Malam ni aku takda
idea nak merapu apa. Cuma ingat nak ubah kategori “Jalan2 Cari Makan” kepada “SinggahRasa”
la pulak. Rasa tak berapa kena dok curi idea orang dalam TV tu. Originaliti
adalah identity TintaMalam. Haha..mulalah aku nak berfalsafah EDU3103 ni. So,
sempena dengan penukaran kategori post baru ni, aku nak tulis tentang makanan yang
agak best di Perlis ni, dan aku teringin sangat nak masak sendiri benda ni,
tapi sampai la ni tak masak2, tak tau pasaipa, iaitu Char Koey Teow (sori kalau salah
spelling).
yummy..sedapnyerr char koey teow |
Setelah seminggu
di Langkawi, aku kembali ke Perlis untukn menghadiri majlis kenduri sedara dan
menyetelkan bil2 yang berlonggokan. So, masa sampai dari Langkawi tu, punya la
lapaq. Terus pi pekan “Kola Peghelih” untuk cari something yang boleh dimakan. Nampak
kedai “Azie Char Koey Teow” yang berdekatan Farmasi Delima tu. Terus order Char
Koey Teow special bungkus. Memang sedap, cukup rasa. Udang fresh walaupun
tidaklah sebesar tapak tangan, tapi dia boh banyak ekor dan rasanya memang
macam udang..! Koey Teow yang masak sedang elok, tak terlalu keras atau lembik
(lunyai). Kuahnya yang sederhana, tidak terlalu pedas atau tawar, dengan rasa
masin manis kicap harmoni bersama air rebusan udang beserta rasa lada hitam
yang ringan. Kuah sedikit pekat ni kerana dicampur telur di dalamnya, akan
meresap ke dalam koey teow dan koey teow pun kembang dan lembik jika terlalu
lama dibiarkan tanpa dimakan (memang sifat benda pasta macam koey teow,spaghetti,
mihun dll). So, kalau beli bungkus kena balik buka makan cepat2 ler. Macam
masterchef la pulak aku malam nih..! Bagi aku yang memang suka mengunjungi
kedai makan sekitar Perlis ni, ini adalah antara Char Koey Teow terrrbaekk di
Perlis ni dan rasanya di Kola Perlis ni cuma ada yang ni ja. Harganya cuma RM
4.50 dan dibungkus dengan bekas plastic, bukan polisterin atau plastic lauk.
Bersih dan mudah dimakan di mana-mana..
Sedapnya..tiba2 tringin nak mkn
ReplyDelete