AWAS : Sesiapa yang
punya penyakit kronik dan lemah semangat dilarang membaca !!!
Malam ni aku on
mode seram sikit sebab tinggal aku sorang ja kat rumah...yang lain terbang pi
penang abes..so, aku teringat kejadian benar beberapa lama dulu, sewaktu pulang
dari penang menaiki kereta. Aku klasifikasikan pengalaman ini sebagai slot baru
dalam TintaMalam, iaitu Seram Wooo dan
aku olahkan kembali pengalaman ini menjadi sebuah cerpen serammm..! Heeeee...~
Malam semakin
larut. Aku bersama sepupu baru selesai menziarahi seorang ahli keluarga
terdekat yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Kami bercadang untuk
bertolak pulang ke Perlis kerana keesokannya ada urusan yang perlu
diselesaikan. Aku meraba poket mencari kunci Perodua Myvi yang disewa di Kuala Perlis.
Kemudian, aku mengunjukkan kunci itu kepada sepupuku mengisyaratkan agar dia
yang memandu. Boleh juga aku berehat nanti. Tapi, sambil sebelah tangan menahan
kuap kerana mengantuk mungkin, dia menyuruh aku yang memandu. Akhirnya,
terpaksa juga aku yang memandu ditemani gerimis yang mula membasahi bandar Penang.
Dalam gelap malam yang semakin larut, myvi merangkak perlahan-lahan
meninggalkan bandar Penang yang tak pernah sunyi itu.
Kesejukan mungkin
dari pendingin hawa ditambah pula dengan hujan renyai renyai pada tengah malam
itu, membuatkan aku terasa lapar. Tekak pula terasa haus kerana dari tadi asyik
berceloteh dengan sepupuku bagi menghilangkan kebosanan. Lalu, myvi mula
menghala ke sebuah kedai mamak nasi kandar yang sememangnya terdapat di merata-rata
bandar Penang itu. “Biaq ada energy sikit, nak balik jauh ni!” Aku berseloroh
kepada sepupuku itu. Selepas menyelesaikan sepinggan nasi kandar kari “kaw”,
kami mula bergerak untuk meninggalkan Penang. Seperti tadi, aku menyuruh
sepupuku yang memandu, namun tetap ditolaknya. Akhirnya, aku terpaksa mengalah,
bertugas over-time menjadi pemandu pada tengah malam itu. Rupa-rupanya, ada “sesuatu”
yang bakal berlaku pada malam itu.
Selepas
meninggalkan suatu kawasan tol, aku menjeling dashboard myvi yang memaparkan
angka 2:37 a.m.. Sepupuku itu seperti orang lalok. Aku tahu dia terlalu
mengantuk, ditambah pula dengan kekenyangan melahap nasi kandar di kedai mamak
tadi. Cuma aku yang masih bertahan daulat memandu seorang diri. Hujan sudah
berhenti,namun sisa-sisa kedinginan masih membaluti suasana malam, terasa
mencengkam tubuh walaupun aku sudah memakai T-Shirt berlengan panjang. Gelap
dan sunyi sungguh highway malam ni. Ye lah, ni kan bukan musim cuti. Memangla
tak ramai yang guna highway waktu-waktu macam ni. Radio myvi yang perlahan aku
kuatkan sedikit volume-nya. Kedengaran lagu “Unintended-Muse” memenuhi ruang
kabin myvi yang dingin dan sunyi itu. Ahhh, makin terasa pula kesunyiannya.
Lalu, aku menukar lagu. Lagu “Selimut Putih-Akhil Hayy” pula menyusul... Hmm,
okaylah..rancak sikit, tapi seram la pulak rasanya malam-malam ni. Myvi terus
menyusur pada kelajuan sederhana membelah kepekatan malam yang dingin dan
sunyi.
Tiba di suatu
kawasan yang terdapat seperti bukit di tepinya, aku terkejut! Sepupuku yang
nyenyak tidur itu meracau pula. Racaunya lain macam. Ketawa keras dan kuat
membuatkan mood yang telah sedia seram bertambah seram jadinya. Spontan, aku
yang terkejut terus menumbuk pahanya membuatkan dia terjaga dari tidur. Apabila
aku pandang kembali ke hadapan, dalam jarak 70 meter nun di tebing bukit yang
gelap, kelihatan suatu sosok berpakaian putih berdiri tegak. Aku kurang pasti
apa benda namun, sebaik myvi melewati lembaga itu, jelas, sosoknya seperti
seorang wanita berpakaian putih menghadap membelakangi highway. Disebabkan
kawasan itu sedikit berselekoh, suluhan lampu myvi mengesahkan bahawa itu
bukanlah benda lain seperti papan tanda dan sebagainya, tetapi sesuatu yang
sukar untuk aku tafsirkan. Sewaktu melewati lembaga itu, masing-masing tekelu
tanpa bicara. Secara automatik, kepala masing-masing tertoleh melihat apakah
benda itu yang sedang berdiri tegak di pinggir bukit membelakangi highway. Ahh,
sudah..! Dia mai dahhh... Aku pasti, itulah “makhluk” yang sering kubaca dalam
kisah-kisah seram di internet dan ditonton dalam filem-filem seram.
