Saturday, December 31, 2011

Contengan Jalanan - Hlovate


Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasa indahnya dunia milik Maha Pencipta. Novel pertama dalam ruangan myNovel yang aku akan review ialah Contengan Jalanan karya Hlovate. Arigato Gozaimas kepada classmate yang juga rakan blogger, De Dani yang bermurah hati meminjamkan novel ni selama sebulan lebih.. Kalau library aku rasa dah lama kena kompaun sebab lama sangat pinjam. Haha.. Bagi aku, Hlovate adalah novelis misteri dan mungkin juga sangat humble. Misteri kerana sampai ke hari ni aku tak tahu siapa beliau sebenarnya dan humble kerana walaupun karyanya telah dibaca oleh puluhan ribu manusia, namun beliau masih belum memunculkan diri di khalayak ramai dan mengumumkan bahawa; akulah Hlovate. 
        Bagi aku, perkataan yang sesuai dengan karya2 Hlovate ialah “unik”. Begitu juga dengan novel yang aku baca ni ; Contengan Jalanan. Dari kulit luar pun sudah nampak keunikannya. Tunggang terbalik..! Mana satu atas, mana satu bawah? Mana satu depan, mana satu belakang? Inilah seni yang Hlovate selalu tekankan dalam karya2nya. Ohh, ada dua kisah rupanya. I-Fend dan II-K² .. Lucunya, pada awalnya aku pun konfius gak. Ish, nak mula baca dari mana ni?! Tak perasan nombor I dan II tu..
         Menelusuri jalan cerita dalam novel ni memang mengasyikkan. Cumanya ada part2 berkaitan muzik yang terlalu mendalam penerangannya membuatkan aku skip sikit2. Tu dah memang style HLovate dalam novel2nya yang penuh dengan “irama muzik”. Dalam novel ni, pembaca dibawa mengembara ke beberapa tempat, dari Kuala Perlis hinggalah ke Sydney dan Blue Mountains di Australia serta Jakarta dan Bandung di Indonesia. Aku paling suka part cerita tentang K² yang “mencari sesuatu” di Jakarta dan Bandung. Keadaan atau suasana bandar utama di Indonesia tu diperincikan dengan baik, seolah-olah anda bukan membaca sebuah novel, tetapi sedang menonton tayangan video di depan mata. Aku suka membaca novel yang mempunyai latar tempat yang pelbagai seperti Contengan Jalanan ni. Dan satu lagi yang aku bangga, ialah Kuala Perlis yang menjadi latar tempat yang tak kurang pentingnya dalam novel ni...tempat kelahiran aku tu beb..! Kisah bagaimana seorang remaja biasa yang berubah selepas menemui hidayah dalam pengembaraan, benar2 menyentuh hati. Pelbagai rentas masa berbeza yang mewarnai kehidupan watak2 utama seperti Fend, Chad, dan K² disajikan dalam Contengan Jalanan ni ; kenangan silam zaman kanak-kanak yang riang dan nakal, zaman muda remaja yang santai, dan ketika  menikmati ramadhan di perantauan ditutupi dengan kesan dan peristiwa sesudah mereka memperoleh hidayah.
          Seriously,ini bukan novel kosong, ini novel yang sarat dengan mesej berguna. Plot cerita yang dijalin kemas dan disulami dengan terjemahan ayat al-quran menunjukkan setiap sesuatu yang berlaku itu telah ditakdirkan dengan sebaiknya untuk kita. Kalau ada masa, tak rugi baca..!

TM : Contengan Jalanan- Hlovate. Novel dakwah yg sempoi..! Kisah hamba mencari tuhannya, kisah hidayah Allah itu luas..tak kira siapa dan di mana.. Inilah contoh membaca novel tak mmbuang masa dan sia-sia. Perjalanan penuh warna warni, dari Kuala Perlis hingga ke Jakarta dan Australia, disulam dengan terjemahan ayat2 al-quran yg indah.. “The Eleventh Hour – The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.” Tak perlu bertangguh kalau nak beramal... 

Tuesday, December 27, 2011

Selipar oh Selipar


Assalamualaikum semua visitor TintaMalam.. Terima Kasih banyak2 sebab sudi singgah kat sini. Dah berapa hari tak update sebab sibuk berjalan ke sana sini.. Biasalah, musim cuti. Hmm, lama dah tak tulis sal SMKAK ni. Harini nak cerita satu pengalaman berkaitan selipar atau sandal masa dok belajaq di SMKAK dulu.

