Lama rasanya tak review sal makan-makan kat sini. Dan malam
ni, aku nak review something yang very sinonim dengan warga Malaysia, iaitu Mc
D. Tadi, waktu aku balik rumah, terkejut tengok ada satu bungkusan set
Prosperety Mc D atas meja makan. Ehh, sapa pulak baik hati dok buat amal jariah
kat aku musim2 cuti ni. Rumah sunyi jaa. Then dapat sms dari adik aku
mengatakan depa nak pi penang dan sekarang dok di airport. Ohh, hampa umpan aku
dengan Mc D untuk jaga rumah noh.. X pa..x pa..
Semua orang tau Prosperety tu adalah umpama oblong daging
lembu yang dijual di Mc D. Mungkin dinamakan Prosperety agar kelihatan bergaya
dan macho mungkin... Arghh,penuh dengan ke-poyo-an. Bagi aku yang setahun
sekali makan Mc D, ada 3 benda atau identity burger Mc D yang aku suka, iaitu
sesame Breadnya yang lembut, daging lembu yang padu dan dimasak elok, dan
baunya yang enak. That’s all. Begitu juga dengan Prosperity ni. Aku paling suka
rasa daging lembu yang padu dan memang lain dari rasa daging burger lembu yang
biasa.
Tapi, banyak juga kekurangan pada burger Prosperity ni yang
aku tak suka dan merasakan burger ni tak sepadan dengan harganya yang sangat
mahal, sifat biasa makanan di Mc D. Pertamanya, aku tak suka langsung pada
onion ring yang ditabur di atas kepingan daging tu. Aku memang jenis tak suka
bawang dalam burger walaupun ianya segar dari ladang ka apa ka. Dahla pahit
semacam, after-taste nya juga teruk membuatkan aku terpaksa minum bergelas air
bagi meghilangkan rasa aneh pada kerongkong. Lagi satu yang aku tak suka pada
Prosperety ni ialah daging lembu yang dicelup dengan sos lada hitam yang
keterlaluan. Pedas sungguh rasanya. Tentang lada yang tak hancur tu takpalah,
aku faham itu identity bagi sos lada hitam western. Tapi, rasanya yang sangat
pedas itu kenapa? Mungkin disebabkan burger Prosperity ni terlalu kosong. Salad
tak ada, mayonis takda dan cheese jauh sekali. Hairan juga, takkanlah orang
putih makan pedas2 macam ni?! Tapi itulah Prosperety yang dibanggakan oleh
sesetengah orang sehingga menempek gambar bersama Prosperety di laman sosial
sana sini. Kononnya merekalah warga berada yang mampu meratah benda2 itu setiap
waktu. Aku bukanlah pakar rasa, tapi aku pasti kalau burger ini dihidangkan kepada
juri masterchef, pasti berjela juga komen negative dari mereka. Mujurlah
Prosperety ni bukan duit aku. Lebih baik rasanya menempah oblong special dari
burger stall tepi jalan yang harganya jauh lebih murah dan rasanya yang sedap
dari Prosperity ni. Aku bukan haters Mc D ka apa, tapi inilah aku yang memang
kalau sedap memang aku katakan sedap, tapi kalau tak sedap memang aku
paku...haha...
No comments:
Post a Comment