Saturday, November 26, 2011

My Experience : Kerana huruf "D" (Cerita Test Lesen)


Tadi masa aku jalan-jalan pusing pekan, aku terserempak la dengan sebuah kereta institut memandu yang berhenti kat tepi jalan. Ohh, tengah test JPJ rupanya sebab dari jauh aku nampak ada lampu oren dok lip lap lip lap atas bumbung kancil tuh. Aku pun slow la nak tengok awat berhenti tepi jalan. Ada kena test jenis berhenti dalam pekan pulak kah?! Dalam 50m sebelum sampai kat kereta tu, aku nampak JPJ pompuan yang dok dekat seat penumpang turun dan budak yang bawak kereta pun turun. Tukaq driver rupanya!! JPJ drive pulak kereta tu. Ishh..sapa test sapa ni?! Huhu~ bila jadi camni konfemla budak tu fail test jalanraya dengan JPJ. Takpe dik, cuba lagi di masa hadapan..! At least adik ada usaha untuk amek lesen yang sah, tak macam mala’un2 kat luaq yang ramai lagi takda lesen dan guna lesen haram... bila eksiden mulalah nak menyusah orang...!

Bila nampak kereta tengah test musim2 cuti ni, teringat balik kenangan aku test kereta dulu. Musim cuti macam ni lah..! Seawal jam 8.00 pagi aku dak terpacak kat tempat test untuk ambik no. giliran. Hujan renyai2 pagi tuh. Lepas taklimat dari pegawai JPJ pagi tu, aku pun dapat la no. giliran.. Mak aaiii, sesi 2 la pulak. Lambat lagi. Test dimulakan dengan bahagian litar iaitu mendaki bukit, parking dan tiga penjuru. Setiap bahagian ada masa2 yang telah ditetapkan. Macam nak race pulak..! Antara semua2 tu, aku paling takut bab nak naik bukit. Takut tak cecah garis dengan takut kereta turun balik. Serius, bahagian naik bukit adalah kefobiaan utama aku berbanding jalanraya...! Sebelum tiba giliran aku, aku sempat melihat pelbagai aksi dari “peserta2” yang awal gilirannya.. Ada yang dua kali naik bukit tapi still tak sampai garis. Apalagi, JPJ yang dok dalam pondok pun angkat kedua-dua tangan tunjuk tanda pangkah. Fail la tu.. Dengan muka sedih, dia pun turun dari kereta yang tersadai di atas bukit tuh..Aksi kat bukit lagi dan mungkin yang paling lawak pada hari tu, di mana seorang budak ni, punya la laju tekan minyak nak naik bukit sampai tak sempat tekan brek waktu atas bukit. Naik, terus lajak turun. Tak singgah angkat tangan kat JPJ dulu...huhu. Kalau siapa2 yang lulus ujian naik bukit, memang sia-sia la kalau fail bahagian lain. Sebab bagi aku, bahagian parking dengan 3 penjuru adalah paling senang yang amat. Segala “cheat” telah diajar oleh cikgu waktu latihan. Tapi, tiada yang mustahil. Ada jugak yang sangkut waktu test parking. Yang paling sedih aku tengok, masuk parking elokdah, lepas angkat tangan, nak keluar dari kotak parking, side mirror sangkut kat tiang pulak. Aduhhh,, kalau JPJ tak perasan takpa la jugak. Boleh cover2 lagi. Fail jugak budak pompuan malang tu.