Selipar adalah sesuatu benda yang biasa bagi semua orang, tapi cerita yang luar biasa bagi budak hostel terutamanya hostel sekolah. Tipulah kalau siapa2 yang pernah duduk hostel tapi tak pernah hilang selipar. Perempuan mungkin ya, tetapi, bagi student lelaki, pengalaman selipar hilang a.k.a kena curi pinjam memang wajib berlaku.. Tak kira hang budak skema ka, hang baik macam malaikat ka, hang loqlaq ka, ganas ka, nakal ka, jiwang ka... semua pernah rasa hilang selipar ni.. haha.. Aku sendiri sampai dah naik jemu hilang selipar ni. Masa form 1 mungkinlah luar biasa, tapi lama kelamaan, ianya suatu perkara biasa bagi aku. Mungkin kalau dihimpunkan kembali selipar aku yang pernah hilang dulu, aku dah jadi tokey kedai selipar sekarang ni.. haha..!  
                Masih ingat lagi waktu Form 1, kalau hilang selipar, memang akan cari kat floor atas ja iaitu sama2 bilik form 1. Tak berani pusing2 cari kat bawah sebab semua bilik senior, kalau lintas ja, siaplaa kena panggil untuk buat sesuatu.. tolong ambil air kat watercooler tu biasalah.. Nasibla kalau selipar tu ada kat tingkat atas tu.. Kalau takda, beli lainla hujung minggu waktu outing..Punya takut kat senior.. Ganas beb senior zaman dulu2.. tak macam la ni.. hahaa.. Bila masuk Form 2 dan ke atas, ahli bilik/kamar mula bercampur senior dan junior. So, rasa semacam gerun tu dah hilang. Sekarang, kalau hilang selipar, boleh cari kat mana-mana bilik. Lepas abes makan supper, mulalah jadi “pak guard” sambilan, dok round keliling hostel... selipar punya pasal..! Kalau ditakdirkan selipar tu dok bilik senior yang Form 5 dan Form 6, memang kena menghendap dulu slow2.. Kalau nampak dalam bilik tu ada senior muka baik ja (muka surau), boleh la slow talk ngan dia cakap nak ambil balik selipar.. Kalau nampak yang jenis ganas sikit, slow2 ja ambik selipar tu then trus cabutt..! Punyala teruk walaupun nak tuntut balik hak sendiri.. haha..
            Kalau cerita tentang teknik2 sembunyi atau sorok selipar, memang budak hostellah pakarnya. Dua tempat yang memang genting dan wajib menyorokkan selipar ialah di dewan makan dan surau. Kat dewan makan daripada celah kerusi batu kat watercooler tu sampailah sangkut ke dahan pokok kat situ. Betapa seriusnya..! Ada juga yang terlebih berani bawa masuk selipar dan parking di tepi atau sorok bawah kain meja dewan makan sebab takut kena kebas. Bila warden mai ja, habis disepaknya selipar yang dok dalam dewan makan tu. Mulut tak payah katalah, bertempik sampai diam satu dewan makan..! Nasibla selipar siapa kena sepak tu..habis makan pi la kutip dalam longkang yang berair tu.. Kat surau pulak selalunya aku sorokkan selipar yang telah “dicantumkan” kiri dan kanan, then sorok bawah tempat duduk di bahagian belakang surau menghadap pondok guard tu. Kalau parking ja kat depan secara terang-terangan, faham-faham la akibatnya. Antara tempat pelik sembunyi selipar di surau ialah di atas bumbung jalan menghala ke ko-op dan sembunyi kat dalam longkang surau.
                 Budak hostel ni jangan main-main..! Bukan setakat selipar member ja dia kebas, selipar guru pun kena.. Ada tiga kejadian hilang selipar/kasut yang melibatkan guru yang masih aku ingat. Pertamanya ialah ustaz A (aku x berapa ingat samada penceramah luar atau ustaz kat situ). Kejadiannya lepas maghrib. Ustaz tu parking kereta depan surau, pastu dia pun cuba menyorokkan seliparnya, iaitu dengan meletakkannya di bawah keretanya. Habis ja solat Isya’, selipar ustaz pun kena kebas walaupun dah disembunyikan di bawah kereta. Haha.. dasyat betoi..! So, malam tu, kalau tak silap ustaz  tu pun round la dari kelas ke kelas waktu prep malam untuk cari siapakah yang berhati waja menyarung seliparnya tanpa rasa bersalah. Jumpa balik ka tak, aku tak ingat. Cerita guru hilang selipar/kasut yang kedua ialah seorang warden yang hilang kasut hitam berkilatnya pada suatu pagi ketika beliau bersiap untuk ke sekolah. Aku masih ingat pagi tu, tetiba ja dia buat announcement dengan nada marah2 minta semua student lelaki berhimpun di court basketball untuk inspection sal kasut dia tu lah. Bagi aku kejadian ni sedikit lawak sebab rupa-rupanya, ada student nakal yang bergurau kasar dengan warden tersebut dengan menyembunyikan kasut hitam tu di atas frame softboard di tepi dinding bilik warden tu. Mungkin student tu nak melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya atau nak mempermainkan warden tu yang fizikalnya sedikit rendah. Sampai ke sudah takda sesiapa mengaku melakukan perbuatan terkutuk tu...haha.. Kes ketiga sedikit pelik dan lucu, juga melibatkan kehilangan kasut guru. Ceritanya begini, seorang ustaz muda baru yang berkahwin (mungkin guru praktikum/ baru posting) dan menjadikan bilik warden sebagai rumah sementaranya. Entah bagaimana, suatu hari kecoh bahawa kasut tumit tinggi isterinya hilang dicuri. Hilang sebelah pulak tu..dan bilik warden tu pulak letaknya di aspura.. Tak ke pelik?! Haha,, naya betoi..! Malam tu, ustaz muda tu pun buat2 la garang pi round dari sebilik ke sebilik kat aspura mencari kasut bini dia. Aku pun tak tau apa kesudahannya..! Sapala si bertuah yang ambik kasut bini dia tu.. buat terompah jamban kut..!
                 Fuhh, sedar tak sedar dah panjang aku berceloteh malam ni. Dok hostel memang best.. kenangannya penuh dengan nilai estetika.. haha.. sampai hal seperti selipar jepun pun jadi suatu isu dan tajuk serta punya ceritanya yang tersendiri. Walaupun ni cerita SMKAK khususnya kepada member2 lelaki, tapi aku pasti, benda ni stereotaip ja kat semua sekolah asrama kat Malaysia ni.

TM : Kalau selipar hilang, then sementara nak jumpa balik atau beli baru, terpaksalah menapak dengan “kasut kulit” iaitu berkaki ayam. Eee...geli woo kalau pikiaq balik.. tapi dulu di hostel biasa ja.. Masa kat hostel dulu, kalau serempak dengan orang yang pakai selipar lain2 warna dan tak sama saiz, itu normal..!  Selipar oh Selipar..!     

Saturday, December 24, 2011

Virus Shortcut


(Entry yang sedikit berjela kerana aku cuba menggunakan beberapa terminologi IT dalam BM, so, ibu mengandung, pesakit parkinson atau lemah jantung dan asma boleh baca tanpa rasa ragu)

Bayangkan anda seorang student IPT. Pagi ni, anda ada satu multimedia presentation. Tiba di kelas sudah tersedia LCD dan komputer. Anda pun mencucuk pendrive anda ke komputer tersebut. Anda open pendrive anda...dan...anda lihat, semua folder dan file yg anda sediakan dalam pendrive tersebut menjadi shortcut dan gagal dibuka...arghhhh..aku pasti, anda akan migraine sebentar... itulah dia penangan virus shortcut... justeru, di sini aku tuliskan sedikit bagaimana nak menghadapi dan menangani situasi sebegini...

Sedikit Pengenalan: 
Virus Shortcut ialah sejenis virus yang semakin meningkat naik namanya dalam arena pengkomputeran sedunia. Virus ni kebiasaannya menyerang removable drive ataupun dalam bahasa melayunya, pemacu boleh tanggal. Ini termasuklah pemacu ibu jari (thumbdrive), kad ingatan (memory card),  pemacu pena (pendrive), cakera keras luaran (external harddisk). Menurut rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Hutan (Perhilitan), belum pernah Virus Shortcut (virus jalan pintas) ni menyerang internal harddisk atau cakera keras dalaman yang memang tersedia pasang dalam sesebuah komputer itu. Virus ini tanpa segan silu akan menukarkan kesemua file atau folder dalam sesuatu removable drive menjadi “shortcut” dan “hidden”. Namun, bila dilihat properties removable disk tersebut, anda pasti yakin, fail2 anda yang sebenar masih berada di situ, cuma “disembunyikan” oleh sang virus yang nakal ni. Apa yang anda lihat ialah file2 atau folder2  bertukar menjadi shortcut dan saiznya hanyalah sekitar kb sahaja dan, gagal untuk dibuka. Siapa yang tidak panic apabila folder atau file yang sebelum ni bersaiz 2-3gB bertukar menjadi 2kB dan tak boleh buka. Kena pulak fail tu fail penting... Ahh,sudah! Jangan takut, jom settlekan benda ni sama2. Beberapa langkah mudah akan menyelamatkan isi removable drive anda seperti sediakala.. Semua orang boleh buat. Jom..!

PENTING : Apabila mengalami hal ni, jangan FORMAT terlebih dahulu removable drive tersebut. Keadaan mungkin bertambah buruk di mana anda perlu “bye2 forever” kepada isi removable disk tersebut.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN :
  • Open command prompt. Caranya : Start > Run > cmd
  • Katakanlah Removable Drive anda ialah G: (check di my computer untuk kepastian)
  • Pada paparan command prompt, masukkan :                                                     attrib -h -r -s /s /d g:\*.*                                               (copy ja benda ni, gantikan G mengikut kedudukan removable disk anda sendiri)
  • Tekan ENTER
  • Sekarang, open removable drive anda... tadaaa! Dah settle..!
*perlu diketahui bahawa command prompt adalah suatu perisian pengaturcaraan (programming software) dan tentunya sangatlah sensitif. Kod harus tepat dan kesilapan kecil seperti penjedaan (spacing) akan membuatkan keputusan atau hasil pengekodan (coding) menjadi salah. So, kod kat atas tu perlu dimasukkan dengan tepat.

