Salam and very good morning kepada semua
visitor TM..
"Entri khas untuk player Need For Speed tegar di luar sana.. Seorang racer harus mencintai budaya membaca.. Budaya membaca budaya kita.. "
Seperti yang
pernah dijanjikan suatu ketika dulu, aku akan membuat ulasan/review tentang
permainan video (ehh..apehal tetiba skema pulakkk..!) PC Games iaitu Need For
Speed : The Run. Jika sebelum ni beberapa keping screen capture awal telah
dilampirkan dalam post Appetizer, malam ni kita melihat pula secara ringkas
review games ni.. Best kerr??
Disebabkan post
Appetizer dari NFS The Run sebelum ni mendapat view yang not bad, so malam ni
aku terdorong menulis review tentangnya. Need For Speed : The Run adalah
spesies Need For Speed yang terbaru, maksudnya jalan permainannya adalah
percubaan baru dari EA Games dan berlainan dengan jalan permainan siri Need For
Speed sebelum ini. Apa yang baru? Nanti kita cerita... NFS The Run dikeluarkan
pada penghujung 2012 membabitkan kerjasama EA dan BlackBox, jenama yang tidak
asing lagi dalam dunia gaming.
Perbezaan paling
ketara yang terdapat dalam The Run ialah EA cuba untuk mengadakan sesuatu yang
baru, iaitu memberikan anda suatu watak, iaitu Jack, seorang pelumba kereta
haram dan watak ini boleh dikawal..! Berlainan dengan siri NFS sebelum ni yang
anda hanya boleh mengawal kereta semata-mata. Sedikit berbeza dalam The Run
kerana anda akan mengawal manusia pula dalam situasi-situasi tertentu
(menggunakan key2 tertentu pada keyboard). Kedengarannya agak menarik, tapi aku
amat menyampah dengan ini kerana ia sungguh mendebarkan dan ia sedikit sebanyak
menghilangkan identity asal NFS sebagai game perlumbaan kereta semata-mata.
Paparan utama The Run |
KEPERMAINAN
NFS The Run bagi
aku adalah siri Need For Speed yang sangat pendek..! Maksudnya di sini, kalau
anda bermain dengan bersungguh-sungguh, dalam masa sehari saja sudah boleh
habiskan “mode career”nya yang disebut sebagai mode “The Run”. Ada dua kategori
utama dalam single player (aku tak main online/multiplayer) iaitu The Run dan
Challenge Series. Semestinya anda perlu menyelesaikan mode utama iaitu The Run
terlebih dahulu kerana mode sampingan iaitu Challenge Series hanya boleh
di-unlock apabila anda berjaya mengharungi The Run dari semasa ke semasa.
Challenge Series ialah seakan mode Quick Race dalam siri NFS yang sebelum2 ini.
"Teman setia" racer dalam The Run |
Apabila memulakan
The Run (boleh pilih tahap difficulty), anda akan bermula dari Coastel Rush,
sebuah kota yang agak aman dengan jalanraya yang luas dan lebar serta opponent
yang biasa2 sahaja. Anda bermula dengan kedudukan 205 (ranking) kalau tak
silap, dan akan merentas dari satu tempat ke satu tempat yang lain hinggalah sampai
ke metropolis New York dan akan merebut kedudukan nombor satu atau johan. Ya,
dari ranking ke 205 anda akan menjadi Johan, dan tamatlah epidod The Run.
Stage yang terdapat dalam The Run.. 10 Stage kesemuanya.. |
Kedengarannya
begitu mudah, simple, dan ringkas.. tapi macam biasa, ada cabaran yang
terselindung dan hanya mereka yang dah merasa akan mengetahuinya. Untuk
makluman, dalam mode The Run, anda akan merentas 10 tempat yang berbeza, dan
setiap tempat ada 3-4 jenis perlumbaan berbeza, seperti pecut (sprint) bagi
merebut kedudukan teratas, quick time (rush), elimination dan di sesetengah
tempat adanya “abang long / kak long kawasan” dan anda perlu menewaskannya,
sebagai ganjaran, jentera mereka adalah hakmilik anda selepas itu.
Evo X beraksi di dalam gua.. ala-ala Fast and Furious 4 gituu.. |
Untuk mode
Challenge Series, ianya seakan mode quick race, cumanya agak “terikat” dalam
soal kebebasan menentukan dan memilih seperti mode quick race. Track dalam
challenge mode adalah laluan dari tempat-tempat yang pernah “dikunjungi” dalam
mode The Run sebelum ini. Ianya akan di-unlock berdasarkan progress anda dalam
mode The Run. Contohnya jika berjaya menyelesaikan/ melepasi halangan di tempat
bernama Winter Blast dalam mode The Run, maka dalam mode Challenge Series,
tempat itu akan di-unlock untuk anda.
