Sunday, June 5, 2011

My Experience : Laman Sosial dan Diriku (Part 2)

Jom sambung cerita pasal social website. Ni link part 1 : klik sini

Sekitar tahun 2009 barulah aku sign up FB dan kat situlah seolah-olah terjadinya “reunion” dengan member2 zaman sekolah dulu. Wahh, rupa-rupanya aku ja yang ketinggalan sedangkan diorang dah lama dah ada FB masing-masing. Awalnya, aku memang kebingungan sikit nak guna FB ni sebabnya memang lain dari laman sosial yang lain. Istilah2 baru seperti wall, comment, like, post, notifications, event, share adalah sesuatu yang sangat baru...! Haha..nak tergelak pon ada sebab awalnya bila ada member2 post kat wall aku, aku akan jawab balik kat wall diorg (macam cara kat Friendster ngan MySpace)..lama2 aku jadik biasa dengan kotak comment kat bawah tu..Pastu adala member2 dok ajak main games kat FB nih.. awalnya aku tak tahu nak buat macam mana dengan request yang banyak2 tuh. Last2 aku pun terjebak sekali dengan game2 FB sampai la ke hari ni. Game pertama yang aku main ialah CafĂ© World dan hari ni aku dah sampai level 313..! Pastu makin bertambah la senarainya seperti Mafia Wars, Farmville, FrontierVille, dan terbaru Cityville..itupun dah level 73..! Seriously, aku jadi ketagih Facebook sebab adanya game2 ni lah. FB mungkin laman sosial yang paling lama bertahan dan paling kuat auranya dalam hidup aku. Dah 3 tahun rasanya aku sign up FB nih dan disinilah aku berchatting dan tanya khabar dengan member2 baru dan lama, comment sana sini, wish birthday kat orang dan respon kepada event2 yang orang ajak. Rasa benar2 bersosial la sikit dengan orang lain.

Antara fungsi terbaru kat FB seperti “Group” membolehkan aku menghimpunkan member2 mengikut kelompok tersendiri seperti member2 sekolah menengah dan member2 sekelas kat IPG Perlis. Kat sini kitorang boleh sebar berita dan gossip terkini dan jemput ramai2 ke sesuatu event..! Memang mudah dan praktikal. Inilah bagusnya teknologi maklumat masa kini jika kita gunakannya ke arah kebaikan..! Memang banyak lagi “menatang-menatang” kat dunia maya nih yang boleh dikategorikan sebagai laman sosial atau omputeh panggil social website termasuklah blog ni. Bagi aku, generasi moden masa kini tidak boleh menolak teknologi malah harus mengadaptasikan diri ke dalam “dunia baru” yang semakin pesat berkembang nih. Suka atau tidak, benda2 nih mula bertukar perlahan-lahan menjadi suatu keperluan manusia bagi memudahkan hidup mereka (ingat macam handset yang sudah dianggap suatu keperluan sekarang).. Tapi awas, just mengikut perkembangannya sahaja dan bukan taasub sebab taasub akan mengheret anda ke lembah pembaziran dan semua tahu orang yang suka membazir adalah sahabat syaitan..nauzubillah..! Ok laa, sekian diskusi kali ni bagi topik Laman Sosial dalam hidup aku...!

No comments:

Post a Comment