TETAPI....
Jika tak settle gak, teruskan dengan langkah2 ni 
(Langkah kedua adalah untuk membuang virus dalam removable disk tu) :
  • Download SOFTWARE ANTIVIRUS NI dan terus install. Tak perlu was-was sebab software ni percuma dan belum pernah menyebabkan kematian.
  • Masukkan atau sambungkan removable disk kepada komputer anda.
  • Open antivirus yang baru download tadi dan lakukan “full-scan” kepada removable disk anda tu. Jangan pernah rasa kasihan untuk membunuh segala virus yang ditemui.
  • Habis ja scan dan aktiviti membunuh virus, open removable disk anda dan refresh. Lihat samada masalah virus shortcut masih ada atau segala data anda telah kembali pulih. 

TETAPI...
Jika virus masih berdegil dan removable drive anda tak pulih2, cuba try test buat benda ni pula
(Langkah atau ikhtiar terakhir ialah format dan recover data) :
  • Pastikan removable disk anda yang bermasalah tu telah sedia terpasang pada komputer
  • Download SOFTWARE DATA RECOVERY ni tanpa waswas dan terus install.
  • Run Software Data Recovery tadi dan scan (free scan)  removable disk anda dan lihat samada terdapat data yang boleh “recovered”. Data yang boleh recovered, sila pindahkan ke drive lain.
  • Format Removable Disk anda tu. Gunakan QUICK FORMAT biasa, tak perlu software. Jangan panic, memang semua data akan terpadam termasuklah sang virus dan pendrive anda akan jadi macam baru beli. Hakikatnya, data tidak dihapus secara permanent walaupun removable drive telah diformat. Ini pengetahuan am.
  • Habis ja format, run software data recovery sekali lagi dan scan drive yang baru diformat tadi.
  • Lakukan proses recover pada data2 yang ditemui hasil daripada scan tadi. Jangan bimbang, hanya data2 umum seperti dokumen, foto, atau lagu sahaja yang di-recovered, bukan virus2 yang menghuni drive anda sebelum ni.
  • Tadaa..data anda kini pulih kembali dan dapat dibuka seperti biasa.

TM : Virus ni sebenarnya sesuatu yang nakal dan cuba bermain dengan kita. Sebagaimana liciknya virus, kita juga harus licik untuk “mengajarnya”. Bagi aku yang minat IT, adalah suatu kepuasan jika dapat menyelesaikan masalah komputer dengan tangan sendiri. Dapat belajar perkara baru di samping menyelamatkan isi poket sendiri. Kebiasaannya, hanya peringkat satu dan dua saja digunakan untuk menewaskan virus shortcut ni. Peringkat 3 jarang2 berlaku dan memang tahap bapak jin la virus tu kalau smpai ke tahap 3 ni. Apapun, kadang2 ada orang jenis suka nak format. Apa2 masalah sikit, dia kira nak format ja. Haha.. Format memformat ni sebenarnya tak bagus sangat untuk komputer. Format ni bagi aku adalah jalan last la.. selagi ada cara, cuba dulu sedaya upaya... =)

Wednesday, December 21, 2011

Burger Prosperity Mc D


Lama rasanya tak review sal makan-makan kat sini. Dan malam ni, aku nak review something yang very sinonim dengan warga Malaysia, iaitu Mc D. Tadi, waktu aku balik rumah, terkejut tengok ada satu bungkusan set Prosperety Mc D atas meja makan. Ehh, sapa pulak baik hati dok buat amal jariah kat aku musim2 cuti ni. Rumah sunyi jaa. Then dapat sms dari adik aku mengatakan depa nak pi penang dan sekarang dok di airport. Ohh, hampa umpan aku dengan Mc D untuk jaga rumah noh.. X pa..x pa..

            Semua orang tau Prosperety tu adalah umpama oblong daging lembu yang dijual di Mc D. Mungkin dinamakan Prosperety agar kelihatan bergaya dan macho mungkin... Arghh,penuh dengan ke-poyo-an. Bagi aku yang setahun sekali makan Mc D, ada 3 benda atau identity burger Mc D yang aku suka, iaitu sesame Breadnya yang lembut, daging lembu yang padu dan dimasak elok, dan baunya yang enak. That’s all. Begitu juga dengan Prosperity ni. Aku paling suka rasa daging lembu yang padu dan memang lain dari rasa daging burger lembu yang biasa.
           Tapi, banyak juga kekurangan pada burger Prosperity ni yang aku tak suka dan merasakan burger ni tak sepadan dengan harganya yang sangat mahal, sifat biasa makanan di Mc D. Pertamanya, aku tak suka langsung pada onion ring yang ditabur di atas kepingan daging tu. Aku memang jenis tak suka bawang dalam burger walaupun ianya segar dari ladang ka apa ka. Dahla pahit semacam, after-taste nya juga teruk membuatkan aku terpaksa minum bergelas air bagi meghilangkan rasa aneh pada kerongkong. Lagi satu yang aku tak suka pada Prosperety ni ialah daging lembu yang dicelup dengan sos lada hitam yang keterlaluan. Pedas sungguh rasanya. Tentang lada yang tak hancur tu takpalah, aku faham itu identity bagi sos lada hitam western. Tapi, rasanya yang sangat pedas itu kenapa? Mungkin disebabkan burger Prosperity ni terlalu kosong. Salad tak ada, mayonis takda dan cheese jauh sekali. Hairan juga, takkanlah orang putih makan pedas2 macam ni?! Tapi itulah Prosperety yang dibanggakan oleh sesetengah orang sehingga menempek gambar bersama Prosperety di laman sosial sana sini. Kononnya merekalah warga berada yang mampu meratah benda2 itu setiap waktu. Aku bukanlah pakar rasa, tapi aku pasti kalau burger ini dihidangkan kepada juri masterchef, pasti berjela juga komen negative dari mereka. Mujurlah Prosperety ni bukan duit aku. Lebih baik rasanya menempah oblong special dari burger stall tepi jalan yang harganya jauh lebih murah dan rasanya yang sedap dari Prosperity ni. Aku bukan haters Mc D ka apa, tapi inilah aku yang memang kalau sedap memang aku katakan sedap, tapi kalau tak sedap memang aku paku...haha...

