Saturday, December 24, 2011

Virus Shortcut


(Entry yang sedikit berjela kerana aku cuba menggunakan beberapa terminologi IT dalam BM, so, ibu mengandung, pesakit parkinson atau lemah jantung dan asma boleh baca tanpa rasa ragu)

Bayangkan anda seorang student IPT. Pagi ni, anda ada satu multimedia presentation. Tiba di kelas sudah tersedia LCD dan komputer. Anda pun mencucuk pendrive anda ke komputer tersebut. Anda open pendrive anda...dan...anda lihat, semua folder dan file yg anda sediakan dalam pendrive tersebut menjadi shortcut dan gagal dibuka...arghhhh..aku pasti, anda akan migraine sebentar... itulah dia penangan virus shortcut... justeru, di sini aku tuliskan sedikit bagaimana nak menghadapi dan menangani situasi sebegini...

Sedikit Pengenalan: 
Virus Shortcut ialah sejenis virus yang semakin meningkat naik namanya dalam arena pengkomputeran sedunia. Virus ni kebiasaannya menyerang removable drive ataupun dalam bahasa melayunya, pemacu boleh tanggal. Ini termasuklah pemacu ibu jari (thumbdrive), kad ingatan (memory card),  pemacu pena (pendrive), cakera keras luaran (external harddisk). Menurut rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Hutan (Perhilitan), belum pernah Virus Shortcut (virus jalan pintas) ni menyerang internal harddisk atau cakera keras dalaman yang memang tersedia pasang dalam sesebuah komputer itu. Virus ini tanpa segan silu akan menukarkan kesemua file atau folder dalam sesuatu removable drive menjadi “shortcut” dan “hidden”. Namun, bila dilihat properties removable disk tersebut, anda pasti yakin, fail2 anda yang sebenar masih berada di situ, cuma “disembunyikan” oleh sang virus yang nakal ni. Apa yang anda lihat ialah file2 atau folder2  bertukar menjadi shortcut dan saiznya hanyalah sekitar kb sahaja dan, gagal untuk dibuka. Siapa yang tidak panic apabila folder atau file yang sebelum ni bersaiz 2-3gB bertukar menjadi 2kB dan tak boleh buka. Kena pulak fail tu fail penting... Ahh,sudah! Jangan takut, jom settlekan benda ni sama2. Beberapa langkah mudah akan menyelamatkan isi removable drive anda seperti sediakala.. Semua orang boleh buat. Jom..!

PENTING : Apabila mengalami hal ni, jangan FORMAT terlebih dahulu removable drive tersebut. Keadaan mungkin bertambah buruk di mana anda perlu “bye2 forever” kepada isi removable disk tersebut.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN :
  • Open command prompt. Caranya : Start > Run > cmd
  • Katakanlah Removable Drive anda ialah G: (check di my computer untuk kepastian)
  • Pada paparan command prompt, masukkan :                                                     attrib -h -r -s /s /d g:\*.*                                               (copy ja benda ni, gantikan G mengikut kedudukan removable disk anda sendiri)
  • Tekan ENTER
  • Sekarang, open removable drive anda... tadaaa! Dah settle..!
*perlu diketahui bahawa command prompt adalah suatu perisian pengaturcaraan (programming software) dan tentunya sangatlah sensitif. Kod harus tepat dan kesilapan kecil seperti penjedaan (spacing) akan membuatkan keputusan atau hasil pengekodan (coding) menjadi salah. So, kod kat atas tu perlu dimasukkan dengan tepat.

TETAPI....
Jika tak settle gak, teruskan dengan langkah2 ni 
(Langkah kedua adalah untuk membuang virus dalam removable disk tu) :
  • Download SOFTWARE ANTIVIRUS NI dan terus install. Tak perlu was-was sebab software ni percuma dan belum pernah menyebabkan kematian.
  • Masukkan atau sambungkan removable disk kepada komputer anda.
  • Open antivirus yang baru download tadi dan lakukan “full-scan” kepada removable disk anda tu. Jangan pernah rasa kasihan untuk membunuh segala virus yang ditemui.
  • Habis ja scan dan aktiviti membunuh virus, open removable disk anda dan refresh. Lihat samada masalah virus shortcut masih ada atau segala data anda telah kembali pulih. 

TETAPI...
Jika virus masih berdegil dan removable drive anda tak pulih2, cuba try test buat benda ni pula
(Langkah atau ikhtiar terakhir ialah format dan recover data) :
  • Pastikan removable disk anda yang bermasalah tu telah sedia terpasang pada komputer
  • Download SOFTWARE DATA RECOVERY ni tanpa waswas dan terus install.
  • Run Software Data Recovery tadi dan scan (free scan)  removable disk anda dan lihat samada terdapat data yang boleh “recovered”. Data yang boleh recovered, sila pindahkan ke drive lain.
  • Format Removable Disk anda tu. Gunakan QUICK FORMAT biasa, tak perlu software. Jangan panic, memang semua data akan terpadam termasuklah sang virus dan pendrive anda akan jadi macam baru beli. Hakikatnya, data tidak dihapus secara permanent walaupun removable drive telah diformat. Ini pengetahuan am.
  • Habis ja format, run software data recovery sekali lagi dan scan drive yang baru diformat tadi.
  • Lakukan proses recover pada data2 yang ditemui hasil daripada scan tadi. Jangan bimbang, hanya data2 umum seperti dokumen, foto, atau lagu sahaja yang di-recovered, bukan virus2 yang menghuni drive anda sebelum ni.
  • Tadaa..data anda kini pulih kembali dan dapat dibuka seperti biasa.

TM : Virus ni sebenarnya sesuatu yang nakal dan cuba bermain dengan kita. Sebagaimana liciknya virus, kita juga harus licik untuk “mengajarnya”. Bagi aku yang minat IT, adalah suatu kepuasan jika dapat menyelesaikan masalah komputer dengan tangan sendiri. Dapat belajar perkara baru di samping menyelamatkan isi poket sendiri. Kebiasaannya, hanya peringkat satu dan dua saja digunakan untuk menewaskan virus shortcut ni. Peringkat 3 jarang2 berlaku dan memang tahap bapak jin la virus tu kalau smpai ke tahap 3 ni. Apapun, kadang2 ada orang jenis suka nak format. Apa2 masalah sikit, dia kira nak format ja. Haha.. Format memformat ni sebenarnya tak bagus sangat untuk komputer. Format ni bagi aku adalah jalan last la.. selagi ada cara, cuba dulu sedaya upaya... =)

No comments:

Post a Comment