AMARAN: Banyak
istilah berkaitan teknologi dikekalkan dalam English bagi memelihara “feeling”
penulis untuk
berbohong bercerita J. Mungkin tidak sesuai bagi bayi yang baru lahir. (note: klik gambar untuk paparan lebih jelas)
Kalau dah nama
manusia, memanglah akan punya keinginan terhadap sesuatu. Kalaupun tak dapat memiliki,
cukuplah sekadar meminati. Fuh baeekk punya intro, macam drama petang-petang
pulak...! Ahaks.! Ceritanya begini, masa aku jalan-jalan kat Padang matsirat
petang tadi, terserempak la seekor “transformers” ala-ala Optimus Prime gitu,
treler berapa puluh tan pun aku tak tau lah..! Benda-benda macam tu memang suka
berkeliaran di pulau ni musim2 LIMA macam ni. Seriously, aku memang teringin
sangat nak rasa macam mana nak mengendalikan jentera2 gergasi seperti ini. Dan
keinginan itulah yang mendorong aku meng-install game ni, Truck Simulator 2,
sebuah game simulasi pengendalian trak-trak gergasi seperti treler panjang yang
budak2 panggil “lori besaq” keluaran Valusoft, anak syarikat kepada company THQ
yang boleh tahan famousnya..
Kalau dah namanya
simulator, tentulah game ni berbentuk simulasi, iaitu direka menyerupai keadaan
sebenar. Pelbagai trak yang disediakan untuk dipandu dalam game ni, daripada
yang pendek kemetot sehinggalah yang panjang seperti keretapi. Ruangan dalaman
atau cockpit atau kabin trak2 dalam game ni sangat teliti dan inilah serasanya
tarikan utama dalam game ni. Setiap trak yang berlainan mempunyai ruang dalaman
yang berlainan juga, dan ruang dalaman ini berfungsi seperti sebuah kabin
sebenar. Inilah simulasi! Seawal enjin dihidupkan, lampu2 simbol pada panel
metel menyala dan pelbagai analog meter seperti temperature,oil,berat muatan
dan sebagainya mula bergerak menunjukkan keadaan semasa. Apabila parking brek
digunakan iaitu menekan button “space” pada keyboard komputer anda, pada masa
yang sama tombol parking brek yang terletak di tepi stereng akan naik atau
turun ke bawah.
Begitu juga apabila penggunaan lampu atau signal atau beacon
light dihidupkan dengan menekan button tertentu pada keyboard, pada masa itu
juga akan menyala lampu-lampu tertentu pada dashboard trak yang sedang dipandu.
Kalau hujan atau ribut salji melanda, tidak perlu gelabah. Hanya tekan “P” pada
keyboard dan wiper pun mula mengelap cermin trak. Kalau bosan atau ingin
melihat luar dari cabin trak, tersedia juga camera mode yang berbeza, banyak
membantu ketika hendak parking atau membuat U-turn. Bukan senang tau! Ini
treler panjang, bukan kancil kemetot. Silap pusing, habis berterabur barang kat
belakang.
Untuk aspek
kepermainan, grafik, dan bunyi, aku tak nak review panjang macam GTA dan Need
For Speed sebab game Truck Simulator 2 ni tergolong dalam game yang ringan,
iaitu bersaiz bawah 1gb. Boleh diinstal kat gajet mini seperti netbook atau pda
tanpa rasa curiga. Jangan install dalam kalkulator saintifik sudah lerr..!
Untuk kepermainan, seriously, agak membosankan. Hantaq barang-à ambik barang, dapat duit. That’s all. Nak
beli apa pun aku tak tau. Hal ini memaksa aku mencipta gaya permainan sendiri
yang lebih kreatif, seperti memandu treler sehabis laju yang boleh, melanggar
kenderaan lain, terjun ke dalam lubang di jalan bersalji atau terjun ke dalam
gaung. Terdapat tiga bentuk muka bumi yang
disediakan dalam game ni, iaitu jalan salji, jalan gurun, dan jalan bergunung macam
di Cameron Highlands tu. Berbelit, sempit dan berliku macam ulaq..!
Pemandangan
atau grafik tidaklah mengecewakan dan bolehlah dikatakan sebagai 3D la jugak. Untuk
bunyi pula, apa yang didengar hanyalah bunyi enjin yang rasanya seakan sama bagi semua jenis
trak, disamping bunyi kenderaan lain serta bunyi hon yang membingitkan. Tiada
radio dan suara manusia seperti dalam GTA dan ini akan cepat membosankan anda.
TM : Walaupun game
ni agak membosankan, tapi bolehlah mengambil “feeling” bagaimana rasanya
mengendalikan kenderaan berat dan panjang macam Optimus Prime tu. Perkara yang
bestnya dalam Truck Simulator ni ialah rekabentuk cabin yang real dan
pengendalian trak yang real, memang berbeza dari rasa memandu sebuah kereta..!
Overall, aku bagi 5/10 bintang untuk Truck Simulator 2..
No comments:
Post a Comment