Tuesday, November 22, 2011

My Review : Menggila di Liberty City (Part 2)


Grafik@Videoplay
Cognoscenti (Maybach62)
Macam biasa, sejak ada desktop power nih (Panamera), aku akan melakukan sedikit penderaan untuk menguji kemampuan Panamera ni, iaitu dengan setting grafik paling maksimum untuk setiap game baru yang diinstall, termasuklah GTA TBOGT nih..! Dan buat kesekian kalinya, Panamera tidak menghampakan. Setting grafik maksimum, dipadankan dengan LED monitor 23” memang membawa aku ke “dunia lain”, ke kota kehidupan bernama Liberty City, bandar utama dalam GTA TBOGT nih. Setiap inci metropolis ini digambarkan dengan cemerlang, begitu juga dengan warganya. Semuanya seakan hidup dan bukan seperti lukisan “berkotak-kotak” macam GTA yang lama. Map yang sangat luas dalam game ni tentunya menyimpan 1001 rahsia seni yang sangat real, memukau, wow..! Dari utara hingga selatan map, jika diteliti, bukan sebarang bangunan yang diletakkan. Banyak di antaranya adalah landmark yang sangat famous di dunia realiti. Cuma sayangnya, aku mencari kot-kot ada menara KLCC di situ, tetapi hampa. Mungkin dalam GTA 5 nnti ada..heheee..! Tekstur air (water texture)  dan api adalah sangat berbeza dengan sebelum2 nih. Percikan air ketika menaiki speedboat dan ombak besar di tengah lautan yang membuai, adalah gambaran dunia realiti yang diterjemah ke dalam GTA IV ni. Kerangka kapal karam di pesisir pantai, longgokan sampah dihanyut air serta jeti haram yang usang, yang wujud di celah sungai yang mengepung Liberty City menghadirkan pemandangan yang begitu realiti. Prasarana (facilities) seperti jalanraya dan taman yang menjadi watak sampingan dalam TBOGT ni wajar diberi pujian. Jalan raya tidak lagi senada, tapi sudah dipelbagaikan. Ada terowongnya (termasuk terowong bawah air), jalan bertingkat, round-about, jalan yang berhabuk, jalan yang rosak dan berlubang dan halangan-halangan di tengah jalan seperti dalam dunia sebenar. Uniknya, kadang-kadang di tengah jalan, akan ada lubang pembentungan dimana asap putih/kabus akan keluar terawang di udara. Perghh, sebijik cam betul. Real beb...! 
GT40 eksiden sudaa
Satu lagi yang best, ialah tentang manusia2 dalam GTA IV nih. Memang totally different..! Jika dalam GTA dulu2,terutamanya GTA Vice City, kadang-kadang jemu juga bila asyik2 nampak muka orang yang sama ja. Kembaq sampai selori..! Tapi dalam GTA IV, orang-orangnya sungguh berlainan. Sungguh awesome dan hidup..! Anda takkan lagi berjumpa si kembar yang jalannya mengengkang. Setiap warga kota Liberty punya gaya masing-masing, sibuk urusan masing-masing. Katakan anda(Louis) berada di Middle Park, di situ akan kelihatan orang yang sedang duduk berehat di bangku kayu, orang yang sedang berbual di telefon awam, dan sedang melukis pemandangan di ats kanvas lukisan kemudian menjualnya kepada orang yang lalu-lalang. Orang2 dalam GTA IV ni memang real, sehinggakan kalau anda tumbuk atau shoot mereka, akan kelihatan darah terpercik dan mereka menggelupur kesakitan sambil mulutnya tak henti-henti menyumpah seranah si Louis.  Mungkin orang kata buat apa nak tengok benda-benda tu semua sampai nak perinci yang remeh temeh camtu, tapi inilah aku, yang suka akan kesenian dan keunikan. Dalam dok main game, aku suka perhati “seni2” unik yang wujud dalam game tersebut.
Super Drop Diamond (RR Phantom)

