Sunday, November 6, 2011

De’ SMKAK : Eidul Adha dan Fobia


gambar kredit kpd ILuvIslam.com

Salam Eidul Adha buat semua muslimin dan muslimat pembaca Tinta Malam. Kat sini aku bukanlah nak tulis artikel tentang eidul adha yang ternyata kebanyakan dari kita sudah mengetahuinya samada dari syeikh google atau buku-buku agama. Cukuplah sekadar menuliskan bahawa Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Eidul Adha juga disebut sebagai Hari Raya Haji di Malaysia. Boleh baca di sini dan disini.
      Bercerita tentang Hari Raya Haji, aku teringat pengalaman kanak-kanak dulu. Dulu, bagi aku tidak ada bezanya raya haji dan aidilfitri. Kedua-duanya sama meriah, sama seronok. Jika aidilfitri memakai baju baru,kasut baru,songkok baru,  raya haji pun macam tu juga. Malah, siap dapat duit raya lagi walaupun menyambut eidul adha. Mercun dan bunga api yang tak habis main waktu aidilfitri, diguna pulak untuk memeriahkan lagi malam eidul adha. Makanan di rumah pun sememangnya lebih “banyak mata” dan meriah dari har-hari biasa. Oh, indahnya kenangan 10 tahun dahulu..! 
            Kini, eidul adha membawa pengertian yang berbeza. Biasalah, dewasa dan kanak-kanak takkan pernah sama, kecualilah kalau terencat akal... heheh.. Sepanjang 5 tahun di smkak, aku pernah sekali rasanya merasai kemeriahan ibadah qurban di sekolah.  Bukan tak balik raya, tapi, tahun tu cuti pendek sangat, cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti raya yang cuma sehari sahaja rasanya. Dua ekor lembu telah ditumbangkan.  So, aku dapatlah 1st time experience melapah daging lembu mentah. Dua perkara yang aku sedikit fobia kalau nak qurban binatang ialah; waktu sembelih dengan waktu lapah.. Waktu makan merupakan waktu kegemaran aku.. hehehh.. Seriously, aku tak boleh tengok lembu disembelih, bukan rasa kesian (orang kata kalau kesian tak boleh makan), tapi entahlah, ngeri rasanya bila tengok darah banyak2 meleleh rata. Orang kata jenis mabuk darah. Entahlah.. sebab itulah aku membatalkan hasrat untuk menjadi doktor suatu ketika dulu...chewahhh..! Hahaha..  mengaku je lah tak genius. Waktu student lain berkerumun nak tengok lembu disembelih, aku pula memalingkan muka ke celah bas (penyembelihan dibuat di bangsal bas). Teringin nak tengok, tapi ngeri pun ada.. Setelah tamat riwayat sang lembu, kulitnya terus disiat dan ditanggalkan menjadi seperti sebuah hamparan permaidani. Kemudian, tubuh lembu tadi dikendong ke tempat melapah. Mak aaii, berat gilerr aku rasa waktu sama2 kendong lembu tu ke tempat lapah. Di sinilah bermulanya kefobiaan aku yang kedua.
         
       Kebanyakan student diberikan pisau untuk melapah dan menghiris daging lembu qurban kepada hirisan kecil untuk diberi kepada dewan makan yang akan menyediakan juadah istimewa untuk kami nanti. Kami duduk dalam satu barisan yang saling menghadap dan mula menghiris daging mentah tersebut. Aku masih gagal menghakis kefobiaan dan dalam kekalutan tu, muncul seorang rakan yang agak nakal dan menyedari aku yang berlagak buat kerja. Lalu dilemparnya seketul besar daging mentah untuk aku hiris. Ahh..kacau.. Aku pun tak tahu apa jenisnya fobia ni, tapi sampai ke hari ni, jika diberi pilihan, aku takkan menyiang sebarang daging mentah atau ayam mentah sekalipun. Lebih baik disuruh membasuh ketulan daging atau ayam yang sudah dihiris daripada menyiangnya sendiri. Bukanlah aku mengada-ngada kerana jijik kekotoran,kuman dan sebagainya, tapi, setiap kali melapah atau memotong daging mentah, aku rasa seperti memotong daging sendiri jaa.. eee..ngeri..! Tapi, dalam ngeri2 tu, aku siapkan juga menghiris ketulan besar daging tersebut. Masih terbayang daging yang lembik, kenyal, berlemak dan berdarah itu kuhiris sehingga menjadi ketulan kecil sehingga pisau yang baru beli pun akhirnya dirasakan tumpul. Ah, bila adanya situasi mendesak, sesiapapun dengan terpaksanya boleh melakukan apa saja..! Serius, inilah kali pertama dalam hidup aku melapah daging mentah dan terima kasih SMKAK yang menghidangkan aku peluang yang sebegitu.
            Pada malamnya, kami sama-sama menikmati hidangan istimewa, yang kesemuanya berasaskan daging. Daging rebus cicah air asam, daging masak asam dan sup tulang pun ada..! Dapatlah rasa seorang seketul. Waktu makan, terbit rasa bangga kerana memakan daging yang aku hiris sendiri walaupun mustahil aku mengenali daging mana yang aku hiris..hahaha.. Itulah seba sedikit kemanisan menyambut aidiladha di SMKAK walaupun bukanlah pada hari raya pertama. Kini, peluang menyambut raya di perantauan tiba lagi apabila tempat aku study iaitu IPG Perlis mengadakan sambutan eiduladha pada 10 zulhijjah. Wah, memang betul2 raya kat perantauan..! Siap ada solat sunat eidul adha di surau dan aktiviti memasak daging korban. Tapi itulah aku, rumah dan family tetap menjadi pilihan utama. Kasihan mereka yang rumahnya jauh dan tak punya pilihan,selain beraya bersama rakan di kampus. So, aku ucapkan SALAM EIDUL ADHA buat semua yang membaca Tinta Malam. Pengorbanan itu suatu kemestian..!


No comments:

Post a Comment