Mata kembali
mengarah ke depan. Namun sunyi tetap merajai suasana. Masing-masing mengunci
bicara. Enggan bersuara walaupun sepatah. Aku tahu dan pasti, sepupuku juga
turut nampak lembaga itu. Lebih-lebih lagi dia duduk di tempat penumpang. Masing-masing
menelan liur. Rasa mengantuk yang baru menjinak, hilang lenyap entah ke mana.
Genggaman stereng terasa sedikit licin kerana tapak tanganku mula berpeluh.
Spontan terhadap rangsangan luar biasa tadi. Kini, myvi mengarah menuruni
higway yang sedikit berbukit. Kelajuan meningkat sedikit dan kaki ini terasa
janggal untuk mengawal brek dan minyak. Terkejut dan tersentak dengan peristiwa
tadi. Mujur juga kereta ini automatic. Jarum analog menunjukkan angka 100km/j.
Myvi semakin laju melewati haluan highway yang menuruni bukit, tanpa mengetahui
di hadapan sana, suatu lagi kejutan menanti.
“Woi, apa tuuu?!”
spontan, kesunyian dalam myvi dipecahkan oleh jeritan spontan aku yang terkejut
melihat suatu objek seperti bebola api yang berada di tengah-tengah haluan
lebih kurang 100 meter di hadapan. Semakin dekat, semakin besar kelihatannya.
Jelas, objek itu seperti bebola api yang terapung tetapi nampaknya seperti
bergolek di atas highway merintangi laluan myvi. Tangan mula bergetar untuk
memusing stereng bagi mengelak entity tersebut, tapi serentak dengan itu juga,
sepupuku bertempik kuat “hang belah benda tu wei...langgaq ja, jangan elak!!!!”..
Pegangan stereng dikemaskan dan spontan bibir menuturkan bismillah. Dalam jarak
50 meter, benda seperti bebola api itu semakin membesar dan mungkin akibat
perasaan yang sukar digambarkan, mataku terpejam saat myvi menghentam entity misteri
tersebut. Yang kedengaran hanyalah tempikan kalimah Allah dan sesaat kemudian,
myvi terasa bergegar dan mataku terpandang percikan api dari bahagian kiri myvi
serta telinga menangkap bunyi geselan yang ngeri. Sepupuku spontan menolak
stereng myvi ke kanan yang hilang kawalan dan bergesel dengan divider jalan
selepas kereta melanggar entity yang tiba-tiba menjelmakan dirinya itu tadi.
Mujur juga tiada kenderaan lain di belakang sewaktu myvi itu melelong ke tengah
kerana lost-control. Pedal minyak spontan dilepaskan dan myvi kembali perlahan
melewati jalan highway yang landai.
Huhh..nafasku
tercungap-cungap kerana kejutan yang tak dijangka pada malam yang penuh misteri
itu. Sepupuku juga berusaha menenangkan aku dan mencadangkan agar kami singgah
di Gurun dan meneruskan perjalanan pada keesokannya sahaja. Dingin malam yang
tadinya mencengkam segenap ruang, kini tak mampu menyejat peluh yang membasahi
tubuh tanpa sedar. Bunyi degupan jantung yang kencang dan tidak menentu sukar
untuk dihilangkan. Dalam mindaku kini, hanya berdoa moga cepat sampai ke
Perhentian Gurun dan berehat menghabiskan sisa malam misteri ini di situ.
Masing-masing terkunci bicara dan nun jauh di hadapan, kelihatan papan tanda
Perhentian Gurun dan myvi terus membelok perlahan menghala ke tempat parking.
Walaupun mata sukar dilelapkan kerana otak sarat dengan tayangan dan persoalan
tentang apa yang menimpa kami, tapi terasa sedikit lega dan tenang kerana kami
tidak kesunyian lagi di sini. Kami terus berehat dan meneruskan perjalanan ke
Perlis seusai solat subuh keesokannya,
bersama myvi yang sudah tercalar di bahagian pintu penumpang dan bumpernya yang
sedikit rongak akibat bergesel dengan divider. Huhh, kalaulah aku mengelak
benda bebola api itu semalam, mungkin lebih teruk jadinya. Walaupun aku tahu aku harus mengeluarkan
ratusan ringgit untuk membayarnya, namun dalam hati, kupanjatkan kesyukuran
yang tidak terhingga kerana tiada sebarang kecelakaan menimpa kami. Kini, aku
sedikit fobia jika hendak berjalan jauh pada waktu malam, apatah lagi jika
melintasi highway yang selama ini sering kedengaran penuh dengan misteri,
tetapi kini, aku sendiri yang terjebak.
TM : Nasihat untuk
semua yang memandu di highway, elakkan memandu berseorangan.. ajakla sapa2 teman...jangan berani lebih sangat.. dan kalau
ditakdirkan berjumpa dengan something “unusual” kat tengah2 jalan, langgaq ja
benda tu...teringat kisah2 kemalangan akibat mengelak sesuatu yang misteri kat
tengah jalan, dan aku sendiri hampir menjadi mangsanya. Heww..amacam? seram
tak? Haaa..thanks 4 reading..!
No comments:
Post a Comment