Berbicara tentang kenderaan memang minat aku. Sudah trademark dalam GTA, yang memang menyediakan kenderaan yang beraneka jenis laksana dunia relaiti, dan dalam GTA IV, kenderaannya sangatlah awesome dan sesiapapun yang tahu perihal kenderaan, akan dapat meneka kereta dalam GTA IV ni ialah kereta apa dalam dunia realiti disebabkan rupabentuknya yang amat persis, walaupun ada yang dikacuk. Sebut saja kereta jenis apa yang anda nak, dari sedan,sport,klasik,muscle,mpv,suv, truck,pickup,superbike, semuanya ada sampai aku naik lenguh nak taip. Sebenarnya, banyak kereta adalah model yang sedia ada dari GTA terdahulu, seperti admiral,comet,sentinel dan lain2,tetapi rupa bentuknya telah berubah,sesuai dengan peredaran latar masa GTA tersebut, dan ada juga penambahan model2 baru yang tidak kurang menariknya. Antara jenis kereta yang mencuri perhatian aku ialah Drop Diamonds (Rolls-Royce), Cognoscenti (Maybach62),dan BulletGT(Ford gt40). 
Bullet GT (Ford gt40)
Superbike terbaik dalam TBOGT ni ialah Akuma yang diilhamkan dari model Ducati StreetFighter yang famous tu. Kenderaan udara dan air, walaupun tak banyak, tapi cukup menarik dan berguna. Mungkin dalam GTA 5 nanti, akan ada kapal terbang seperti dalam San Andreas dan luxury yatch yang boleh dipandu sendiri. Dalam TBOGT ni, juga terdapat kereta api yang boleh dinaiki oleh Louis. Tapi, aku malas sebab lembab dan memboringkan. 
          Kesan remuk juga lebih real dan menarik dalam GTA IV ni. Selain itu, katakanlah anda memandu kereta dengan sangat laju, kemudian melanggar sesuatu seperti tembok atau divider, sang pemandu akan tercampak keluar dari cermin depan kereta dan tersungkur di atas tar. Whoaa..! Ini sungguh real. Satu lagi yang menarik ialah, sewaktu memandu laju dan melanggar belakang kereta yang sedang berhenti di traffic light. Pelanggaran kuat itu menyebabkan kereta yang dilanggar remuk teruk dan tayar kereta tersebut akan terbakar dan api mula marak membakar kenderaan malang itu. Dan saat inilah pemandu yang menjadi mangsa akan keluar sambil menggelupur kerana badannya dimamah api kebakaran tersebut. Oh, sadisnya..! 
terbakar...berperang dengan polis
Kesan Bunyi (Sound Effect)
Akuma (Ducati Streetfighter)

Game yang hebat tentu sahaja punya kesan bunyi yang hebat dan mantap. Doom..! Doom..! Doom..! Ditambah pula dengan speaker yang di-tune mantap, tentu saja bisa menggegar tangkai jantung sang player saat memuntahkan peluru dari machine gun atau bazooka. Bunyi weapon yang begitu realistik, serta bunyi setiap kenderaan yang berbeza-beza adalah tarikan utama game ni dari segi bunyi. Tungganglah Akuma (Ducati Streetfighter) di jalan yang luas dalam map GTA IV nih, dan hayati irama ranggi yang dihasilkan oleh superbike yang awesome ni. Suara orang2 yang wujud menghiasi segenap kota Liberty ini juga amat unik. Yang lucunya, mulut mereka lancang sahaja menghamburkan maki hamun kalau anda terlanggar atau “tertumbuk” mereka. Suara perbualan antara watak utama (Louis) dengan watak-watak lain juga sangat menarik dan kalau tak berapa faham, boleh diletakkan English subtitle kat bawahnya agar kita tidak ketinggalan dan memahami flow jalan cerita dalam GTA IV Nih. Memang geniuslah krew team yang menghasilkan game sehebat GTA IV nih.
Melayang di udara selepas dilanggar

Cukuplah review aku berdasarkan pengalaman bermain GTA IV The Ballad of Gay Tony nih (TBOGT). Game ini berklasifikasi above eighteen (18+) dan pastinya terdapat adegan2 sama ada ganas atau sosial yang tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur. Lagipun mereka terdedah untuk mencontohi perlakuan ganas watak Louis dalam GTA IV TBOGT nih. Sehinggakan aku pernah terbaca dalam paper suatu masa dulu, di mana permainan GTA diharamkan di sesetenga negara sebab terdapat kanak-kanak yang berkelakuan ganas, kononnya meniru watak2 dalam GTA nih. Sampai macam tu sekali dasyatnya pengaruh GTA ni. 

TM : Tak sabar nak main GTA V yang dah keluar trailernya kat internet..! 

No comments:

Post a Comment