Ok la, asyik cerita sal orang ja.. akhirnya sampailah giliran aku untuk test litar.  Seperti biasa, dimulakan dengan test naik bukit. Aku dapat kereta perodua kancil model lama yang lampu petak tuh. Masa latihan kancil jugak, tapi model baru. Sebelum aku naik, cikgu yang ajar aku iaitu Cikgu Syed mai dok bisik kata kereta ni takda meter RPM. So, atas bukit nanti, tekan ja bagi bunyi kuat untuk gerak lepas angkat tangan kat JPJ. Owh...macam tu pulak. Waktu latihan dulu, boleh jugak masa atas bukit tu dok ejas meter RPM bagi dok antara nombor 3 dengan 4, then baru turunkan handbrake. Kali ni, kena pandai2 sendiri la.. Asal jangan kereta undur balik sudah..! JPJ pun panggil..kereta memang dalam gear satu dah. Aku tekan minyak sikit, then angkat klac slow2..Kereta pun bergerak la ngek..ngek..ngek naik bukit tu. Prappp! Tarik handbrake. Mak aaai...tak sampai garis lerr! Aku pun turun balik slow2. Tarik nafas sekali then ready to go for the last chance. Kalau tak past kali ni, aku pun akan balik dengan muka sedih yang disaksikan oleh puluhan “penonton” kat tepi bukit tu.. Alhamdulillah, kali kedua, lepas tarik handbrake, lega rasanya bila nampak tayar depan kancil tu dok ngam2 atas line kuning. Aku pun angkat tangan lepas JPJ panggil nama dan bersedia untuk jalan ke tempat parking pula. Waktu kereta tu nak jalan turun dari atas bukit, siap mengeluarkan bunyi ngeri lagi! Macam bunyi drift la pulak.. Mungkin aku terlebih tekan kot.. Haha.. Lantaklah.. janji kereta tak undur balik ke bawah bukit. Kat tempat parking berjalan dengan lancar sekali seperti yang diplan, begitu juga dengan tempat gerak 3 penjuru yang aku rasa setiap orang mampu melakukannya dengan baik sekali..! Habis saja membuat aksi 3 penjuru, aku pun pusing roundabout kecil kat litar tu untuk parking balik kereta kat kaki bukit untuk digunakan oleh “pelakon” seterusnya. Kembang kempis hidung nih waktu jalan ke pondok JPJ kat atas bukit tu untuk ambil slip markah test litar tadi.  Dah confirm ler lulus..! Ok..cukup dulu cerita test lesen bahagian litar..

Waktu test jalanraya pulak, aku adalah orang terakhir yang ditest oleh Pakcik JPJ yang nampak gayanya macam big boss besar dalam JPJ. Bohonglah kalau aku katakan tak rasa apapa dalam dada nih. Ketaqnya lain macam..! Tapi, keramahan “big boss” JPJ yang test aku tu sedikit sebanyak membuatkan aku jadi relaks. Dari start kereta berjalan, sampailah aku parking kereta tu bila habis test jalanraya, tester JPJ tu tak henti-henti bersembang itu ini dengan aku. Eloklah, aku pulak jenis melayan dia, moga2 dia “bermurah hati” dengan aku. Tak banyak yang menarik waktu test jalanraya JPJ, cuma dua peristiwa yang tak dapat aku lupakan waktu tengah test JPJ tu. Pertamanya, bila aku sampai kat simpang tiga yang ada traffic light, pastu bila sampai memang lampu dok hijau dah. Aku pun terus “tekan” kancil tu tanpa tukaq gear (dalam gear 4) dan membuat “belokan maut”...! Sampai menyenget keta kancil tu..! Hahaha.. Tester tu pun apa lagi, terus disergahnya aku “oihh, gayat aihh.. lain kali slow sikit waktu kona, tukaq gear..!” Hahaha..padan muka. Mana aku tau.. Dalam Need For Speed selamba ja aku kona tak tukaq gear.. Mujoq tak fail..!

Peristiwa kedua dalam test jalanraya ialah hampir berlakunya kemalangan sebab ada sebuah D-max yang parking kat tepi jalan, tiba-tiba ja keluaq masuk jalan aku. Waktu tu dalam 80km/h dan secara spontannya, tester JPJ tu tolak stereng ke kanan dan kancil tu melelong la sikit ke tengah jalan mengelak D-max gila tu. Fuhh, selamat. “Lain kali hang kena hon sikit..! Nasib baik naik kancil, kalau tak, aku hambat dah tadi..!” Tester tu mengomel sendirian.. Hahaa, dua kali aku buat dia terkejut harini. Tapi last2, dia bagi aku lulus gak. Thanks PakCik JPJ..!
       Itulah kenangan manis waktu zaman aku ambik lesen dulu. Perkara yang setiap orang melaluinya sekali seumur hidup. Dan sekarang, musim-musim cuti ni, membuatkan aku teringat kenangan nih bila nampak kereta-kereta lesen di sana sini mengitari buana. Semoga mereka juga beroleh kejayaan nanti..!  

TM : Rasa macam awesome sangat kalau dah past test JPJ, especially kalau ambik sekali ja, terus past..! Semua orang yang dah past mesti rasa yang sama kan?! Apapun, adanya lesen yang sah tak bermakna anda bebas dari kemalangan. Pakcik JPJ pesan, "bawa kereta cermat-cermat..!"
*Gambaq dicedok dari google image search..aku tak bawa photographer waktu test lesen...huhu~ 

2 comments:

  1. best woo blajaq bawa keta..rasa mcm from zero to hero ja..haha..la ni klu sruh blik buat naik bukit tu, rasanya kna ulang 2-3 kali gak..haha..

    ReplyDelete