Hmm.. baru menyelesaikan novel
Hlovate yang ke-3.. Versus.. Asyik review novel Hlovate ja aku nih.. Dah takda
novel orang lainkah? Sebenarnya begini.. Semua novel Hlovate yg aku baca adalah
free.. Maksudnya "ditaja" oleh member2 sekampus..So, bila pinjam yang
orang, lepas baca cepat2lah kna pulangkan..review pun kna cepat2 la tulis
sebelum masuk novel baru.. Kali ni bertuah cket sebab aku bertemu dengan
hardcore fans Hlovate..lelaki tuu..jangan terkejut...! Hilmy BM.. Memiliki
kesemua karya Hlovate dan syok sembang2 ngan beliau sal Hlovate..hehe.. Banyak
lagi novel Hlovate beliau yang nak kena "lanyak" ngan aku
pasni..tunggu je laa.
Berbicara tentang Versus, dari
sudut pandang seorang naif seperti aku, inilah novel Hlovate paling romantik
yang aku pernah baca (setakat ni la).. Bila baca novel ni, teringat kata orang
tua2.. Kalau kita selalu gaduh atau mengata kat orang tu, nanti besaq kita akan
kawen dengan orang tu..kata2 ini sesuai dengan perjalanan cerita AO dan Minn
yang pada asalnya memang tak ngam langsung antara satu sama lain, but in the
end, diorang bersatu sebagai suami isteri yang sangat bahagia..ohh,
sweeettt...! Memetik kata2 di kulit belakang novel Versus nih "susuri
bagaimana Hlovate membawa watak2 dalam Versus mengubah haluan hidup dengan
pusingan arah 180 darjah. Bacalah jika anda juga ingin berubah menjadi lebih
baik" novel ni juga menyedarkan aku bahawa tak semestinya alam keliling
kita yang dipenuhi saudara seagama dan sebangsa dengan kita dapat mengubah kita
menjadi manusia yang lebih baik.. Inilah yang diterjemah melalui watak AO yang
"menemui hidayah" di bumi Australia dan tidak di tanah air sendiri.
Novel
ni jugak membawa persoalan batasan pergaulan antara wanita dan lelaki bukan
muhrim. Benar, rasa cinta sesama manusia boleh menjadikan seseorang itu gila
dan hilang pertimbangan akalnya. Inilah yang disebutkan melalui petikan buku
karangan Harun Yahya yang diselitkan dalam novel ni..lihatlah pada zaman
jahiliah AO yang melakukan sesuatu yang gila kerana rasa cintanya terhadap Minn
mula berputik.. Dan lihat pula perbezaan bagaimana AO melahirkan rasa cintanya
kepada Minn setelah memperoleh hidayah di bumi Australia. Apa yang cuba
disampaikan di sini ialah beza antara cinta nafsu dan cinta yang dipandu
keimanan.
Novel
ni juga menyedarkan pembaca bahawa hubungan antara seseorang lelaki dan wanita,
tidak elok jika terlalu lama tanpa sebarang ikatan sah iaitu perkahwinan bagi
memelihara ikhtilat dan menghalang dari melakukan diri dari melakukan dosa tanpa
sedar. Perkahwinan AO dan Minn pada usia muda dan kisah mereka selepas kahwin
memberi suntikan semangat kepada aku bahawa perkahwinan adalah suatu perkara
yang akan membawa dimensi baru dalam kehidupan..hahaha..single mana yang tak
senyum kalau cerita bab kahwin? Heheww..
Overall,
aku memang satisfied dengan novel Versus ni..cerita cintan cintun Islamik yang
sempoi dan memang kenalah dengan taste aku..Unsur kekeluargaan juga tak
dilupakan. Lihat saja bagaimana mesranya hubungan Adik beradik Minn, Ked dan
Che'e yang bersepakat membantu Minn dalam kisah cintanya dengan AO hingga
berakhir di jinjang pelamin..
TM : Memetik tulisan Harun Yahya
yang diselitkan dalam novel Versus "There is a subtle danger that leads
people away from religion, prevents them from submitting to God as their Lord,
and ultimately, brings numerous other forms of trouble and distress upon them.
This danger is ROMANTICISM, which leads people to live, not according to their
reason,, but according to their emotions; that is, according to their desires,
hatreds, their susceptibility to temptations and their whims. (Harun Yahya :
Romanticism : A Weapon of Satan...
So,
kepada yang memilih untuk bercouple sebelum nikah di luar sana..hati2 lah..
Bila2 masa saja, romantik yang anda tunjukkan, concern yang anda
persembahkan..akan menjadi lorong2 ke neraka.. Bawah, atas, kiri, kanan, depan,
belakang, ada sang syaitan yang sedia membimbing anda mengikut mereka..!
Nauzubillah...
No comments:
Post a Comment