Perjalanan Malam


AWAS : Sesiapa yang punya penyakit kronik dan lemah semangat dilarang membaca !!!
Malam ni aku on mode seram sikit sebab tinggal aku sorang ja kat rumah...yang lain terbang pi penang abes..so, aku teringat kejadian benar beberapa lama dulu, sewaktu pulang dari penang menaiki kereta. Aku klasifikasikan pengalaman ini sebagai slot baru dalam TintaMalam, iaitu  Seram Wooo dan aku olahkan kembali pengalaman ini menjadi sebuah cerpen serammm..! Heeeee...~

         Malam semakin larut. Aku bersama sepupu baru selesai menziarahi seorang ahli keluarga terdekat yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Kami bercadang untuk bertolak pulang ke Perlis kerana keesokannya ada urusan yang perlu diselesaikan. Aku meraba poket mencari kunci Perodua Myvi yang disewa di Kuala Perlis. Kemudian, aku mengunjukkan kunci itu kepada sepupuku mengisyaratkan agar dia yang memandu. Boleh juga aku berehat nanti. Tapi, sambil sebelah tangan menahan kuap kerana mengantuk mungkin, dia menyuruh aku yang memandu. Akhirnya, terpaksa juga aku yang memandu ditemani gerimis yang mula membasahi bandar Penang. Dalam gelap malam yang semakin larut, myvi merangkak perlahan-lahan meninggalkan bandar Penang yang tak pernah sunyi itu.
            Kesejukan mungkin dari pendingin hawa ditambah pula dengan hujan renyai renyai pada tengah malam itu, membuatkan aku terasa lapar. Tekak pula terasa haus kerana dari tadi asyik berceloteh dengan sepupuku bagi menghilangkan kebosanan. Lalu, myvi mula menghala ke sebuah kedai mamak nasi kandar yang sememangnya terdapat di merata-rata bandar Penang itu. “Biaq ada energy sikit, nak balik jauh ni!” Aku berseloroh kepada sepupuku itu. Selepas menyelesaikan sepinggan nasi kandar kari “kaw”, kami mula bergerak untuk meninggalkan Penang. Seperti tadi, aku menyuruh sepupuku yang memandu, namun tetap ditolaknya. Akhirnya, aku terpaksa mengalah, bertugas over-time menjadi pemandu pada tengah malam itu. Rupa-rupanya, ada “sesuatu” yang bakal berlaku pada malam itu.
            Selepas meninggalkan suatu kawasan tol, aku menjeling dashboard myvi yang memaparkan angka 2:37 a.m.. Sepupuku itu seperti orang lalok. Aku tahu dia terlalu mengantuk, ditambah pula dengan kekenyangan melahap nasi kandar di kedai mamak tadi. Cuma aku yang masih bertahan daulat memandu seorang diri. Hujan sudah berhenti,namun sisa-sisa kedinginan masih membaluti suasana malam, terasa mencengkam tubuh walaupun aku sudah memakai T-Shirt berlengan panjang. Gelap dan sunyi sungguh highway malam ni. Ye lah, ni kan bukan musim cuti. Memangla tak ramai yang guna highway waktu-waktu macam ni. Radio myvi yang perlahan aku kuatkan sedikit volume-nya. Kedengaran lagu “Unintended-Muse” memenuhi ruang kabin myvi yang dingin dan sunyi itu. Ahhh, makin terasa pula kesunyiannya. Lalu, aku menukar lagu. Lagu “Selimut Putih-Akhil Hayy” pula menyusul... Hmm, okaylah..rancak sikit, tapi seram la pulak rasanya malam-malam ni. Myvi terus menyusur pada kelajuan sederhana membelah kepekatan malam yang dingin dan sunyi.
            Tiba di suatu kawasan yang terdapat seperti bukit di tepinya, aku terkejut! Sepupuku yang nyenyak tidur itu meracau pula. Racaunya lain macam. Ketawa keras dan kuat membuatkan mood yang telah sedia seram bertambah seram jadinya. Spontan, aku yang terkejut terus menumbuk pahanya membuatkan dia terjaga dari tidur. Apabila aku pandang kembali ke hadapan, dalam jarak 70 meter nun di tebing bukit yang gelap, kelihatan suatu sosok berpakaian putih berdiri tegak. Aku kurang pasti apa benda namun, sebaik myvi melewati lembaga itu, jelas, sosoknya seperti seorang wanita berpakaian putih menghadap membelakangi highway. Disebabkan kawasan itu sedikit berselekoh, suluhan lampu myvi mengesahkan bahawa itu bukanlah benda lain seperti papan tanda dan sebagainya, tetapi sesuatu yang sukar untuk aku tafsirkan. Sewaktu melewati lembaga itu, masing-masing tekelu tanpa bicara. Secara automatik, kepala masing-masing tertoleh melihat apakah benda itu yang sedang berdiri tegak di pinggir bukit membelakangi highway. Ahh, sudah..! Dia mai dahhh... Aku pasti, itulah “makhluk” yang sering kubaca dalam kisah-kisah seram di internet dan ditonton dalam filem-filem seram.
            Mata kembali mengarah ke depan. Namun sunyi tetap merajai suasana. Masing-masing mengunci bicara. Enggan bersuara walaupun sepatah. Aku tahu dan pasti, sepupuku juga turut nampak lembaga itu. Lebih-lebih lagi dia duduk di tempat penumpang. Masing-masing menelan liur. Rasa mengantuk yang baru menjinak, hilang lenyap entah ke mana. Genggaman stereng terasa sedikit licin kerana tapak tanganku mula berpeluh. Spontan terhadap rangsangan luar biasa tadi. Kini, myvi mengarah menuruni higway yang sedikit berbukit. Kelajuan meningkat sedikit dan kaki ini terasa janggal untuk mengawal brek dan minyak. Terkejut dan tersentak dengan peristiwa tadi. Mujur juga kereta ini automatic. Jarum analog menunjukkan angka 100km/j. Myvi semakin laju melewati haluan highway yang menuruni bukit, tanpa mengetahui di hadapan sana, suatu lagi kejutan menanti.
            “Woi, apa tuuu?!” spontan, kesunyian dalam myvi dipecahkan oleh jeritan spontan aku yang terkejut melihat suatu objek seperti bebola api yang berada di tengah-tengah haluan lebih kurang 100 meter di hadapan. Semakin dekat, semakin besar kelihatannya. Jelas, objek itu seperti bebola api yang terapung tetapi nampaknya seperti bergolek di atas highway merintangi laluan myvi. Tangan mula bergetar untuk memusing stereng bagi mengelak entity tersebut, tapi serentak dengan itu juga, sepupuku bertempik kuat “hang belah benda tu wei...langgaq ja, jangan elak!!!!”.. Pegangan stereng dikemaskan dan spontan bibir menuturkan bismillah. Dalam jarak 50 meter, benda seperti bebola api itu semakin membesar dan mungkin akibat perasaan yang sukar digambarkan, mataku terpejam saat myvi menghentam entity misteri tersebut. Yang kedengaran hanyalah tempikan kalimah Allah dan sesaat kemudian, myvi terasa bergegar dan mataku terpandang percikan api dari bahagian kiri myvi serta telinga menangkap bunyi geselan yang ngeri. Sepupuku spontan menolak stereng myvi ke kanan yang hilang kawalan dan bergesel dengan divider jalan selepas kereta melanggar entity yang tiba-tiba menjelmakan dirinya itu tadi. Mujur juga tiada kenderaan lain di belakang sewaktu myvi itu melelong ke tengah kerana lost-control. Pedal minyak spontan dilepaskan dan myvi kembali perlahan melewati jalan highway yang landai.
            Huhh..nafasku tercungap-cungap kerana kejutan yang tak dijangka pada malam yang penuh misteri itu. Sepupuku juga berusaha menenangkan aku dan mencadangkan agar kami singgah di Gurun dan meneruskan perjalanan pada keesokannya sahaja. Dingin malam yang tadinya mencengkam segenap ruang, kini tak mampu menyejat peluh yang membasahi tubuh tanpa sedar. Bunyi degupan jantung yang kencang dan tidak menentu sukar untuk dihilangkan. Dalam mindaku kini, hanya berdoa moga cepat sampai ke Perhentian Gurun dan berehat menghabiskan sisa malam misteri ini di situ. Masing-masing terkunci bicara dan nun jauh di hadapan, kelihatan papan tanda Perhentian Gurun dan myvi terus membelok perlahan menghala ke tempat parking. Walaupun mata sukar dilelapkan kerana otak sarat dengan tayangan dan persoalan tentang apa yang menimpa kami, tapi terasa sedikit lega dan tenang kerana kami tidak kesunyian lagi di sini. Kami terus berehat dan meneruskan perjalanan ke Perlis  seusai solat subuh keesokannya, bersama myvi yang sudah tercalar di bahagian pintu penumpang dan bumpernya yang sedikit rongak akibat bergesel dengan divider. Huhh, kalaulah aku mengelak benda bebola api itu semalam, mungkin lebih teruk jadinya.  Walaupun aku tahu aku harus mengeluarkan ratusan ringgit untuk membayarnya, namun dalam hati, kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana tiada sebarang kecelakaan menimpa kami. Kini, aku sedikit fobia jika hendak berjalan jauh pada waktu malam, apatah lagi jika melintasi highway yang selama ini sering kedengaran penuh dengan misteri, tetapi kini, aku sendiri yang terjebak.  