Menu pemilihan Stage dalam Mode Challenge Series |
Tentang bagaimana
untuk unlock kereta pula untuk digunakan dalam perlumbaan, The Run menggunakan
sistem leveling. Pada hari pertama anda mula bermain pada level 1, bar level di
bahagian kiri bawah skrin akan sentiasa terpampang dan apabila bar penuh, maka
level akan meningkat sehinggalah anda mencapai level tertinggi iaitu Level 30.
Level akan meningkat dengan mengumpulkan experience (XP) yang diperoleh semasa
perlumbaan, samada mode The Run atau Challenge Series. Lebih tinggi level,
lebih banyak kereta yang akan di-unlock dan lebih tinggilah spec kereta itu dan
tentunya lebih eksotik.
Mengejar kedudukan...dari 205 ke no. 1.. |
APA YANG BEST?
Perkara menarik
dalam Need For Speed tentunya berkenaan jentera yang ditawarkan. Buat peminat
bidang automotif seperti aku, tentu ternanti-nanti apakah jentera terbaru yang
ada dalam setiap kemunculan siri baru Need For Speed ini. Begitu juga dengan
The Run, jentera yang ditawarkan adalah sangat pelbagai dan mengujakan sesiapa
sahaja. Dari kategori retro, hinggalah yang terlatest seperti Lamborghini Sesto
Elemento dan Pagani Huayra.
Pagani Huayra, alternatif kepada Bugatti Veyron buat yang berani mencuba |
Menarik juga kerana kereta retro berprestasi tinggi
yang terkenal seperti Nissan Skyline GTR 32, Toyota Supra, dan Volkswagen Golf
lama turut terhidang buat anda. Teringat kembali zaman bermain NFS Underground
2 dulu pada zaman monitornya besar macam oven dan berwarna putih itu. Apa yang
bagusnya, semua kereta yang ditawarkan telah dilabelkan aras kesukaran
pengendaliannya (handling) seperti easy, challenging, difficult, dan expert.
Ini banyak membantu kita untuk memilih jentera yang sesuai dengan tahap skill
pemanduan player. Tapi tak salah kalau nak test semua pun dan player yang bagus
sememangnya akan buat macam tu..!
Antara kereta retro pujaan ramai : Nissan Skyline GTR 32 |
Seperkara lagi
yang menarik perhatian, yang tidak ada pada pada NFS Hot Pursuit sebelum ini
ialah anda boleh melakukan modifikasi pada kereta yang akan digunakan untuk
perlumbaan, iaitu menambah bodykit set dan menukar warnanya. Well, option yang
agak bagus walaupun agak ketat dan terhad, tidak seperti modifikasi zaman NFS
Underground 2 walaupun keduanya datang dari EA Black Box juga. Namun,
rekabentuk kereta harus dipuji kerana sangat awesome..!
Lamborghini Sesto Elemento setelah ditambah bodykit dan tukar warna |
Tempat-tempat yang
anda lewati sebagai gelanggang perlumbaan juga tak kurang menariknya dan perlu
diberikan perhatian. Dengan 10 bentuk muka bumi dan suasana yang berbeza-beza,
berlumba dalam The Run adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan mendatangkan
pengalaman yang luar biasa. Antara track yang menarik ialah permukaan bersalji
yang sungguh extreme di mana terdapatnya runtuhan-runtuhan gunung yang berlaku
secara tiba-tiba dan anda perlu mengelaknya dengan agresif atau... crashed..! (sori tak capture sebab malas nak repeat game). Track menarik yang lain ialah
seperti di kawasan perbukitan dan hutan, kawasan kampung yang jalannya
berlopak, kawasan ladang, dan kawasan kilang yang selekohnya kebanyakan 90
degree..!
Perlumbaan di kawasan pergunungan salji (Winter Blast) |
Oh ya, sebelum
terlupa, perkara baru yang lain, yang tidak ada dalam dalam NFS sebelum2 ini,
ialah terdapatnya Petrol Station Shell, bukan untuk refill minyak, tapi
fungsinya seakan safe house bagi siri NFS sebelum ni. Dalam perlumbaan yang
panjang, jika anda rasa tidak boleh cope dengan jentera yang sedang digunakan,
anda boleh singgah di Shell untuk menukar jentera dari jenis lain. Tapi, shell
ini tidak selalu muncul dan boleh diakses sesuka hati.. sekali terlepas,
terpaksa menanti dengan sabar atau replay saja dari awal...!
