Assalamualaikum semua visitor TintaMalam.. Terima Kasih
banyak2 sebab sudi singgah kat sini. Dah berapa hari tak update sebab sibuk
berjalan ke sana sini.. Biasalah, musim cuti. Hmm, lama dah tak tulis sal SMKAK
ni. Harini nak cerita satu pengalaman berkaitan selipar atau sandal masa dok belajaq
di SMKAK dulu.
Selipar adalah sesuatu benda yang biasa bagi semua orang, tapi cerita yang luar biasa bagi budak hostel terutamanya hostel sekolah. Tipulah kalau siapa2
yang pernah duduk hostel tapi tak pernah hilang selipar. Perempuan mungkin ya,
tetapi, bagi student lelaki, pengalaman selipar hilang a.k.a kena curi pinjam
memang wajib berlaku.. Tak kira hang budak skema ka, hang baik macam malaikat
ka, hang loqlaq ka, ganas ka, nakal ka, jiwang ka... semua pernah rasa hilang
selipar ni.. haha.. Aku sendiri sampai dah naik jemu hilang selipar ni. Masa
form 1 mungkinlah luar biasa, tapi lama kelamaan, ianya suatu perkara biasa
bagi aku. Mungkin kalau dihimpunkan kembali selipar aku yang pernah hilang
dulu, aku dah jadi tokey kedai selipar sekarang ni.. haha..!
Masih ingat lagi waktu Form 1, kalau hilang selipar, memang
akan cari kat floor atas ja iaitu sama2 bilik form 1. Tak berani pusing2 cari
kat bawah sebab semua bilik senior, kalau lintas ja, siaplaa kena panggil untuk
buat sesuatu.. tolong ambil air kat watercooler tu biasalah.. Nasibla kalau
selipar tu ada kat tingkat atas tu.. Kalau takda, beli lainla hujung minggu
waktu outing..Punya takut kat senior.. Ganas beb senior zaman dulu2.. tak macam
la ni.. hahaa.. Bila masuk Form 2 dan ke atas, ahli bilik/kamar mula bercampur
senior dan junior. So, rasa semacam gerun tu dah hilang. Sekarang, kalau hilang
selipar, boleh cari kat mana-mana bilik. Lepas abes makan supper, mulalah jadi “pak
guard” sambilan, dok round keliling hostel... selipar punya pasal..! Kalau
ditakdirkan selipar tu dok bilik senior yang Form 5 dan Form 6, memang kena
menghendap dulu slow2.. Kalau nampak dalam bilik tu ada senior muka baik ja
(muka surau), boleh la slow talk ngan dia cakap nak ambil balik selipar.. Kalau
nampak yang jenis ganas sikit, slow2 ja ambik selipar tu then trus cabutt..!
Punyala teruk walaupun nak tuntut balik hak sendiri.. haha..
Kalau cerita tentang teknik2 sembunyi atau sorok selipar,
memang budak hostellah pakarnya. Dua tempat yang memang genting dan wajib
menyorokkan selipar ialah di dewan makan dan surau. Kat dewan makan daripada
celah kerusi batu kat watercooler tu sampailah sangkut ke dahan pokok kat situ.
Betapa seriusnya..! Ada juga yang terlebih berani bawa masuk selipar dan
parking di tepi atau sorok bawah kain meja dewan makan sebab takut kena kebas.
Bila warden mai ja, habis disepaknya selipar yang dok dalam dewan makan tu.
Mulut tak payah katalah, bertempik sampai diam satu dewan makan..! Nasibla
selipar siapa kena sepak tu..habis makan pi la kutip dalam longkang yang berair tu.. Kat
surau pulak selalunya aku sorokkan selipar yang telah “dicantumkan” kiri dan
kanan, then sorok bawah tempat duduk di bahagian belakang surau menghadap
pondok guard tu. Kalau parking ja kat depan secara terang-terangan, faham-faham
la akibatnya. Antara tempat pelik sembunyi selipar di surau ialah di atas
bumbung jalan menghala ke ko-op dan sembunyi kat dalam longkang surau.
Budak hostel ni jangan main-main..! Bukan setakat selipar
member ja dia kebas, selipar guru pun kena.. Ada tiga kejadian hilang selipar/kasut
yang melibatkan guru yang masih aku ingat. Pertamanya ialah ustaz A (aku x
berapa ingat samada penceramah luar atau ustaz kat situ). Kejadiannya lepas
maghrib. Ustaz tu parking kereta depan surau, pastu dia pun cuba menyorokkan
seliparnya, iaitu dengan meletakkannya di bawah keretanya. Habis ja solat Isya’,
selipar ustaz pun kena kebas walaupun dah disembunyikan di bawah kereta. Haha..
dasyat betoi..! So, malam tu, kalau tak silap ustaz tu pun round la dari kelas ke
kelas waktu prep malam untuk cari siapakah yang berhati waja menyarung seliparnya
tanpa rasa bersalah. Jumpa balik ka tak, aku tak ingat. Cerita guru hilang
selipar/kasut yang kedua ialah seorang warden yang hilang kasut hitam
berkilatnya pada suatu pagi ketika beliau bersiap untuk ke sekolah. Aku masih
ingat pagi tu, tetiba ja dia buat announcement dengan nada marah2 minta semua
student lelaki berhimpun di court basketball untuk inspection sal kasut dia tu
lah. Bagi aku kejadian ni sedikit lawak sebab rupa-rupanya, ada student nakal
yang bergurau kasar dengan warden tersebut dengan menyembunyikan kasut hitam tu
di atas frame softboard di tepi dinding bilik warden tu. Mungkin student tu nak
melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya atau nak mempermainkan warden tu yang fizikalnya sedikit rendah. Sampai ke sudah takda sesiapa mengaku
melakukan perbuatan terkutuk tu...haha.. Kes ketiga sedikit pelik dan lucu, juga melibatkan
kehilangan kasut guru. Ceritanya begini, seorang ustaz muda baru yang berkahwin
(mungkin guru praktikum/ baru posting) dan menjadikan bilik warden sebagai
rumah sementaranya. Entah bagaimana, suatu hari kecoh bahawa kasut tumit tinggi
isterinya hilang dicuri. Hilang sebelah pulak tu..dan bilik warden tu pulak
letaknya di aspura.. Tak ke pelik?! Haha,, naya betoi..! Malam tu, ustaz muda tu pun buat2 la
garang pi round dari sebilik ke sebilik kat aspura mencari kasut bini dia. Aku
pun tak tau apa kesudahannya..! Sapala si bertuah yang ambik kasut bini dia tu.. buat terompah jamban kut..!
Fuhh, sedar tak sedar dah panjang aku berceloteh malam ni. Dok
hostel memang best.. kenangannya penuh dengan nilai estetika.. haha.. sampai
hal seperti selipar jepun pun jadi suatu isu dan tajuk serta punya ceritanya
yang tersendiri. Walaupun ni cerita SMKAK khususnya kepada member2 lelaki, tapi
aku pasti, benda ni stereotaip ja kat semua sekolah asrama kat Malaysia ni.
TM : Kalau selipar hilang, then sementara nak jumpa balik atau
beli baru, terpaksalah menapak dengan “kasut kulit” iaitu berkaki ayam.
Eee...geli woo kalau pikiaq balik.. tapi dulu di hostel biasa ja.. Masa kat hostel dulu, kalau serempak dengan orang yang pakai selipar lain2 warna dan tak sama saiz, itu normal..! Selipar oh
Selipar..!
No comments:
Post a Comment