TM : Nasihat untuk semua yang memandu di highway, elakkan memandu berseorangan..  ajakla sapa2 teman...jangan berani lebih sangat.. dan kalau ditakdirkan berjumpa dengan something “unusual” kat tengah2 jalan, langgaq ja benda tu...teringat kisah2 kemalangan akibat mengelak sesuatu yang misteri kat tengah jalan, dan aku sendiri hampir menjadi mangsanya. Heww..amacam? seram tak? Haaa..thanks 4 reading..!

Sunday, December 18, 2011

Kuih "Ketayap Moden"


Selamat Malam semua.. Harini aku terlebih rajin, so aku masak la supper tadi.. Macam biasa, something yang mudah,ringkas, dan cepat untuk disediakan.. dan yang penting, sedapppp..! Semua orang tau...semua orang boleh buat, tapi aku nak tulis jugak kat sini sebab ni blog aku..haha..ikut suka la aku nak tulis apa pon..  Aku tak tau nak letak nama apa kuih ni, tapi disebabkan rupa bentuknya yang ala-ala kuih ketayap, so we can called it “ketayap moden”..

BAHAN-BAHAN
  • Roti sandwich yang telah dileperkan (supaya tak serap minyak)
  • Sosej (tidak dipotong.. 1 sosej :1roti)
  • Serbuk roti atau orang2 kampung aku panggil “ bread crumbs”
  • Tepung yang dibancuh pekat bersama sedikit garam
  • Minyak masak..kalau nak kelainan,boleh guna petrol atau diesel..
  • Sos dan Mayonis (aku prefer sos cap arnab.. even kaler dia merah macam darah arnab,tapi rasa dia awesome! )

CARA MEMASAK
  • First of all, goreng dahulu sosej.. jangan terlampau masak..
  • Sambil tu, leperkan roti sandwich then sapu sos + mayonis seperti menyapu jem, tapi jangan terlampau banyak sebab nanti dia melimpah pulak..
  • Letakkan 1 sosej yang siap digoreng tadi di atas sekeping roti yang telah disapu sos dan mayonis tadi.
  • Kalau nak pedas,boleh tambah lada..then gulungkan roti bersama sosej di dalamnya..
  • Ratakan roti dengan bancuhan tepung pekat (tujuannya untuk melekatkan serbuk roti).
  • Ratakan pula roti tadi di atas serbuk roti hingga serbuk roti melekat di serata bahagian roti.
  • Apalagi tunggu, gorenglaa.. kalau boleh goreng tenggelam lagi bagus.. Jangan terleka sebab serbuk roti ni cepat hangit..So,api kena pandai control dengan sentiasa membolak-balikkan rori yang digoreng tuh..

TM : Sapa yang suka sayur boleh letak salad dalam gulungan roti tu...bread crumbs ni membuatkan roti jadi lebih rangup...waktu makan dok krup..krap.. dalam mulut.. bread crumbs boleh digantikan dengan conrnflake yang dikisar atau serbuk nestum...sosej pulak kalau boleh guna yang ayamas yang ada keju kat dalam tu fuhhh..sedapp..berkrim..jemput makan..! 

Saturday, December 17, 2011

Ayuh Kembali ke Sekolah..!


Salam semua...lama tak update kolum Fakta Best kat blog ni. Hmm,kali ni aku tempekkan fakta yang di-share oleh member2 kat fb..Aku tambah sikit2..


AMARAN : Dilarang senyum sewaktu baca fakta ni




Budak2 yg lahir pada tahun 90 an mesti ingat benda2 ni masa kat skola rendah dulu:

  • Kat skola ade salesman jual buku cerita. Ari ni bg list, esok mintak duit beli      walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak.
  • Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
  • RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm betol kan....
  • Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die... hehe
  • Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
  • Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
  • Cikgu pakai pembaris kuning pnjng. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu  pgang pon kat situ.
  • Bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan leh cikgu2...
  • Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
  • Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
  • Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca
  • Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
  • Ada belon getah yang ditiup dengan straw kecik kuning..Bila dah jadi belon, penyek2 pastu tempek kat dahi kawan.. 2 kupang satu..
  • Balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon...sambil tu,beli ais pop atau "ais kepak" yang warna warni tu untuk makan waktu balik skolah.
  • Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
  • Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
  • Kat koperasi sekolah ada jual “germit” (sharpener) yang ada cermin kat belakang, macam2 bentuk!

  • Kalau bab mainan, memang macam-macam..! Hujung tahun bawa jutaria dengan komik pi sekolah...yang main jentik penutup botol pun ada! Budak pompuan main "zeropoint" dan main tiang. 
  • Ada musim buat kad nama yang ada macam2 gambar! Pengedar dapat free brapa set ntah..

  • Dulu ada Milo free...sedappp..! Cawan kecik, so,sanggup ulang beratur sampai 2 3 kali untuk ambik milo tu!

  • Demo menggosok gigi kat tepi longkang.. Nurse akan bawa gigi dengan berus gigi besarrr punya..!

  • Tulis biodata dalam buku...kebiasaannya budak pompuan la..orang yang disayang la, dibenci la...haha

  • Budak laki pulak suka main keta dash yonkuro yang pasang sendiri tu dengan benda macam gasing yang boleh keluaq api tu...orang panggil pa ntah..

  • Pengawas asyik tulis nama orang bising kalau cikgu tak masuk..


Semua yg baca artikel nie mesti penah jadik SKEMA GILA time skola rendah kan?? hehe..

Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni.Diorang tau handset,PS,FB,ipad...tu jer.. 