Race di lereng bukit |
GRAFIK DAN SOUND
Ya.. semestinya
apabila mengulas mengenai PC Video Game pada akhir zaman ini, perkara yang
wajib disentuh ialah berkenaan grafik dan sound. Game Engineer atau publisher
yang baik dapat dilihat pada mutu karya seninya dalam game, iaitu pada kedua
aspek ini. Begitu juga dengan EA Black Box ini. Bak kata orang “no doubt”...!
Memang sejak zaman berzaman siri NFS sudah mendapat tempat di hati peminatnya
dari seantero dunia. Dari semasa ke semasa, mutu grafik dan sound pada NFS ini
semakin baik dan mencapai taraf “awesome” sepertimana dalam NFS The Run ini.
Lihat saja pada screen capture yang dilampirkan. Betapa detailnya grafik
sesebuah kereta sehinggakan sudah nampak seperti kereta sebenar di kaca
TV.
Kesan grafik yang terrrrbaaaekkkk |
Bukan itu saja, grafik pada alam
sekeliling juga sangat hebat dan menakjubkan buat orang yang tahu menilainya.
Ya, anda tidak akan sempat untuk berhenti sejenak di tepi jalan dan melihat
pemandangannya, kerana NFS adalah sebuah game bergenre perlumbaan, segalanya
harus pantas dan tangkas, dan apa yang penting hanyalah kereta..kereta..dan
kereta...! Yang lain tak ada pun takpa. Tapi aku bukan jenis tu, apabila habis
saja mode career, aku akan bersiar-siar untuk melihat pemandangan yang begitu
berseni itu.. Ohh, betapa bangganya kalau akulah yang menjadi jururekanya..! Betapa
realnya grafik ini sehinggakan anda boleh rasa “gayat” dan berdebar malah
adakalanya badan mengikut pergerakan kereta tanpa sedar..!
Grafik yang detail bukan pada jentera semata-mata, tapi environment juga |
Tentang sound atau
bunyi, masih lagi awesome walaupun aku rasakan ianya tidak setanding dan
se-detail NFS Hot Pursuit yang di-review sebelum ni. Setiap jentera punya
ngauman enjin yang berbeza-beza, dan bunyi yang berbeza pula pada kelajuan yang
berlainan..! Bunyi efek hentaman pelanggaran (crash), tayar berdecit nyaring
saat melakukan drift yang tak berapa menjadi dan bunyi kaca pecah berselerakan
juga sangat real..! Kalau tak percaya, anda boleh melayan video-video The Run
yang di-upload oleh gamers di luar sana.
Lamborghini Sesto Elemento, antara jentera terbaik yang beraksi dalam The Run |
KONTRA
Setiap sesuatu
pasti ada kekurangan dan kelemahannya. Pada pandangan peribadi sebagai gamers
NFS tegar, ada beberapa perkara yang kurang disukai dalam NFS The Run ini.
Antaranya ialah pengawalan kereta yang tidak semudah Hot Pursuit, contohnya
ketika melakukan aksi drift yang agak sukar untuk menjadi. Adalah malu bagi
orang Asia kalau tak tahu drift at least dalam game seperti Need For Speed...! Perkara
lain yang terasa kekurangan ialah berkenaan kebebasan. Ya, ianya agak terikat
terutama dalam Challenge Mode iaitu aspek penentuan criteria perlumbaan dan
jenis jentera.
Drift from Asia tapi sayangnya terkunci dalam garaj |
Seperkara laagi
ialah masih banyak jentera yang tersadai dan terkunci kerana hanya boleh unlock
apabila bermain multiplayer sahaja. Ohh, nafsu siapa yang tidak tergoda melihat
supercar yang hanya jadi pameran dan tak boleh digunakan..! Efek kecacatan
jentera akibat kemalangan (crashed) juga agak kureng sedikit jika dibanding
dengan edisi sebelum ini, iaitu NFS Hot Pursuit. Namun overall, NFS The Run masih
suatu game perlumbaan yang sangat baik dan mengujakan, dan tentunya bagi aku,
yang terbaik dalam kelasnya..!
Ohh ya, sebelum berpisah, buat yang berhajat nak "pasang" The Run pada komputer anda, sila teliti requirement kat bawah ni. At least kena matching dengan minimum requirement tu.. Kang tak pasal-pasal PC korang kena senggugut pulak nanti..! Kalau dapat taraf recommended lagi bagus la.. Bley setting grafik paling tinggi..baru ada ummmphh..!
TM : Awalnya ingat
nak tulis simple ja..tapi itulah, kerana minat, sampai tak sedar dah melalut
sampai sini...ciao... Selamat
berlumba..tapi dalam Need For Speed saja tau..! Buat racers dan gamers di luar
sana nantikan Appetizer Need For Speed terbaru dari TM, iaitu NFS Most Wanted
2012 yang masih panas-panas lagi.. In The Making..! Promises ^___^
No comments:
Post a Comment