Assalamualaikum.. Whazzup guys? Huhu.. baru ja menghabiskan
err.. what we called.. ianya bukan novel.. tapi 3 cerita pendek dalam sebuah
buku..hmm, lets call this Antalogi Pelangi.. 3 Ceritera dalam sebuah.. Pelangi.
Publishernya ialah Jemari Seni (JS). Awalnya, aku meminjam antalogi ni dari Helmi
hanya untuk membaca ceritera tulisan Hlovate yang bertajuk Ked’s Story, di mana
ceritera nih ada kena mengena dengan Novel Versus yang telah di review sebelum
ni. Tapi last2, aku baca juga dua ceritera lain yang ada dalam Pelangi nih.. Jika
Versus lebih menumpukan cerita cinta AO dan Minn, tapi Ked’s Story pula
memfokuskan perjalanan kisah cinta antara Ked’s dan Nawal. Perhubungan yang
bermula secara tak sengaja, penuh kepahitan dan kebencian, akhirnya berakhir
dengan kemanisan..
Dua lagi
ceritera yang terdapat dalam Pelangi ialah Pelangi tulisan Syud dan Rumah Kecil
di Ujung Padang tulisan Noor Suraya. Cerita Pelangi yang juga menjadi tajuk
buku nih berkisarkan kisah perkahwinan bukan atas dasar cinta antara Usamah dan
Iman. Kisah ini menceritakan pergolakan rumah tangga Iman dan Usamah yang
akhirnya membawa sinar bahagia di penghujungnya.
Seterusnya,
ceritera Rumah Kecil di Ujung Padang tulisan Noor Suraya. Bagi aku, ni ceritera
paling best dalam Pelangi. Tampil sedikit berbeza kerana disaluti “warna”
Indonesia dalam bahasa dan latar cerita. Bertemakan cinta bersegi-segi yang
dilalui oleh Durrah dengan abang-abang angkatnya yang membesar bersama sejak
kecil lagi. Dek kerana putus tunang dengan salah seorang abang angkatnya iaitu
Mubin, Durrah membawa diri ke Bandung, Indonesia bagi mencari bapa kandungnya
di samping mengubati kelukaan hati kerana penghinaan yang diterima. Bertemu
dengan seorang doktor yang seakan memberi sinar cinta baru buat Durrah, namun
saat hati mahu diserahkan, rupanya tersalah percaturan...! Durrah kembali ke
tanah air, dalam dilemma cinta seorang yang selama ini dianggap seperti abang
sendiri. Susah mempercaya dan menerima, tapi itulah jodohnya... serius best
cerita ni, penuh konflik dan warna-warni.. Sayangnya, ia cuma sebuah cerita
pendek..
TM : Akukah
kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?
No comments:
Post a Comment