TM : What a memories.. Itulah serba sedikit...banyak lagi sebenarnya..tapi malas nak tulis. Pas r kt member2 korang....mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...hehehee... :)
(gambar dicedok dari Google Image...dulu2 x da nset kamera,soriii..)

Thursday, December 15, 2011

Appetizer dari Need For Speed The Run


Hari yang awesome! Petang tadi aku selamat meng-install Need For Speed The Run, iaitu siri terbaru dari  game Need For Speed, PC game yang bergenre racing. Need For Speed The Run yang bergenre kacukan action dan racing, membangkitkan kenangan kepada NFS Undercover dan Most Wanted yang dikeluarkan beberapa tahun dahulu.  Ahh, tak perlu aku memperkenalkan lagi Need For Speed yang memang sedia terkenal ni. Need For Speed The Run ni di-launch pada bulan lepas iaitu November 2011, orang kata “dok hangat lagi” hahaha. Justeru itu, aku amat berbangga kerana desktop kesayangan aku, Sang Panamera merupakan antara desktop terawal di Malaysia ni yang disumbat dengan NFS The Run ni..! Hahaha... aku bukan nak review pasal game ni sebab aku pun baru ja mula nak main. Tapi keterujaan aku sebaik start game ni membuatkan aku bermurah hati untuk menghidangkan appetizer atau pembuka selera dari NFS The Run ni untuk dikongsi bersama..!

Wordless! Tidak terkata apa2, hanya tersenyum keterujaan sebaik sahaja monitor menayangkan main menu dari game ni. Smooth! Bermula dengan drama aksi melibatkan model Porsche Carrera dan Audi RS4, yang tentunya berlainan langsung dengan siri Need For Speed sebelum ni, dan hinggalah ke suatu tahap, sudah terhidang beberapa buah supercar untuk dipilih bagi memulakan karier dalam The Run. Sukar untuk membuat pilihan, dan akhirnya, BMW M3 GTS hitam menjadi pilihan bagi aku meneruskan karier! Kena pulun game ni sampai boleh drive sportcar termahal di dunia, yang telah merampas mahkota Bugatti Veyron, iaitu Lamborghini Sesto Elemento yang membuat kemunculan pertama dalam game racing..! Vr00oooomm!

NOTE : ScreenShot adalah original dari PC aku sendiri, bukan google image k..untuk lebih feel, klik gambar okay..!
Player memegang watak sebagai Jack dalam The Run
Babak awal : Jack dikurung dalam Porsche yang dijatuhkan ke dalam compress machine dan tangannya diikat pada stereng.
Jack bertungkus-lumus untuk keluar dari porsche yang mula dimampat oleh compress machine
Sebuah Audi RS4 digunakan untuk melarikan diri sambil dilanyak oleh beberapa buah Cayenne milik penjahat

Thrill : Audi RS4 hampir dilanggar keretapi waktu melintas landasan keretapi
Ehh..orang jual itik pon ada dalam NFS The Run!
Yeahh..garaj sudah dibuka..! Plih yang mana berkenan!
M3 GTS, handling is very easy, perfomance not bad
Maka, bermulalah karier di The Run, dengan sebuah M3 GTS
M3 GTS..ada rupa, ada kelajuan..!
Sesto Elemento...I'll come to you some day..yeahhh!


Persediaan sebelum Install Game


Peneman aku ketika cuti..

AMARAN : Banyak terminology yang dikekalkan dalam English sebab aku rasa janggal kalau tukaq benda tu ke dalam BM. Mungkin tidak sesuai bagi ibu mengandung atau warga emas berumur 80 tahun ke atas..




Fuhh..jenuh tiup blog ni. Habuk banyak coz lama tak update. Heh, cuti2 pun sibuk kesana-kesini. Harini baru rasa relax sikit. Tu yang gatal tangan nak mencontiang nih..!

Musim cuti macam ni, “gaming” adalah suatu aktiviti wajib yang dapat menghindarkan kebosanan. Macam-macam game sedia untuk di-download dari internet, dari mini-game hinggalah kepada game yang lebih serius dan berat. So, untuk install game terutamanya game yang “dicuri” dari internet dan bukan dibeli secara DVD Rom, terdapat beberapa software wajib yang mesti ada dalam sesebuah PC tersebut. Bukan apa, baru-baru ni, ada sorang member call aku tanya sal install game ni. Dia nak install Game GTA kalau tak silap. Game download abes dah, tapi tak tau nak install camner. Ohh, rupa-rupanya PC dia tak dilengkapi dengan software2 yang membolehkan game tersebut di-install..!

Software yang mesti ada :
1.) Free Download Manager
Software ni sama seperti Internet Download Manager yang femes tu, cuma yang ni free, tak perlu licensed. Fungsinya untuk mempercepat proses mendownload game yang kadang-kadang saiznya mencecah 5Gb ke atas. Fuhh, penat tu kalau download macam biasa tak guna software ni..!
2.) WinRar dan 7-Zip
Software free untuk extract atau combine semua file (part2) game yang di-download tadi. Katakanlah game tu ada 20 part, so, software ni akan extract dan combine menjadi 1 folder sahaja. Software yang sangat penting untuk kaki download!
3.) Daemon Tools Lite
Software ni untuk open  “.iso” file yang diperoleh setelah proses meng-extract fail2 game yang di-download tadi selesai. Software ni juga berfungsi mewujudkan “virtual drive”, iaitu seumpama anda memasukkan DVD dan komputer akan detect. Apabila fail “.iso” ni dibuka menggunakan Daemon Tools Lite ni, akan kelihatan segala dokumen dan fail bagi game tersebut. Apalagi, cari setup application dan teruskan dengan proses installation.
bilalah nak dapat PC macam ni sebijik...

PERINGATAN :
Installation Process atau proses installasi adalah proses yang sangat kritikal. Aku katakan kritikal kerana pada masa ni, penggunaan RAM dan CPU adalah sangat tinggi. So, waktu nak install apape game pun, pastikan application lain ditutup terlebih dahulu bagi mengurangkan “bebanan” komputer dan tidak mengganggu progress installation ni. Kalau installation failed, abeslah. Sia-sia download game sampai berpuluh Gb..!
Pastikan juga antivirus dan firewall anda di-disablekan buat sementara ketika melakukan installation game ni. Habis settle semua, baru enable balik. Untuk game free atau murah sahaja. Yang beli ori tak payahlah.

KEMAHIRAN :
Salah satu kemahiran yang diperlukan apabila selesai proses installation ialah kemahiran melakukan “crack” pada game yang di-install tu. Benda ni hanya untuk orang2 yang install game yang download free kat internet ataupun beli yang edisi plastic lembut dan murah dari kedai game. Haha... untuk korang yang kaya dan murah hati dan sanggup beli game ori yang harganya beratus ringgit, tak perlula nak crack2 ni.

 Zaman buta IT dulu, aku pun tak tahu nak crack ni, tapi rupa-rupanya senang yang amat. Crack paling susah pun aku buat masa nak install NFS Hot Pursuit aritu ja. Yang lain semua general crack ja. Caranya ialah cari suatu folder bernama “crack” dari folder asal game yang ada setup tu, then open folder crack tu > copy semua benda yang ada > paste n replace di direktori atau tempat anda install game tu .. biasanya dok di sini C:Program Files\(nama publisher game\nama game)..pandai2 la godek..

