Post pertama Disember 2011 dan sempena maal hijrah yang baru kita sambut beberapa hari lepas, marilah sama2 hijrahkan rohani ke arah yang lebih baik. Buat kali pertama
aku coretkan kisah sendiri dalam ruang Jom Muhasabah ni dan serasanya, inilah artikel pertama tulisan aku sendiri yang berunsurkan agama. Semoga beroleh sedikit
manfaat dari pengalaman benar ini.
Tadi, masa aku
sampai di rumah selepas bertemu seorang rakan, nampak televisyen yang terpasang
sendirian di ruang tamu. Begitulah biasanya. Rumah ini terlalu sunyi, hinggakan televisyen
terpaksa dipasang walaupun tanpa penonton bagi menghilangkan kesunyian yang
menyelubungi. Di kaca tv, terpapar rancangan 999 yang menyiarkan tentang
parking haram membuatkan aku teringat kenangan beberapa bulan lepas.
Pagi itu, aku
memandu kereta ke Alor Setar untuk ke sebuah klinik pakar yang terletak di
tengah pekan itu. Aku yang jarang-jarang ke situ tentulah kurang arif tentang
kawasan tersebut. Sesampainya di hadapan klinik tersebut, perlahan-lahan aku
mencari parking yang kosong. Tiba-tiba aku lihat seorang pakcik, yang
kelihatannya seperti seorang O.K.U kerana langkahnya sedikit tempang dan
bongkok, dengan pakaian lusuh dan comot beria-ia menunjukkan tempat parking
yang kosong kepadaku. Tidak cukup dengan itu, dia bersungguh-sungguh memberi
isyarat itu dan ini bagi memudahkan aku meletakkan kereta dengan betul.
Awalnya,aku ingatkan dia menjadi penjaga parking haram kerana kawasan parking
tersebut memang free dan takda pun meter untuk bayar parking. Lalu, aku meraba
laci kereta untuk mencari duit siling bagi membayar harga parking kepada pakcik
O.K.U tu. Apabila aku keluar dari kereta, aku sedikit hairan sebab dia tak
minta pun duit parking dari aku. Aku pun bertanya “kena bayaq ka pakcik? Berapa?”
Pakcik tu pun berkata, “Ikut laa..nak bagi pun tak pa..tak bagi pun tak pa.”
Aku terkejut. Wang siling dalam genggaman kumasukkan ke dalam poket seluar.
Lalu aku keluarkan wallet dan membayar lebih sedikit kepada pakcik tersebut
sebagai sedikit sedekah kepadanya. Rezeki dia harini. Spontan, sebab aku
terharu dan berasa betapa ikhlasnya pakcik tu membantu aku menunjukkan parking
dan membantu aku meletak kereta tanpa meminta apa-apa balasan.
Pakcik tu seorang
O.K.U, tapi masih berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa diminta, dan tidak mengharapkan apa-apa sebagai habuannya. Bandingkan dengan kita, yang
kadang-kadang sungguh berat untuk menghulurkan tangan dan seringkali
mementingkan diri. Aku sendiri, kadang-kadang bila terserempak dengan peminta
sedekah, sebahagian hati mengatakan hulurkanlah seringgit dua, sebahagian lagi
dipengaruhi bisikan jahat mengatakan mereka itu pemalas,penipu, aku takda duit
dan sebagainya. Last2 aku lalu buat-buat tak tau ja. Aku tahu bahawa kalau kita
sedekah dengan ikhlas kepada sesiapapun, tetap dapat pahalanya. Kalaupun orang
yang disedekah tu penipu dan sebagainya, biarlah, itu antara dia dengan Allah.
Kita tetap beroleh ganjaran atas sedekah yang kita bagi tu. Tapi itulah bisikan
jahat yang sentiasa berusaha menenggelamkan hasrat murni yang boleh
mendatangkan pahala. Ohh..hati.. lepas
ni, sama-samalah kita lebih kerap untuk menghulurkan tangan, dan meringankan
beban mereka yang memerlukan. Ketepikan bisikan hati yang tak pernah lelap menghadirkan
godaan kejahatan. Kenangilah bahawa apa yang kita nikmati sekarang ini, mungkin
masih lagi impian bagi orang lain. Oleh itu, kongsikanlah sedikit nikmat yang kita
miliki dengan orang lain. Renungilah
kata-kata dari pujangga terkenal, Khalil Gibran :
” Ingatlah
saudaraku,
Bahawa syiling
yang kau jatuhkan,
Ke telapak tangan
yang menghulur di hadapanmu,
Adalah
satu-satunya jambatan yang menghubungkan,
Kekayaan hatimu
dengan cinta dariTuhan “
No comments:
Post a Comment