Hahaha...gelak siap2 sebab tajuknya macam lawak..! Apedaa resepi telur mata kerbau pun nak share. Tak da benda lain ka?! Mungkin itulah yang bermain-main dalam fikiran pembaca entri ni bila melihat kepada tajuk Kongsi Resepi kali nih. Apapun, seriously aku cakap, memang semua orang reti goreng telur, tapi tak semua orang pandai goreng telur mata kerbau cam kat restoran tuh.. Alaa, yang telur kuningnya tak pecah then tak berapa masak tu. Bila tikam dengan garfu, telur kuning tu pecah slow2 macam larva gunung berapi gitu.. ahhh, nikmatnya..!
Key penting untuk mendapatkan hasil telur goreng mata kerbau yang awesome ni ialah penggunaan minyak yang sangat sedikit dan kebijaksanaan mengontrol api..yeah.., jom tengok camna nak buat!
1.) Sediakan belanga, cap apepun tak kisah.
2.) Just guna 1 sudu makan minyak masak, ratakan ke dalam belanga tadi (agak2 besar saiz bentuk telur bila kembang)..sebabnya tak nak bagi telur melekat dan susah nak diangkat bila masak.
3.) Panaskan minyak dengan api yang perlahan sahaja, tapi jangan malap sangat. Kelihatan minyak yang diratakan tadi turun menakung perlahan-lahan kat tengah belanga. (tak perlu tambah minyak).
4.) Apalagi, pecahkan sebijik telur ayam ; rendah dan perlahan lahan sebab tak bagi telur kuning pecah dan minyak percik ke tangan. Telur WAJIB dibasuh dahulu sebab aku pernah baca telur yang tak dibasuh adalah najis. Tahu kan telur keluar dari mana?
5.) Biarkan telur masak sendiri dalam 5 minit atau kurang. Tidak perlu alih, tak perlu kacau.
6.) Sendukkan perlahan-lahan bahagian bawah telur yang mula menjadi “crust” (wah! Macam pizza pulak) dan apalagi, bolehlah dimakan dengan nasi goreng, mi goreng dan yang sekeluarga dengannya..!
No comments:
Post a Comment