TM : Software2 yang terlibat boleh di-download percuma DI SINI. Aku tak bertanggungjawab kalau PC korang jam atau gelong tiba-tiba..haha..selamat ber-gaming..! 

Tuesday, December 6, 2011

Ceritera Senja di Pulau Lagenda



Puisi yang diilhamkan saat melihat sunset di Pantai Tanjung Rhu, sambil membawa adik-adik bersiar dan makan drumstick sorang satu..Ohh, what a beautiful moment..! Thanks for reading :-)

My Games : Truck Simulator 2


AMARAN: Banyak istilah berkaitan teknologi dikekalkan dalam English bagi memelihara “feeling” penulis  untuk
berbohong  bercerita J. Mungkin tidak sesuai bagi bayi yang baru lahir. (note: klik gambar untuk paparan lebih jelas)  

Kalau dah nama manusia, memanglah akan punya keinginan terhadap sesuatu. Kalaupun tak dapat memiliki, cukuplah sekadar meminati. Fuh baeekk punya intro, macam drama petang-petang pulak...! Ahaks.! Ceritanya begini, masa aku jalan-jalan kat Padang matsirat petang tadi, terserempak la seekor “transformers” ala-ala Optimus Prime gitu, treler berapa puluh tan pun aku tak tau lah..! Benda-benda macam tu memang suka berkeliaran di pulau ni musim2 LIMA macam ni. Seriously, aku memang teringin sangat nak rasa macam mana nak mengendalikan jentera2 gergasi seperti ini. Dan keinginan itulah yang mendorong aku meng-install game ni, Truck Simulator 2, sebuah game simulasi pengendalian trak-trak gergasi seperti treler panjang yang budak2 panggil “lori besaq” keluaran Valusoft, anak syarikat kepada company THQ yang boleh tahan famousnya..
Kalau dah namanya simulator, tentulah game ni berbentuk simulasi, iaitu direka menyerupai keadaan sebenar. Pelbagai trak yang disediakan untuk dipandu dalam game ni, daripada yang pendek kemetot sehinggalah yang panjang seperti keretapi. Ruangan dalaman atau cockpit atau kabin trak2 dalam game ni sangat teliti dan inilah serasanya tarikan utama dalam game ni. Setiap trak yang berlainan mempunyai ruang dalaman yang berlainan juga, dan ruang dalaman ini berfungsi seperti sebuah kabin sebenar. Inilah simulasi! Seawal enjin dihidupkan, lampu2 simbol pada panel metel menyala dan pelbagai analog meter seperti temperature,oil,berat muatan dan sebagainya mula bergerak menunjukkan keadaan semasa. Apabila parking brek digunakan iaitu menekan button “space” pada keyboard komputer anda, pada masa yang sama tombol parking brek yang terletak di tepi stereng akan naik atau turun ke bawah.
 Begitu juga apabila penggunaan lampu atau signal atau beacon light dihidupkan dengan menekan button tertentu pada keyboard, pada masa itu juga akan menyala lampu-lampu tertentu pada dashboard trak yang sedang dipandu. Kalau hujan atau ribut salji melanda, tidak perlu gelabah. Hanya tekan “P” pada keyboard dan wiper pun mula mengelap cermin trak. Kalau bosan atau ingin melihat luar dari cabin trak, tersedia juga camera mode yang berbeza, banyak membantu ketika hendak parking atau membuat U-turn. Bukan senang tau! Ini treler panjang, bukan kancil kemetot. Silap pusing, habis berterabur barang kat belakang.
Untuk aspek kepermainan, grafik, dan bunyi, aku tak nak review panjang macam GTA dan Need For Speed sebab game Truck Simulator 2 ni tergolong dalam game yang ringan, iaitu bersaiz bawah 1gb. Boleh diinstal kat gajet mini seperti netbook atau pda tanpa rasa curiga. Jangan install dalam kalkulator saintifik sudah lerr..! Untuk kepermainan, seriously, agak membosankan. Hantaq barang-à ambik barang, dapat duit. That’s all. Nak beli apa pun aku tak tau. Hal ini memaksa aku mencipta gaya permainan sendiri yang lebih kreatif, seperti memandu treler sehabis laju yang boleh, melanggar kenderaan lain, terjun ke dalam lubang di jalan bersalji atau terjun ke dalam gaung.  Terdapat tiga bentuk muka bumi yang disediakan dalam game ni, iaitu jalan salji, jalan gurun, dan jalan bergunung macam di Cameron Highlands tu. Berbelit, sempit dan berliku macam ulaq..! 
Pemandangan atau grafik tidaklah mengecewakan dan bolehlah dikatakan sebagai 3D la jugak. Untuk bunyi pula, apa yang didengar hanyalah bunyi enjin  yang rasanya seakan sama bagi semua jenis trak, disamping bunyi kenderaan lain serta bunyi hon yang membingitkan. Tiada radio dan suara manusia seperti dalam GTA dan ini akan cepat membosankan anda.

TM : Walaupun game ni agak membosankan, tapi bolehlah mengambil “feeling” bagaimana rasanya mengendalikan kenderaan berat dan panjang macam Optimus Prime tu. Perkara yang bestnya dalam Truck Simulator ni ialah rekabentuk cabin yang real dan pengendalian trak yang real, memang berbeza dari rasa memandu sebuah kereta..! Overall, aku bagi 5/10 bintang untuk Truck Simulator 2.. 

Monday, December 5, 2011

Seni dan Sastera : Harga Cinta dan Kasih Sayang


You say that you love rain,
But you open your umbrella when it rains...
You say that you love the sun,
But you find a shadow spot when the sun shines...
You say that you love the wind,
But you close your window when wind blows....
This is why I am afraid,
You say that you love me too.. 



Quote yang menarik yang aku jumpa masa mengembara di dunia maya. Ohh, kadang-kadang terfikir juga, mungkin sebab inilah muda mudi kini yang kononnya hangat bercinta dan berkasih sayang boleh “putus” la, “break-off” la, “in-complicated” la, “clash” la dan sebagainya. Awat tak crash terus macam Need For Speed tu?! Mungkin kerana terlampau banyak ucapan atau soal jawab tentang cinta dan sayang membuatkan mereka mula bosan dan bergaduh, pastu apalagi..! Bagi mereka, semakin banyak ucapan dan soal-jawab tentang kasih sayang, semakin tinggilah harga cinta yang mereka bina. Sebab tu lah orang bercinta tak pernah berenggang dengan telefon..

Lihat pula kasih sayang ibu bapa kepada sang anak. Apakah perlu diucapnya 24jam mengalahkan orang bercinta? Tentu tidak! Tapi kita semua rasa dan tahu, betapa tinggi nilainya kasih sayang ibu bapa terhadap sang anak. Cinta dan Kasih sayang bukan pada jutaan ucapan..!

TM : Geli-geleman dan muak tengok seorang budak perempuan muda tak tahu malu, bercakap telefon dengan pasangannya dengan gaya dan suara yang urrrggghhh..paham2 ler..! Muka dahla macam kucing market, buat orang hilang selera ja. Hormat la sikit public area. Rasa macam nak simbah dengan milo panas ja masa dok kat kedai makan tadi. 

