Monday, April 30, 2012

Buang Timeline


Kebelakangan ni, ramai yang “merusuh” di Facebook kerana “dipaksa” dengan kejammnya Mark Zuckerberg untuk menggunakan Timeline pada profile facebook masing-masing. Bagi aku, Timeline ini ada pro dan kontranya. Dari satu sudut, aku rasakan timeline lebih cantik dan moden dari old facebook. Cantik sebab boleh letak cover photo yang besar gedabak kat atas tu...hehe.. bagi akulah, keburukan timeline ialah berkenaan post2 CityVille aku yang “tenggelam” dan hal ni menyukarkan rakan2 sepermainan dari seluruh dunia untuk “help” dan kutip bonus kat wall aku. Lama-lama boleh bungkus aku dalam arena Cityville nih. Huhu.. Lain2 bagi aku ok ja. Arghh, sapa2 yang tak suka timeline, jangan merusuh, jangan mencarut.. x bayikk.. senang ja nak buang..jom tengok...!

1.) Jika sudah terkena jangkitan Timeline, anda perlu pasangkan “extension” pada browser anda. Caranya pergi ke “http://www.timelineremove.com/”. Ikutilah arahan mudah di situ.
Dalam masa kurang dari seminit, extension akan siap dipasang pada browser anda. Kalau guna Chrome, akan muncul plugin baru berupa ikon huruf “t” berwarna biru dan putih pada sisi atas kanan berdekatan lambang “setting” atau spanar tu. Ikon ni membolehkan anda menukar samada nak off atau on timeline.
Inilah paparan timelineremove.com.. Ikuti arahan mudah pada sebelah kanan tu..

TM : Sebenarnya, Timeline anda bukan di-remove pun. Setakat ni belum ada cara untuk permanently remove Timeline tu. Apa yang berlaku ialah timeline “disembunyikan” dan browser anda memaparkan old facebook sebab browser tu dah dipasang “plugin” atau “extension” timelineremove ni. Hakikatnya, facebook profile anda masih lagi timeline dan tidak berubah apa2 pon. Jika member anda tak memasang plugin timeline remove ni, apa yang dilihatnya ialah profile anda yang jenis timeline..bukan jenis old facebook macam yang anda nampak..so, jangan seronok sangat boleh buang timeline...itu hanya ilusi semata-mata...hehe 

No comments:

Post a Comment