apape kat “wall” atau profile kita, then kita jawab balik kat wall dia. Tak macam Facebook yang bila orang tulis apape kat wall kita, kita boleh terus komen ja kat bawah tu.. Tapi yang bestnya, Friendster ni memang colourful abes.. kalau orang yang kreatif tu, memang best giler tengok profile dia. Dah macam blog daa.. Waktu tu memang hot la Friendster nih sampai akhirnya aku pun kena infect dengan virus ketagih Friendster. Hujung minggu tak sabaq nak outing nak buka Friendster. Nak tengok notification (kat Friendster guna istilah lain untuk notification, aku dah lupa) dengan “who views your profile” yang takde kat FB. Pastu mula la nak edit profile. Letak gambaq baru, modified colur dan macam2 lagi la..Lepas setahun dua, Friendster pun mula la suam-suam kuku sebab datang pulak zaman MySpace. MySpace ni lebih kurang jugakla macam Friendster. Kita boleh customize profile kita dengan macam2 theme. Perubahan ni pun sebenarnya berlaku sebab member2 seangkatan yang turut sama “berhijrah”. Lama-lama Friendster jadi sunyi. MySpace ni meriah sikit sebab kita boleh tengok sapa yang online dan ada fungsi chat. Zaman MySpace bagi aku tak tahan lama sebab mula dibadai aura Facebook. Ok...cukup ler setakat ni dulu...nanti sambung cerita kat part 2 pulak...!

No comments:

Post a Comment