Friday, December 2, 2011

Jom Muhasabah : Hulurkan Tangan, Ringankan Beban


Post pertama Disember 2011 dan sempena maal hijrah yang baru kita sambut beberapa hari lepas, marilah sama2 hijrahkan rohani ke arah yang lebih baik. Buat kali pertama aku coretkan kisah sendiri dalam ruang Jom Muhasabah ni dan serasanya, inilah artikel pertama tulisan aku sendiri yang berunsurkan agama. Semoga beroleh sedikit manfaat dari pengalaman benar ini.
Tadi, masa aku sampai di rumah selepas bertemu seorang rakan, nampak televisyen yang terpasang sendirian di ruang tamu. Begitulah biasanya. Rumah ini terlalu sunyi, hinggakan televisyen terpaksa dipasang walaupun tanpa penonton bagi menghilangkan kesunyian yang menyelubungi. Di kaca tv, terpapar rancangan 999 yang menyiarkan tentang parking haram membuatkan aku teringat kenangan beberapa bulan lepas.
          Pagi itu, aku memandu kereta ke Alor Setar untuk ke sebuah klinik pakar yang terletak di tengah pekan itu. Aku yang jarang-jarang ke situ tentulah kurang arif tentang kawasan tersebut. Sesampainya di hadapan klinik tersebut, perlahan-lahan aku mencari parking yang kosong. Tiba-tiba aku lihat seorang pakcik, yang kelihatannya seperti seorang O.K.U kerana langkahnya sedikit tempang dan bongkok, dengan pakaian lusuh dan comot beria-ia menunjukkan tempat parking yang kosong kepadaku. Tidak cukup dengan itu, dia bersungguh-sungguh memberi isyarat itu dan ini bagi memudahkan aku meletakkan kereta dengan betul. Awalnya,aku ingatkan dia menjadi penjaga parking haram kerana kawasan parking tersebut memang free dan takda pun meter untuk bayar parking. Lalu, aku meraba laci kereta untuk mencari duit siling bagi membayar harga parking kepada pakcik O.K.U tu. Apabila aku keluar dari kereta, aku sedikit hairan sebab dia tak minta pun duit parking dari aku. Aku pun bertanya “kena bayaq ka pakcik? Berapa?” Pakcik tu pun berkata, “Ikut laa..nak bagi pun tak pa..tak bagi pun tak pa.” Aku terkejut. Wang siling dalam genggaman kumasukkan ke dalam poket seluar. Lalu aku keluarkan wallet dan membayar lebih sedikit kepada pakcik tersebut sebagai sedikit sedekah kepadanya. Rezeki dia harini. Spontan, sebab aku terharu dan berasa betapa ikhlasnya pakcik tu membantu aku menunjukkan parking dan membantu aku meletak kereta tanpa meminta apa-apa balasan.
               Pakcik tu seorang O.K.U, tapi masih berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa diminta, dan tidak mengharapkan apa-apa sebagai habuannya. Bandingkan dengan kita, yang kadang-kadang sungguh berat untuk menghulurkan tangan dan seringkali mementingkan diri. Aku sendiri, kadang-kadang bila terserempak dengan peminta sedekah, sebahagian hati mengatakan hulurkanlah seringgit dua, sebahagian lagi dipengaruhi bisikan jahat mengatakan mereka itu pemalas,penipu, aku takda duit dan sebagainya. Last2 aku lalu buat-buat tak tau ja. Aku tahu bahawa kalau kita sedekah dengan ikhlas kepada sesiapapun, tetap dapat pahalanya. Kalaupun orang yang disedekah tu penipu dan sebagainya, biarlah, itu antara dia dengan Allah. Kita tetap beroleh ganjaran atas sedekah yang kita bagi tu. Tapi itulah bisikan jahat yang sentiasa berusaha menenggelamkan hasrat murni yang boleh mendatangkan pahala.  Ohh..hati.. lepas ni, sama-samalah kita lebih kerap untuk menghulurkan tangan, dan meringankan beban mereka yang memerlukan. Ketepikan bisikan hati yang tak pernah lelap menghadirkan godaan kejahatan. Kenangilah bahawa apa yang kita nikmati sekarang ini, mungkin masih lagi impian bagi orang lain. Oleh itu, kongsikanlah sedikit nikmat yang kita miliki dengan orang lain.  Renungilah kata-kata dari pujangga terkenal, Khalil Gibran :
” Ingatlah saudaraku,
Bahawa syiling yang kau jatuhkan,
Ke telapak tangan yang menghulur di hadapanmu,
Adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan,
Kekayaan hatimu dengan cinta dariTuhan “

Wednesday, November 30, 2011

SinggahRasa : Char Koey Teow Kuala Perlis


Malam ni aku takda idea nak merapu apa. Cuma ingat nak ubah kategori “Jalan2 Cari Makan” kepada “SinggahRasa” la pulak. Rasa tak berapa kena dok curi idea orang dalam TV tu. Originaliti adalah identity TintaMalam. Haha..mulalah aku nak berfalsafah EDU3103 ni. So, sempena dengan penukaran kategori post baru ni, aku nak tulis tentang makanan yang agak best di Perlis ni, dan aku teringin sangat nak masak sendiri benda ni, tapi sampai la ni tak masak2, tak tau pasaipa,  iaitu Char Koey Teow (sori kalau salah spelling).
yummy..sedapnyerr char koey teow
Setelah seminggu di Langkawi, aku kembali ke Perlis untukn menghadiri majlis kenduri sedara dan menyetelkan bil2 yang berlonggokan. So, masa sampai dari Langkawi tu, punya la lapaq. Terus pi pekan “Kola Peghelih” untuk cari something yang boleh dimakan. Nampak kedai “Azie Char Koey Teow” yang berdekatan Farmasi Delima tu. Terus order Char Koey Teow special bungkus. Memang sedap, cukup rasa. Udang fresh walaupun tidaklah sebesar tapak tangan, tapi dia boh banyak ekor dan rasanya memang macam udang..! Koey Teow yang masak sedang elok, tak terlalu keras atau lembik (lunyai). Kuahnya yang sederhana, tidak terlalu pedas atau tawar, dengan rasa masin manis kicap harmoni bersama air rebusan udang beserta rasa lada hitam yang ringan. Kuah sedikit pekat ni kerana dicampur telur di dalamnya, akan meresap ke dalam koey teow dan koey teow pun kembang dan lembik jika terlalu lama dibiarkan tanpa dimakan (memang sifat benda pasta macam koey teow,spaghetti, mihun dll). So, kalau beli bungkus kena balik buka makan cepat2 ler. Macam masterchef la pulak aku malam nih..! Bagi aku yang memang suka mengunjungi kedai makan sekitar Perlis ni, ini adalah antara Char Koey Teow terrrbaekk di Perlis ni dan rasanya di Kola Perlis ni cuma ada yang ni ja. Harganya cuma RM 4.50 dan dibungkus dengan bekas plastic, bukan polisterin atau plastic lauk. Bersih dan mudah dimakan di mana-mana..