Ok, cuti sem dah
bermula..selamat bercuti semua..! Cuti adalah momen yang ditunggu-tunggu oleh
para gamer, untuk melampiaskan geram setelah “mengharungi perjalanan” panjang
selama satu semester. So, sesuai dengan tujuan melepas geram, harini aku nak
review sikit tentang game bergenre action and adventure, iaitu GTA IV The
Ballad of Gay Tony (TBOGT). Tajuknya mungkin sedikit kontroversi, dan
kontroversi inilah yang membuatkan game ni merupakan antara game terbaik tahun
2011. Sebenarnya, dalam GTA IV, ianya terbahagi kepada beberapa siri,
pertamanya, anda mesti install dan main ialah GTA IV sendiri, dan dari sinilah
wujudnya dua expansion dari episode utama ini, iaitu GTA IV The Lost and Damned
dan GTA IV The Ballad of Gay Tony. Memang kreatif game engineer dari company
Rockstar nih, di mana lahirnya 2 expansion dari episode utama ni adalah
berdasarkan beberapa watak yang pernah wujud dalam episode utama. Ianya seperti
menonton siri filem yang hebat seperti Tansformers 1,2,3 dan Fast and Furious..
Bezanya, anda yang menjadi hero dalam “filem” GTA IV TBOGT nih..!
Mengapa GTA IV
TBOGT? Bagi aku, dalam semua siri GTA setakat ni, GTA IV TBOGT adalah yang
terbaik dan termantap..! Two Thumbs Up..! Untuk makluman am, GTA IV TBOGT
adalah game action adventure yang diklasifikasikan sebagai 18+ dan bukan E
(everyone). Mungkin disebabkan faktor keganasan yang sudah semestinya identity
bagi game GTA (Grand Theft Auto) sejak GTA 1 lagi. Dan keganasan dalam GTA
adalah sesuatu yang awesome dan menyeronokkan, memberi ruang untuk melepaskan
geram yang terbendung..! Dalam TBOGT ni pun sama,cuma lebih kejam dan ganas
dari GTA yang lama-lama. Seperti biasa, hero utama yang bernama Louis, asalnya
tiba ke Liberty city sebagai marhaen yang mencari pekerjaan halal la kononnya.
Pastu, terjebak dengan kongsi gelap, mafia, gangster dan sebagainya. Dari
sinilah bermulanya episode keganasan. Pembunuhan adalah rutin harian yang wajib
bagi seorang hero utama dalam GTA. Walaupun kedengarannya klise dengan GTA yang
sbelom2 nih, tapi percayalah, ada sesuatu yang berbeza untuk diceritakan dalam
TBOGT ni..! Macam biasa, aku akan review dari tiga aspek utama, Kepermainan, Grafik@Videoplay
dan Sound System. Lets Check Out from my perspective..!
Kepermainan
Tidak banyak untuk
diceritakan tentang kepermainan. Bagi yang sudah biasa dengan siri-siri GTA,
tentu mengetahui bahawa dalam GTA, tidak ada manusia yang berwatak budiman.
Yang ada hanyalah kejahatan, tikam belakang, kawan makan kawan, dan sebagainya,
dan of-course, semua player GTA bagi aku adalah orang yang berani dan berhati
cekal.. chewahhh..! Dalam GTA IV, apabila satu mission diselesaikan, muncul
satu atau dua lagi mission baru yang berkaitan dengan mission lepas, dan
perkaitan yang terjalin rapi inilah yang mewujudkan suatu jalan cerita yang
awesome dan best..! Lebih best dari filem sebab dalam GTA, andalah hero
utamanya..! Tidak lengkap bercerita tentang GTA tanpa cheat-codenya. Dan, dalam
GTA IV, ia adalah suatu evolusi baru sebab cheat tak lagi di-eja secara
tradisional, sebaliknya, melalui menu
dalam handphone milik watak utamanya,Louis. Handphone dalam GTA Iv juga
bukanlah Handphone “season” atau “handphone botol air” macam dalam San Andreas,
tapi, handphone yang berfungsi seperti sebuah phone yang sebenar. Boleh call
watak-watak lain,sms,mms, camera, tukar ringtone dan lain-lain. Dan paling
penting, menu cheat untuk GTAIV TBOGT dapat diakses kat sini. Just cari
cheatcode dari internet, then taip untuk 1st time, dan ianya akan
kekal dalam handphone tersebut sampai game ni 100% complete.
Seperti biasa,
cheatnya terdiri daripada nyawa, armor, weapons, vehicle dan special cheats.
Walaupun cheatnya tak lagi sebanyak GTA yang lama2, tapi kelebihannya ialah dua
benda penting, iaitu weapons dan vehicle yang sangaatttt awesome dan canggih
lagi terkini...! Nanti akan diceritakan dalam aspek grafik. GTA IV juga,
seperti game2 moden yang lain,menyediakan platform online dan progress bagi
setiap mission (tiap2 mission ada markah), boleh di-upload dan boleh compare
siapa yang paling terer antara anda dengan player2 lain dari seluruh dunia.
Tapi aku jenis malas nak buat benda2 ni semua, so, aku just layanm game ni
sorang2 ja..! Macam sebelum2 ni jugak sebelum setiap mission, akan ada video
dan di sinilah kita boleh faham apa yang sedang berlaku, kenapa kna bunuh orang
itu orang ni, pasaipa nak kna letak bom kat situ, awat nak kna pi curi itu ini
dan sebagainya. Memang real, memang best..! Untuk review tentang grafik dan
sound effect GTA IV, sambung part 2 pulak..!
No comments:
Post a Comment